A Mum Of Three Mohd |
- Langkah mayat aku dulu??
- Tahniah BN!!
- Imbasan peristiwa siang tadi
- Melayu mudah dibeli
- Mereka.... aim tepat pada Anwar.
- Ben Ali Ketam al-Mubarak
- Apa ni?? Relaks aaaar....
- Keji.... keji... Apa nak jadi ntah??
- Selamat mengundi dan semoga berjaya!!
- Lain yang bertanding... lain pulak yang diserang
Posted: 06 Mar 2011 06:00 AM PST Skrol... skrol... berita lama di Malaysiakini, ternampak berita tentang Zahid Hamidi. Fuuhh... Macam panglima Melayu bunyi kata-katanya. Lantas, ia meng-refresh-kan semula ingatan tentang apa yang berlaku pada 1998 iaitu peristiwa pemecatan dan penangkapan Anwar Ibrahim. Masa itu Zahid Hamidi merupakan salah seorang hulubalang setia Anwar Ibrahim. Ekoran daripada peristiwa penangkapan Anwar, ramai dalam kalangan hulubalang Anwar juga ditangkap di bawah ISA. Antaranya, termasuklah Zahid Hamidi. Tapi, Zahid ditahan tak lama. Dia dibebaskan selepas lebih kurang seminggu lebih, kalau tak silap ingatan aku. Setelah dibebaskan.... Zahid yang dulunya garang dan bersuara lantang tetiba senyap, tak bersuara. Dia menikus...... Maka... kedengaranlah sok-sek...sok-sek.... di kedai-kedai kopi menceritakan mengapa Zahid berkeadaan sedemikian. Ada yang kata dia disoalsiasat dengan cara yang kejam. Dia di-phycho dengan pelbagai ugutan. Malah, ada juga cerita yang mengatakan, kononnya... te*** dia dijentik. Aduuuhhh.... sakitnya. Itulah cerita yang didengar. Uisy.... macam-macam cerita. Tapi.... betoi atau tidak, aku tak tahu. Wallahua'lam ler. Tapi, apa yang pasti, Zahid Hamidi selepas dibebaskan daripada ISA, bukan lagi Zahid, hulubalang Anwar. Zahid telah buat U-turn. Dia berubah watak menjadi penjilat tegar Mahathir, hinggalah diterima semula ke pangkuan UMNO, sampailah ke hari ini. Kalau orang bertanya... betoi ke Zahid berpaling tadah kerana tak tahan dikasari secara fizikal, mental dan emotional ketika dalam tahanan dulu dan sama ada aku percaya atau tidak?? Aku percaya ia betoi.... Aku mempunyai persepsi yang Zahid Hamidi ini... 'lembik' dan penakut. Dia tak der will power.... tidak ada guts, dan tidak ada kekuatan. Jadi, apabila aku baca apa yang Zahid Hamidi kata seperti di atas tu.... aku tergelak besor. Langkah mayat dia dulu??? Kah... kah... kah... kah... Langkah mayat dia dulu atau dia yang cabut lari dulu... Adey.... poooraaahhh!! Kah.... kah.... kah... kah... |
Posted: 06 Mar 2011 03:53 AM PST KUALA LUMPUR, 6 Mac — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi DUN Kerdau dan Merlimau dengan majoriti besar berbanding tiga tahun yang lalu. Di Kerdau, BN dipercayai memperoleh majoriti 3,148 undi manakala di Merlimau pula merekodkan kelebihan 3,607 undi. Pada 8 Mac 2008 BN menang dengan kelebihan 1,615 undi di Kerdau dan 2,154 undi di Merlimau. [sumber] |
Posted: 06 Mar 2011 03:00 AM PST |
Posted: 06 Mar 2011 01:41 AM PST Melayu 'Sorak', dapat berapa banyak?? Melayu 'Rempit' pulak.... berapa duit?? Ciiittttt!!! Rupa penyagak. Bikin malu Melayu saja. [Kredit Foto:Batu Gajah Mari] |
Mereka.... aim tepat pada Anwar. Posted: 06 Mar 2011 01:02 AM PST MENGAPA ANWAR IBRAHIM DIBICARAKAN? Sebab mengapa Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa ini dengan menghadapi perbicaraan jenayah sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras. Anwar sedang dalam usaha untuk membuat perubahan-perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara ini dan juga ke atas wacana politik nasional. Perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan dari kekuasaan. Pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara. Reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun. Struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka. Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat. Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa tali. Adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka. Dalam tahun 1930-an, Stalin merancang beberapa siri perbicaraan yang menyaksikan penyingkiran semua yang mengancam kekuasaan beliau. Pada 1995, Ken Saro Wiwa, seorang tokoh pengkritik yang dihormati di dalam kerajaan Nigeria telah didakwa dengan pertuduhan rekaan oleh tribunal tentera dan dijatuhi hukuman mati walaupun dikecam masyarakat antarabangsa. Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu mengingkari perintah tahanan rumah. Dengan mencontohi tindakan-tindakan ini, Kerajaan BN mendakwa Anwar Ibrahim. Rakyat cuba diperbodohkan dengan perbicaraan ini yang dibalut dan disamarkan secara formal dengan perendahan undang-undang. Sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji. Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini. Tiada negara yang bergelut atas nama Kebebasan boleh ditekan sebegitu lama. Jalannya mungkin panjang dan sukar, namun saya menyeru setiap rakyat negara bertuah ini agar melihat semua ini. Kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang. N SURENDRAN NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT |
Posted: 06 Mar 2011 12:10 AM PST Di Melaka pun ada Ben Ali....?? Ben Ali Ketam al-Mubarak Fuiyo... Tengok bagaimana pencacai Melayu-UMNO membalacikan diri memayungi TUAN mereka. Dahsyat!! Hiiissyy.... udah-udah ler tu membodeknya. Biarlah dia berpanas sikit. Tak der nya mati.... [Kredit Foto: Pinkturtle] |
Posted: 05 Mar 2011 07:30 PM PST Dia kata.... Jangan main dengan api!! Jangan suka hasut-hasut!! Jangan nak guling-guling!! [Baca lagi sini] Uisyyy... gilerrr!! Main api....?? Bahaya weh, terbakor. Main hasut-hasut....?? Berdosa, Allah SWT marah. Main guling-guling...?? Tak main ler, sakit badan. Ater... Pak Din usah ler gabra bebenor. Nanti kena hypertension atau stroke atau kena serangan jantung susah pulak UMNO kena buat PRK lagi. Mana nak buat PRK, mana nak pilih Timbalan Presiden baru UMNO dan mana nak cari calon yang sesuai sebagai TPM?? UMNO bukan ke dah pupus calon berkaliber?? Yang haprak banyak ler.... Isy...isy.... peningler lagi kepala si Najib nanti. Jaga-jaga Pak Din.. Kesihatan mesti tip-top, nanti tak merasa jadi PM?? Relaks and stay coool. Oleh itu, Pak Din... jangan suka mempunyai imaginasi negatif terhadap pembangkang, tak baik tau?? Jangan cepat perasan yang bukan-bukan. Jangan takut pada bayang-bayang sendiri. Jangan suka buat tuduhan melulu. Takut nanti diri sendiri yang termalu.... Nah.... akibat mulut yang celupar, ini dia cabaran dah datang. Buat tuduhan mesti ada bukti, jangan ikut sedap mulut jer. |
Keji.... keji... Apa nak jadi ntah?? Posted: 05 Mar 2011 06:12 PM PST Ek eleh.... Fitnah jadi bahan kempen?? Ini taktik kempen orang terdesak. Kesian.... Buta-buta dapat dosa. [kredit foto:Karat E-jau] |
Selamat mengundi dan semoga berjaya!! Posted: 05 Mar 2011 03:00 PM PST 6 Mac 2011 ialah hari mengundi bagi PRK di dua DUN serentak. Satu ialah di N27 Merlimau Melaka, manakala... satu lagi di N28 Kerdau Pahang. Kepada semua calon yang bertanding... M3M ucapkan, good luck and all the best. Semoga anda beroleh kejayaan. Menang atau kalah ialah adat bertanding. Kalau menang.... syukur alhamdulillah. Tetapi, jika kalah.... it's not the end of the world. Muhasabah diri dan cuba lagi. Seandainya, kalah kali ini, tidak semestinya kalah selamanya. Jika, ada rezeki dan terpilih lagi..... kita jumpa lagi pada PRU13. Lagi happening beb!! Kepada para pengundi di kedua-dua DUN, jadilah pengundi yang bijaksana. Buatlah pilihan yang tepat. Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayahnya kepada anda semua untuk memilih dan memangkah calon yang terbaik. Selamat menjalankan tanggung jawab demokrasi anda. Assalamualaikum... |
Lain yang bertanding... lain pulak yang diserang Posted: 05 Mar 2011 10:00 AM PST Satu yang menarik dalam pilihan raya di DUN Kerdau ini ialah cara kempen UMNO/BN. Sepanjang kempen berjalan.... rasanya tidak ada apa-apa cacat cela yang kita nampak pada calon PAS iaitu Hasanuddin Salim. Sebab tu dia tak kena hentam. Yang teruk kena hentam ialah Anwar Ibrahim dan setelah telah tak lut.... mereka hentam pulak Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau. Kononnya.... dia mengambil kesempatan atas kesempitan seorang peneroka dengan membeli tanah orang tersebut, menggunakan nama isteri beliau. [sini] Ya Allah.... tak habis-habis mereka buat fitnah. Namun... penafian serta penjelasan yang dibuat oleh si tuan badan, orang yang sebenarnya membeli tanah tersebut telah memberikan satu tamparan kepada UMNO. Padan muka!![sini] Apa-apa pun..... apa yang penting ialah calon PAS iaitu Hasanuddin Salim memang layak jadi wakil rakyat bagi DUN Kerdau, sebab imej dan kredibiliti dia tak terusik langsung dalam kempen UMNO/BN. Sebaliknya, serangan disasarkan kepada orang lain. Yang nak jadi wakil Rakyat di situ bukan Anwar.... juga bukan Tuan Ibrahim, tetapi Hasanuddin. Kalau dia tidak diserang.... bermakna dia okay.... dan dengan itu, menjadikan dia calon yang layak diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat DUN Kerdau. Jadi, kepada para pengundi di DUN Kerdau.... bijaklah dalam membuat pilihan nanti. Jangan teragak-agak.... Undilah PAS/Pakatan Rakyat. Ubah. Selamatkan Malaysia. |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan