Jumaat, 4 Mac 2011

Murai Anak Emas

Murai Anak Emas


Adun Lenggeng Didapati Bersalah RASUAH

Posted: 03 Mar 2011 08:56 PM PST

image Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Negeri Sembilan, Mustafa Salim didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor. [disini].

Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialah 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.

Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini.

Pada 3 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Mustafa membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada 2008 selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Mustafa sebelum itu telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan pada 14 April lepas tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin ketika itu berkata mahkamah membenarkan rayuan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma''amor, Seremban, pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dan, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha.

tok ggawo said: jangan seronok sangat nak PRK, umno RASUAH akan spin bermacam2 helah, ini lah ciri2 pemimpin yang harussani dan jamil khir setuju ikut pahaman islam hadhari, peduli lah syurga neraka Allah tentukan……

Harussani ! Lu Jangan Campur Urusan Politik

Posted: 03 Mar 2011 10:10 AM PST

image Lu sudah di kandang kan oleh najib, agama lu sudah terkandang dalam aliran politik umno ugama suku politik suku, lebih elok lu duduk diam dan makan kenyang2, hal Dosa Pahala, Syurga Neraka sesorang lu jangan peduli, sebab lu kata "Allah yang menentukan nya", lantak diorang lah……..lu hanya makan gaji……….tak ada kena mengena dengan lu.

Lu boleh sandang jawatan Mufta sampai mati, kerana martabat lu pada pandangan najib dan umno lebih tinggi dari Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, dengan kenyataan terbaru lu itu najib sangat2 suka hati.

Dalam perjuangan umno yang lu paham tidak ada dosa, pahala, syurga dan neraka, jadi bila berpolitik untuk memilih pemimpin tak payah  pakai panduan agama, buat lah apa saja, pemimpin RASUAH ke, pemimpin buka kilang arak ke, buka premis judi ke, pemimpin dan KERAjaan tipu rakyat ke, pemimpin langgar hukum agama ke, pemimpin hina ulama ke, merogol, membunuh ke itu semua tak payah ambil peduli, kerana………………hanya Allah sja menentukan syurga neraka……………………….amboi senang nya pahaman agama lu, kalau macam tu takyah belajar rukun Islam, rukun iman la…….pakai redah je………….kemudian serah bulat2 pada tuhan, pakai niat je……………….Allah banyak menyebut dalam Qur'an perumpamaan2 semacam ini dah di janjikan NERAKA…………apa lu boleh excuse….?

Teruk 1msia ni, mufta tahap ni pun masih ada lagi……………..uhhhh ! senang kalau gitu jadi Mufti ni ye, tak payah peduli kepada manusia ye ?, cuba lu jawab……..pemimpin macam mana wajib kami pilih dan taat ?, pemimpin dan negara yang berkiblat kan yahudi, pemimpin yang langgar perintah Allah atau ape ?.

Nampak nya satu kepala jah dengan No Denghih Mufti nih.

Tiada ulasan: