A Mum Of Three Mohd |
- Once upon a time in Malaysia Bolehland....
- Setuju 110%
- Wooff!! Wooofff!! Sit Latuk sit...!! Stand Latuk... stand!!
| Once upon a time in Malaysia Bolehland.... Posted: 27 Mar 2011 09:00 AM PDT ![]() Kisah dulu kala, jangan buat lupa Kecoh satu negara dan seantero dunia Apek porno, Mat 'Bawah Umur' Ayoyoo... hebat lu olang oooo!! Chua Soi Lek, Rahim Thambi Chik Moral sudah yeilek, Integriti sudah pohcik Laut bergelombang, pantai berbuih Nak nasihat orang, cermin muka dulu weh... Kah... kah.... kah... kah... KUALA LUMPUR: Datuk Seri Chua Soi Lek dan Tan Sri Rahim Thamby Chik tidak layak bercakap soal integriti dan moral, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Beliau merujuk kenyataan The Star memetik seruan Soi Lek supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti tak bersalah dalam kes video seks palsu. "Seluruh rakyat Malaysia mual apabila politikus yang mempunyai rekod tak bermoral yang diketahui umum, berbicara mengenai moral dan integriti. "Kalau benar mereka ini nak bersyarah pasal moral, mereka perlu tunjuk teladan yang baik kepada rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan media hari ini. Tian Chua, Ahli Parlimen Batu itu menyelar Soi Lek kerana menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. "Kenyataan Soi Lek jelas mahu meletakkan beban bukti kepada Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik," katanya. Beliau berkata, situasi Anwar jauh berbeza dengan Soi Lek yang mengakui melakukan hubungan seks di luar perkahwinan manakala Rahim Thamby Chik dituduh di mahakamah atas dakwaan merogol gadis bawah umur. "Mereka tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moral mereka sangat memualkan. "Bila yang tak bermoral ini bersyarah, jelaslah bukti mereka ini terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar, yang tak habis-habis di fitnah Umno BN," katanya. Tian juga mengulangi desakan supaya Soi Lek dan Rahim Thamby Chik meletak semua jawatan dalam kerajaan. "Soi Lek patut bersara terus sebagai tanda insaf. Rahim Thamby Chik juga harus meletak semua jawatan dalam kerajaan terutama sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dalam kes rogol gadis bawah umur yang masih kekal dalam ingatan rakyat," katanya. [sumber] |
| Posted: 26 Mar 2011 11:55 PM PDT ![]() Yo.. Yo... Yoooo....!! Jom kita berdemo Bantah politik kotor UMporNO!! KUALA LUMPUR, 27 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu semua pihak tidak kira ideologi politik agar menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan "kebencian rakyat" terhadap "politik lucah dan kotor." Katanya, semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Tokoh agama muda ini memberikan pendirian tegas ini ketika negara berhadapan dengan skandal pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) melanggan pelacur asing di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu. Rakaman itu didedahkan oleh tiga "Datuk T" kepada wakil media Isnin lalu dan kemudian kepada beberapa pemimpin politik. Masing-masing pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PR kini terlibat dalam perang kenyataan - berkaitan soal moral dan konspirasi politik. Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud pembabitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin parti itu dan BN, tetapi presiden Umno itu kelmarin menafikan pihaknya terlibat dalam konspirasi yang dimaksudkan ketua pembangkang tersebut. "Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," kata Asri (gambar) dalam satu kenyataan hari ini, yang menggariskan lima perkara yang perlu diamalkan bagi mengelakkan politik lucah dan kotor daripada berlarutan. Ini bukan kali pertama negara berhadapan dengan politik seks dan politik lucah. Akhir 2007, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang kini merupakan Presiden MCA meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan skandal seks yang rakaman aksi seks turut didedahkan kepada umum. Pada 1994, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatannya ekoran tuduhan merogol pelajar bawah umur. Pada 1988, bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran meletakkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat ekoran pendedahan 11 pita video seks yang disimpan di rumahnya. Dalam satu kenyataan berasingan kelmarin, Asri meminta rakyat mengusir pemimpin-pemimpin politik yang suka "menyelak kain" pemimpin politik lain. Justeru menerusi kenyataan hari ini, Asri menambah, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. "Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. "Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," kata beliau lagi. Selain itu kata Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. "Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan petuturan. "Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya lagi. Asri turut berpandangan bahawa media hendaklah menjadi wacana bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. "Media yang menggalakkan fitnah atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah," katanya. Sehubungan itu, katanya, ahli-ahli politik yang rakyat mahukan ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. "Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. "Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," katanya lagi. Oleh itu tegas beliau, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. "Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," katanya lagi. [sumber] |
| Wooff!! Wooofff!! Sit Latuk sit...!! Stand Latuk... stand!! Posted: 26 Mar 2011 10:52 PM PDT Tuan-tuan dan pelempuan....Saya Latuk. Latuk Zul... Kah... kah... kah.... Tuan-tuan dan pelempuan.... Lia Latuk... Kah... kah... kah... Latuk, ek?? Latuk... Latuk... Setelah puas menyalak dan menjilat, Latuk at last... Latuk dari mana?? Negeli Najib. Kah... kah... kah... Good dog!! Wooff!! Wooofff!! Wooofff!! Kah... kah... kah.... [sumber] |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan