Jumaat, 25 Mac 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Cekgu Bard: Video Lucah Rekayasa , RTC Pembohong...

Posted: 25 Mar 2011 08:45 PM PDT

Makin difitnah, makin disayangi. Takbir!!

Posted: 25 Mar 2011 06:53 PM PDT

Dato Seri mengamuk....

Posted: 25 Mar 2011 04:02 AM PDT

Sandiwara apalah pulak ni????

Posted: 25 Mar 2011 03:39 AM PDT

Polis sebab nak tunjuk pro...buat kenyataan 2 suspek video seks telah ditahan, disoal siasat dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Mangkok 2 ekor tu pulak nak tunjuk tak bersalah nafikan kena tahan. Terperanjat lagi!!

What a sandiwara??? Kantoi lagi.

Rahim, Eskay nafi ditahan polis

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, masing-masing menafikan mereka ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal dengan seorang wanita.

Laporan the Star Online hari ini berkata kedua-dua mereka dipercayai ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.

"Apa? Saya tak tahu yang saya ditangkap. Sekarang ini saya di rumah. Saya hanya ke (ibu pejabat) polis malam tadi bagi membantu siasatan mereka dan setelah beri keterangan, saya pulang ke rumah.

"Tiada disebut mereka mengenai tangkapan. Mungkin mereka (the Star) anggap beri keterangan malam tadi sebagai tangkapan. Saya tidak tahu. Saya di rumah," kata Rahim.

Eskay pula yang sedang tidur, ketika dihubungi melalui telefon juga terkejut apabila diberitahu mengenai laporan portal berita itu.

"Malam tadi, saya hari beri kenyataan mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah). Saya serahkan rakaman video dan itu sahaja. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pulang lebih awal selepas kenyataannya dirakamkan. Saya pulang kemudian selepas menyerahkan barangan berkenaan untuk siasatan polis.

"Saya tidak tahu banyak mengenai prosedur polis kerana jarang berurusan dengan mereka (polis). Namun, saya tidak fikir yang sama ditahan. Saya tidak menandatangani apa-apa dokumen.

Sedang tidur

"Saya sekarang di rumah dan sedang tidur bila awak telefon. Saya deman selesema akibat terkena hujan lebat semalam. Maaf, saya agak pening kerana demam," kata Eskay (kiri).

http://www.malaysiakini.com/news/159672

Video seks: Polis tahan dua lelaki, rampas bukti

Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

The Star Onlinemelaporkan difahamkan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Portal berita itu yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.

Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.

Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.

Beliau juga dalam satu kenyataan media semalam berkata polis telah mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Sehingga hari ini, polis telah merakam percakapan saksi-saksi tertentu yang dipercayai mengetahui atau terlibat dalam siasatan ini. Pihak polis akan meneruskan siasatan berprinsipkan profesionalisme sebagai agensiyang berwibawa," petik kenyataan itu.

http://www.malaysiakini.com/news/159654

Tiada ulasan: