Jumaat, 11 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Maya Karin bercinta dengan bekas menteri?

Posted: 11 Mar 2011 10:31 PM PST


KUALA LUMPUR, 12 Mac — Pelakon popular, Maya Karin Roelcke menafikan gosip mendakwa dia pernah beberapa kali keluar bersama seorang bekas menteri Kabinet di khalayak umum seperti hangat diperkatakan sekarang ini, malah menegaskan ia tidak mungkin berlaku bagi menghormati rakannya.

"Saya bersahabat baik dengan anak dan keluarga kepada bekas menteri itu, malah ketika Krismas akhir tahun lalu kami menghabiskan cuti bersama.

"Malah, saya dan anak bekas menteri berkenaan pernah merancang pergi bercuti bersama. Namun, kerana masing-masing sibuk ia tidak dapat dilakukan dalam waktu terdekat," katanya dipetik Harian Metro hari ini.

Pelakon dan pengacara TV terkenal itu dan suaminya Muhammad Ali Abdullah secara rasminya bercerai dengan talak satu pertengahan Julai lalu.

Mereka berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

Laporan itu berkata keakraban terjalin antara dia dan anak bekas menteri berkenaan turut membuktikan tidak mungkin pelakon utama filem Cun itu tergamak melakukan perkara sedemikian, membelakangi rakan baiknya apatah lagi didakwa menjalin hubungan cinta dengan bapa kepada rakan baiknya sendiri.

"Saya mengenali isteri bekas menteri itu dan tidak mungkin saya tergamak melakukan perkara itu kepada orang yang saya kenal. Gosip yang tersebar itu mengarut dan tidak masuk akal," katanya.

Menurut Maya, dua perkara menjadi kepantangannya dalam memilih pasangan hidup, pertama menjalin hubungan dengan suami orang dan orang dimaksudkan itu mempunyai hubungan baik dengan dirinya.

Ditanya kemungkinan pertemuannya dengan bekas menteri berkenaan mempunyai kaitan dengan projek teater yang dilaksanakan isteri bekas menteri berkenaan, Maya berkata, dia gembira sekiranya perkara itu berlaku, tetapi ia tiada kaitan.

"Saya gembira sekiranya ia benar dan pertemuan itu mempunyai kaitan dengan projek yang mahu dilakukan, tetapi kami tidak pernah bertemu dan kalau benar sudah tentu dia akan menghubungi saya dan berbincang mengenainya," katanya.

Maya bagaimanapun tidak melenting apabila mengetahui gosip yang hangat diperkatakan itu kerana faham ia timbul disebabkan kekeliruan sesetengah pihak.

"Kadang-kadang manusia ini suka membuat andaian walaupun tidak tahu kesahihan perkara sebenar. Mengambil contoh ada orang melihat perempuan lain yang wajahnya mirip saya keluar dengan mana-mana lelaki berprofil tinggi, mereka membuat andaian saya menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit.

"Ada ketika andaian itu dilakukan berdasarkan sekilas pandang. Dia melihat wanita itu mempunyai mata seiras saya atau melihat dari belakang rambut dan susuk tubuh seperti saya dan mengesahkan orang yang dilihat itu saya.

"Untuk membuktikan kepada orang lain dia bercerita dengan temannya dan secara tidak langsung ia menyebabkan gosip itu tersebar," katanya. -TMI

Mazlan - Maslan nak debat 3 hari 3 malam ... menarik ni hahaha

Posted: 11 Mar 2011 09:48 PM PST


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman semalam menyerahkan surat kesediaan berdialog isu felda dengan Datuk Ahmad Maslan.

Surat itu diserahkan wakilnya Razman Zakaria yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah negeri Pahang kepada setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, di Ibupejabat Felda, Jalan Semarak di sini.

Surat tersebut sebagai menjawab cabaran Ahmad yang sebelum ini mengajak Mazlan berdebat ketika berkempen pada pilihan raya kecil Kerdau.

"Saya telah mengemukakan dua kali cabaran debat kepada Datuk (Ahmad Mazlan) pada 17 Julai 2010 di Lobi Parlimen dan pada 25 Januari 2011 di Tenang, Johor. Kedua-duanya ditolak dengan pelbagai alasan.

"Dalam kempen PRK Kerdau, Datuk mencabar saya berdialog dan menuduh saya takut dan melakukan pembohongan.

"Sayugia diperjelaskan, saya hanya takut kepada Allah dan tiada sebab untuk saya takut kepada manusia. Saya bersedia berdebat atau berdialog dengan sesiapa sahaja demi kebenaran," kata Mazlan melalui surat itu.

Jelasnya lagi, penolakan beliau untuk berdebat secara tertutup dengan Ahmad sebelum ini kerana bimbang di ekspoitasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan namun untuk kali ini beliau menyatakan bersedia tanpa sebarang halangan.

"Saya menyarankan Datuk memilih mana-mana tarikh serta lokasi dalam bulan April dan saya bersama 20 Ahli Jawatankuasa Anak bersedia untuk datang.

"Ini semua saya lakukan untuk membangkitkan pelbagai persoalan yang berlegar dalam kehidupan warga Felda.

"Saya menuntut janji Datuk; tiga hari tiga malam pun boleh berdialog!," katanya mengulangi ayat yang pernah dinyatakan Ahmad sebelum ini.

Sebagai penutup pada surat itu, beliau menzahirkan harapan agar Ahmad tidak lagi menggunakan pelbagai alasan untuk menggagalkan pertemuan yang dianggap penting demi masa depan jutaan warga Felda - HD
STONE : Apa syarat dia lagi? Tak tidor ker? hahaha ... tak pa baguih juga tu, boleh juga bagi rezeki kat peniaga.
Yang pasti Pak Cik bihun sup utara mesti kena ada la dan satu lagi yang baru aku jumpa di Merlimau baru-baru ni nasi kukus burung puyuh ... sedap tu. Pukul 3 pg sekali aku makan, 7 pagi sekali ... hahaha jangan lupa mai nanti na, bukan sehari macam kat penamaan calon Merlimau hari tu, tapi 3 hari ni ... hehehe
Aku tak tau apa yang depa nak bercerita sampai 3 hari 3 malam ni ... tak pa kita tunggu saja lah, nanti depa akan bagitau tang mana dan bila.
Cuma nak pesan kat puak-puak umNO ni, ni debat antara Maslan dan Mazlan saja tau, jangan nanti bawa mai Duad Kilau ka, Fat Lady ka pulak atau Hafilda ka, kot-kot nak tarik penyokong, orang kata meramaikan majlis ... hehehe aku tunggu sangat dan nanti sanggup ambil cuti 3 hari .. kita tunggu apa respon ahmad maslan .. kalau dia tolak maknanya dia tak dak teloq ... hahaha

Ketua dan Timbalan Umno Bhg Sg Petani berebut RM 1 juta ... hahaha lawak puak2 ni

Posted: 11 Mar 2011 08:32 PM PST



KUALA LUMPUR: Pergolakan Umno Bahagian Sungai Petani melibatkan ketuanya Khairul Anuar Zainol dan timbalannya Ali Yahya semakin parah akibat berebut duit.

Ketika mendedahkan hal itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pergolakan itu berpunca daripada soal duit dan harta pampasan yang diberikan kerajaan pusat untuk pembangunan dan kebajikan rakyat.

Sudah menjadi rahsia umum wang peruntukan berjumlah RM1 Juta untuk kawasan
Parlimen itu disalur melalui bahagian Umno, kerana parlimen itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

"Punca pergolakan mereka kerana individu yang terima duit itu tidak membahagikan kepada pihak satu lagi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati," kata Johari ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN berkata, akibatnya timbul rasa marah sehingga senario mengugut keluar parti pula timbul.

"Kumpulan yang tidak dapat duit itu mula berang dan tidak mahu menyokong sepenuhnya ketua mereka sehingga menimbulkan kekecohan.

"Mereka tidak sedar percakaran itu akan membuatkan sokongan rakyat terutama daripada anak muda kian merosot," ujarnya.

Tambah beliau, pergolakan itu dengan sendirinya menyebabkan kebajikan rakyat diabaikan.

Sementara itu, Johari memberitahu Umno semakin hari hilang kuasa dan susah untuk dibangunkan kerana bergantung kepada agensi kerajaan sahaja.

"Kekuatan mereka (Umno) hanya agensi kerajaan sahaja dan akan jadi parti yang semakin pupus kerana rakyat kini tidak mahu lagi beri sokongan kepada mereka," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8685
STONE : hahaha lantak korang lah wei ... kalau pasal duit dan jawatan ni gaduh pun sanggup, dah jadi mcm budak kecik pula puak-puak ni. Mampuih korang lah ...

Tsunami di Jepun - gambar-gambar terkini

Posted: 11 Mar 2011 11:13 AM PST











Gempa bumi yang berlaku adalah yang terburuk pernah dialami Jepun dalam tempoh 140 tahun. Gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Ritcher itu telah mengakibatkan tsunami besar sehingga 10 meter di bahagian timur Jepun. 4.4 juta rumah telah terputus bekalan eletrik. Sebuah kapal dengan 100 penumpang telah dihanyutkan. Beberapa buah hotel turut runtuh.

Kerajaan Jepun telah mengisytiharkan darurat disekitar loji nuklear Fukushima. Dalam pada itu, 100 rakyat Malaysia dikawasan ini diberitakan selamat. Kejadian ini mirip kepada gempa dan tsumi yang telah melanda Acheh pada 2004.

Sebuah pesawat MAS yang sepatutnya ke Jepun telah dilencongkan ke Taiwan.

Berita lanjut menyusul



























Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8.

Dilaporkan sehingga kini beratus-ratus orang terbuh dan akan meningkat
Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.

Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.

Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.

Sebuah kapal besar "disapu" ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK.

Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai.

Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini. Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi



LEBIH 45 NEGARA BERSEDIA UNTUK MENYUMBANGKAN APA SAJA BANTUAN PADA JEPUN
REUTERS - More than 45 countries have offered to help Japan deal with Friday's devastating earthquake and tsunami, the United Nations said.

Following is a list of aid offers.

Stranded people rest at a school which has been converted as a temporary shelter after transportation was suspended after the earthquake hit, in Tokyo March 11, 2011. (REUTERS/Kim Kyung-Hoon)

* U.S. President Barack Obama sent condolences to the people of Japan and said the United States would provide any help its close ally needed.

* U.S. Defense Secretary Robert Gates said the military was willing to do "anything we are asked to do to help out." The Pentagon positioned at least six Navy ships for earthquake and tsunami relief.

* Some 68 search and rescue teams from 45 countries were on standby, but the United Nations was awaiting a green light from authorities in Japan to deploy, said Elisabeth Byrs of the U.N. Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA).

U.N. Secretary-General Ban Ki-moon told reporters that the world body was ready to help Japan in any way necessary, including humanitarian assistance, and was closely monitoring the aftershocks throughout the day.

* South Korea is initially sending 40 emergency rescue officials who are on standby to fly in by government plane when they get clearance, its foreign ministry said.

* The Russian emergency services agency ERMACOM offered 40 people with three sniffer dogs.

Russian President Dmitry Medvedev said Russia was "ready to offer Japan all possible aid to cope with the aftermath of this tragedy."

* Chinese Premier Wen Jiabao said Beijing was ready to provide Japan with necessary assistance to deal with the aftermath of the devastating natural disaster, the official Xinhua news agency reported.

* Thailand will offer 5 million baht ($165,000) aid to Japan and will consider giving more when the extent of the damage is known, Thai Foreign Ministry spokesman Thani Thongpakdi said.

* Singapore has civil defense forces on standby.

* Poland offered firefighters.

* Switzerland offered rescue teams.

* France said they were ready to offer whatever help was required.

* British Foreign Secretary William Hague said Britain was in contact with the Japanese government and he has asked the country's ambassador in Tokyo to offer all assistance. ($1=30.37 Baht)

(Reporting by Reuters bureaux, compiled by Asia Desk)

Copyright © 2011 Reuters

Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir

Posted: 11 Mar 2011 08:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.

Ketika itu Tengku Razaleigh (gambar) mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.

"Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.

"Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.

"Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang," kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, "saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu."

Dalam buku berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.

Tengku Razaleigh Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak "Team B" yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai "Ku Li", membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.

"Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri," tulis Dr Mahathir.

"Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya," katanya lagi. - TMI
STONE : Apa masalah org tua ni sebenarnya? Kenapa dia ingat dia sorang saja ka yg betul dan orang lain semua tak betul. DSAI tak betul dan kini Ku Li pula tak betu. Pak Lah pun pernah dia kata tak betul dan Najib pun pernah dia kata tak betul ... Apakah si 'mahazalim' ni ingat dalam Mesia ni di saja yg betul, Apa dia buat semua betul ... Masa bawa pi mahkamah bila tanya semua tak ingat, dah tu tulis buku boleh ingat pula. DSAI nak bawa ke mahkamah tau takut pula.
Mahathir ooii, hang duk diam saja lah, jangan lah duk sibuk lagi, orang dah menyampah dah meluat dah dengan perangai hang dan juga sampai ke anak-anak hang. Lagi banyak hang bercakap lagi banyak orang meluat.
Aku dah sampai ketahap menyampah dah kat org tua ni ...

Tsunami di Jepun - gambar2

Posted: 11 Mar 2011 02:46 AM PST



















GAMBAR TERKINI JAM 10 PAGI INI
Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8.

Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini.

Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.

Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.

Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.

Sebuah kapal besar "disapu" ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK.

Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai.

Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini.Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi.

LOS ANGELES, March 11 —Japan's biggest earthquake since records began hit the northeast coast today, triggering a 10-metre tsunami that inundated everything in its path.

Here are the 10 strongest earthquakes recorded since 1900, by order of magnitude.

May 22, 1960 — Chile — An earthquake of magnitude 9.5 struck Santiago and Concepcion, triggering tidal waves and volcanic eruptions. Some 5,000 people were killed and 2 million made homeless.

March 28, 1964 — Alaska — An earthquake and ensuing tsunami killed 125 people and caused about US$310 million (RM942.40 million) in property loss. The magnitude 9.2 quake buffeted a large area of Alaska and parts of western Yukon Territory and British Columbia in Canada.

Dec. 26, 2004 — Indonesia — A magnitude 9.1 quake struck off the coast of Aceh province on the Indonesian island of Sumatra, setting off a tsunami that killed more than 226,000 people in Sri Lanka, Thailand, Indonesia, India and nine other countries.

Nov. 4, 1952 — Russia — An earthquake with a magnitude of 9.0 generated a tsunami that reached the Hawaiian islands. No lives were lost.

March 11, 2011 — An 8.9 magnitude quake struck Japan, causing many injuries. The US Geological Survey verified the quake at a depth of 15.1 miles and located it at 81 miles east of Sendai, on the main island of Honshu.

— The Philippines, Taiwan and Indonesia all issued tsunami alerts, reviving memories of the giant tsunami which struck Asia in 2004. The Pacific Tsunami Warning Center issued alerts for countries as far away as Colombia and Peru.

Feb. 27, 2010 — Chile — An 8.8 magnitude quake and subsequent tsunami in Chile killed more than 500 people and caused some US$30 billion in damage, wrecking hundreds of thousands of homes and mangling highways and bridges.

Jan. 31, 1906 - Ecuador - An earthquake with a magnitude of 8.8 struck off the coast of Ecuador and Colombia, generating a tsunami that killed up to 1,000 people. It was felt all along the coast of Central America and as far north as San Francisco and west to Japan.

Feb. 4, 1965 - Alaska - An earthquake of magnitude 8.7 generated a tsunami reported to be about 10.7m high on Shemya Island.

March 28, 2005 - A magnitude 8.7 quake off Sumatra was estimated to have killed 1,300 people, many on Nias island off Sumatra's west coast.

March 9, 1957 - Alaska - An earthquake with a magnitude of 8.6 rattled the Andreanof Islands. On Umnak Island, Mount Vsevidof erupted after being dormant for 200 years, generating a 15-m tsunami that continued to Hawaii.

Aug. 15, 1950 - Tibet/India - Two thousand homes, temples and mosques were destroyed in a quake measuring magnitude 8.6. Hardest hit was the Brahmaputra Basin in northeast India. At least 1,500 people were killed. Source Reuters/U.S. Geological Survey Earthquake Web site — http://earthquake.usgs.gov/

Fitnah Liwat II : Pereira sahkah Najib terlibat

Posted: 10 Mar 2011 11:48 PM PST


Pegawai penyiasat Fitnah II, Superintendan Jude Pereira bahawa Saiful Bukhari ada menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.

Pengakuan ini mengesahkan penglibatan Najib dalam kes Fitnah II yang baru sahaja menyaksikan pihak pendakwa selesai mengemukakan kesemua saksi mereka untuk disoal balas.


"Dia (Saiful) menemui Najib sebelum 26 Jun iaitu pada 24 Jun 2008 untuk mengadu beberapa perkara," kata Jude tanpa menghuraikan lebih lanjut perkara yang diadu Saiful.

Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat pada 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Selain itu, Jude turut mengesahkan penglibatan beberapa musuh politik Anwar yang lain dalam kes Fitnah II ini.

Beliau mengaku menemui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur serta bekas Ketua AMK yang kini merupakan Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor.

Pengakuan itu dibuat Jude sewaktu beliau disoalbalas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dalam perbicaraan Fitnah II hari ini.

"Siapakah lagi yang anda temui sewaktu menjalankan siasatan selepas 26 Jun 2008?" tanya Karpal.

"Saya ada bertemu beberapa orang," jawab Jude teragak-agak.

"Siapa?" tanya Karpal lagi.

"Rahimi Osman, Ezam Mohd Nor, Tuah (bapa saudara Saiful) dan…"

"Datuk Mumtaz?" potong Karpal.

"Ya," jawab Jude.

"Ada jumpa Najib?" tanya Karpal lagi.

"Ya," jawab Jude.

"Ada rakam kenyataan Rosmah?" tanya Karpal.

"Ada ..tetapi saya perlu periksa," jawab Jude.

"Tadi awak cakap 'ya'.." tekan Karpal.

"Sebentar..ya, saya ada ambil keterangan Rosmah," jawab Jude.

Superintendan Jude Pereira, selaku pegawai penyiasat kes ini adalah saksi pendakwa terakhir dalam kes Fitnah II.

Beliau merupakan salah seorang daripada 24 saksi yang dipanggil memberi keterangan oleh pihak pendakwa bagi membantu kes mereka.

Tidak ubah seperti tahun 1998, kes Fitnah II ini adalah satu lagi cubaan mensabitkan Anwar dengan dakwaan liwat.

Anwar dituduh liwat sebaik sahaja beliau berjaya memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima kerusi pada pilihan raya umum 2008.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8634

Tiada ulasan: