A Mum Of Three Mohd |
- Ini bukan angkat bakol. Ini botol... botol...
- Ha... ha... Dia tak boleh komen
- Astaghfirullah Al-Azim.......
- Surprise!!
- Ooooo.... Ini ke dia??
- Lintah Darat
- KITA(R) bikin promo
- '1Mehsia.... UNTUK Rakyat DARIPADA Rakyat'
Ini bukan angkat bakol. Ini botol... botol... Posted: 11 Mar 2011 08:30 AM PST 3 tahun yang cemerlang. Syabas Pakatan Rakyat Selangor!! Pemimpinnya bukan calang-calang... Pentadbirannya cemerlang.... Rakyatnya senang.... Negerinya gemilang... Rakyat Selangor akan terus bersama anda!! Pentadbiran 3 tahun Pakatan Rakyat mengalahkan pemerintahan lebih 50 tahun UMNO Barisan Nasional dari segenap aspek tidak kira pengurusan kewangan, pelaburan mahupun kebajikan kepada rakyat. Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim berkata kejayaan Pakatan Rakyat untuk tahun ke 3 mentadbir, membuktikan rakyat semakin yakin dan percaya kepada dasar- dasar yang dipertaruhkan kerajaan negeri. "Dan apabila saya ditanya bagaimanakah Yang Berhormat menyifatkan persembahan Pakatan rakyat tiga tahun memerintah Selangor, saya katakan kalau perlukan satu perkataan, saya katakan ia 'Cemerlang'," kata Teng. Kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukan sahaja mampu menguruskan kewangan dengan efisyen bahkan komited dalam mengagihkan segala hasil mahsul bumi Selangor kepada rakyat jelata. Terbaru kerajaan negeri memutuskan untuk memberi perlindungan takaful kepada semua ketua kampung dinegeri ini dengan setiap satu skim itu berjumlah RM30'000. Kerajaan negeri juga membuktikan keprihatinan mereka dengan menghantar pulang kesemua pelajar ke Mesir untuk kembali meneruskan pengajian mereka yang tergendala sejak pergolakan politik Mesir baru- baru ini. Teng berkata, penerimaan baik rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat adalah disebabkan dasar kerajaan negeri yang jelas mendahulukan rakyat dalam segenap aspek. "Tiga tahun kita mengalahkan 50 Tahun itu perbezaan kita, zaman pemerintahan BN tidak pernah memikirkan kebajikan rakyat, bila rakyat tanya hal kebajikan , mereka suruh pergi tanya di Jabatan Kebajikan, itu yang UMNO, MCA dan MIC tahu, tetapi bila kami (PR) ambil alih, dasar pertama dan utama yang dibawa ialah Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya. Agenda MES adalah untuk mengagihkan harta kekayaan negeri kepada rakyat negeri Selangor, melalui pelbagai platform antaranya kemudahan infrastruktur, bantuan kehidupan, peluang perniagaan dan banyak lagi. Antara program yang berjaya dilaksanakan menerusi dasar MES ini ialah Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma bagi 20m3, Hadiah Anak masuk Universiti, Mesra Usia Emas dan Pusat Khidmat Krisis Sehenti(OSCC). "Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di 13 negeri di Malaysia ini, mahupun dibawah pemerintahan BN 50 tauhn tetapi kita lakukan pada tahun pertama memerintah," tambahnya lagi. Baru- baru ini, kerajaan negeri meluluskan skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) untuk membantu meringankan beban golongan miskin bandar. MiMBAR dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail. Skim ini membolehkan golongan ini membuat pinjaman dari RM1000 hingga RM5 ribu bagi menjana ekonomi mereka. [sumber:TVS News]
|
Ha... ha... Dia tak boleh komen Posted: 11 Mar 2011 06:00 AM PST Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan? [sini] Sayfool.... Sayfooool.... Siapa mereka?? Kah... kah... kah... kah... |
Posted: 11 Mar 2011 04:41 AM PST |
Posted: 11 Mar 2011 12:00 AM PST Jude Blacious Pereira pegawai penyiasat hari ini bikin surprise. Ha... ha... ha... Pada 17 Julai 2008, Jude Blacious Pereira ada ambil keterangan Rosmah Mansor. What?? Rosmah Mansor?? Ha... ha... ha... Surprise!! Very the surprise!! That's the way, aha... aha.. I like it. Aha... aha.. That's the way, aha... aha... I like it. Aha....aha... Yeah.... seret dia ke mahkamah jadi saksi!! Grill dia....!! Grill dia...!! Kita dengar apa dia nak kata.... Cer kita tengok muka dia... Apakah, dia tipu atau tak tipu?? Sayfoolll.... Sayfooolll..... mau tipu, ya?? Heret sama si Rahimi dan si Ezam Senatak. Pandai kencing orang!! Jadi, biar dia tengok sama ada, dia terkencing dan terkincit tak, dalam mahkamah nanti?? Jangan kasi muka sama derang!! |
Posted: 10 Mar 2011 10:00 PM PST Ooo... Ini ke dia si Supt Jude Blacious Pereira?? Pegawai Penyiasat, Kes Sodomi II... Hmmm.... cepat ler naik pangkatnya nanti. Menang atau kalah no hal punyer, janji ada berbakti. Anwar sudah jadi macam satu punca untuk dapat rezeki mudah... Nak jadi jutawan segera?? Anwar stepping stonenya!! Nak cepat naik pangkat?? Anwar stepping stonenya!! Nak glamor?? Anwar stepping stonenya!! Kesian anwar... Asyik kena pijak jer. Tapi, tak per.... Walau pun nampak hina, tapi sebenarnya mulia kerana.... dia berkorban untuk kesenangan orang lain, hatta orang yang bersubahat menganiayanya. Mungkin kerana itulah, orang yang teraniaya, insyaAllah akan dimakbulkan doanya. Kalau tak cepat... lambat laun termakbul juga. |
Posted: 10 Mar 2011 08:00 PM PST 'Lintah darat Jalan Raya' yang diberi lesen oleh Bank Negara menjadikan pengguna kenderaan jalan raya yang kurang berada sebagai sasaran cekik darah mereka. Fuuyooo.... berlagak macam 'along', ya?? 'Along' yang juga 'Pontianak Jalan Raya' a.k.a Lintah darat Jalan Raya'. Mereka serupa belaka. Mereka HISAP DARAH!! Yeah.... 1Malaysia, Rakyat berada dipelihara, Rakyat kurang berada dihisap darahnya!! KUALA LUMPUR 10 Mac - Selain kadar premium insurans pihak ketiga yang perlu dibayar, pemilik kenderaan kini terpaksa menanggung beban berikutan kadar premium tambahan (loading) 'menyakitkan' yang dikenakan oleh syarikat penyedia insurans. Manakan tidak, kadar premium tambahan itu boleh mencecah sehingga 150 peratus daripada caruman premium biasa pengguna dan lebih tidak adil, ia dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Sumber Utusan Malaysia memberitahu, akibat 'kebenaran' bank induk itu, syarikat insurans bebas meletakkan kadar premium yang berbeza tetapi dihadkan sehingga 150 peratus. Sebagai contoh katanya, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun akibat beban tambahan tersebut. "Itu bagi kereta lama berusia 15 tahun yang berkapasiti rendah seperti di bawah 1,000 cc. Bagi 1,500 cc ke atas pula ia mencecah sehingga RM337.50 setahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Beliau diminta mengulas tentang gesaan beberapa ahli Parlimen yang meminta supaya Kementerian Kewangan dan BNM mengkaji semula kadar premium insurans pihak ketiga ke atas pengguna yang disifatkan terlalu tinggi sejak dua tahun lalu. Sumber itu menambah, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas pula berhadapan masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil premium insurans pihak ketiga. Katanya, pemilik berkenaan perlu merujuk kepada 'Malaysian Motor Insurance Pool' (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans. "Selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 15 tahun itu juga perlu diperiksa oleh Puspakom Sdn. Bhd. dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM60, jadi semuanya duit," jelasnya. [sumber] |
Posted: 10 Mar 2011 06:11 PM PST Mari!! Mari!! Mari!!Tidak dihargai?? Terpinggir?? Hilang kepercayaan?? Teringin nak pegang jawatan?? Want to be recognised and important?? Jangan ke mana-mana... KITA[R] ada. Kami sedia menerima anda!!Kah... kah... kah... kah.... Wehhh.... buat promotion barangan KITAR semula dengan mem-bad mouth barangan lain..... satu bentuk promosi yang tak beretika. Kalau masa promo pun sudah tidak menunjukkan etika yang sepatutnya, boleh percayakah KITAR ini?? Entah-entah.... indah khabar dari rupa. Oleh itu, AWAAAASSS!! Jangan terpedaya dengan cheap promosi macam ini. OMG... Ya Allah, tak ku sangka, hadap dan perlahapnya, KITA ini. SUNGAI PETANI 10 Mac – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mengajak wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berasa terpinggir dan tidak dihargai oleh pemimpin pembangkang agar menyertai parti itu. Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, parti tersebut menyediakan ruang yang luas untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan transformasi politik. Malah, katanya, adalah lebih elok bagi pemimpin terlibat menyertai parti terbaru berkenaan memandangkan mereka tidak lagi sefahaman dengan pemimpin PKR. "Sekiranya mana-mana wakil rakyat merasakan tidak dihargai ataupun hilang kepercayaan dengan pemimpin, lebih baik mereka sertai KITA. "KITA mengalu-alukan kehadiran mereka untuk meneruskan perjuangan dan berkhidmat demi rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri berkata, beliau memahami bahawa beberapa wakil rakyat dan pemimpin PKR kini berada di persimpangan sama ada mahu terus kekal dalam parti itu atau sebaliknya. "Saya tahu ramai daripada mereka begitu kecewa dengan kepimpinan PKR pusat dan negeri yang dilihat tidak melakukan apa-apa kepada rakyat dan hanya tahu mengukuhkan kedudukan dalam parti. "Saya berharap mereka memikirkan sedalam-dalamnya dan berjuang bersama kami dalam KITA," katanya. Dalam pada itu, Zamil mendakwa, PKR mungkin terkubur di negeri ini berikutan cabang parti tersebut dijangka dibubarkan tidak lama lagi. [sumber] Katanya, keadaan tersebut berlaku kerana kebanyakan ahli tidak berpuas hati dengan sikap pucuk pimpinan pusat yang mengetepikan peranan pimpinan peringkat akar umbi. "Selain itu, kita perhatikan ramai pemimpin terutamanya wakil rakyat yang sebelum ini begitu setia dengan parti, satu demi satu meninggalkan PKR," katanya. |
'1Mehsia.... UNTUK Rakyat DARIPADA Rakyat' Posted: 09 Mar 2011 10:30 PM PST Ini baru betoi-betoi kerajaan.... '1Mehsia.... UNTUK Rakyat DARIPADA Rakyat' Najib Boleh!! Najib Boleh!! Najib Boooleeehhh!! Boleh apanye weh....??? Boleh kunta-kinte rakyat Mehsia. Najib belanja RM63,000 hanya untuk hantar email 'Salam 1Malaysia' KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM63,000 hanya untuk menghantar email ucapan 'Salam 1Malaysia' kepada 1.25 juta rakyat di negara ini. Email itu dihantar pada awal Febuari bersama ucapan SMS Tahun Baru Cina. Perkara itu didedahkan dalam satu soalan parlimen yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam. Menurut laporan Malaysiakini, Najib dalam jawapan bertulisnya menyatakan empat juta SMS yang dihantar itu disediakan secara percuma oleh tiga syarikat telekomunikasi iaitu Digi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd. Manakala syarikat yang mengendalikan penghantaran emel itu dilapor berpangkalan di Amerika Syarikat. Justeru Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan kementerian kewangan bukan lah dana peribadinya tetapi wang pembayar cukai yang perlu diurus dengan cermat. Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa Najib menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat itu boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel berkenaan. Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai dan sebagai satu mesej protes.[sumber] Ek ele... Cekik duit rakyat rupanya. Kah... kah... kah.... kah... Handal Piem 1Mehsia ni. Dia yang menghantar salam tetapi yang membayornya kita... RAKYAT!! |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan