Isnin, 28 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno BN - DSAI

Posted: 28 Mar 2011 08:18 PM PDT

SHAH ALAM, 29 Mac — Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" minggu lalu tidak akan sesekali "membunuh" karier politik beliau.

Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

"Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik. "Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Anwar telah menafikan dakwaan terbaru ini dan membuat laporan polis Selasa lalu. Menurut Ketua Pembangkang ini, tuduhan fitnah terbaru terhadap diri beliau tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

"Ujian ini tidak melemahkan semangat saya," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa akhir 1990-an dan kes liwat kedua pada 2008.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara." "Jadi apa yang berlaku ini adalah Umno-BN sanggup lakukan apa sahaja, cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat yang mahu menuntut Putrajaya," katanya lagi.

"Kita yakin kita akan berbicara soal Buku Jingga (Pakatan Rakyat)bukan soal fitnah... bukan lubang . . . bukan najis dan bukan air mani," kata beliau di hadapan lebih 5,000 orang.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Awal minggu lalu negara dikejutkan dengan tindakan "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China.

Tiga "Datuk T" yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

"Dia (Abdul Rahim) jaguh baru . . . tokoh akhlak baru yang ditonjolkan Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor)... tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik. "Orang Umno kalau membunuh, tiada tindakan, rogol tutup kes, rasuah tutup kes... jadi saya minta kezaliman ini dihentikan," katanya.

Beliau juga berkata pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk memecahbelahkan keluarganya. Dalam ucapannya itu, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan. Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata peristiwa pendedahan itu yang dibuat Datuk T adalah satu perkara yang "menjijikkan".

"Sejak satu minggu (lalu) di televisyen, radio dan surat khabar, adalah satu peristwa yang jijik, bagaimana kalau fokus sasaran peristiwa jijik di Carcosa Seri Negara ini adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkinkah peristiwa itu boleh berlaku? Sudah tentu tidak.

"Skuad khas akan sampai dan tidak akan benarkan rakaman tersebut ditonton, ini menunjukkan 'double standard' seolah-olah ia adalah satu komplot politik," katanya. Ahli Parlimen Ipoh Timur juga mempersoalkan hasil siasatan polis yang sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat walaupun "Datuk T" telah mengakui terlibat dengan pendedahan tersebut.

"Ada kesalahan dan jenayah tapi adakah tangkapan dibuat? Adakah mereka diheret ke mahkamah? Adakah kita akan percaya satu siasatan yang adil akan dibuat," katanya. Lim turut mencadangkan agar satu persidangan meja bulat diadakan bagi mencari jalan penyelesaian menghentikan politik "kotor dan jijik".

"Kita perlu adakan mesyuarat meja bulat, panggil pemimpin BN, pemimpin Pakatan Rakyat, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan agama untuk kita menamatkan politik kotor dan jijik ini dan langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah menangkap Datuk T ini," tegasnya. - TMI

Azmin hantar surat tuntutan minta polis mohon maaf

Posted: 28 Mar 2011 07:58 PM PDT

Oleh G Manimaran March 29, 2011
KUALA LUMPUR, 29 Mac — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menuntut pihak polis meminta maaf secara terbuka kerana mengganggu majlis pelancaran "DNA", yang diadakan di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak Jumaat lalu, yang berakhir dengan kekecohan membabitkan penyokong Pakatan Rakyat dan polis.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengemukakan empat tuntutan termasuk permohonan maaf. Salinan surat tuntutan beliau turut diedarkan kepada media lewat semalam.

Surat itu dikeluarkan beberapa jam selepas Azmin yang ditemui wartawan di Shah Alam pagi semalam berkata beliau mahu polis memohon maaf ekoran insiden tersebut.

Tiga tuntutan lain yang disenaraikan dalam surat itu ialah membekalkan nama-nama dan nombor polis kesemua anggota polis yang terlibat dalam serbuan minggu lalu.

Azmin, menurut surat yang ditandatangani peguamnya N Surendran itu, mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi akujanji bertulis tidak akan mengulangi tindakan yang menyalahi undang-undang seperti itu.

Surat tuntutan itu dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amiruddin Jamaluddin.

"Kami diarahkan pada malam 25 Mac 2011, suatu ceramah politik telah diadakan di pusat khidmat Parlimen Gombak. Pihak polis telah secara mala fide, menyalahi undang-undang dan tanpa alasan munasabah menyerbu, mengganggu dan menamatkon ceramah tersebut.

"Adalah dianggarkan lebih 50 anggota polis termasuk FRU terlibat dalam tindakan serbuan ini," kata Surendran lagi.

Beliau yang juga naib presiden PKR berkata, pihak polis juga menggunakan "kekerasan yang keterlaluan" di mana Azmin ditolak dan terjatuh pada masa tersebut. "Beberapa orang yang hadir juga telah ditangkap oleh polis secara salah," katanya.

Malah kata beliau, beberapa kesalahan serius telah dilakukan oleh polis pada malam Jumaat lalu termasuk pencerobohan jenayah, intimidasi jenayah, serangan dan gangguan yang menyalahi undang-undang.

"Kami juga diarahkan untuk menyatakan bahawa tindakan mengganggu dan menamatkan ceramah pada ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap adalah satu tindakan mala fide dan bermotifkan politik," kata Surendran lagi.

Azmin telah diberikan notis hadir di ibu pejabat polis daerah Ampang tengah malam kelmarin berhubung insiden tersebut. Beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa diminta hadir pagi semalam, tetapi telah meminta menangguhkannya kerana menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor - TMI

Video sex : Pemimpin agama jangan jadi 'syaitan bisu'

Posted: 28 Mar 2011 07:37 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM, 29 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali.

Walaupun tidak ditujukan secara jelas terhadap siapa pemimpin agama itu, namun ia dilihat menjurus kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh PAS.

"Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu... yang diarahkan untuk berkata yang benar tapi tidak lakukan adalah syaitan bisu," kata Hadi lagi. Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta atas sebab-sebab yang tidak diundang. Malah kata beliau, ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat menerima yang rakyat dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit, didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama "Datuk T".

"Jangan anggap kezaliman adalah kekuatan kepada seluruh kerajaan, kezaliman yang berlaku merendahkan kerajaan, menunjukkan kelemahan dan kerajaan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berkuasa.

"Jadi sebagai rakyat kita diwajibkan untuk tidak terlibat dengan kerja-kerja mungkar ini, percayalah pemimpin Barisan Nasional (BN) . . . kamu tidak akan kekal buat selama-lamanya . . . percayalah fitnah dan kezaliman yang kamu lakukan ini adalah tanda bahawa perubahan akan berlaku," kata Hadi ketika menyampaikan ceramah selepas program solat hajat dan Pidato Khas 'Menangkis Fitnah Jahat' di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Awal minggu lalu, negara dikejutkan dengan tindakan "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, dengan pelacur dari China.

Tiga "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Menurut Hadi, pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu disifatkan beliau sebagai "permainan politik" kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam. "Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam bahkan ia bercanggah dengan amalan demokrasi yang diamalkan manusia sejagat.

"Kita sedang mengalami satu kecelaruan yang amat menakutkan di seluruh dunia dan apa yang berlaku ini wajib untuk kita lakukan perubahan," katanya. Kata Ahli Parlimen Marang ini, mengikut undang-undang Islam mana-mana individu dituduh terlibat dalam satu perkara termasuk zina tidak boleh dianggap sebagai pesalah selagi ia tidak dibuktikan di mahkamah.

"Orang yang dituduh dianggap tak bersalah selagi tak dibuktikan dan sebarang tuduhan yang dibuat dalam negara bertamadun hendaklah melalui proses mahkamah dan keadilan, bukan melalui media atau perbualan masyarakat.

"Mengikut kaedah perundangan Islam atau hudud yang berkait dengan isu moral dan sebagainya ia akan ditolak jika berlaku kekeliruan dan ia dibuat di mahkamah bukannya orang lain," katanya.

Tambah Hadi, kerajaan persekutuan sepatutnya mengambil sikap yang telus dan adil bagi membawa individu yang terlibat ke muka keadilan dan tidak sesekali berkompromi dalam perkara yang menyalahi undang-undang.

"Sepatutnya pihak berkenaan ambil tindakan, siasat siapa jurukamera, pelakon, penerbit dan pengedar . . . orang ini yang perlu disiasat. "Jika kerajaan bertanggungjawab, maka kerajaan tidak akan terlibat dengan kemungkaran ini yang mana rakyat wajib mencegah kemungkaran daripada berlaku.

"Marilah kita melakukan perubahan supaya tidak ditimpa bencana," katanya. Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu. Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis - TMI

Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya

Posted: 28 Mar 2011 09:34 AM PDT


Ismail Hashim

SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang. Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.

Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat. Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti. "Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.

Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.

Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara. "Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber kebangkitan rakyat," katanya.

Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. - HD

Santai mlm : Kejadian selepas Tsunami Jepun

Posted: 28 Mar 2011 09:09 AM PDT




Kerja-kerja haramjadah 3 jembalang ...

Posted: 28 Mar 2011 06:07 AM PDT

Mat Zain Ibrahim Dedah Hubungan Tiga Tan Sri
KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendedahkan laporan salahguna kuasa yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang cuba ditutupi dua Tan Sri, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

Menurut beliau, di antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat empat laporan polis mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin politik dalam kerajaan. Laporan-laporan itu turut menamakan Tun Mahathir, peguam negara Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail yang ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa raya.

Mat Zain berkata, pertembungan antara Rahim dan Anwar dilihat jelas dalam laporan bertarikh 20 Ogos 1999 yang mendakwa ketiga individu itu menyalahguna kuasa, melindungi perbuatan rasuah, menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap rasuah membabitkan Rahim.

"Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA," ujar beliau dalam satu surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Mat Zain yang pada masa itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) berkata, beliau menangani ke empat laporan itu melibatkan rasuah berjumlah RM40 juta atau bersamaan RM39,782,772.60 yang disahkan Ghani.

Katanya, terdapat perbezaan antara KJSJ dengan Jabatan Peguam negara dalam menangani laporan itu. Peguam Negara mahu ia diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi sementara KJSJ pula mahu ia disiasat di bawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa, di mana siasatan dijangka membabitkan rakaman keterangan daripada Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

Bagaimanapun katanya, pada 28 Ogos 1999, beliau menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan laporan yang dibuat Anwar terhadap Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononnya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi "Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.

"Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di"hijacked" oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur," jelas Mat Zain dalam surat berkenaan.

"Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

"Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Ghani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara. "Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak, kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

"Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah berkenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.

"Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti," jelas surat berkenaan - Keadilan Daily

Kalau ikut firasat aku la, mamat Aauuwww ni akan menang la ... hahaha

Posted: 28 Mar 2011 05:26 AM PDT

Video seks: Hishammuddin akan saman Anwar
2011/03/28

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lalu.

Hishammuddin hari ini melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang itu. Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.

Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin. Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan. - BERNAMA

Anti politik kotor, lucah - SMM sahut seruan Dr Asri - Anjur himpunan besar-besaran

Posted: 28 Mar 2011 02:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan melancarkan kempen 'Rakyat Selamatkan Malaysia yang akan berlangsung selama dua minggu bermula 28 Mac hingga 8 April ini bagi membantah amalan politik lucah dan kotor yang semakin membimbangkan.

Menurut pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab, SMM meletakkan sasaran untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran dengan tema "Himpunan Rakyat untuk Politik Bersih Dan Adil pada kemuncak kempen tersebut.

"Kempen ini antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada rakyat mengenai situasi semasa dan langkah yang perlu dimainkan oleh semua pihak untuk merawati keparahan kondisi politik Malaysia," ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sekaligus menyambut saranan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengajak semua pihak menganjurkan perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

Dalam kenyataannya, Ahmad Syukri mengulas isu rakaman video seks oleh individu yang menggelar diri mereka sebagai 'Datuk T', menyifatkan perbuatan itu sudah melampaui norma politik yang seharusnya diamalkan secara bersih dan adil.

Menurut beliau, mahasiswa menilai isu yang berlaku itu merupakan hasil daripada permainan 'politik kotor' dan budaya pemerintahan yang bobrok. "SMM beranggapan tidak perlu diragui lagi betapa rosaknya integriti seorang pemimpin yang sanggup mendendangkan politik murah demi menjatuhkan pesaing politik.

"Sudah pasti sistem pemerintahan negara akan semakin tempang jika pemimpin yang tidak berintegriti ini terus dibenarkan untuk menduduki kerusi pentadbiran. "Oleh itu SMM menyarankan agar pihak kerajaan segera melakukan pemutihan dalam kerusi pentadbiran negara agar suasana politik Malaysia kembali berteraskan nilai dan peradaban," katanya. Justeru itu, katanya, SMM juga mendesak agar pelaku utama yang mendedahkan video seks tersebut segera diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya.

"Hal ini penting bagi memberi mesej kepada rakyat bahawa budaya ini adalah sangat tidak sihat untuk masa depan demokrasi negara. "SMM dengan tegas menyatakan bahawa mahasiswa menggesa agar permainan isu ini dihentikan segera oleh semua pihak yang berkaitan.

Menurutnya lagi, jika di peringkat nasional, masyarakat dihantui dengan isu politik lucah, di kampus pula mahasiswa dibebani salah guna kuasa pentadbiran seperti yang berlaku di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada Pilihan Raya Kampus baru-baru ini.

"Oleh itu, dengan keadaan politik Malaysia yang bercelaru ditambah dengan suasana pendidikan politik dalam universiti yang turut tercemar dengan pencabulan demokrasi, Maka SMM melihat menjadi satu keperluan segera untuk menggerakkan kuasa rakyat dalam mengubah suasana politik Malaysia yang semakin parah.

"SMM juga tidak menolak kemungkinan untuk mengheret kondisi ini ke medan PRU 13 sebagai puncak untuk membina semula Malaysia dengan pengamalan politik yang lebih baik.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9997

Notis polis pada Azmin bertarikh November 2011 ... 8 bulan lagi? ... hahahaha

Posted: 28 Mar 2011 01:29 AM PDT

Azmin sindir polis keluar notis Seksyen 111 'lapan bulan' lebih awal Oleh Melissa Chi
SHAH ALAM, 28 Mac — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyindir polis mengeluarkan notis "lapan bulan lebih awal" agar hadir di ibu pejabat polis Ampang untuk memberi keterangan berhubung kekecohan pada program parti yang dianjurkan di pusat khidmat masyarakatnya di Gombak, Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata selain tidak diberi alasan beliau dipanggil, pihak polis juga seolah-olah mengeluarkan notis secara terburu-buru dengan kesilapan tarikh.

Kata beliau, sedangkan notis itu dipercayai berkaitan dengan insiden Jumaat lalu — yang berakhir dengan kekecohan antara polis dan penyokong Pakatan Rakyat, tetapi tarikh notis bulan tertera "26 November 2011."

"Notis yang diberikan kepada saya tidak menyebut alasan siasatan dan mereka lakukan ini secara terburu-buru. "Notis di bawah Seksyen 111 telah digunakan terhadap saya lewat malam tadi yang bertarikh 26 November 2011, ini bermakna polis terlalu cekap yang mana mereka sediakan notis lapan bulan lebih awal," kata Azmin.

Beliau mengaitkan kedua-dua kes liwat membabitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana prosedur yang dibuat tidak mengikut kronologi membuktikan tuduhan tersebut telah dirancang.

"Saya telah dimaklumkan terdapat tiga buah kereta, satu kereta peronda dan dua kereta persendirian datang ke rumah saya untuk memberikan notis kepada saya tapi selepas itu mereka tetap menunggu di hadapan rumah saya dan sekali lagi saya merasakan ini adalah satu bentuk gangguan dan ugutan terhadap anak dan keluarga saya.

Sebaik sahaja menyerahkan notis kenapa anda mesti terus berada di hadapan rumah saya? "Bila saya pulang kira-kira pukul 1 lebih (pagi tadi) mereka masih lagi berada di sekitar kawasan rumah saya dan untuk apa?

Rakan saya dari Batu Caves dan juga Hulu Klang juga menerima notis pada pukul 2.30 pagi. Kenapa tidak serahkan notis itu hari ini atau tengah hari? Kenapa perlu tergesa-gesa?" soalnya.

Ketika polis tiba di pekarangan rumahnya, Azmin berada di Hotel De Palma, Ampang kerana menghadiri mesyuarat PKR selepas makan tengah hari di lokasi sama.

"Saya mempersoalkan cara mereka buat perkara ini; seolah-olah saya seorang penjenayah. Mengapa mereka perlu serahkan notis macam itu yang terdapat unsur gangguan dan ugutan kepada saya dan keluarga.

Mereka datang lewat malam tadi. Mereka tidak boleh tunggu sehingga hari ini untuk serahkan notis. Kenapa polis bertindak dengan tidak profesional," katanya kepada wartawan selepas sesi pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Azmin juga menuntut Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab atas sikap "tidak profesional" polis. Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis, Azmin berkata peguamnya akan mengkaji perkara itu.

"Peguam saya akan kaji dulu. Satu saya rasa ia menceroboh dan kedua bertindak di luar kuasa kerana tidak mempunyai hak untuk masuk. Ini adalah premis swasta, ia pejabat saya, anda tahu pusat khidmat masyarakat. Mereka tidak sepatutnya datang dan mengganggu program kita," katanya.

Azmin berkata peguamnya mungkin akan kemukanan notis pertama menjelang petang esok. Beliau juga menunjukkan kepada pemberita notis yang diterimanya lewat malam tadi yang dikeluarkan lapan bulan awal.

Azmin juga menuntut permohonan maaf daripada Ketua Polis Ampang kerana mengganggu satu program yang dianjurkan di pusat khidmat masyarakatnya Jumaat lalu.

"Perhimpunan yang kita buat secara aman dan dirancang tetapi ia menjadi kelam-kabut apabila polis masuk dan membuat provokasi yang mengganggu ketenteraman program. "Peguam saya akan menghantar satu notis esok kepada OCPD (Ketua Polis Daerah) Ampang menuntut permohonan maaf dan memohon penjelasan dan jika mereka tidak mahu kita akan ambil tindakan undang-undang kepada polis," katanya.

Azmin sepatutnya menemui polis hari ini untuk memberikan keterangan berhubung program Pakatan Rakyat yang diadakan pusat khidmat masyarakat Gombak. Akaun Twitter PKR Wilayah Persekutuan pula menyebut: "@AzminAli diminta lapor diri ke balai polis esok (hari ini); isu ceramah 25/3 tiada permit.

Mengikut sumber beliau mungkin akan ditahan." Difahamkan Azmin telah bercakap kepada Ketua Polis Ampang dan menetapkan semula pertemuan dengan polis kerana menghadiri perasmian DUN Selangor pagi ini.

Majlis Jumaat lalu anjuran PKR, yang didakwa diadakan tanpa permit polis, berubah menjadi 'hodoh' apabila anggota polis cuba menghentikan Anwar daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap - TMI

Tiada ulasan: