Jumaat, 4 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Najib dah macam along - pinjam RM13ribu, bayar RM156ribu

Posted: 04 Mar 2011 10:42 PM PST

SES: Hutang RM13,000 tapi bayar RM156,000
Nazri Abdullah

TEMERLOH, 5 Mac: Peneroka khususnya di Kerdau dinasihatkan berhati-hati dengan jerat terbaru BN berhubung wang skim tanam semula (SES) berjumlah RM13,000.

Dengan syarat pembayaran balik RM650 selama 20 tahun yang dikenakan, bermakna peneroka sebenarnya terpaksa membayar RM156,000 iaitu 12 kali ganda dari jumlah yang dipinjam.

Ingatan itu dinyatakan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsan (Anak), Mazlan Aliman pada sidang media di markas induk PAS di Kerdau hari ini.

"Jangan kerana nak kejar duit RM13,000, selepas pilihan raya kena tanggung hutang tidak lebih dari RM200,000, sangat tidak berbaloi dengan jumlah pinjaman RM13,000," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan janji untuk memberi pinjaman wang SES sebanyak RM13,000 seorang kepada peneroka, dengan syarat peneroka perlu membayar balik RM650 sebulan selama 20 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan ketika berkempen di Felda di Kerdau kemudiannya berjanji akan membuat bayaran RM13,000 itu pada hari Isnin, 7 Mac ini iaitu sehari selepas hari mengundi.

Ianya dilihat cubaan memancing undi peneroka yang akan mengundi esok agar memilih BN.

"Kalau RM13,000 kena bayar balik dekat RM200,000, saya nasihatkan peneroka pinjam sahaja dengan bank.

"Ini bukan lagi tolong, tapi betul-betul along yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda," ujarnya lagi.

Pada sidang media sama, beliau juga sekali mencabar Ahmad untuk berdialog dengannya walaupun cabarannya beberapa kali sebelum ini ditolak.

Berhubung hak milik tanah pula, Mazlan mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob adil kepada peneroka.

Menteri Besar itu sebelum ini mengumumkan pemberian hak milik hanya kepada peneroka di Jengka 23 sahaja, sedangkan kata Mazlan, Jengka 22 juga perlu mendapat perkara sama. - HD

Jatuhkan pemimpin umno - Khalid Samad

Posted: 04 Mar 2011 10:33 PM PST

Setelah jatuh, baru rakyat tahu harta kekayaaan mereka.

MENTAKAB: Rakyat perlu menjatuhkan pemimpin Umno untuk membolehkan rakyat mengetahui harta kekayaan mereka, gesa seorang pemimpin PAS di Kerdau malam tadi.

"(Tun) Dr Mahathir Mohamad, (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, kita kena jatuhkan baru kita tahu jumlah harta mereka," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pemimpin PAS bersuara lantang itu berkata demikian dalam ceramahnya membantu calon PAS, Hasanuddin Salim di Kerdau malam tadi.

Beliau menambah, mereka (pemimpin Umno) takut apa yang berlaku kepada Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali dan Presiden Mesir Hosni Mubarak kerana setelah jatuh, rakyat baru tahu harta kekayaan mereka.

Ceramah Khalid di Desa Murni, Kerdau diadakan bersebelahan dengan ceramah Barisan Nasisonal (BN) yang menurut beberapa ahli

PAS, ceramah BN itu tidak lain tidak bukan sekadar mahu menganggu ceramah PAS.

Hanya beberapa kerat sahaja yang berada di kawasan ceramah BN walaupun disediakan sate, mi dan nasi briyani manakala ceramah

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dihadiri sekitar 400 hingga 500 orang.

Umno ganggu ceramah PAS

"Umno cuma nak ganggu ceramah PAS kerana mereka takut kepada kita di Kerdau," kata Khalid secara berseloroh.

Khalid juga menjelaskan betapa pentingnya PAS menang di Kerdau dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Kita perlu menang di sini untuk membolehkan kita menjawab
tohmahan-tohmahan yang dikeluarkan kepada Pakatan Rakyat.

"Kerajaan (Pakatan Rakyat) yang hendak kita buat dengan PKR dan DAP adalah kerajaan anti rasuah, bukan seperti Umno yang menipu rakyat," katanya.

Dalam ceramah tersebut, Khalid menyelar sikap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berbelanja besar dan membeli pakaian- pakaian mahal di luar negeri.

Beliau mengaitkan Rosmah dengan Imelda Marcos (isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos) dan Leila Ben Ali (isteri Presiden Tunisia), yang membeli pakaian-pakaian mahal di Perancis dan Itali dengan menggunakan wang rakyat.

Pilihan raya umum Kerdau esok menyaksikan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menentang Hasanuddin dari PAS, dengan jumlah pengundi 8,999 orang

Tekanan buat Umno : 176 peneroka Felda Jengka sertai PAS

Posted: 04 Mar 2011 08:59 PM PST

PAS terus dapat lonjakan politik di Kerdau
Harakahdaily

TEMERLOH, 5 Mac: PAS terus mendapat lonjakan politik dengan penyertaan ahli-ahli Umno dari kawasan Felda Jengka 22 dan Jengka 23.

Dalam satu majlis bersama Persatuan Anak Peneroka Feda Kebangsaan (Anak) di Jengka 23, PAS menerima kemasukan 18 orang keahlian baru yang kebanyakannya ahli Umno yang kecewa dengan pretasi Barisan Nasional selama ini.

Dalam majlis tersebut, borang keahlian PAS mereka diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, PAS terus mendapat sokongan daripada penghuni di Jengka 22 apabila 30 ahli baru yang kebanyakannya bekas ahli Umno juga mengambil keputusan menyertai perjuangan PAS.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi dalam satu mesej di Twitter mengumumkan bahawa Anak menerima 176 penyertaan ahli baru dari Felda Jengka 23, 22, 25, 16 dan 18 semasa Majlis Pelancaran Anak di Felda Jengka 23, malam tadi.

Perkembangan terbaru ini menggambarkan harapan baik bagi PAS untuk pilihan raya kecil Kerdau kali ini.

Hari ini, dijangkakan akan berlaku lebih ramai kemasukan ahli baru di beberapa peti undi lagi.

Namun, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS mengingatkan para petugas PAS untuk PRK Kerdau untuk berwaspada dengan strategi akhir yang digunakan oleh BN bagi mengugut pengundi dengan pelbagai tawaran kewangan yang telah dan akan diumumkan

"Ummi penghuni neraka ke 7" - kata Azwan

Posted: 04 Mar 2011 08:40 PM PST




by Kusha Basir

Nampak gayanya perang anak-anak Pak Ali masih berlarutan dan belum ada jalan selesai.

Buktinya, baru sahaja tadi Azwan Ali atau AA, membahan Ummi Hafilda di twitter gara-gara kakak kandungnya itu turun padang bagi ceramah untuk pilihanraya Dun Kerdau semalam.

Kehadiran wanita kontroversi ini dikhabarkan bermotif untuk membersihkan nama baiknya sekaligus mendedahkan tembelang dan temberang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Orang selalu sebut, air dicincang tak akan putus. Tapi hubungan darah daging mereka adik beradik ni tak nampak macam boleh disambung balik je.

Kalau dah yang sorang sanggup memburuk-burukkan darah daging sendiri dan yang sorang lagi mendoakan agar masuk neraka jahanam (level 7 ok!) , ape kejadahnye tu?

Muhyiddin, jangan nak 'kencing' lah, rakyat tak bodoh

Posted: 04 Mar 2011 07:09 PM PST

Ini kata-kata Muhyidin seperti yang dilaporkan mStar hari ni 5/3

Sementara itu mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa kerajaan merasuah pengundi di DUN Kerdau apabila mengumumkan beberapa projek pembangunan, Muhyiddin berkata tindakan berkenaan adalah tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan keperluan rakyat.

"Tanggungjawab kerajaan tidak terhenti waktu pilihan raya. Bila saya datang di sini penduduk minta peruntukan bina masjid, saya beri sebab ada peruntukan...ini bukan beri kepada pengundi sebaliknya untuk faedah am.

"Semua yang dibuat kerajaan adalah untuk kebajikan am, bukan individu. ia bukan ditakrifkan sebagai rasuah. Kalau datang tak boleh bantu orang susah maknanya tanggungjawab saya terhenti semasa pilihan raya," katanya.

Tanggung jawab kerajaan konon ... kepala bapak hangpa lah din. Kenapa kerajaan hanya bertanggung jawab pada kawasan-kawasan yang hendak mengadakan PRK saja ka? Dulu hangpa kata peruntukan dah memang diluluskan cuma kebetulan pula adun nya 'padam'. sekarang hangpa dah tak kata macam tu dah, hangpa kata pembangunan untuk rakyat pula. Nampaktak macamana hangpa 'kencing' rakyat. Tapi bercerita dengan hangpa ni macam bercerita dengan tunggul kayu saja. hangpa buat dek jer la. Hangpa yg perintah hangpa bole buat apa saja pada rakyat yg tak punya kuasa.


Jangan cakap sedap mulut din ai, rakyat dah menyampah dengan cara hangpa. Konon bila hang pi saja tempat tu rakyat minta saja projek/peruntukan, boleh terus bagi. hahahahaha cerita kat anak aku darjah 4 pun depa gelak la din cara hangpa jalankan kerja.

Cuba mai tempat aku ni - aku nak minta pula projek/peruntukan yang bukan dalam masa PRK. Hang tau tak din, budak-budak tempat aku nak minta jersey bola saja, bukan padang bola, pada adun hangpa ditempat aku ni disuruhnya balik, katanya dia bukan cap duit - hang tanya lah si samseng Azhar ADUN Penaga P.Pinang. Depa pi minta tu BUKAN pada waktu PRK. Jadi mana yang hang kata tanggungjawab kerajaan pada rakyat? Din, sudah-sudah lah nak kelentong rakyat pun,... sebenarnya rakyat dah meluat benci sangat-sangat dah pada apa yang hangpa buat pada rakyat, cara hangpa perintah, cara hangpa layan rakyat. Hangpa akan hanya tunjuk muka, bagi saja apa yang rakyat minta hanya bila ada pilihanraya saja. Aku percaya lah dan semua orang akan kata yang sama - samada Kerdau atau Merlimau tidak akan dapat apa-apa andai tidak ada PRK ...

Bersihkan diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain : Azwan pada Ummi

Posted: 04 Mar 2011 08:29 AM PST


KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. "Tak takut azab neraka ker?" kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

"Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya," tambah Azwan.

Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah - KeadilanDaily

Tiada ulasan: