Jumaat, 25 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Video Sex : Pengakuan blogger umNO

Posted: 25 Mar 2011 10:38 PM PDT


PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR


Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR. Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri!

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard. Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkan – Anuar Mohd Nor

Ceramah DSAI di Melawati malam tadi - Video

Posted: 25 Mar 2011 09:24 PM PDT



"Bila Sang Penguasa Lupa Akhirat" - HMS ABU BAKAR

Posted: 25 Mar 2011 08:59 PM PDT




MENANTI MASA

I

Bila Sang Penguasa lupa akhirat
Sekehendak hati dia buat
Penuh tipu muslihat
Dia ingat Allah tak lihat
Tanda roh tak sihat
Di akhirat pasti melarat

II

Bila Sang Penguasa lupa akhirat
Mudah lakukan khianat
Guna slogan"Dahulukan Rakyat"
Kos kehidupan terus meningkat
Daripada Apco Worldwide dapat nasihat
Sebuah syarikat Yahudi yang pekat
Ayat 120 Al-Baqarah tak ingat
Bahaya bagi umat
Kes jenayah terus meningkat

III

Bila Sang Penguasa lupa akhirat
Media masa dijadikan alat
Mengaburi mata rakyat
Nampak semuanya hebat
Di mana-mana 1 Malaysia dilihat dengan dekat
Anak luar nikah terus meningkat
Di sana-sini terdedah aurat
Bob Lokman dah taubat
Kebaikan Islam dapat dilihat
Puak Jahiliyah memang jahat
Cintakan dunia amat sangat
Lupalah seksa akhirat

IV

Bila Sang Penguasa lupa akhirat
Kumpul harta jadi matlamat
Kayakan kroni dan suku-sakat
Aktiviti lawan terus disekat
Lupa Internet boleh menyengat
Lupa Internet sedang menggugat
Bila rakyat celik maklumat
Riwayat Sang Penguasa akan tamat
Dirinya dekat dengan kiamat
Semuanya dah tak selamat
Bila PR kuasai Kerajaan Pusat


HMS ABU BAKAR

DSAI diheret polis - Video

Posted: 25 Mar 2011 05:32 PM PDT

Majlis pelancaran DNA kecoh - polis cuba tahan DSAI

Posted: 25 Mar 2011 05:20 PM PDT


GOMBAK, 26 Mac — Majlis pelancaran "Datuk Najib Altantuya (DNA)" anjuran PKR di sini malam tadi berubah menjadi 'hodoh' apabila anggota polis cuba menghentikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah malam tadi, telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap.

Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan. Kebanyakan hadiirin, penyokong PR mula membaling kerusi dan botol air ke atas polis ketika cuba untuk menghalang Anwar daripada meneruskan ucapannya.

Anwar (gambar) sendiri telah berusaha untuk menenangkan hadirin tetapi suaranya tenggelam dalam kekecohan pada majlis dihadiri sekitar 800 orang.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengesahkan pihak polis menahan beberapa ahlinya. "Ada tahanan, anggota Angkatan Muda PKR ditahan di balai polis Taman Melawati," kata Shamsul Iskandar kepada pemberita.

"Cara mereka (polis) bertindak, cuba untuk menahan beliau (Anwar) malam ini adalah sesuatu tidak wajar," kata beliau.

"Kesabaran rakyat ada batasan," kata beliau. Anwar tidak ditahan dan kemudian meninggalkan majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat serangan berhubung skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" dengan mendakwa pentadbiran Najib berkonspirasi untuk mengakhiri kerjaya politiknya.

Tiga "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui melakukan pendedahan tersebut Isnin lalu.

Ketiga-tiga memberikan keterangan kepada polis semalam dan kelmarin. "Abdul Rahim adalah penjenayah, perogol dan beliau dijadikan pemimpin... mereka merakamkan bahan lucah dan mereka bebas," kata Anwar.

"Saya ditahan dan dilayan macam anjing tetapi anda membiarkan mereka bebas selepas kenyataan dirakamkan," kata Anwar lagi, dipercayai merujuk kepada penahanan beliau pada September 1998 dan Julai 2008.

Sehubungan itu katanya, sokongan rakyat diperlukan untuk menolak Umno dan menyampaikan mereka "satu pengajaran." "Mereka ingat kita ini bodoh, ajar pemimpin-pemimpin Umno dan BN... beritahu mereka itu bodoh dan tolol," kata Anwar lagi.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Selangor Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, pihaknya meluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran DNA di Taman Melawati malam tadi.

"Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan. Lebih malang adalah apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian.

"Pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau," katanya dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi.

Kata beliau, tindakan seperti ini membuktikan bahawa Umno-BN diketuai Datuk Seri Najib Razak takut kepada kebangkitan rakyat dan kebenaran akan terpancar menutupi fitnah yang cuba ditaburi dalam kes Saiful Bukhari dan video seks "Datuk T".

"Di akhir kenyataan ini, AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno-BN. polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN," katanya lagi. - TMI

DSAI diheret turun pentas - 3 ditahan di ceramah DSAI di Tmn Melawati

Posted: 25 Mar 2011 08:56 AM PDT


KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang turut muncul hingga menggamatkan hadirin.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Bukti rakyat bersama perjuangan Anwar menolak Umno BN
Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.

Sehingga berita ini ditulis jam 11.45 malam, suasana masih kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.

Kempen itu dinamakan sebagai 'DNA' atau 'Datuk Najib-Altantuya' bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui 'Datuk T'.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.
Berita lanjut - lihat Twitter sebelah

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9854

Video sex : Dapat sokongan orang No 1?

Posted: 25 Mar 2011 07:24 AM PDT


RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis berkata Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, Isnin lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

"Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata 'saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun," katanya.

Mohamad Mahti sendiri bersetuju menjadi saksi dalam kes dibawa Shazryl mendakwa beliau dijanjikan akan dibayar RM20 juta kerana berjaya memperoleh projek jambatan bengkok RM460 juta yang menghubungkan Singapura dan Johor.

Katanya, selepas dia memberikan keterangan pada 8 Mac lalu, Shazryl mula bercakap buruk tentang Anwar ketika berhenti rehat dan disambung pada keesokan hari.

"Sama ada rakaman ini betul atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi beliau mahu menjatuhkan Anwar Ibrahim. Beliau berkata Anwar curi wangnya," katanya lagi.

Mohamad Mahti juga berkata, Shazryl bertemu dengannya minggu lalu untuk bertanya sama ada boleh mendapatkan bekas anggota unit tindakan khas bagi tujuan keselamatan apabila menayangkan rakaman video.

Mohamad Mahti berkata, dia mengikut Shazryl ke rumah Datuk Shuib Lazim, seorang lagi Datuk T dan mendapati Bendahari Perkasa itu penasihat ahli perniagaan terbabit yang mengendalikan kilang baja dan akan menjadi pengerusinya dalam waktu terdekat.

"Eskay juga berkata beliau melakukan ini bagi (seorang) No. 1," katanya sambil menambah, Shuib kelihatan keberatan untuk membantu Shazryl.

"Saya tidak tahu siapa orang itu dan saya juga tidak tanya siapa yang dia maksudkan," kata Mohamad Mahti apabila ditanya sama ada Shazryl merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang Anwar menuduh terlibat dalam pendedahan video seks ini.

Mohamad Mahti, 53, berkata dia kali pertama bertemu dengan Shazryl ketika menjadi pakar fisioterapi bagi Persatuan Badminton Malaysia pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemudian diperkenalkan kepada Dr Mahathir dan Anwar di mana pada masa yang sama khidmatnya diperkenalkan kepada mereka.

Mohamad Mahti juga berkata, dia diberi wang saku RM5,000 kerana menguruskan pertemuan dengan Ahli Parlimen Salak Tan Sri Tajuddin Rahman, yang merupakan Pengerusi Felca, dipercayai untuk mendapatkan kontrak membekalkan baja.

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang lagi Datuk T pula merupakan Pengerusi Risda.

Mohamad Mahti berkata sebulan kemudian Shazryl memberikannya satu nota tulisan tangannya menjanjikan pelbagai pegawai termasuk Tajuddin potongan bagi setiap tan baja dijual kepada Felcra.

"Saya merasakan ini rasuah, jadi saya SMS kepada Tajuddin meminta agar melupakan segala-galanya," kata beliau sambil menunjukkan tulisan tangan yang menggunakan dakwat merah.



Nota tulisan tangan, didakwa ditulis oleh Shazryl Eskay, yang ditunjukkan oleh Mohamad Mahti kepada pemberita di Kuang, Rawang hari ini.

Mohamad Mahti berkata salah seorang pengawal peribadi Anwar yang bernama Moktar ada menghubunginya untuk bertanya mengapa Shazryl melakukan yang ini sedangkan baru seminggu lalu beliau ada membawa keluarganya bertemu dengan Ketua Umum PKR itu.

"Saya memberitahu bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang video ini sehingga ia dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Kuang dekat sini hari ini.

Mohamad Mahti menambah, Shazryl ada mengatakan bahawa beliau pernah banyak membantu Anwar dan membawa bekas timbalan perdana menteri itu ke Singapura untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan dakwaan akhir 1990-an bahawa beliau adalah bapa bagi anak Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sebagai tidak benar.

Dia juga berkata, Shazryl mendakwa ada membantu Anwar untuk menghantar keluar blogger Raja Petra Kamaruddin untuk meninggalkan negara ke United Kingdom.

Katanya, dia tidak diminta oleh sesiapa agar membuat dakwaan ini sambil berkata "jika saya dibayar, kita sepatutnya mengadakan sidang media di bilik berhawa dingin."

Shazryl dan Abdul Rahim ditahan oleh polis awal hari ini berkaitan dengan seks video ini. [Msian Insider]

Video sex : Rahim Thamby perlu dipecat -

Posted: 25 Mar 2011 01:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN Wilayah Persekutuan hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerana menjadi dalang di sebalik penyebaran video seks palsu.

Ini kerana, tindakan jijik bermotif politik itu menjejaskan nama baik institusi Risda yang sudah berusia hampir 40 tahun.

"Najib mesti pecat dengan serta-merta Rahim Thamby Chik sebagai Pengerusi RISDA," kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad pada kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu sebagai reaksi kepada Rahim – bekas Ketua Pemuda Umno yang sewenang-wenangnya meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan walaupun Ketua Umum KEADILAN itu bukan individu dalam video itu.

"Orang yang sepatutnya letak jawatan ialah Rahim Thamby Chik sendiri. Beliau mencemar, menjatuhkan air muka dan merosakkan imej sebuah organisasi. Malah, beliau sebenarnya mencemar dan memalukan agama, bangsa dan negara," katanya.

Rahim Thamby Chik bekerjasama dengan ahli perniagaan, Datuk Eskay Shazryl menayangkan video palsu itu Isnin lepas kepada wartawan tempatan di Hotel Carcosa Sri Negara. Lebih memalukan, tempahan bilik tayangan video itu juga dibuat atas nama Risda.

Dr Idris berkata KEADILAN Wilayah Persekutuan juga meminta polis meneruskan siasatan ke atas Rahim dan Shazryl kerana mengedar dan menayangkan bahan lucah di tempat awam.

"Kami minta polis meneruskan siasatan menyeluruh ke atas kumpulan ini, yang jelas menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan lucah. Jika bersalah, maka harus dibawa ke muka pengadilan," kata mereka.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9808

Di Masjid Jamek KL selepas solat

Posted: 25 Mar 2011 12:32 AM PDT


KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 orang termasuk ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur hari ini bagi membantah penayangan video seks memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka diketuai Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin yang turut menyampaikan ucapan kata-kata semangat.

Pasukan polis dilihat berkawal di kawasan sekitar tetapi tiada tangkapan atau gangguan dibuat setakat ini.

Mereka kini sedang bergerak ke pejabat Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik – antara dalang tayangan video seks di Hotel Carcosa Negara, Isnin lalu.

Bagaimanapun, ada kemungkinan mereka menukar haluan berikutan AMK menerima maklumat pejabat Risda kini dikawal ketat sepasukan polis.

(Laporan Lanjut Menyusul)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9801

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Współcześnie rynek ofert rachunkowych na pewno nie moiż narzekać na brak
popularności. To wszystko z racji na fakt, że o wiele więcej osób decyduje się na założenie prywatnej działalności gospodarczej.

Takie wyjście będzie dla dużej ilosci osób niezwykle interesujące,
bo jest oczywiste, że wygodnie jest stać się
szefem samym dla siebie. W rzeczywistości z prowadzenia swojej działalności wynika wiele obowiązków, które mogą pociągnąć do odpowiedzialności wszystkich przedsiębiorców.
Szczególnie wówczas kiedy chodzi o podatki. Jednak, wówczas gdy korzysta on z ewidencji
dobrego biura rachunkowego, to nie będzie musiał się niczym przejmować.
Here is my homepage - Extor forum

Tanpa Nama berkata...

Aktualnie biura rachunkowe nie muszą upominać się na zbyt
małą ilośc zainteresowanych. Przychodzą do nich przede wszystkim przedsiębiorcy,
jacy mają małe firmy. Takich osób jest na dzień dzisiejszy na rynku gospodarczym naprawdę sporo.
Zakładając i obsługując samodzielnie działalność, nie można o wszystko zatroszczyć się osobiście.
Z uwagi na to korzystają oni z możliwości
zaproponowanych na rynku, które są się bardzo dobrym rozwiązaniem.
Jedną z dziedzin, która zajmuje się obsługą takiej działalności jest właśnie rachunkowość oferująca ewidencjonowanie księgowe, jaka ma czuwać na
prawidłowością rachunków w firmie.
Also visit my blog post :: extor sp. z o.o forum