A Mum Of Three Mohd |
- Ong.... bodek... bodek...!!
- Dua jenis manusia yang dah tua
- Don't add salt to injury
- Uuuu... Kayanya.
- Destinasi balu, mana maa...??
Posted: 09 Mar 2011 06:00 AM PST Suruhanjaya Pelucutan Kerakyatan?? Kah... kah... kah... kah.... Ong... bodek.... bodek...!! Ong... bodek... bodek...!! Semakin dekat PRU13... semakin kuat si Raja Katak ni membodek Mengendeng nak jadi MP lagi ke?? Bangang!! Suruhanraya Pelucutan Kerakyatan, ek?? Senjata rekaan Raja Katak untuk menzalimi rakyat. Adey....poooraahhhh!!! [sumber] |
Dua jenis manusia yang dah tua Posted: 09 Mar 2011 03:38 AM PST Jika dulunya, dia dihina dan dikeji tetapi kini dia boleh dipuji. Mengapa?? Kerana, kematangan umur dan pemikirannya mendorong dia untuk bertindak dengan lebih waras dan rasional. Kesilapan lampau diperbetul dengan membuat yang kenyataan yang realistik. Begini.... barulah layak seseorang itu dianggap sebagai seorang negarawan. Syabas!! [Baca sini] Bagaimana dengan yang seorang lagi ni..... Orang bikin memoirs, dia pun nak bikin memoirs. Tapi, malangnya..... ada isi dalam kandungan memoirsnya, haprak...... sehaprak tuan empunya badan. Full of shit!! Ia menggambarkan bertapa gilerr babinya dia terhadap Anwar. Dia sanggup meneruskan fitnahnya terhadap Anwar dalam memoirsnya, walau pun mahkamah telah membersihkan Anwar daripada fitnah tersebut. Begitulah arogantnya dia. Terlalu arogant hingga tidak mahu mengaku salah. He just believes what he wants to believe. Hmmm... sakit jiwa orang tua ni. Tapi... ada baiknya juga dia berbuat demikian kerana segala fitnahnya, yang kini termaktub di dalam memoirsnya akan menjadi bukti kezalimannya. Dan... ia akan menjadi bahan sejarah buat rujukan generasi akan datang. Harimau mati meninggalkan belang, Mahathir mati meninggalkan gelaran sebagai Penfitnah No 1 Negara. [Baca sini] |
Posted: 08 Mar 2011 08:15 PM PST Sekarang... PKR menjadi sasaran hentaman dan kritikan hebat daripada banyak pihak, baik pihak dalaman, mau pun dari luar. Ini kerana, pergolakan yang berlaku dalam partinya. Lantas, semua ini memberikan persepsi yang kurang baik kepada imej dan reputasi PKR. Tambahna pulak... kritikan pedas secara terbuka, datang daripada ahli partinya sendiri terutama dalam kalangan akar umbinya. Semua ini berlaku, ekoran rasa tidak puas hati para ahlinya sejak Pemilihan 2010, yang terpalit dengan pelbagai kontroversi. JPP yang bertanggung jawab mengendalikan pemilihan dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kontroversi yang melanda. Akibatnya.... akar umbi marah dan kecewa. Oleh itu, ada yang merajuk.... ada yang keluar parti dan ada yang memendam rasa. Yang sedihnya..... ada yang attack parti sendiri secara openly. Aku bukan ahli PKR mau pun mana-mana parti politik tetapi aku penyokong Pakatan Rakyat. Sebab itu... ada perasaan terkilan di hati, terhadap apa yang melanda PKR. Ini kerana.... sedikit sebanyak, ia memberi kesan Pakatan Rakyat. Like I've said before, aku getik UMNO. UMNO kini telah menjadi lambang pengkhianatan kepada agama dan bangsa. Sebab itu, aku menolak UMNO dan menyokong Pakatan Rakyat. Mereka mempunyai satu matlamat dan tujuan yang sama, iaitu mahu menjatuhkan UMNO, bagi menyelamatkan negara. UMNO is a disaster!! Kita mesti selamatkan negara daripada UMNO/BN. Namun demikian, kita juga terpaksa menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat tidak 100% sempurna. Lidah dan gigi lagikan tergigit. Selain itu, parti-parti dalam Pakatan Rakyat.... PAS, PKR dan DAP juga tidak dapat lari daripada menghadapi kemelut dalam parti masing-masing. Itu lumrah. Mana kapal yang tidak dipukul badai. Lambat laun, badai pasti akan berlalu. Dan... persamaan yang mereka milikilah, yang akan menyatu dan mengukuhkan ikatan mereka. Kita juga kena terima hakikat bahawa untuk menjatuhkan UMNO, kita perlu kuat. UMNO sebagai kerajaan yang telah memerintah negara selama 53 tahun, mempunyai banyak kelebihan daripada kita. Seluruh sistem pemerintahn negara berada dalam cengkaman mereka. Dan... kita terpaksa berhadapan dengan semua itu. Sebab itu, kita mesti kuat. Kita akan jadi kuat, jika kita bersatu. Ingat.... sasaran kita ialah winning the war iaitu menjatuhkan UMNO/BN. Nak berperang, kena ada strategi yang mantap. Tak boleh sembrono. Nak menjayakan strategi pulak... kita kena bijak melaksanakannya. Kita kena banyak berkorban, banyak bersabar dan bertindak secara rasional. Don't be emotional... Ketepikan dahulu perkara-perkara yang menjadi gangguan agar kita boleh terus mara dalam medan perang ini. We can deal with them later, setelah kita mencapai kemenangan dan kejayaan. Jangan jadikan gangguan-gangguan ini penghalang untuk kita terus mara. Tak guna kita melancarkan perang besar, tetapi kita kecundang di tengah jalan, akibat kebangangan kita melaksanakan strategi, kerana terlalu mengikut kata hati dan perasaan marah. Yang tak syiuknya... ada pihak-pihak daripada sebelah sana, yang tumpang sekaki memainkan peranan sebagai batu api dan mencucuk jarum berbisa mereka untuk memburukkan lagi keadaan atau kemelut yang melanda. Mereka mengambil kesempatan atas kepincangan yang berlaku. Awas.... Ini boleh melemahkan kita dan kita tidak boleh kelihatan lemah. Kita mesti kuat!! Kita bukan saja mesti really-really kuat.... tetapi kita mesti kelihatan dan dilihat kuat. Jadi... kita para penyokong dan pendokong, mesti cuba elak daripada memburukkan lagi keadaan atau kemelut yang melanda PR atau parti-parti yang menganggotainya. Don't add salt to injury. Sebab... yang akan sakit dan menderita, ialah kita... RAKYAT!! Memanglah, kekadang kita sakit hati dengan apa yang berlaku dalam parti dan kerenah para pemimpinnya, namun... itulah pentingnya kesabaran dan pengorbanan. Demi sebuah perjuangan yang lebih besar dan mulia, iaitu.... menghancur dan menguburkan UMNO/BN, kita mesti bersabar dan kita mesti berkorban. Kita mesti berikan persepsi yang positif terhadap Pakatan Rakyat kepada rakyat. Sebab.... rakyatlah yang akan menjadi penentu, sama ada kita menang atau kalah dalam peperangan menentang UMNO/BN. Ini penting.... terutama bagi rakyat yang masih duduk di atas pagar. Persepsi positif akan terbentuk jika suara-suara sumbang terutama dari kalangan para penyokong dan pendokong sendiri dapat kita 'perlahankan'. Well.... kekadang kita perlu lakukan, apa yang perlu dilakukan demi sebuah perjuangan, walau pun ia pahit. Kata orang tua-tua.... 'pahit itu ubat'. Dan... Malaysia yang kini sedang parah dan tenat memang memerlukan ubat. Renung-renungkanlah.... |
Posted: 08 Mar 2011 05:45 PM PST Oh... jadi katak, boleh kaya rupanya?? Patutler.... banyak yang berlumba-lumba nak jadi katak. Apa guna duduk dalam parti yang mengekang mereka nak jadi kaya?? Orang masuk politik, sebab nak jadi kaya raya, macam para politikus UMNO tu. Ini tidak.... nak dapat peluang nak jadi kaya pun susah. Semua nak disekat. Asyik- asyik nak jaga prinsip perjuangan. Kalau macam tu.... tak berharta ler. Baik jadi katak. Boleh jadi kaya... Kalau ada pendirian sedemikian rupa dalam perjuangan.... baiklah blah cepat-cepat. Jangan tunggu lama-lama. Rugi.... Biarlah mereka yang istiqamah pada perjuangan jer yang ada dalam parti. Betul juga kata si Saifuddin... kalau kita ada RM10, janganlah pulak nak belanja sampai RM100. Bala... bala.... Bala akan datang menimpa, akibat lebihan belajawan yang RM90 tu. Ingat... kita ni manusia, insan yang lemah, yang sering menjadi sasaran godaan syaitan. Jika tak kuat iman... paham-paham jer lah, kan?? Lantas, kerana 'RM90' itu.... daripada insan yang berakal, kita akan sanggup merendahkan maruah dan martabat kita, untuk menjadi katak. Sekaya mana pun haiwan katak.... mereka tetap hina di mata rakyat. Jadi, untuk menutup kelemahan diri dan menjustifikasikan transformasi mereka, si katak akan salahkan parti dan perjuangannya. Itu lumrah orang yang tak bermaruah. Masa suka, menjilat dan puji bagai nak gilerr. Tetapi, apabila sudah benci... maka keluarkan segala maki dan caci. Nauzubillah... Moga Allah SWT jauhi diri kita daripada sifat keji sebegini. |
Posted: 08 Mar 2011 04:45 PM PST Ciiittt!! Talak baik punyia UMNO!! Gua tak mau kawan sama lia lagi. Gua chao dulu maa... Adios Gelakan!! Haiyoo... Sulah chao, mau pigi mana?? Sikalang mau kawan sama siapa?? [Baca lagi sini] |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan