MiLo SuaM |
- Video ulasan lawak Rosmah Mansor pula masuk CNN
- Betina yang samakan Nik Aziz dgn Ayah Pin merapu lagi
- Gambar Rosmah Mansor di lokasi pembunuhan Altantuya?
- Fitnah khalwat, Berita Harian buat hal lagi!
Video ulasan lawak Rosmah Mansor pula masuk CNN Posted: 14 Mar 2011 10:15 PM PDT Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berlagak serba tahu di dalam mengulas isu bencana Tsunami baru-baru ini menjadi bahan lawak jenaka di internet dan menjadi topik perbualan hangat di facebook dan twitter termasuk forum-forum terkenal. Rosmah Mansor membuat kenyataan mengejutkan apabila membayangkan bahawa bencana Tsunami dan gempa bumi yang berlaku di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam. Rosmah juga berkata, malapetaka itu memberi pengajaran kepada Jepun dan negara-negara lain serta mengaitkan pembangunan pesat sebagai punca berlaku bencana di Jepun. Video ucapan Rosmah Mansor yang menjadi bahan lawak jenaka pengguna-pengguna internet ini turut mendapat liputan portal berita antarabangsa [CNN]. Video tersebut juga mendapat hits yang tinggi sejak ia disiarkan di halaman Youtube. Dalam masa sehari sahaja ia telah mencapai lebih 50,000 tontonan (views). Apa yang jelas Rosmah Mansor telah berjaya mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui komen lawaknya menjadikannya isteri Perdana Menteri paling kelakar tahun ini. ReJaM© "Tak sangka, isteri Najib Tun Razak rupanya seorang pelawak..." |
Betina yang samakan Nik Aziz dgn Ayah Pin merapu lagi Posted: 14 Mar 2011 08:58 PM PDT Farahana Jamaludin, kali ini ReJaM© gelarkan dia sebagai betina kerana masih tak serik dan tidak mengaku atas kesalahannya. Sebelum ini betina yang jaga aurat pun tak pandai ini telah menyamakan [Tuan Guru Nik Aziz dengan Ayah Pin]. Bukan sahaja tidak mengaku kesalahannya, kali ini betina ini bersuara lagi membawa persoalan typical penyokong gerombolan songkok tinggi yang akan terus bertanya berulang-ulang kali soalan yang sama, walaupun sudah dijawab dan dibincangkan beribu kali, iaitu "mengapa Anwar tak mahu bersumpah?" dan "Kenapa PAS tak mahu suruh Anwar bersumpah?" [Utusan]. Betina gila ini memarahi PAS kerana tidak mahu menyuruh Anwar Ibrahim bersumpah bagi menafikan dakwaan liwat ke atasnya. Memang sah perempuan bangang yang sama taraf dengan penyokong gerombolan songkok tinggi yang lain. Kalau PAS tidak membenarkan Anwar Ibrahim dibicarakan bolehlah nak marah, ini Anwar tak mahu bersumpah dia sibuk nak marah, apa masaalahnya? Kebenaran ditentukan melalui perbicaraan yang adil, sumpah pula sekadar mendapatkan persepsi, jika Anwar tidak mahu ke muka pengadilan wajar dia dimaki hamun, dihina, dan dikutuk kerana takut menghadapi kebenaran. Apa yang jelas Anwar berani ke muka pengadilan, tidak pernah ponteng perbicaraan maka tiada apa yang perlu dipersoalkan, sama-sama kita lihat dan nilai pula keadilan mahkamah terhadap kedua-dua pihak Saiful dan Anwar. Betina ini sememangnya sudah gila, tapi yang lebih gila adalah Utusan Malaysia kerana membenarkan betina gila ini memberikan ulasan gila di dalam akhbar gila Utusan Malaysia. Anjing gila dibiarkan menyalak di dalam rumah. |
Gambar Rosmah Mansor di lokasi pembunuhan Altantuya? Posted: 14 Mar 2011 05:48 PM PDT Maklumat yang diperolehi daripada salah sebuah blogger pro Barisan Nasional, gambar Rosmah Mansor di lokasi pembunuhan Altantuya Saribuu akan didedahkan oleh Raja Petra. Sejauh mana dakwaan itu tidak dapat dipastikan, apa pun kita tunggu dan lihat. Mungkinkah gambar milik Raja Petra akan meletup lebih kuat daripada letupan bom C4 yang digunakan untuk membunuh Altantuya? Altantuya selama ini sentiasa menjadi mimpi ngeri Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak. Sejauh mana keterlibatan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya tidak dapat dipastikan secara khusus. Namun terdapat banyak bukti-bukti yang perlu disiasat kerana rakyat dahagakan kebenaran. Maka, Najib tidak boleh tidak akan berhempas pulas, akan bermati-matian untuk memenangi PRU 13. Jika Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, nescaya Najib seperti kata Lee Kuan Yew di Wikileaks, akan diseret ke muka pengadilan untuk disiasat. Salah atau tidak tidak diketahui lagi, namun SIASAT TETAP SIASAT! Sekarang ni, bagi sejuta bukti pun tak guna, ketar lutut Polis nak siasat Najib dan Rosmah sebab dia masih lagi Perdana Menteri. Bak kata Khir Toyo, "Bila pokok sudah rebah, kura-kura pun boleh panjat". Itulah yang terjadi kepada Khir Toyo, dulu bukan main kebal, sekali hilang jawatan, kantoi semua kau punya rasuah. ReJaM© "Sama-sama kita nantikan pukul 3 petang nanti..." Update 15:39: Setelah pukul 3 saya tunggu di website Raja Petra, tiada gambar yang dipaparkan, namun apabila saya pergi ke blog pro Barisan Nasional yang menyebarkan berita ini, blogger tersebut memaparkan gambar palsu menganjing cerita yang disebarkannya sendiri. Berikut gambar yang dimaksudkan. |
Fitnah khalwat, Berita Harian buat hal lagi! Posted: 14 Mar 2011 08:44 AM PDT Belum selesai dengan isu karikatur mempersendakan bencana Tsunami di Jepun yang memalukan Malaysia berikutan lawak bodoh itu mendapat liputan antarabangsa [Berita Harian CNN], Berita Harian sekali lagi membuat fitnah sekaligus menjejaskan kredibilitinya sebagai media arus perdana apabila sengaja memfitnah ADUN (PAS) Bukit Payong kononnya memiliki pegawai yang ditangkap khalwat [Berita Harian]. Sebelum ini Akhbar Sinar Harian ada menyiarkan berita tentang pegawai ADUN di dalam kawasan Parlimen Marang Terengganu yang ditangkap khalwat, namun tidak dinyatakan secara khusus ADUN mana yang terlibat berikutan terdapat 4 DUN di bawah Parlimen Marang iaitu Alur Limbat (BN), Bukit Payong (PAS), Ru Rendang (PAS) dan Pengkalan Berangan (BN) [Sinar Harian]. Berita Harian menggunakan peluang ini untuk memfitnah ADUN PAS. Berikutan dengan fitnah ini, ADUN (PAS) Bukit Payong membuat laporan Polis terhadap Berita Harian, kerana menyiarkan berita fitnah yang disifatkan untuk memalukannya [Harakah]. ReJaM© "Berita Harian tak serik-serik, memperbodohkan rakyat..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan