labun KulupSakah... |
Posted: 01 Mar 2011 03:29 AM PST ketika pilihanraya kecil sebuah kawasan di negeri yang dulunya zaman kegemilangan sultan tapi hari ini takde sultan, datanglah sang pemimpin parti pemerintah berkempen untuk membeli undi penduduk kawasan di situ. Sang pemimpin bangang ini telah melawat kampung Bengong. "jika tuan-puan undi kami, akan kami hadiahkan wi-fi area yang laju." kata YB itu. penduduk kampung terpegun kekaguman. "wow! Senanglah kita nak ke KL nanti. Naik wi-fi cepat sampai." "kelajuannya mencapai 52,428,800 kilobytes." sembang YB itu lagi. orang kampung ternganga. mereka berbisik sesama sendiri."laju sangat tuh, gayat! Mahu sampai ke Israel." "Sebab ia mempunyai 50 gig." tambah YB ini lagi. "patutlah laju, gigi gear dia banyak." sorak penghulu kampung kekaguman. "Dengan teknologi itu, tuan-tuan bolehlah melayari internet!" mak cik guru tadika seronok." Kapal layar pun ada, wow!" YB tersebut menambah lagi," Bolehlah tuan-tuan buka akaun facebook nanti!" "wow! kena buka akaunlah...bagus ni! Dulu ada ASN, ASB." Haji Din bersuara.
Dan parti tersebut menang pilihanraya kerana rakyat yang berkualiti telah mengundi mereka.
(idea asal: Raja Bad Hakim Shah) |
Posted: 28 Feb 2011 09:11 AM PST orang kita kalau pakai kopiah dan cakap agama sikit cepat je orang panggil ustaz walhal kaki cong. masa tengah panas dulu, kalau jumpa orang camni aku libas je tapi sejak akhir-akhir ni aku lebih baik dan tak suka kecikkan hati orang. (konon, hehe!).. baru sehari dua kenal dia yang rajin duduk di meja aku, selalunya dia akan cerita agama sikit dan lecehnya ceritanya selalu dalam nada 'nak menasihat' atau 'nak mengajar'. bukan aku ego tak suka diajar, tapi kau orang pun boleh tau mana intan mana kaca. apatah lagi dia ni ada terlibat dengan ilmu perbomohan dan ada peminat fanatik, peh! menjadi-jadilah... dia : pesan guru ana, banyakkan membaca kerana membaca menambah ilmu. aku letih sikit kalau orang berana ente ni..lidah melayu aku kekok. dia : pesan guru ana kita kena banyak menangis dengan Tuhan. seronok tau menangis kat Tuhan ni.. hmm.... wal padang pasiruunn... dia : ente nampak budak muda yang datang sembang dengan ana tadi? aku : ya! dia : huh! Jangan main tu..dia tu kasyaf tinggi. boleh nampak jin. sedih jugak orang melayu mengaitkan istilah 'kasyaf' dengan boleh nampak jin atau setan. walhal kasyaf adalah nampak 'telus' tanpa hijab akan sesuatu perkara berdasarkan firasat dan pengamatan. untuk capai ke tahap ini harus menguasai ilmu syariat dan hakikat lalu sampai ke tingkat makrifah dengan keyakinan yang haq. hantu setan tolak tepi.. dia menulis jawi kalimah Lailahaillallah. tulisannya buruk tak seni langsung. dia : apa ni? ceh! cuba uji ketererran aku baca jawi kot? aku : lailahaillallah! dia : (menggangguk) Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. aku: berapa huruf kalimah tu? jika dipecah lam alif alif lam ha alif lam alif alif lam lam ha ada ada 12 huruf. 12 huruf mewakili 12 jam, kalimah rasul pula Muhammad rasulullah jika dipecah ada 12 huruf juga mewakili 12 jam lagi. bermakna kalimah syahadah tauhid dan rasul jika digabung menjadi 24 huruf. membawa maksud 24 jam kita mesti 'duduk' dalam kalimah. tergelincir bermakna syirik iaitu tunduk dengan makhluk dan bukan dengan Dia. ustat itu diam. sejak itu dia kurang bercakap dengan aku. aku pulak menyesal kerana ego menunjuk pandai. sesekali terasa juga nak pakai serban dan cari makan berceramah di surau. boleh? |
You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan