labun KulupSakah... |
Posted: 16 Mar 2011 08:53 PM PDT "kalau duduk dengan kau sehari mahu pecah perut je asyik ketawa" kata seorang teman fb kerana aku selalu menulis status lucu. Aku tak tahu aku dalam kategori kelakar atau tidak. sebab kadang-kadang ada juga kawan2 berkerut berborak dengan aku yang serius. Tapi, sama macam korang juga - takkanlah nak serius saje. humor perlu ada dan humor pun sebenarnya diambil dari benda yang serius. mungkin kerana aku selalu melukis dan menulis dalam bentuk humor maka aku dilihat kelakar. tapi apa salahnya jadi seorang yang kelakar ye tak? Kadang-kadang kita terlupa manusia itu sama. perlukan kelakar. Kawan-kawan aku ada yang profesor, guru, pensyarah, ahli politik, guru agama, peguam, seniman malah ada juga anak-anak muda pelajar, peniaga, akauntan, arkitek dan macam-macam. Kita sangkakan mereka yang selalu kelihatan serius dengan kerjaya mereka itu serius sepanjang masa. Chegubard, Ustaz Badrulamin, Puspa, Wan Ji Al Bakistani adalah kelakar. Mat Saman Kati, Isa yang menulis gaya humor tidaklah kelakar sangat orangnya. Hishamuddin Rais yang serius itu menggamit jutaan pembaca dalam blog tukar tiubnya yang penuh 'kah kah kah'. Kalau buat serius letih nak baca. Tapi humor penting dan diperlukan dalam hidup. Seorang suami jika kurang berkelakar di dalam rumah dengan isterinya tetapi banyak ketawa jika di luar bersama kawan-kawan tentu ada masalah dengan rumahtangganya. Lelaki yang ada sense of humour diminati wanita. Lelaki yang skema, serius dan bongok alias kecut amat membosankan. Wanita yang moyok, bosam dan kusam amat memotongstimkan. Kritikan dalam bentuk humor amat tajam dan bisa lebih makan dalam. Majalah Gedung Kartun diharamkan kerana humornya menyakitkan mangsa kritikannya. Kalau tawar macam harakah, gomen pun buat tak pedulik je..kah kah! Rasulullah saw juga kelakar. dalam suatu peristiwa ketika Baginda dan sahabat sedang makan buah tamar, Ali dan sahabat cuba buat lawak. Biji tamar yang mereka makan dilonggokkan di atas lantai berdekatan Rasulullah. "Wah! banyak sungguh kau makan wahai Rasulullah!" kata Ali lebih kurang gitulah sambil menunjukkan biji tamar yang dilonggokkan berdekatan Rasulullah. "korang lagi makan banyak dengan biji-biji korang telan." kata Rasulullah sambil menunjukkan di tempat mereka tiada pula biji tamar. "laughter is the best medicine" kata mereka. Betul, tapi jangan banyak sangat ketawa kerana ketawa banyak adalah sedara setan. Senyum adalah ketawa para Nabi. Mari kita nikmati humor dalam hidup ini. raikan ia! * pemimpin kita sarat dengan humor |
Posted: 16 Mar 2011 09:54 AM PDT esok khamis 3 ptg dan ulangan 10 malam di DurianFM - bersama aku dalam rancangan "selongkar seni" sapa tamu aku? apa dia belasah? pergi sign up segera!! |
You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan