MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- AWAS !! `HANTU DAN JEMBALANG' DARI PUTRAJAYA TERBANG KE SARAWAK
- ANWAR TETAP DIHALANG KE MANA SAJA, RAKYAT SARAWAK MESTI BANGKIT
- ESKAY @ DATUK T GELABAH KINI TUKAR TOPIK PULA
- INGATAN BUAT PIMPINAN PR, JANGAN JEMPUT `WAKIL LIDAH SYAITAN' DI DALAM APA JUA SIDANG AKHBAR
| AWAS !! `HANTU DAN JEMBALANG' DARI PUTRAJAYA TERBANG KE SARAWAK Posted: 31 Mar 2011 12:34 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSPILIHANRAYA Negeri Sarawak pada 16 April ini nanti amat menggusarkan pimpinan Bn di Pusat. Mereka sedar bahawa rakyat Sarawak sudah banyak yang mengetahui tentang rahsia KM Sarawak Taib Mahmud yang menghisap darah rakyat Sarawak. Sebab itu Sarawak tidak pernah menjadi negeri terkaya walaupun di perut buminya terdapat harta yang bernilai iaitu minyak. Siapakah yang menjadi kaya raya di Sarawak sekarang? Siapa yang sedut hasil minyak dan balak di Sarawak? Mereka ini adalah `hantu' dan `jembalang' yang mungkin dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin sewaktu berucap di dalam Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di kampung Boyan-Gersik, Kuching semalam. Katanya, " Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (petikan Malaysiakini). Rakyat Sarawak juga harus ingat, selain dari `hantu' dan `Jembalang' yang telah berpenunggu selama lebih kurang 30 tahun memerintah, terdapat `hantu dan jembalang' yang lebih `power' akan datang untuk menghisap darah mereka di bumi kenyalang ini. `Hantu' dan `Jembalang' ini datang dengan `sayap terbang' dari Putrajaya melintasi lautan luas dan akan memomokkan rakyat Sarawak. Makhluk ini lebih merbahaya kerana di Semenanjung sudah banyak menjadi mangsanya. Di Semenanjung, makhluk dari Putrajaya ini sanggup melakukan apa saja atau bersekongkol dengan sesiapa sahaja hatta pengedar video lucah asalkan hasrat mereka tercapai. Adakah rakyat Sarawak akan menerima kata-kata mereka yang bersekongkol dengan kegiatan lucah ini? `Hantu' dan `Jembalang' dari Putrajaya ini amat khuatir jika `sarang' mereka di Putrajaya dimusnah dan dirampas, justeru itu mereka mahu rakyat Sarawak bersama mereka. `Hantu berkepala botak' dan `Jembalang bermuka lebam' ini sudah banyak menipu manusia. Kedua makhluk ini sanggup menyamar menjadi orang susah ketika cuba mempengaruhi rakyat yang susah di Sarawak, hatta diminta mengecat rumah atau masjid pun mereka sanggup. Di suruh menaiki perahu menyeberang Sungai Sarawak pun mereka akan lakukan. Tetapi, setelah mendapat apa yang diingini mereka akan kembali terbang bersayap ke sarang mereka di Putrajaya. Rakyat Sarawak mesti renung seketika, sampai bila mahu hidup susah di negeri yang kaya dengan balak dan minyak? Jangan dilihat kerja amal mereka pada waktu ini menjelang pilihanraya, tetapi renungkan berpuluh tahun kebelakangan ini apa yang mereka buat untuk rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak tidak boleh makan kenyang dan harga barang menjadi murah dengan hanya melihat isteri baru yang muda dari KM mereka sahaja. Justeru itu, jadilah rakyat yang bijak menilai dan tidak terus diperbodohkan. Inilah peluang untuk rakyat Sarawak mengubah nasib mereka. Jika PR memerintah Sarawak dan rakyat Sarawak masih juga susah, maka rakyat Sarawak perlu juga cerdik untuk mengubah kerajaan yang lain pula. Berani untuk mencuba sesuatu adalah satu tindakan bijak, tetapi tidak berani untuk berubah merupakan satu kejahilan yang akan terus berpanjangan. Buat rakyat Sarawak terutamanya jenerasi muda di perantauan, kembalilah sekarang ke kampung halaman masing-masing untuk membantu negeri tumpah darah mereka agar dapat diselamatkan dari `hantu' dan `jembalang' yang rakus ini./wfauzdin.blogspot.com | |||
| ANWAR TETAP DIHALANG KE MANA SAJA, RAKYAT SARAWAK MESTI BANGKIT Posted: 30 Mar 2011 07:00 PM PDT
| |||
| ESKAY @ DATUK T GELABAH KINI TUKAR TOPIK PULA Posted: 30 Mar 2011 11:42 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS | |||
| INGATAN BUAT PIMPINAN PR, JANGAN JEMPUT `WAKIL LIDAH SYAITAN' DI DALAM APA JUA SIDANG AKHBAR Posted: 30 Mar 2011 03:24 AM PDT UTUSAN Meloya sudah dikenalpasti sebagai `penyambung lidah syaitan' yang menjalankan kerja-kerja fitnah jahat serta kaki putar belit demi kepentingan Apco Yahudi Laknatullah. Telah beberapa kali akhbar pencacai taraf terendah ini terbukti melaporkan perkara yang tidak benar, fitnah dan putar belit. Sebab itu, tidak menghairankan akhbar ini `dibuang' begitu sahaja oleh sebuah sekolah Cina walaupun diberikan percuma. Cuma, masih ada yang sedia bodoh atau sanggup diperbodohkan membeli dan membaca akhbar syaitan seperti ini. Terbaru, kenyataan Ketua Pemuda PAS Us Nasruddin Hassan Tantawi telah diputarbelitkan oleh mereka. Akhbar jijik ini melaporkan bahawa Ketua Pemuda PAS tersebut bersetuju agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pita video lucah yang kununnya melibatkan seorang tokoh Pembangkang. Sebaliknya, Us Nasruddin tidak pernah berkata sedemikian. Memetik penjelasan daripada Ketua Pemuda PAS ini, beliau hanya berkata "Yang menuduh dan memfitnah kena bagi bukti saksi yang jelas dan pengadilan mesti diberikan," Beliau menegaskan, siasatan selepas video itu disebar kepada umum adalah tindakan yang salah. "Tuduh merata-rata dulu selepas itu baru nak nak buat siasatan, ini tindakan tak betul," katanya. Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak takut untuk disiasat namun keadilan mesti diutamakan. "Kita tidak takut pada siasatan tapi keadilan mesti ditegakkan. Suruhanjaya atau apa itu mekanisme. Prinsipnya keadilan dan ini mesti ditegakkan dulu," katanya (Harakahdaily) Saya tidak tahu samada masih ada pimpinan di dalam PR yang masih berselera untuk memanggil wartawan akhbar jijik seperti ini di dalam sidang akhbar mereka. Mungkin kenyataan mereka dipetik oleh Utusan Meloya melalui akhbar lain tetapi diputar belitkan sesedap rasa. Tetapi jika benar wartawan akhbar ini sememangnya dipanggil di dalam sidang media, itu bermakna memang sengaja kita menjemput `wakil lidah Syaitan' untuk mendengar apa yang ingin kita perkatakan. Adakah `Syaitan' akan jujur kepada kita?/wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

KUCHING, 30 Mac: Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya.
Ceramah Anwar di mana-mana jua termasuk di Sarawak sentiasa mendapat halangan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan