Sabtu, 19 Mac 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kita tak macam mereka

Posted: 18 Mar 2011 05:30 PM PDT


Kita tak sama dengan mereka. Kita lagi umph!!

Jika ada aduan atau dakwaan... kita tidak melatah. Tetapi, kita bertindak cepat. Kita tak biarkan aduan tinggal aduan. Kita tak biarkan dakwaan disapu begitu saja di bawah carpet. Kita tak biarkan memo bantahan dibakulsampahkan. Aha... itu bukan kita. Itu bukan budaya kita.

Nah...!! Setelah disiasat dan disiasat... dan apabila ada sebab dan bukti yang kukuh wujudnya unsur-unsur salah urus dalam pentadbiran Yayasan Selangor, maka kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak tunggu lama-lama untuk mengambil tindakan tegas.

Lantas... Timbalan Pengurusan Besar [Pengurusan] iaitu Mohd Saifulruddin Sulaiman telah dipecat.

SHAH ALAM: Laporan audit Yayasan Selangor mendedahkan banyak perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah yang membawa kepada defisit RM7.41 juta, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor hampir RM1 juta, malah bayaran dibuat kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.

"Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor sehingga November 2010, defisit RM7.41 juta," kata Khalid.

Beliau mengulas laporan audit yang disemak Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 14 Disember 2010 yang diedar kepada media. Semakan itu memberi tumpuan kepada pengurusan perbelanjaan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang 15 November 2010 lalu.

Selain itu, Khalid berkata, sebanyak 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 tidak dimaklum atau diluluskan Pihak Berkuasa Negeri sekaligus bertentangan dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993.

"Pengurus Besar juga meluluskan elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat, selain semakan audit mendapati, Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan," katanya. [Lagi di sini]

Ha... ha.. ha... Itulah bezanya Pakatan Rakyat dengan UMNO. Yang bersalah tetap akan menerima padanya. Kita tidak bersekongkol.... Kita tidak bersubahat.... Kita tidak tutup mata.... Kita tidak cuba berselindung.... Kita bertindak tegas menolak sebarang penyelewengan dan salah urus tadbir yang merugikan wang rakyat. Pakatan Rakyat menjadi pelindung dan penjaga wang rakyat yang amanah!!

Sebab itu.... kita lebih baik daripda UMNO. Oleh itu.... say NO to UMNO. Jadikan Pakatan rakyat pilihan kita.

Menanti dengan debaran

Posted: 18 Mar 2011 09:50 AM PDT


Semalam 18 March pukul 7 pagi, jemput 3rd Mohamad di KLIA. Dia balik bercuti selama sebulan. Dari airport, terus ke rumah anak buah di Bandar Baru Bangi.

Penat gilerr.... jadi masuk bilik terus buat taik mata. Bangun pada tengah hari. Fuuhh.... puas tidur!!

Kami akan berada di Bandar Baru Bangi hingga minggu depan kerana pada 22 March menantu kami Jamilah, akan melahirkan cucu pertama kami. Kerana ada sedikit komplikasi... maka dia terpaksa melahirkan babynya secara caesarean. Kami doakan semoga kedua-duanya, emak dan anak, selamat, insyaAllah.

Alhamdulillah, kerana kami semua.... F3M, M3M, 3rd Mohamad dan even 2nd Mohamad pun akan ambil cuti untuk berada bersama-sama 1st Mohamad bagi menyambut kelahiran anaknya yang sulung. Semuanya very excited!!

Jadi, sementara dah berada di sini dan sementara menunggu saat yang dinanti-nantikan itu... kami akan ambil kesempatan ini untuk bawa cucu-cucu buah yang kenit-kenit tu, berjalan-jalan.

Walau pun, pastinya penat melayan kerenah dan ragam mereka tetapi tak kisah ler... sebab hati pasti terhibur dan seronok dengan gelagat mereka.

Tiada ulasan: