Selasa, 22 Mac 2011

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


kulupsakah: lelaki serba boleh

Posted: 21 Mar 2011 05:31 AM PDT

aku tak segan mengaku aku serba boleh. anugerah tuhan ini mesti aku hebahkan dan korang kena catatkan dalam batu jemala korang. kelemahan aku ialah aku suka merendah diri sejak kecil. filem back to the future sebenarnya akulah pelakon asal, bukan maikel j.musang. dia tewas 2 markah sewaktu diskrintest. segala penggambaran dah bermula. apabila di saat2 akhir babak hero hanya berspenda di dalam bilik yg sepatutnya takde diadakan, aku menolak. lalu penggambaran dibatalkan dan aku digugur. aku membantah kerana stand in yang mereka gunakan boroi tak sama langsung dengan aku.
aku juga sepatutnya bergandingan dengan demi moore dalam GHOST, bukan arwah patrick swayze, aku lari dari lokasi waktu babak cium kerana tak tahan mulut demi moore bau jeruk maman. sejak itu aku malas berlakon. gambar di bawah adalah hero2 hollywood ketika kami mengecap kegemilangan. sayangnya mereka mengambil gambar ni sewaktu aku ke tandas. dennis quaid yang memegang pintu telah mencuri tempat yg sepatutnya aku duduk wal hal dia tiada dalam senarai.


baru tak baru jugaklah haritu aku ditawarkan berlakon sebuah filem porno tempatan. dengan bayaran yang berbentuk kontrak membina loji nuklear mesra alam, penerbit datuk Tee meminta aku ke lokasi di perkosa..er..carcosa. aku agak keberatan pada mulanya tetapi untuk menguji semula kehebatan aku, aku terima. sampai di set penggambaranaku berasa tak sedap hati. mereka minta wajah aku disolek dengan janggut ala orang alim, mata kiri sedikit lebam dan meminta aku bertutur dalam loghat penang. aku kurang pandai, aku tak mahu filem spoil macam cerita anak mami - ada bukan orang penang cakap penang bunyinya macam tupai tercekik tempurung. sekali lagi untuk tempoh yang lama, aku berundur. datuk tee agak kecewa dan terpaksa menggantikan tempat aku dengan seorang yang sedikit boroi. booorooiii laaagi!

bukan aku tak reti cakap penang cuma lama tak praktis. 98 dulu - sebuah produksi pelawa aku odisyen uji suara loghat penang kerana mereka nak buat drama dalam bentuk kaset. sebagai insan serba boleh aku lulus. aku kena bawa watak suara lelaki penggoda sedang menggoda isteri politikus dengan loghat penang. nama aku anuwa. aku tak setuju sebab nama tu tak glamer. aku minta ditukar kepada nama lain seperti Raise Stim yang aku rasa sesuai sebagai lelaki gatal. lagi sekali aku digugurkan.

aku buat keputusan tak mahu berlakon. kalau nak pun, biarlah watak kecil2 je seperti watak budak pembancuh kopi yang warak tetapi diliwat. kecil tapi berkesan.
"the saddest thing in life is wasted talent"

tak mengapa. aku serba boleh. aku akan buat kerja lain. ijazah 8 sanawi dari pesantren al huda al maghrib di universitas sunan bono melayakkan aku menjadi mufti atau penceramah agama. aku yakin kerana aku amat arif dengan ilmu fiqh. memberi fatwa memang mudah. aku tahu hukum nikah di masjid tak boleh, upacara merenjis tidak haram. tertuduh boleh dianggap suci tanpa menggunakan hukum islam. cukup dengan bersumpah saja.
aku yakin aku layak.
aku insan serba boleh.

Tiada ulasan: