Rabu, 30 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Blogger kaki botol minta buktikan dia di dalam gambar itu

Posted: 29 Mar 2011 06:25 PM PDT

Berikutan pendedahan gambar panas Blogger gerombolan songkok tinggi bersolat di kedai arak di MiLo SuaM, dan beberapa blog sahabat [Blogger UMNO], tuan punya badan membuat entry khas di blognya sebagai respon terhadap pendedahan tersebut. Blogger ini mencabar agar membuktikan bahawa orang di dalam gambar tersebut adalah Parpukari.



Lawak sungguh respon yang diberikan, benar-benar diluar jangkaan ReJaM©. Kalau nak buktikan bahawa orang di dalam gambar tersebut adalah Parpukari, mungkin ReJaM© tak dapat nak buktikan, kerana orang di dalam gambar itu adalah Mohd Salim Bin Iskandar kah kah kah.

Baiklah, walaupun blogger otai gerombolan songkok tinggi ini begitu popular di kalangan pengikut-pengikut blog politik Malaysia, mungkin ada pembaca yang masih belum kenal siapakah orang di dalam gambar tersebut betul tak? Baiklah, screenshot akaun twitter yang menggunakan nickname Parpukari di bawah ini menjelaskan persoalan anda.[TwitterParpu]


Petang semalam pukul 7:02 PM siap bersumpah bagai dengan nama Allah, siap nak bersumpah cara Saiful Bukhari, tiba-tiba cabar orang buktikan bahawa dia di dalam gambar tu kah kah kah. Mungkin masa dia bersumpah ni masih dalam keadaan mabuk kot?

Sempat lagi dia nak spin tu kah kah kah... Selama ni berapa banyak dah pembaca-pembaca blog dia dah kena spin?

ReJaM© "Kau ingat orang tak kenal kau ke Kari Parpu kah kah kah..."

DAP anti Islam, PAS itu Melayu, UMNO itu ISLAM !

Posted: 29 Mar 2011 07:40 AM PDT



Dengar sini baik-baik orang kampung semua, orang bandar, orang utan, orang desa ayam, itik, kerbau, lembu, kambing, dan ulat gonggok! Janganlah kamu terpedaya dengan Pakatan Rakyat! Percayalah kepada UMNO! Hanya UMNO yang benar-benar memperjuangkan Islam!

DAP anti Islam! PAS itu Melayu! UMNO itu Islam!

Ok itu sahaja gua nak bagi tau hari ni, gua nak sambung pergi minum Todi Muahahaha. TAKE BEER! TAKE BEER! TAKE BEER!



RemBat© "UMNO itu Islam, UMNO itu Islam, burp... burp... lalalala alalala..."

Wajah blogger UMNO kaki togok arak

Posted: 29 Mar 2011 03:55 AM PDT

Setelah berteka-teki sejak semalam, kali ini kita bongkarkan wajah blogger gerombolan songkok tinggi yang selama ini tak henti-henti bercakap soal moral, bercerita tentang Islam, memaki hamun ulama, menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz dengan gelaran-gelaran yang hina. Tapi sebenarnya dia hanyalah seorang kaki botol.

Blogger inilah yang selama ini bermati-matian mahu anda percaya bahawa Parti Islam se-Malaysia, PAS adalah Parti Ajaran Sesat, manakala UMNO adalah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Blogger inilah yang diupah oleh UMNO untuk mempertahankan perjuangan Islam UMNO.



Baca juga ulasan Topeng Perak di sini [TopengPerak]

Nantikan pendedahan Blogger UMNO yang seterusnya.

ReJaM© "Seperti biasa, penyokong gerombolan songkok tinggi akan terus mempertahankan blogger kaki botol ini..."

Keratan ke 5 Blogger UMNO solat di kedai Arak

Posted: 29 Mar 2011 02:29 AM PDT

Kali ini MiLo SuaM dedahkan gambar keratan ke lima siri blogger UMNO solat di kedai arak. Inilah pejuang Islam yang sebenar, berjuang demi Islam UMNO di alam maya, terlalu sibuk berjuang kerana Islam, sehingga nak solat pun tak sempat. Tapi togok arak sempat pulak.



Untuk gambar keratan yang ke empat dapatkan linklist keratan-keratan gambar di Blog zulmamak penang, sila klik sini [ZulMamak]


ReJaM© "Gerombolan songkok tinggi, dan songkok tinggi tiga jengkal, teruskanlah menyokong pejuang Islam kaki mabuk ini, agar kamu terus dibebalkan..."

Tiada ulasan: