Isnin, 7 Mac 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Macam-macam gilerr

Posted: 07 Mar 2011 05:57 AM PST

Dalam dunia akhir zaman ni, ada macam-macam gilerr. Ada gilerr babi... giler kuasa... giler berbini muda... giler dunia... ada giler betina... Hissyyy.... macam-macam gilerr ler.

Penyakit yang teman nak sebutkan ni, penyakit giler yang spesel... Gilerr yang berjangkit. Oooo.... very contagious.

Pembawa penyakit ini di Mehsia ialah Rosmah Mansor. Kini... ia mula menular, nun jauh di Bumi Kenyalang. Namun... penyakit ini sengaja dijangkitkan oleh si Mubarak al-Sarawak kepada bininya yang muda.

Nak tahu apa jenis penyakit gilerrnya??

Aha.... gilerr title 'Wanita Pertama'

Aha, and so... si gilerr kuasa Mubarak al-Sarawak pun, presented bini barunya dengan title....

Wanita Pertama Sarawak!!


Wanita Pertama Sarawak???

Kah... Kah... Kah... Kah...

Pleaaasee ler!!!

[Baca sini]

Yuuuhhuuu.... Siapa kamu??

Posted: 07 Mar 2011 03:55 AM PST


Jeng... jeng.... jeng..... Zaid Ibrahim sudah bikin saspens.

Ha... ha... ha.... siapa kamu dalam PKR yang mahu sertai parti KITA(R).

One...? Two....?? Three...?? Four....?? Or more... ?? Siapa?? Tell us who you are....

Wa cakap lu.... Sikit demi sikit, sudah kelihatan 'wajah' sebenar Zaid Ibrahim. Untuk... lebih clear lagi, kita tunggu....


SUNGAI PETANI, 7 Mac – Pengasas Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim membayangkan lebih ramai lagi pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai Kita dalam tempoh terdekat ini.

Katanya kebanyakan daripada mereka sudah menyatakan minat menyertai Kita kerana yakin dengan matlamat perjuangan dan hala tuju yang digariskan pihaknya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama pemimpin berkenaan yang menyatakan pendirian untuk berbuat demikian.

Zaid berkata walaupun baru ditubuhkan, Kita mendapat sambutan baik khususnya di kalangan anggota PKR yang merasakan perjuangannya sia-sia kerana mereka hilang kepercayaan kepada pemimpin.

"Saya belum mulakan kempen secara besar-besaran, namun sudah dengar ramai yang berminat. Di Kedah, saya bertemu dengan pemimpin Kita dan dapat lihat kebanyakan daripada mereka adalah daripada PKR.

"Ini menunjukkan Kita makin diterima baik. Mereka mahu bersama-sama Kita dan saya untuk melakukan transformasi politik di negara ini," katanya dalam majlis pertemuan bersama lebih 50 pemimpin Kita peringkat Kedah di sini.

Zaid berkata kebanyakan daripada mereka yang berhasrat menyertai Kita juga yakin dan memahami hala tuju yang dibawa beliau untuk melakukan perubahan dalam arena politik tanah air.

"Hasrat Kita bukanlah menjadi sebuah parti kecil atau parti serpihan. Parti ini mahu menjadi suara besar, suara yang boleh menentukan dasar. Kita mahu memastikan suara ini walaupun tidak berkuasa, boleh sekurang-kurangnya menentukan pihak yang berkuasa itu mentadbir negara atau negeri dengan baik," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata pihaknya akan melebarkan sayap ke negeri ini dengan memmbuka pejabat di Sungai Petani akhir bulan ini.

Beliau juga memperkenalkan Zamil Ibrahim sebagai Pengerusi Kita cawangan Kedah. – Bernama

Anwar sebuah mimpi ngeri

Posted: 06 Mar 2011 06:09 PM PST

Anwar, PKR liabiliti kepada Pas - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 6 Mac - Tindakan pihak yang dipercayai ahli Pas menghantar mesej Twitter memohon Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, membuktikan Ketua Pembangkang itu kini liabiliti kepada Pas.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau percaya mesej tersebut adalah hasil kesedaran pihak Pas sendiri, bahawa selama ini mereka hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan oleh Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pas tidak mahu Anwar dan PKR menjadi liabiliti kepada mereka di sana. Ini kerana Pas sedar jika Anwar dan tokoh-tokoh PKR hadir, sokongan pengundi terhadap mereka, bukan sahaja di Kerdau tetapi Merlimau juga akan terjejas," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mesej Twitter yang dipercayai dihantar oleh ahli Pas Kerdau kepada Anwar, bagi memohon jasa baik Ketua Pembangkang itu supaya tidak hadir berkempen kerana dibimbangi menjejaskan sokongan pengundi kepada Pas.

Mesej Twitter tersebut yang didedahkan laman blog, http://www.anwaraidc.com, dipetik sebagai berkata: "Dato Seri (Anwar) minta tolong jangan datang Kerdau dan buat malu kami di sini. Kami tidak mahu peristiwa di Tenang berulang. Ikhlas,".

Bagaimanapun, mesej tersebut langsung tidak dipedulikan Anwar kerana Ketua Pembangkang itu tetap hadir berkempen di Kerdau dan hasilnya, beliau disambut dengan jeritan 'boo' oleh penduduk setempat selain pendedahan memalukan dari Ummi Hafilda Ali.

Kecewa dengan tindakan itu, ahli Pas Kerdau tersebut sekali lagi menghantar mesej kepada Anwar yang berbunyi: "Kehadiran Dato Seri malam tadi di tempat kami cuma mengundang bencana. Kini orang melabelkan Pas jadi kuda tunggangan DS,".

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak pelik dengan tindakan pihak yang dipercayai ahli Pas Kerdau itu kerana percaya, pakatan antara parti pembangkang tidak akan kekal lama disebabkan ikatan antara ketiga-tiga parti tersebut tidak ubah seperti perkahwinan mutaah.


Zahid.... Zahid....

Dia kata... Anwar liabiliti.

Liabiliti??? Hi.. hi.. hi.. hi...
You buat I ketawa geli hati.
Anwar liabiliti atau you yang takut... sebab Anwar tak 'mati-mati'.

Selagi Anwar tak 'mati'.... you tak boleh nak tidur lena dan diulit mimpi indah.

Jadi,
Anwar liabiliti atau....
Sebuah mimpi ngeri buat Zahid Hamidi??


Kah.... kah... kah... kah...

Hanya kemenangan kecil....

Posted: 06 Mar 2011 04:49 PM PST


Kemenangan UMNO/BN dalam PRK Merlimau dan Kerdau telah dijangka dari awal lagi. Jadi, apabila PAS kalah, tidak ada rasa kecewa di dalam hati.

Malah... UMNO/BN pun tak sepatutnya mendadik dada bercakap angkuh, kononnya..... kemenangan mereka ialah petanda yang sokongan rakyat sudah kembali kepada mereka.

Hello.... nama pun pilihan raya KECIL. Kemenangan UMNO/BN adalah sangat kecil, jika dibandingkan dengan jumlah BESAR wang ringgit yang ditaburkan dalam pelbagai bentuk pembangunan segera dan yang tak segera.... yang dilonggakkkan hanya di kedua-dua tempat tersebut pada satu masa.

On top of that..... penggunaan keseluruhan jentera kerajaan di kedua-dua tempat tersebut bagi menentang jentera parti PAS/Pakatan Rakyat, tidak memungkinkan kemenangan berpihak kepada PAS. Tambahan pulak, kedua-dua Merlimau dan Kerdau merupakan kubu kuat tradisi UMNO/BN.

Sebab itulah.... kemenangan yang diperoleh UMNO/BN hanya boleh dianggap sebagai kemenangan kecil semata-mata. Aha.... lainlah jika ia merupakan PRU. Kalau PRU.... memang boleh sangatlah kalau UMNO/BN nak eksen dan bersikap sombong serta angkuh.

Apa-apa pun... tahniah kepada kedua-dua calon UMNO/BN atas kemenangan tersebut dan selamat bergelar YB.

Kepada kedua-dua calon PAS yang kurang bernasib baik, anggap sajalah kekalahan kali ini sebagai takdir Allah SWT. Mungkin ada hikmahnya, mengapa Allah SWT belum mahu memberikan kemenangan kepada kita buat masa ini. Mungkin lain kali, insyaAllah.

Apa-apa pun... kita kuatkan semangat dan teruskan usaha kita bagi menghadapi PRU13. Semoga Allah SWT akan menghulurkan pertolonganNya kepada kita pada masa itu nanti.

Takbir!!

Tiada ulasan: