MIMPI SENJA |
- Surat terbuka pada Rosmah Mansor (dari penyokong Umno)
- Tomboy, Lesbian dan Pengkid: Dari Wanita Untuk Wanita
- Hujan lebat di KL - 34 kereta remuk dihempap pokok di Jln Tun Razak
- Melayu lemah, kesian dia - Kickdefella
- Cerita pengundi Dun Merlimau
Surat terbuka pada Rosmah Mansor (dari penyokong Umno) Posted: 07 Mar 2011 06:56 PM PST Rentetnya Surat Terbuka Buat Rosmah Mansur Assalamualaikum Datin Seri Rosmah Mansur, isteri PM Datuk Seri Najib Razak, Datin, ini adalah rentetan dari "Surat Terbuka untuk Datin Seri Rosmah Mansor" yang dinukilkan adik Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Baru berusia 19 tahun adik ni, Datin Seri. Iya, Datin Seri. Sepertimana Muhammad Muizzuddin bin Zaini, saya tidak ingin menghina atau menjatuhkan kredibiliti Datin Seri sebagai FIRST LADY OF MALAYSIA. Tujuan saya hanya menegur dan membetulkan apa yang silap. Saya rakyat bawahan. Berpendapatan sekadar cukup makan sebagai seorang lelaki yang punya tanggungjawab kepada keluarga. Tidak aktif dalam politik. Cuma mendaftar sebagai ahli UMNO, parti yang saya percaya boleh menyatukan dan menyatakan hasrat golongan bawahan. Saya petik kata-kata dalam buku Tan Sri Zainudin Maidin (Buku "Surat Dari Mahathir) "UMNO adalah parti orang kampung". Dalam maksudnya Datin Seri. Banyak perkara yang ingin saya sentuh, namun dengan rendah diri saya ringkaskan kata-kata dan mencoretkannya seindah bahasa agar naluri Datin Seri tersentuh dan sedar apa yang silap apa yang benar. 1. Belas Ihsan. Dalam PROJEK PERMATA NEGARA yang Datin Seri selaku penaungnya dengan nilai suntikan RM 111 M itu salah berharga. Bukan saya tidak hargai, cuma sedikit terkilan. Apakah perintis projek ni hanya harus didatangkan dari Kuala Lumpur? Mana negeri-negeri lain? Saya kira, kalau hendak dirintis Sabah Sarawak haruslah jadi keutamaan. Mereka berada diceruk penghujung. Tidak cukup kemudahan. Bayangkan seandainya RM111 juta itu diberikan bantuan kepada pelajar-pelajar bumiputera dan pelajar-pelajar miskin di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau paling tidak menyara rakan-rakan yang menyambung pengajian di luar negara. Paling koman, menaja sekolah-sekolah pondok di Malaysia yang rata-ratanya menghantar pelajar tahfiz mereka ke merata tempat untuk meminta sedekah. Ini realiti Datin Seri! Malu imej Islam! Pemimpin Islam beribu orang kaya, mampu, takkan sekelumit pun tiada ihsan di hati untuk membantu sesama Islam? 2. First Lady Of Malaysia. Saya tidak salahkan Datin Seri mahu bergelar apa sekalipun dengan sehebat-hebat gelaran dunia. Tidak! Ianya tiada nilai melainkan gelak ketawa yang sinis. Sindiran, Datin Seri. Beberapa malam lalu, saya menghadiri kuliah Maghrib berhampiran kediaman saya di Setiawangsa. Antara intipati penceramah malam itu, ALLAH menghina ciptaanNya dengan sehina-hina darjat, dan bilamana ALLAH berikan kasih sayangNya ciptaanNya itu dipanggil denga semulia-mulia darjat. Datin Seri ingat pada Abi Lahab? Ingat ayat Al-Quran yang berbunyi "tabbadyada ya abi lahab..." (celakalah kedua-dua belah tangan abi lahab!) Ingat tak Datin Seri? Kalau tidak ingat, mari saya ingatkan Datin Seri kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Saya panggil kepadanya "serikandi". Selama 22 tahun, suaminya Tun Dr. Mahathir menerajui Malaysia ada pernah kita melihat Tun Dr. Siti Hasmah menyaingi populariti Tun Dr. Mahathir? Tidak pernah! Ini kenyataan. Tun Dr. Siti Hasmah cuma berada dibelakang Tun Dr. Mahathir. Sehinggakan pembangkang tidak ada isu yang mahu dikaitkan dengan beliau. Pembangkang yang bangang sahaja memburuk-burukkan Tun Dr. Siti Hasmah. Beliau hanya muncul menggosok lembut belakang Dr. Mahathir bilamana Tun Dr. Mahathir sebak ketika membacakan sajak "Perjuangan Yang Belum Selesai". Ribuan mata menjadi saksi, lensa pemberita merakam detik itu. Tapi, Datin Seri? Seboleh-bolehnya rakyat melihat Datin Seri seolah-olah King of the King. Berada didepan Datuk Seri Najib. Rakyat rimas. Jelek. Ini suara bawahan Datin Seri. Saya bercerita dengan seorang pengiring Menteri Kanan kepada kabinet Datuk Seri Najib sendiri. Menteri Kanan itu sendiri rimas. Mungkin kerana rumahtangga. Maaflah, yang itu saya tamatkan. Saya sendiri masih bertatih mempelajari ilmu kerumahtanggaan. 3. Kenyataan Masjid MACMA. Datin Seri, tatkala saya mencoret tulisan ini, saya terbayang teringatkan kepada peristiwa 28 Febuari. Peristiwa di mana Datin Seri merasmikan Masjid MACMA (Persatuan Cina Muslim Malaysia) bercirikan reka bentuk Cina yang bakal dibina di ibu negara. Kata Datin Seri, "berpotensi menarik kedatangan pelancong ke negara ini". Datin Seri, kalaulah niat itu (menarik pelancong) untuk mendirikan masjid baik tak payah. Seorang Islam dengan bangga mendirikan masjid hanya untuk menarik pelancong. Datin Seri harus sedar sebagai isteri kepada pemimpin No.1; kenyataan seperti itu tidak harus keluar dari mulut Datin Seri. Jika hari ni, masjid didirikan untuk menarik pelancong what will in the next 5 or 10 years? Silap haribulan masjid hanya menjadi kawasan mencuci tapak kaki! Hina tak hina Datin Seri? Datin Seri tahu apa peranan masjid ketika Zaman Rasullullah SAW? Masjid itu tempat perbincangan masalah orang Islam, pusat pengumpulan ekonomi, pusat pengajian. Di beberapa, yang minoritinya beragama Islam menjadikan masjid sebagai transit musafir. Kira macam hostel la untuk musafir. Di Malaysia? Pemimpin membina masjid untuk menarik pelancong? Malu, Datin Seri! 4. Hotel di Dubai Dengan Kos Melebihi RM 100,000 Semalam. Inilah pucuk utama kenapa harus ada ribuan surat terbuka untuk Datin Seri. RM100 K yang saya belajar di sekolah dan IPT dulu bukanlah sikit nilainya. Lagi-lagi kepada orang-orang kampung, golongan bawahan, pelajar miskin, orang merempat dan sebagainya. Saya tidak mempersoalkan kemewahan yang ALLAH kurnia untuk Datin Seri. Dalam Loh Mahfuz, Datin Seri ditakdirkan berkahwin dengan Datuk Seri Najib, menjadi isteri PM dsb. Yang persoalkan sumber dari mana tajaan RM100 K itu. Kalau ianya tajaan Dubai, saya dan rakyat lain tidak kisah. Itu mungkin setaraf dengan status Datin Seri sebagai isteri PM Malaysia, atau mungkin "penghargaan atas perjuangaan dalam Islam". Tetapi, saya dan rakyat lain kisah bilamana belanja itu datangnya dari Kerajaan MALAYSIA sendiri! Tahukah Datin Seri, Mei 2010 suami Datin Seri membacakan hasil tinjauan yang mana menyebutkan gaji rakyat Malaysia di Kuala Lumpur yang dibawah RM3K adalah di bawah PARAS MISKIN?!Itu di Kuala Lumpur, di kampung-kampung?! RM 00 K itu berulang kali saya belek, antara percaya atau tidak. RM100 K, Seratus Ribu Ringgit Datin Seri. Rakyat, kalau diberi RM100 pun sudah melonjak gembira; apa lagi RM100 K dibelanjakan untuk semalaman hanya sekadar menyewa bilik hotel! Sedih, rakyat. Mereka ada yang hidup kais pagi, makan pagi; kais petang bawak ke makan malam. Itu kalau mereka larat mengais rezeki, jika tidak? Merempat kelaparan! Datin Seri, Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim dipersoal rakyat dengan harga bajunya; Nik Aziz suami isteri dipersoalkan ganjaran pergi ke Mekah dan tidak mustahil Datin Seri juga dipersoalkan kerana keborosan ini! Permata Negara disuntik dana sebanyak RM111 M, kongres isteri-isteri pertama dunia di KL apa cerita? Inilah persoalan yang perlu Datin Seri jawab. Sama sepertimana kita dari BN meminta pembangkang clarify with the related issues. Ingat, Datin Seri di dunia ALLAH mungkin sorokkan keaiban kita; tapi tidak dihari pembalasan. Semua ditelanjangkan! Sekalipun Datin Seri bergelar "FIRST LADY OF MALAYSIA"! Datin Seri, merebut jawatan dalam parti bukanlah matlamat saya. Jauh sekali mengejar populariti. Dalam parti, ongkos adalah penting dalam memastikan team yang setia, kemas dan lengkap. Duit bukanlah segalanya bagi saya. Surat ini adalah bingkisan dan rentetan dari suara adik Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Justeru, janganlah dianggap nukilan ini sebahagian dakyah pembangkang untuk merosakkan kredibiliti Datin Seri sebagai isteri PM. Kalau Datin Seri tidak mampu mencontohi Fatimah Az-Zuhra atau Aisyah R.A. cukuplah dengan Tun Dr. Siti Hasmah. Beliau berpada-pada dalam kehidupan politik suaminya. Terimalah nukilan ini dengan membuka seluas-luas pemikiran dan hati. Teguran ini ikhlas. Di penghujung ini saya nukilkan dialog antara babi dan manusia untuk kita fikirkan bersama-sama yang saya petik dari sebuah blog. Maknanya dalam. Seekor babi datang kepadaku dan berkata, "Kenapa kamu enggan menjadi sepertiku?". Aku diam tertikam. Bisu seketika. Kemudian bibirku terukir senyum. "Kamu diciptakan sebagai babi dengan seketul otak, dan aku diciptakan sebagai manusia dengan secebis akal" ujar hatiku berbisik halus kemudian berlalu pergi tanpa kata. Sekian. SHAHZUL IZZILSHAM AL-RASHID ZULKEFLI - sumber |
Tomboy, Lesbian dan Pengkid: Dari Wanita Untuk Wanita Posted: 07 Mar 2011 08:51 AM PST by Kusha Basir Minggu lalu, artikel penulis yang bertajuk Lelaki Homoseksual: Senario Wajib di Kampus telah mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan pembaca. Rata-rata bersetuju dengan penulis bahawa golongan ini sememangnya wujud bak cendawan tumbuh terutama di pusat-pusat pengajian tinggi. Namun, tak kurang juga yang melatah dan melenting dengan pendedahan yang cuba penulis sampaikan. Mungkin mereka ni boleh dikategorikan 'siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya'! Tinggalkan si luncai dengan labu-labunya. Minggu ini penulis mahu meninjau apa pula ceritera yang berlaku terhadap golongan yang satu ini. Tak adil rasanya bila penulis hanya memusatkan masalah ini kepada kaum adam sedangkan golongan hawa juga ada yang terjebak dengan masalah yang seringkali disebut sebagai krisis identiti ini. Tomboy, lesbian dan pengkid! Ketiga-tiganya nampak sama, namun tak serupa! Cuba menonjolkan identiti gender yang berlawanan daripada biologi, moral dan sosial kehidupan sebenar manusia, kelompok jantina 'ketiga' ini sebenarnya punya perbedaan jika dikaji secara dasar. Secara ringkas, tomboy merujuk kepada golongan wanita yang berperwatakan seperti lelaki contohnya berambut pendek, sedikit kasar dan tidak keterlaluan jika dikatakan sanggup memakai bengkung di dada bagi 'menyekat' kehadiran aset seorang wanita! Lesbian pula selalunya tidak menonjolkan dirinya sebagai seorang lelaki namun dalam diam mempunyai nafsu terhadap wanita lain. Paling utama berahi wanita ini langsung tidak diketahui oleh sesiapa! Mereka menerima diri sendiri sebagai seorang wanita namun menjadi abnormal apabila keinginan seksual mereka lebih terdorong kepada kaum sejenis. Jika dirujuk pada hubungan seksual lesbian, salah seorang daripada mereka akan memainkan peranan yang lebih dominan manakala seorang lagi bersifat pasif. Pengkid! Kumpulan ini boleh disifatkan sebagai 'ancaman' kepada kaum lelaki di luar sana. Kelihatan seperti seorang tomboy jangan tak tahu bahawa mereka ini mempunyai 'teman wanita istimewa' dan paling dahsyat mereka mempunyai hawa nafsu untuk melakukan hubungan seksual yang terlarang - seterusnya |
Hujan lebat di KL - 34 kereta remuk dihempap pokok di Jln Tun Razak Posted: 07 Mar 2011 06:58 AM PST Sebanyak 34 Kereta Remuk Dihempap Pokok Di Jalan Tun Razak KUALA LUMPUR: Sebanyak 34 buah kereta remuk setelah dihempap pokok ekoran hujan lebat dalam dua kejadian berasingan di tempat letak kereta swasta di Jalan Tun Razak di sini, Isnin. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian pertama berlaku berhampiran dengan Wisma Time di Jalan Tun Razak di mana 30 kereta remuk apabila lima pokok termasuk empat pokok besar tumbang dan menghempap kereta yang dipakir di situ pada pukul 5.30 petang. Pada masa yang sama empat kereta remuk apabila sebatang pokok besar di tempat letak kereta swasta berhampiran bangunan Bank RHB, yang terletak seberang jalan Wisma Time, tumbang dan menghempap kereta tersebut, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Isnin. Beliau berkata, seramai 20 anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang itu sejak pukul 5.50 petang hingga 9 malam ini. - BERNAMA |
Melayu lemah, kesian dia - Kickdefella Posted: 07 Mar 2011 06:46 AM PST Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti komponen BN yang lain. UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang. Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%. UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu. Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO. BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12. BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat manakala 38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat Pakatan Rakyat, SAPP dan Bebas yang menang di atas tiket PAS - seterusnya |
Posted: 07 Mar 2011 03:05 AM PST Saya merupakan seorang warga Merlimau, Melaka yang bertugas di Sarawak. Saya sanggup pulang untuk Pilihanraya Kecil Dun Merlimau walaupun menelan belanja yang besar. Majikan saya bertanya kenapa saya perlu pulang ke Merlimau, bukankah ada undi pos? Saya jawab, "Maaf tuan, saya tidak yakin dengan undi pos." Semangat berkobar-kobar kerana PRK tidak sama dengan PRU. Tentu banyak berubah wajah kampung saya. Tepat telahan saya, memang berubah sama sekali! Lori keluar masuk, polis bersimpang siur di jalan raya. Kampung yang dulu aman damai kini tidak ubah seperti medan pertempuran. Bendera berkibaran sehingga menyukarkan saya untuk melihat kenderaan sebelum melintas jalan. Begitu 'panas' keadaan di Merlimau sehingga berkobar-kobar saya memangkah kertas undi, dengan harapan calon pilihan saya juga calon pilihan warga Merlimau. Apabila keputusan PRK diumumkan saya jadi kecewa. Kecewa bukan kerana PAS tewas. Kecewa kerana orang kampung saya, orang Merlimau masih belum berubah, masih belum mahu berubah dan tidak mahu berubah. Pegangan saya dan keluarga tetap condong kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Tetapi tidak dengan orang kampung saya. Mereka terlalu selesa dengan kebendaan, terlalu mudah disogokkan dengan harta benda, dengan jalan tar sekangkang kera, dengan biskut marie sepeket dua. Mereka tidak nampak bagaimana Ketua Menteri tercinta dengan lahap rakus menelan setiap sen ringgit yang terbang di depan mata. Saya cuma pulang untuk tiga hari, tetapi pelbagai kisah menarik yang saya dapat di kampung saya. Jiran saya seorang ibu tunggal anak 7, dengan pendapatan RM400 sebulan, disogokkan dengan jalan tar sehingga ke depan pintu rumah. Tetapi hanya ditabur dengan batu dan pasir, tar pula entah ke mana. Lain pula ceritanya dengan seorang ahli Umno totok, yang rumahnya di sebelah masjid. Sehari sebelum mengundi, rumahnya cantik ditar setiap pelosok halaman. Yang seorang lagi bukan setakat rumah, hingga ke rumah-rumah sewanya juga siap ditar. Ibu tunggal diberi sepeket biskut marie, sekilo gula, dan sekilo tepung gandum dengan pesanan, "Kalau kau tak pangkah BN, semua bantuan ditarik balik." Seorang rakan saya merupakan petugas SPR yang juga pengundi, terpaksa menggunakan undi pos. Yang hairan bin ajaibnya, borang yang ditulis nama dan kad pengenalannya diarahkan supaya dimasukkan sekali dengan kertas undi. Jadi sesiapa pun boleh tahu siapa yang undi siapa. Sudah teluskah SPR? Teringat saya dengan seorang pelakon kelahiran Merlimau yang juga penyokong BN totok. Mungkin sedang berlakon atau mungkin nak menunjuk pada anak-anak dara di sekeliling; dengan nada bongkak dia menjerit, "Lagi-lagi sebut Allah, asyik nak minta tolong pada Allah je, bukannya nak usaha!" Na'uzubillah… bukankah segala usaha kita juga atas kehendak Allah? Semoga dia sempat bertaubat dan semoga kampung Merlimau yang saya sayangi ini tidak dilanda musibah dan mala petaka. Banyak lagi kisah pilihanraya Dun Merlimau ini, tapi pada petugas-petugas jentera pilihanraya tentu sangat maklum. Merlimau merupakan kubu kuat BN, orang-orang Merlimau sangat setia kepada BN. Memang kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk kemenangan PAS di sini. Tapi untuk PRU13, saya berharap sesuatu boleh dilakukan kerana kami, sebagai pengundi Dun Merlimau ini amat mengharapkan perubahan. Mohon ahli-ahli Pakatan Rakyat di sini menyusun strategi untuk menghadapi PRU13. Kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah mentaliti pengundi bagi menjamin perubahan di masa akan datang. Insya Allah, karat BN di Dun Merlimau ini akan terhakis akhirnya. -Pengundi Dun Merlimau |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan