Khamis, 24 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Enam hujah bahawa Anwar Ibrahim bukan pelakon porno

Posted: 23 Mar 2011 07:10 AM PDT


Di bawah ini 6 sebab mengapa Anwar Ibrahim secara rasionalnya tidak mungkin adalah orang yang melakukan hubungan seks dengan pelacur cina di dalam video seks yang menjadi kontroversi sejak dua hari lalu. Ulasan ini dipetik daripada ulasan Datuk Johari Abdul, seorang Ahli Parlimen yang dipujuk oleh "team" Datuk T agar menyertai Barisan Nasional selepas menonton video ini [KeadilanDaily].


1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih, menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Video itu didakwa oleh Datuk T baru sahaja dirakamkan iaitu kira-kira dua minggu lalu, semasa beliau katanya mencari jam Omega milik Anwar Ibrahim dan menemui Kamera litar tertutup yang masih aktif, sebelum memutuskan wayarnya. [Malaysiakini].


Jelas di sini, dari segi aspek fizikal pelaku seks yang memiliki perut yang besar "boroi", agak mustahil untuk Anwar mengempiskan perutnya dalam masa dua minggu sekiranya benar beliau di dalam video tersebut. Tambahan pula sebelum ini pengarah dan penerbit filem terkenal tanah air, Yusry KRU ada membayangkan kemungkinan bahawa video tersebut memang boleh dipalsukan rujuk sini [Video palsu].


ReJaM© "Diorang ni tak ada kerja lain semua skandal seks nak tuduh Anwar, hebat betul tenaga batin Anwar ni kah kah kah..."

Pelakon dalam video seks mengaku memfitnah Anwar?

Posted: 23 Mar 2011 02:31 AM PDT


'Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

Selepas pendedahan ini, percayalah, Penyokong-penyokong gerombolan songkok tinggi yang terlalu bebal akan terus cuba untuk membuktikan bahawa Anwar sendiri yang mencipta video ini, walaupun pelakonnya sudah mengaku memfitnah kah kah kah...

[Malaysiakini]

RentaP© "Dahsyat gila punya fitnah! Tak sabar nak dengar komen Zulkifli Nordin"

Misteri Datuk T terbongkar, bukti BN dalang video seks

Posted: 23 Mar 2011 02:14 AM PDT

Pada saat awal meletupnya isu video lucah lelaki mirip anwar Ibrahim, semua blogger-blogger pro kerajaan mendesak Anwar meletak jawatan kerana mereka yakin anwar Ibrahim di dalam video seks tersebut.

Tetapi, selepas sehari, blogger-blogger kerajaan mula menukar nada secara serentak mendakwa video tersebut adalah rekaan Anwar sendiri untuk mendapatkan simpati rakyat.

Hari ini jawapan yang sebenar telah terdedah. Ternyata bukan Anwar sendiri dalang video tersebut sebaliknya pihak Barisan Nasional yang sememangnya melakukan serangan ke atas Anwar sempena Pilihanraya Umum Sarawak. Pihak yang bertanggung jawab kini telah mengaku [Msian Insider].


Lepas ini blogger-blogger pro kerajaan sudah tersepit, akan kembali mencari bukti bahawa memang Anwar di dalam video tersebut kah kah kah...

ReJaM© "Terbongkar wajah manusia-manusia kaki fitnah..."

Tiada ulasan: