Sabtu, 12 Mac 2011

Komentar Kini

Komentar Kini


Allah tak akan beri petunjuk kepada orang fasik

Posted: 11 Mar 2011 09:09 PM PST

Allah Allah surah al munafikun ayat 1 yang bermaksud:"Bilamana orang orang munafik datang kepadamu, mereka berkata kami mengakui, bahawa sesungguhnya kamu benar benar Rasul Allah dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar benar RasulNya, dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya orang orang munafik benar benar pendusta"

Dalam suatu riwayat dikemukan bahawa Zaid bin Arqam mendengar Abdullah bin Ubay berkata kepada teman temannya, Kalian jangan memberi nafkah kepada orang orang yang dekat dengan Rasulullah SAW, sebelum mereka meninggalkan agamanya.Apabila kelak kita pulang ke Madinah, pasti orang yang mulia akan mengusir orang yang hina dari kota itu.

Kejadian ini diterangkan kepada pamannya dan pamannya menyatakannya kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memanggil Zaid bin Arqam yang menerangkan kejadian itu kepadanya.Kemaudian Rasulullah SAW memanggil Abdullah bin Ubay beserta kawan kawannya.

Akan tetapi mereka bersumpah dimuka Rasulullah bahawa mereka tidak berkata demikian.Atas sebab itu Rasulullah SAW tidak mempercayai Zaid bin Arqam, bahkan beliau lebih percaya kepada Abdullah bin Ubay. Zaid merasa sedih, kerana belum pernah mendapat musibat seperti itu.

Zaid menetap dirumahnya tak mahu keluar. Pamannya berkata aku tak bermaksud supaya Rasulullah membenci dan tidak mempercayaimu.Atas sebab itulah Allah menurunkan ayat 1 surah Munafikun yang menegaskan bahawa kaum munafik selalu berdusta dan membenarkan kata kata Zaid bin Arqam.

Kemudian Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada Zaid bin Arqam untuk membaca ayat ayat itu dengan menegaskan bahawa sesungguhnya Allah telah membenarkan kata katanya.

Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan lainnya yang bersumber dari Zaid bin Arqam.

Riwayat tentang Zaid bin Arqam ini mempunyai beberapa sumber yang antara lain menyatakan kejadiannya pada waktu perang Tabuk dan turunnya ayat ini pada malam hari.

Sehubungan dengan itu, maka turun ayat yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: marilah beriman agar Rasulullah SAW meminta ampunan bagimu, mereka memalingkan muka mereka dan kamu melihat mereka berpaling sedang mereka menyombongkan diri".

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kepada Abdullah bin Ubay ada orang yang mengusulkan agar dia datang mengadap Rasulullah SAW untuk diminta pengampunan dari Allah SWT, akan tetapi dia menolaknya bahkan berpaling.

Maka turunlah ayat ini berkenaan dengan peristiwa tersebut yang mengambarkan sifat sifat munafik, iaitu keras kepala.

Diriwayat oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Qatadah di riwayat pula oleh ibnu Mundzir yang bersumberkan dari Ikrimah.

Sehubungan itu, Allah menurunkan ayat 6 yang bermaksud: " Sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan atau tidak kamu mintakan ampunan bagi mereka. Allah sekali kali tak akan mengampun mereka. sesungguhnya Allah tak akan memberi petunjuk kepada orang orang yang fasik"

Dalam suatu riwayat dikemukakan turun ayat 80 surah 9 yang menegaskan bahawa tidak akan mengampun orang orang munafik walaupun dimintakan oleh Rasulullah SAW sebanyak 70 kali dengan sabdanya yang bermaksud: " Aku akan mintakan ampunan lebih dari tujuh puluh kali" maka Allah menegaskan dengan ayat 6 surat 63 ini bahawa bagi mereka sama saja apakah nabi mintakan ampunan atau tidak memintakan ampunan, Allah tidak akan mengampunnya.

diriwayatkan oleh ibnu Jarir yang bersumber dari Urwah
diriwayatkan oleh ibnu Jarir yang bersumber dari Mujahid dan Qatadah.

Dalam suatu riwayat yang dikemukakan bahawa ketika turun ayat Bara'ah (s 9 ayat 80) bersabda nabi SAW yang didengar olehIbnu Abas sesungguhnya aku diberi kelonggaran tentang mereka (kaum munafik). Aku akan mintakan ampunan bagi mereka lebih dari tujuh puluh kali. mudah mudahan Allah mengampun mereka". Maka turunlah ayat 6 surat munafikun yang menegaskan bahawa Allah tidak akan mengampuni orang orang seperti itu.

diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ufi yang bersumber dari Ibnu Abas.

Tiada ulasan: