Selasa, 29 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Wow Gambar Parpu BerTake Beer ? Patut La Sekarang Nampak Lebih Alim Dari TG Nik Aziz

Posted: 29 Mar 2011 08:00 AM PDT

Panas! Blogger Laknat Umno Kantoi Tipu Mat Sabu Tonton Video Seks!

Posted: 29 Mar 2011 07:30 AM PDT

Aku tak tergila nak tengok video tu" - Mohamad Sabu

"Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.

Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.

Lihat bukti fitnah laknat dari puak umno laknat!

Antara Qazaf dan Suruhanjaya

Posted: 29 Mar 2011 07:00 AM PDT

1. Sejurus tiba dari Makkah al Mukarramah, saya diajukan beberapa soalan oleh pelbagai pihak wartawan yang bertanya mengenai isu fitnah terbaru ke atas datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupanya 2 artikel yang saya tulis dari Lembah Multazam untuk siaran media belum ada mana - mana media yang mahu siar kecuali saya temui di ruangan Fikrah dalam Harakah edisi terbaru. Artikel tersebut bertajuk : Fitnah: Senjata Tertua di Dunia dan Khutbah : Perangi Fitnah .

2. Sedang saya masih dalam "cuti rehat sehari" selepas pulang dari Umrah Tarbawi DPP Malaysia, sebelum saya memulakan tugas perjuangan ini seperti biasa pada hari ini, semalam saya masih diaju pelbagai soalan mengenai isu ini termasuk soal penubuhan suruhanjaya diRaja bagi menyiasat video tersebut.

3. Saya menjawab : " Saya baru balik dari Umrah, saya belum jelas betul duduk perkara ini. Insyaallah Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan mesyuarat khasnya pada malam esok [ malam ini ] dan saya akan buat kenyataan pada pagi esoknya iaitu pagi Rabu."

4. Namun pihak wartawan tersebut [ dari Utusan ] mendesak untuk mengetahui pandangan saya secara peribadi mengenai penubuhan Suruhanjaya tersebut, apakah saya setuju ? Saya jawab : Saya tidak mahu bercakap soal mekanisme [ kerana soal penubuhan Suruhanjaya adalah soal mekanisme ]. Apa yang saya mahu tegaskan ialah soal prinsip. Prinsipnya ialah, yang menuduh apalagi yang memfitnah mestilah mengemukakan bukti dan saksi yang jelas [ mengikut kehendak Islam, saksi zina mestilah 4 orang lelaki yang adil ]. Apa yang saya kesal ialah, tuduhan dan fitnah telah dibuat dan didedah merata - riti kepada umum kemudian baru bercakap soal nak siasat oleh pihak yang mendedahkannya. ini tidak betul !"

5. Saya jawab lagi : " Prinsipnya ialah keadilan. Jika tubuh suruhanjaya siasatan tetapi tidak ditegakkan prinsip keadilan tadi maka tiada ertinya. Siasat untuk membenarkan fitnah, siasat untuk membenarkan pengkhianatan tanpa berpaksikan prinsip keadilan atau mencari keadilan dengan amanah, jujur, telus adalah salah dan tidak boleh diterima. Setelah dibuat tuduhan dan fitnah sedemikian rupa dan pendedahan memalukan dibuat sedemikian rupa baru bercakap soal siasatan dan penubuhan suruhanjaya, saya bimbang suruhanjaya itu ditubuhkan hanya untuk membenarkan fitnah bukan mencari keadilan."

Wartawan tersebut menegaskan Tuan Hj Mohd Sabu buat kenyataan dalam Star bahawa perlu penglibatan pakar dalam suruhajaya siasatan, bagaimana ? Saya jawab : " saya telah tegaskan prinsip tadi iaitu keadilan. siasatan pun mesti berpaksi kepada keadilan dan pakar dalam satu - satu bidang siasatan seperti pakar forensik atau lainnya memang diperlukan dalam siasatan untuk mendapatkan keadilan selain dari matlamat dan objektif siasatan mestilah untuk menegakkan keadilan bukan untuk membenarkan fitnah."

6. Saya menegaskan demikian kerana tanpa keadilan atau tanpa mengambil kira ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, bukan sahaja tindakan itu tidak islamik malah keadilan tidak akan tercapai dan apa yang paling besar ialah penuduhnya berdepan dengan hukuman Qazaf justeru menuduh tanpa mendatangkan saksi dan bukti yang jelas mengikut piawaian yang ditetapkan oleh syara'.

7. Kalaupun mereka dakwa, mereka memiliki bukti iaitu klip video aksi seks, Siapa saksinya sewaktu adegan seks itu berlaku ? cukupkah 4 orang saksi ? kalau cukup mana saksi - saksi itu ? Datuk T ? tu baru 3 orang . Itu pun, mereka saksikan berdepan atau hanya saksi melalui rakaman video ? dan apa yang paling penting dalam isu ini ialah kenapa mereka tayang kepada wartawan terlebih dahulu ? kenapa tidak siasat dulu secara tertutup ? atau sengaja mahu memfitnah dan mengaibkan orang ? Mereka ni faham atau tidak apa ertinya Qazaf ? atau .. di perbuat daripada apakah kulit belakang mereka sehingga memandang rendah kepada qazaf ? apakah tiada hitungan dosa pahala dalam tindakan ? tidak terfikirkah pula azab seksa Allah ?

8. Saya setuju benar kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabat saya Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin mengenai isu ini [ boleh rujuk laman web beliau ]. Apakah iklim politik negara kita mahu diseret dalam kancah politik fitnah dan lucah sebegini ? Apakah sudah kehabisan strategi dan kelicikan berpolitik sehingga mengambil kaedah keji dan hina ini ?

9. Kita tidak takut pada siasatan. Malah saya yakin Datuk Seri Anwar tidak pernah takut pada siasatan malah kini beliau juga sedang berdepan dengan siasatan dan pembicaraan panjang di mahkamah mengenai isu liwat. Kini beliau berdepan pula isu fitnah zina. Cuma apa yang saya mahu tegaskan ialah, ikut panduan dan pedoman Islam. Menuduh mesti berbukti dan bersaksi menepati kehendak syara'. Siasatan dan Pembicaraan mesti adil. Jika dari mula plot dan dramanya adalah untuk mengaibkan dengan membuat pendedahan "separuh terbuka" supaya ia menjadi fitnah dan memalukan, saya bimbang siasatan yang dibuat hanyalah untuk membenarkan drama fitnah tersebut.

10. Semua pihak mesti kembali kepada Allah swt dengan penuh ketaqwaan. Bertindak berasaskan Iman. Yang menuduh dan dituduh semuanya tertakluk kepada hukum Allah. Bertindak jangan keluar dari garis dan landasan agama Allah swt.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan at tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Bagi Penggila Tarian Poco-Poco, Khusus Warga Harian Metro!

Posted: 29 Mar 2011 06:30 AM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/200258_173985312654203_100001282073216_420737_164554_n.jpg

kalau mati kita nak masuk syurga atau neraka?

Ceramah di lokasi persendirian, polis tak ikut keputusan mahkamah

Posted: 29 Mar 2011 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mempersoal keengganan polis mematuhi keputusan mahkamah sebelum ini yang memutuskan ceramah politik di kawasan persendirian, tidak menyalahi undang-undang.

"Polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu, Tampin," katanya Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pada satu kenyataan media, hari ini.

Mahkamah Majistret Jelebu pada Julai 2001 memutuskan Mohamad Sabu ketika itu Ahli Parlimen Kuala Kedah, tidak bersalah kerana mengadakan ceramah tanpa permit di Markaz Pas Jelebu.

Beliau mengulas beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terbaru di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu di kawasan persendirian yang berakhir dengan kekecohan berikutan campur tangan polis.

Idris berkata, polis bertindak secara bertentangan dengan undang-undang kerana mereka dengan angkuh masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.

"Setakat ini, jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat jika tiada gangguan polis, akan berakhir dengan aman. Semua maklum jika perhimpunan diganggu polis, maka akan berakhir dengan kekecohan," katanya.

Beliau kesal terhadap sikap double standard polis yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat – tabiat lama yang berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif.

"PAS ingin mengingatkan polis, bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Idris mengingatkan polis betapa rakyat tertanya-tanya mengapa polis sibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat tetapi tidak mengambil tindakan tegas dalam isu tayangan video seks palsu.

"Polis sebaliknya tidak pula serbu Hotel Carcosa yang menayang video lucah pada 21 Mac 2011. Mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.

"Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam," katanya.

Ceroboh dan serang ceramah, Azmin saman Hishammuddin, polis

Posted: 29 Mar 2011 05:30 AM PDT

SHAH ALAM: Mohamed Azmin Ali pada sidang Dewan Negeri (DUN) Selangor, hari ini menyatakan beliau akan menyaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan polis Ampang.

Beliau merujuk tindakan polis dalam insiden ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: 'Datuk Najib-Altantuya' pada 25 Mac lalu, yang menyaksikan kekecohan berlaku sejurus campur tangan polis.

"Surat saman tersebut akan dikendalikan oleh peguam saya yang akan dihantar secepat mungkin kepada pihak berkuasa itu," kata Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa).
Selain Hishammuddin, turut disaman ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Amiruddin Jamaluddin kerana menceroboh, intimidasi dan serangan terhadap ceramah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak.

Saman dibuat berikutan polis bertindak secara mala fide (jahat), menyalahi undang dan tanpa sebab munasabah menyerbu, mengganggu dan menamatkan ceramah berkenaan hingga Azmin ditolak dan jatuh berikutan kekerasan yang digunakan polis.

Polis juga dituntut meminta maaf dan menyerahkan nama 50 anggota dan pegawai polis yang terlibat serta berjanji tidak mengulangi perbuatan itu, dalam tempoh 48 jam.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden KEADILAN itu turut mempersoalkan sama ada polis akan mengambil tindakan sama terhadap Majlis Makan Malam bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Pandan pada 29 Mac ini.

"Kedua-dua majlis di Kampung Pandan dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ampang itu adalah satu perhimpunan, maka tindakan ke atas kedua-dua majlis ini mestilah sama.

"Jika polis sendiri mengamal sikap 'double-standard', maka agak susah bagi rakyat untuk menghormati mereka," katanya.

Kump Wang Disatukan Persekutuan: Awang Adek diasak isu pengambilan RM8 bilion

Posted: 29 Mar 2011 05:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Adek Awang Adek Hussain terpaksa akur untuk memberi jawapan secara bertulis kepada Parlimen kerana gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan berkaitan pengurusan kewangan negara.

Beliau memilih untuk berbuat demikian selepas 'diasak' bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof mengenai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Azan, seorang ahli ekonomi mempersoal sebab pengambilan keluar RM8 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan tidak dizahirkan dalam penyata kewangan tahunan negara daripada tahun 2007 sehinggalah tahun 2010.

Jumlah wang dalam Kumpulan Wang Disatukan itu tidak berubah-ubah dalam empat tahun tersebut, kata Azan.

Yusmadi pula, mengingatkan Adek Awang bahawa sebarang pengambilan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan perlu diperincikan seperti dikehendaki dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan menetapkan sebarang perbelanjaan wang dari Kumpulan Wang Disatukan perlu diperincikan. Jika ia tidak diperincikan, ia bersifat tidak mengikut Perlembagaan (unconstitutional)," kata Yusmadi yang juga seorang pengamal undang-undang

Adek Awang memberitahu bahawa beliau memerlukan masa untuk memberi jawapan bertulis kepada soalan Azan dan juga Yusmadi.

Menurut perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Jangan beri perlindungan kepada dalang video seks palsu- MP KEADILAN

Posted: 29 Mar 2011 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen KEADILAN mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio 'Datuk T' yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, perlindungan kepada individu berkenaan sebenarnya cuba menjadikan Anwar sebagai tertuduh sedangkan beliau sebenarnya adalah mangsa.

"Apabila perlindungan diberi kepada trio 'Datuk T', ia menjadikan Anwar sebagai suspek," kata Yusmadi yang juga pengamal undang-undang.

Yusmadi seterusnya memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong pada 20 April tahun lalu yang menyatakan bahawa saksi yang sudah melakukan pendedahan kepada media, tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi.

Justeru, katanya, berdasarkan prinsip yang sama, individu berkenaan, yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah, tidak layak mendapat perlindungan sebagai saksi.

Menurutnya lagi, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz, bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat, mengelirukan dan bertentangan dengan undang-undang.

Malah, kata Yusmadi lagi, selain perlu didakwa di bawah Seksyen 292 kanun Keseksaan Jenayah kerana melakukan tayangan serta pengedaran video lucah, mereka juga perlu didakwa kerana melakukan ugutan jenayah (criminal intimidation).

Turut menyertai Yusmadi pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.

Utusan putar belit kenyataan Nasrudin

Posted: 29 Mar 2011 04:45 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa akhbar Utusan Malaysia memutar belit kenyataannya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Nasrudin menafikan bahawa beliau bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya itu sebaliknya berkata, perkara yang harus diutamakan adalah mengenai prinsip keadilan berhubung tuduhan tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak yang membuat tuduhan itu mesti menampilkan saksi.

"Saya kata, saya tak nak bercakap soal mekanisme. Saya nak cakap pasal prinsip.

"Yang menuduh dan memfitnah kena bagi bukti saksi yang jelas dan pengadilan mesti diberikan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau menegaskan,siasatan selepas video itu disebar kepada umum adalah tindakan yang salah.

"Tuduh merata-rata dulu selepas itu baru nak nak buat siasatan, ini tindakan tak betul," katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak takut untuk disiasat namun keadilan mesti diutamakan.

"Kita tidak takut pada siasatan tapi keadilan mesti ditegakkan. Suruhanjaya atau apa itu mekanisme. Prinsipnya keadilan dan ini mesti ditegakkan dulu," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kononnya Nasruddin menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pakatan Rakyat dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut.

Kartun politik lucah: Jangan jadi ‘kartunis pelacur’- Zunar

Posted: 29 Mar 2011 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar, atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar Ulhaque mengecam tindakan segelintir kartunis yang menggadaikan moral mereka dengan melukis karya politik lucah dan berunsur fitnah.

Beliau menyifatkan golongan terbabit sebagai 'kartunis pelacur' kerana sanggup menghasilkan karya yang tidak bertanggungjawab, semata-mata kerana mahu memperoleh habuan daripada pihak-pihak tertentu.

"Kartunis-kartunis yang menghasilkan kartun ini tidak mempunyai tanggungjawab moral kerana tidak berani untuk meletakkan nama sendiri atau nama pena di dalam lukisan mereka.

"Mereka melukis apa saja yang disuruh termasuk kandungan yang mempunyai fitnah dan pembohongan. Bagi saya, kartunis-kartunis seperti ini tidak ada bezanya dengan pelacur," ujar Zunar dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas isu pengedaran kartun lucah yang disebar di kawasan Lembah Pantai, yang cuba mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naskah komik setebal 16 muka surat bertajuk Kisah Raja Lawak itu, mengandungi imej lucah watak yang menyerupai Anwar dan dihantar kepada pengundi di sekitar Lembah Pantai.

Menurut Zunar, beliau turut mendapat maklumat bahawa kartunis-kartunis terbabit dibayar sejumlah wang yang banyak bagi menghasilkan kartun mengikut arahan pihak-pihak tertentu.

"Kartunis mesti memahami sesuatu isu dari berbagai perspekstif sebelum mengambil pendirian mereka sendiri dan bukannya mengikut arahan orang lain.

"Kemunculan kartunis-kartunis pelacur ini telah menjatuhkan martabat seni budaya dan merendahkan kemampuan berfikir orang Malaysia," tegasnya yang cukup dikenali sebagai kartunis politik di dalam dan luar negara.

Justeru itu, Zunar mengingatkan para kartunis supaya lebih bertanggungjawab terhadap karya mereka.

"Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan bagi kartunis untuk menyokong agenda mana-mana parti politik dalam kartun mereka, asalkan mereka bertanggungjawab terhadap kandungannya.

"Sesuatu karya yang bertanggungjawab mesti mempunyai tanda tangan pelukis. Nama pena sekiranya hendak digunakan mestilah mempunyai hubung-kait dengan kartunis dan bukan bertujuan mengelirukan identiti pelukis," tegas beliau.

Izzah buat laporan polis, gesa komik lucah disiasat

Posted: 29 Mar 2011 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis berhubung pengedaran komik lucah yang mengandungi imej watak yang menyerupai Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komik setebal 16 muka surat yang bertajuk 'Kisah Juara Raja Lawak' itu, disebar kepada pengundi sekitar Lembah Pantai, melalui sebuah pejabat pos di Shah Alam.

Menurut Izzah, tindakan mengedar komik berniat jahat tersebut merupakan satu lagi kempen untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan juga imej seluruh Pakatan Rakyat.

"Saya menggesa PDRM untuk menyiasat aduan ini dengan pantas, adil, dan secara menyeluruh dan memastikan mereka yang bertanggungjawab bermain politik lucah sebegini dibawa ke muka pengadilan.

"Kegagalan untuk berbuat sedemikian menunjukkan kerajaan persekutuan yang dipimpin BN bersekongkol khususnya berkait dengan video lucah yang dimainkan dengan hebatnya oleh media arus perdana," ujar beliau dalam satu kenyataan media selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Izzah berkata, pengedaran bahan lucah berkenaan adalah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun, atau dikenakan denda, atau kedua-duanya.

Mereka yang terbabit juga boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah memfitnah.

Dalam pada itu, Izzah turut menggesa pihak polis supaya menyiasat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar di antara 9 Julai 199 hingga 20 Ogos 1999, berkenaan salah guna kuasa yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad, peguam negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Salahgunakuasa itu termasuk cubaan menutup isu rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, yang juga dalang dalam rakaman video lucah palsu yang mengaitkan Anwar baru-baru ini.

Operasi kesan alat pengintipan di pejabat MB

Posted: 29 Mar 2011 04:00 AM PDT

SHAH ALAM, 29 Mac – Kerajaan Selangor melantik sebuah firma perunding keselamatan untuk mengesan alat perakam rahsia di pejabat menteri besar bagi menghalang kegiatan pengintipan dilakukan di premis berkenaan.

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, firma Akhbar Associates itu akan menjalankan operasi itu secara rawak ke atas pejabat berkenaan.

Turut terlibat dalam operasi itu ialah pejabat anggota exco kerajaan negeri yang juga terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, katanya.

Operasi itu dijalankan bagi mengesan alat perakam, kamera video dan alat-alat pengintipan, katanya ketika menjawab satu soalan daripada Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) dalam sidang DUN negeri itu hari ini.

Dalam pada itu, Khalid turut menjelaskan bahawa siasatan masih berjalan ekoran penemuan sebuah kamera perakam video di pejabatnya Ogos lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati bekalan kuasa bagi kamera tersebut telah dibeli dari sebuah kedai di Subang manakala kamera itu sendiri dikeluarkan di Kulim High-Tech Park oleh sebuah syarikat tempatan.

SPR letak ‘hantu’ di rumah ibu saya – Azmin

Posted: 29 Mar 2011 03:30 AM PDT

SHAH ALAM: Jika daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diguna pakai, rumah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ada 'hantu'.

Bercakap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata terlalu banyak pengundi hantu muncul dan bilangannya bukan satu tetapi lapan karakter.

"Kalau ikut istilah pengundi hantu sebenarnya orang yang mati dihidupkan semula tetapi yang berlaku kini melibatkan penambahan pengundi dan pengalihan nama-nama pendafar.

"Contohnya, rumah ibu saya didafarkan seramai lapan orang dengan kaum Cina dan India sedangkan ibu saya tinggal seorang diri dan saya tidak mempunyai adik beradik kaum lain," katanya yang menyifatkan SPR sebagai kuda tunggangan Umno.

Pendedahan itu menunjukkan daftar pemilih atau pengundi SPR tidak bersih hingga menimbulkan banyak keraguan besar walaupun pimpinan Umno kerap menyebelahi SPR yang didakwa mereka sebagai 'telus' dan 'cekap'.

Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pengundi hantu yang diwujudkan Umno pasti akan mengundi parti pemerintah itu untuk dijadikan sebagai taktik kemenangan pilihan raya akan datang.

"Ikut tradisi, pengundi hantu akan undi Umno, kerana hati mereka juga mati. Mereka akan memberikan kemenangan kepada Umno," katanya.

Azmin juga menyarankan kerajaan negeri supaya melakukan pemantauan terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana beliau mendapat maklumat jabatan itu menjalankan 'kerja kotor' selepas waktu kerja.

"Kerajaan negeri perlu pantau JPN kerana mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing yang dilakukan selepas waktu kerja.

"Perkara itu berlaku di Sepang yang didakwa lebih 200 orang diberi kad pengenalan kerana sedar rakyat negara ini tidak memberi sokongan dan terpaksa bergantung kepada warga asing," katanya.

Enggan lulus Pakatan Rakyat, ROS ikut telunjuk Umno

Posted: 29 Mar 2011 03:00 AM PDT

SHAH ALAM: Sikap pilih kasih Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak meluluskan penubuhan Pakatan Rakyat tetapi memberi layanan istimewa kepada parti Kesejahteran Insan Tanah Air (Kita) sedangkan proses permohonan kedua-duanya datang dari individu sama – Datuk Zaid Ibrahim, dipersoal.

Mencelah pada sidang Dewan Negeri Undangan (DUN) Selangor, Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata permohonan menubuhkan Pakatan Rakyat dihantar dua tahun dulu tapi tidak diluluskan ROS sehingga kini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Gombak, sebaliknya berkata ROS meluluskan permohonan parti Kesejahteran Insan Tanah Air (Kita) hanya dalam masa seminggu.

"Parti Kita, hantar seminggu terus lulus. Tapi kami(Pakatan Rakyat) sudah dua tahun hantar, sehingga sekarang masih tidak diluluskan lagi. ROS tidak berlaku adil dalam meluluskan permohonan itu kerana mengikut telunjuk Umno.

"Sepatutnya Sungai Pelek jangan tanya kami. Tanya kerajaan kerana asal melibatkan Pakatan, semuanya tidak dilayan," katanya ketika membidas Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) yang mengeluarkan kenyataan Pakatan Rakyat tidak sah daripada segi undang-undang.

Ee Wah berbuat demikian ketika mencelah perbahasan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang membahas prestasi Selangor lantaran menunjukkan prestasi mengkagumkan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri ini.

Untuk rekod, proses permohonan penubuhan Pakatan Rakyat dijalankan Zaid atas kapasiti Penyelaras Pakatan Rakyat bersama beberapa pemimpin parti gabungan, ketika beliau masih dalam KEADILAN. Selepas keluar parti, Zaid kemudian menubuhkan parti Kita.

Terkini! Ketua Wira Perkasa Akhirnya 'Rebah'!

Posted: 29 Mar 2011 02:21 AM PDT

Arman sahkan letak jawatan Ketua Wira Perkasa, serta-merta

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah mengesahkan beliau meletakkan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun beliau yang merupakan ahli seumur hidup akan kekal dalam Perkasa.

Video seks palsu: Nazri Aziz cuba lindungi saspek penjenayah- Shamsul Iskandar

Posted: 29 Mar 2011 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mendakwa dalang rakaman video seks palsu, trio 'Datuk T' boleh dilindungi undang-undang, adalah satu percubaan untuk melindungi saspek penjenayah.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas kenyataan Nazri semalam bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

"Dari segi undang-undang, kenyataan Nazri jelas merupakan satu percubaan untuk melindungi penjenayah dan saspek penjenayah. Ini menunjukkan dia tidak faham undang-undang," ujar Shamsul ketika dihubungi Keadilan Daily.com.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang sedia ada, pihak berkenaan yang mendedahkan rakaman video palsu itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, yang membawa hukuman denda dan penjara.

"Kenyataan Nazri Aziz bersifat politik dan mengarut. Dari awal lagi kita menganggap isu ini adalah perancangan politik, satu rekayasa politik yang membabitkan ahli politik. Dalangnya ialah Rahim Tamby Chik.

"Ia membabitkan penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Megeri, Hishamuddin Hussien. Mereka adalah individu yang paling awal menafikan penglibatan pihak polis dalam hal ini, walaupun pada masa itu tidak ada serangan terhadap pihak polis yang mendakwa mereka terlibat," ujarnya.

Menurut beliau lagi, Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat hanya sesuai digunakan kepada individu yang memberikan maklumat secara rahsia dan sulit kepada pihak berkuasa, berbeda dalam kes berkenaan.

"Akta ini digunapakai bagi melindungi pemberi maklumat secara rahsia, bukan mereka yang mendedahkan video seks kepada umum, malah mengajak orang (wartawan) menonton video seks berkenaan," ujarnya.

Justeru itu katanya, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya bertindak secara profesional mengikut lunas undang-undang bagi mendakwa pihak terbabit tanpa mempedulikan sebarang tekanan politik.

"Kita tidak akan berhenti membuat laporan polis kerana ia (isu video seks) memberikan kesan yang cukup negatif kepada rakyat," ujarnya.

Video: Ribuan Hadir Solat Hajat & Pidato Khas 28/03/2011

Posted: 29 Mar 2011 01:00 AM PDT



UMNO lemas kerana RTC & Umi?

Posted: 29 Mar 2011 12:00 AM PDT

Apabila PRU 13 hampir tiba, rakyat disogokkan dengan isu-isu sensasi yang tidak ada kena mengena langsung dengan kehidupan rakyat sehari harian, Isu liwat, Video lucah, Akta hasutan, pendedehan isu peribadi dan yang remeh temeh terus dijaja oleh Media massa yang pro UMNO/BN.

Isu sebenar yang berkait rapat dengan rakyat tidak cuba diusahakan oleh pemuja-pemuja pemimpin Kerajaan BN untuk diketenagahkan, seperti isu kenaikan harga makanan seharian, seperti beras, minyak masak, gandum dan gula, begitu juga keperitan rakyat yang pendapatan kais pagi makan pagi yang terpaksa membayar denda saman ekor ratusan ringgit.

Para isteri-isteri, kerani, pemandu teksi, guru-guru dan kakitangan awam biasa terus merunggut apabila pulang dari pasar setelah membeli barang keperluan harian, yang mana dulu satu bangkul penuh tidak sampai rm500 belanja tapi kini harga rm500 itu hanya separuh bakul saja barang yang dapat.

Keperitan ini tidak dirasai oleh Menteri atau pun Ketua Bahagian UMNO, tidak dirasai oleh bloggers yang berdamping rapat dengan pemimpin UMNO tapi teramat perit dirasa oleh ahli-ahli UMNO biasa yang berada dikampung-kampung yang kerja sendiri, jual sayur, jual kopi, tanam padi berpawah dan bergatih teksi. Kehidupan mereka sekarang sudah dihimpit penderitaan. Betul mereka tidak termasuk dalam golongan miskin tegar tapi keupayaan mereka untuk meredah kemelut kemiskinan sudah amat terasa.

Macam-maca slogan telah dihebohkan oleh kerajaan untuk memberi peluang perniagaan kepada golongan yang berpendapatan rendah, Kini sebuah agensi kerajaan iaitu SME Corp. telah war-warkan bahawa ada rancanagan untuk memberi peluang kepada satu keluarga satu usahawan. Tajuk projek itu pun telah mengelirukan, apatah lagi dalam perlaksanaanya. Betulkah SME itu boleh tolong peniaga terutamanya peniaga melayu bumiputra semuanya, atau hanya tolong dikalangan mereka yang jadi kenalan rapat saja.

Mujur negara ini ada parti pembangkang, dapatlah bersuara bagi menegur kerajaan supaya lebih berlaku adil kepada rakyat walaupun semua teguran yang dihebahkan oleh parti pembangkang kepada rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan tapi sekurang-kurangnya rakyat tahu akan kecacatan yang berlaku dalam kerajaaan.

Tun Daim Zainuddin orang yang terkaya dan berpengaruh pun mahu supaya di negara kita ini ada parti pembangkang supaya boleh 'check and balance' dan supaya rakyat dapat maklumat yang tepat apa yang sedang berlaku dalam kerajaan, seperti pemimpin rasuah dan menyalah guna kuasa yang mana sekarang ini sedang berlaku.

Apabila rakyat terbanyak tahu dan sedar bahawa kerajaan hari ini terdedah dengan rasuah dan salahguna kuasa, maka rakyat boleh buat pertimbangan apabila sampai masanya kuasa rakyat yang menjadi penentu parti mana yang harus diberi tanggongjawab untuk memerintah negara.

Pilihanraya kecil yang telah berlangsung sebanyak 16 kali lalu itu dimana 8 kali berpihak kepada kepada Pakatan Rakyat (PR) dan 8 kali berpihak kepada BN tidak boleh dijadikan ukuran sebagai model kekuatan sesautu parti, Itu disebabkan rakyat tidak memilih sebagai wadah perjuangan yang total tapi menjurus kepada malu mata dan tak mahu disalah anggap.

PRU 13 nanti lain jadinya, Kemunculan Umi Halfida, Rahim Tamby Chik (RTC) dan beberapa orang politik yang secara terang menyerang Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim telah memberi kematangan kepada rakyat untuk menilai bagi membuat keputusan muktamad dalam memberi undi nanti. Mampukah BN mempertahankan kerajaan atau PUTRAJAYA akan bertukar tangan.

http://newkk.blogspot.com/2011/03/umno-lemas-kerana-rtc-umi.html

Umno Laknat! Dulu Hina TG Nik Aziz Bagi Duit Zakat, Geng Laknat Umno Kata TG Bagi Rasuah. Sekarang?

Posted: 28 Mar 2011 11:02 PM PDT

Nazri: Pemberian bantuan ketika pilihan raya bukan rasuah

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)... sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.

Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Nazri berkata sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu. — Bernama

Qatar iktiraf majlis pemberontak Libya

Posted: 28 Mar 2011 09:00 PM PDT

DOHA - Qatar semalam menjadi negara kedua selepas Perancis mengiktiraf majlis pemberontak Libya sebagai wakil tunggal yang sah negara itu sehari setelah majlis tersebut mengumumkan satu kontrak minyak dengan Doha dimeterai.

Majlis Peralihan Kerajaan Sementara Kebangsaan (PTNC) mendakwa mewakili Libya dan rakyatnya selain mengumpulkan wakil-wakil dari seluruh negara itu yang diterima oleh rakyat.

Majlis itu disertai oleh 31 orang yang mewakili bandar-bandar utama di negara Afrika Utara itu.

Majlis itu sudah menandatangani satu kontrak dengan Qatar untuk memasarkan minyak mentah dan menjangkakan pengeksportan minyak akan dilakukan dalam tempoh kurang seminggu, jelas wakil pemberontak, Ali Tarhoni yang bertanggungjawab berhubung isu ekonomi, kewangan dan minyak.

"Kami menghubungi syarikat minyak Qatar dan mereka bersetuju untuk mengambil semua minyak yang dieksport dan memasarkan komoditi tersebut bagi pihak kami," kata Ali. - AFP

Video Seks: Hukum siapa yang bersalah

Posted: 28 Mar 2011 08:30 PM PDT

Oleh Ahmad Baei Jaafar

Sekali lagi kita dikejutkan dengan isu seks membabitkan pemimpin pembangkang negera ini. Dalam teka meneka siapa pemimpin yang dimaksudkan dalam video yang dimaksudkan, tiba-tiba secara berani Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan.

Pada mulanya isu ini dianggap perkara biasa kerana itulah lazim yang akan terjadi menjelang pilihan raya. Apatah lagi pilihan raya negeri Sarawak ini agak menggugat BN. Jadi, imej pembangkang perlu dirosakkan demi mencapai kemenangan BN. Tetapi apabila pendedahan ini melibatkan orang yang ada kepentingan tertentu dengan pemimpin pembangkang itu, isu ini boleh menjadi sebaliknya dan merosakkan nama BN pula.

Dalam artikel ini bukan saya hendak membela satu pihak dan mengutuk satu pihak yang lain, tetapi ingin menjelaskan beberapa pendekatan Islam. Semoga selepas ini umat Islam tidak terikut-ikut dengan budaya syaitan dan kafir.

Drama dalam video yang dimaksudkan itu kalaupun betul watak yang digambarkan adalah pelakon yang dimaksudkan, kita perlu merujuk kepada pendekatan Islam iaitu; Siapa yang mengambil rakaman itu? Bila diambil rakaman itu? Adakah pelakon itu tahu drama itu sedang dirakam atau tidak? Kenapa disebarkan video itu?

Kita andaikan jawapannya begini:

Si A yang mengambil rakaman itu.
Diambil rakaman itu pada tahun 2000
Pelakon itu tahu dirakam
Disebarkan untuk tujuan bisnes

Kalau itulah jawapannya, maka Si A, pelakon, penyebar telah melakukan kerja dosa dan hasil pendapatan adalah haram.

Tetapi kalau jawapannya untuk soalan akhir adalah untuk mendedahkan keburukan pelakon itu, maka Si A dan penyebar melakukan dua dosa. Pertama dosa mengambil dan kedua dosa berniat jahat. Manakala pelakon hanya berdosa kerana membiarkan perbuatannya dirakam.

Walau bagaimanapun kalau penyebaran itu dilakukan 10 tahun kemudian atau tujuan memburukkan pelakon itu, sedangkan pelakon itu sudah bertaubat atas dosanya, maka pelakon itu tidak lagi berdosa. Manakala yang lain tetap kekal dalam keadaan dosa itu.

Jika soalan adakah pelakon itu menyedari mereka dirakam, maka jawapannya, tidak sedar adegan mereka dirakam, mereka tetap juga berdosa tetapi berdosa dengan Allah, sedangkan Si A melakukan dosa kepada Allah dan pelakon itu.

Hukum ini adalah jelas dan semua pihak perlu faham bahawa seseorang yang berdosa kepada Allah boleh diampunkan apabila mereka bertaubat. Tetapi mereka yang bersalah dengan Allah dan manusia, keampunan tidak akan terjadi selagi dosa itu tidak diampunkan oleh manusia.

Berbalik kepada isu video di atas, kita tidak tahu status video itu yang sebenar kerana tidak diberi peluang untuk menontonnya. Kalaulah jawapan soalan di atas diajukan kepada mereka dan dijawab seperti yang tertera maka itulah hukum yang harus mereka faham.

Tetapi kalau video itu terdapat suntingan yang memasukkan gambar orang lain bagi tujuan jahat, dosa mereka sudah tentu lebih besar lagi. Oleh sebab itu, tokoh di atas perlu dihukum dengan yang selayaknya. Kalau undang-undang Jenayah tidak boleh sabitkan mereka, eloklah semua umat Islam memulaukan mereka.

Kos perangdi Libya akan mencecah RM3.02b

Posted: 28 Mar 2011 08:00 PM PDT

RICHMOND - Kos serangan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai serangan ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akan mencecah AS$1 bilion (RM3.02 bilion) walaupun konflik itu disifatkan bukan satu kepentingan kepada negara kuasa besar tersebut.

Wang itu digunakan untuk memusnahkan kemudahan pertahanan udara Gaddafi selain mengebom kereta kebal dan menguatkuasakan zon larangan terbang yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Para pemimpin menjangka berdepan tugas sukar untuk meyakinkan Kongres AS bagi memperoleh dana tambahan.

"Ada yang menyatakan kos hanya ratusan juta dolar. Namun, siapa tahu berapa lama perang ini akan berterusan," jelas Senator AS, Richard Lugar dalam program Meet The Press terbitan stesen televisyen NBC pada Ahad lalu.

Kos operasi di Libya dijangka meningkat dengan pantas. Misalnya, kos peluru berpandu Tomahawk yang dilancarkan dari kapal dan kapal selam berharga sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.02juta) setiap satu.

Jet pejuang F-15 Eagle milik AS yang terhempas pada minggu dilaporkan berharga AS$30 juta (RM90.82 juta).- Agensi

Pemberontak mara ke bandar kelahiran Gaddafi

Posted: 28 Mar 2011 07:00 PM PDT

BIN JAWAD, Libya - Anggota-anggota pemberontak yang mara untuk menawan bandar kelahiran Muammar Gaddafi, Sirte semalam melepaskan tembakan mortar semasa bertempur dengan tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Para pemberontak itu menaiki sejumlah trak yang dilengkapi mesingan berkuasa tinggi.

Kumpulan itu diserang hendap tentera Gaddafi menyebabkan mereka berundur buat seketika.

Bagaimanapun, anggota-anggota tersebut membentuk semula kumpulan bagi menuju ke bandar Sirte.

"Kami berjuang menentang tentera Gaddafi. Kami mara satu hingga dua kilometer pada satu-satu masa," kata seorang anggota pemberontak, Khalif Ali, 22, di bandar Harawah.

Bagaimanapun, kemaraan pantas tentera pemberontak sejak Sabtu lepas dibimbangi akan menyebabkan mereka berdepan masalah bekalan yang tidak mencukupi.

"Kami berdepan masalah kekurangan petrol yang serius," kata seorang pejuang yang menunggu untuk mengisi minyak di bandar petroleum Ras Lanuf.

Terdahulu, stesen televisyen Al Jazeera melaporkan, pihak pemberontak menawan bandar Nawfaliyah, 20 kilometer dari sini, daripada tentera yang setia kepada Gaddafi.

Perkembangan itu menunjukkan pihak pemberontak kini berada 120 kilometer dari bandar kelahiran pemimpin Libya itu.

Seorang wartawan agensi berita Reuters, Michael Georgy melaporkan setakat semalam, situasi Sirte aman tanpa tanda-tanda berlakunya pertempuran.

Sebagai bandar kelahiran Gaddafi dan pangkalan tentera, Sirte yang terletak di antara kubu pemberontak di bandar Bengazhi dan ibu kota Libya, Tripoli, mempunyai nilai strategik serta simbolik kepada kedua-dua belah pihak.

Sekiranya bandar itu jatuh ke tangan pemberontak, mereka mendapat kemenangan psikologi yang akan memudahkan laluan mereka untuk menawan Tripoli.

Dalam perkembangan berkaitan, Rusia mengkritik serangan udara Barat yang telah mengubah arus konflik di Libya.

Rusia menyatakan, serangan-serangan udara itu menandakan Barat berpihak kepada pemberontak dalam perang saudara di Libya sekali gus melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebelum ini, PBB meluluskan serangan udara bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya bertujuan untuk melindungi orang awam daripada menjadi mangsa jet-jet pejuang Gaddafi.

Sementara itu, menjelang rundingan 35 buah negara di London hari ini, Itali mengusulkan satu penyelesaian politik bagi menamatkan krisis di Libya.

Cadangan itu antara lain melibatkan satu gencatan senjata segera, suaka politik kepada Gaddafi dan dialog antara pemberontak dengan ketua-ketua suku kaum di Libya.

Krisis di Libya bermula pada 15 Februari lalu apabila rakyat bangkit menentang Gaddafi bagi menuntut pembaharuan ke arah demokrasi.

Gaddafi memerintah negara itu sejak 1969 selepas melakukan rampasan kuasa ke atas Raja Idris yang ketika itu berada di luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan.- Agensi

Bayaran saman ekor boleh dipulang?

Posted: 28 Mar 2011 06:30 PM PDT

Oleh Haji Abdul Subky Latif

Alangkah sengsaranya orang yang dikenakan saman ekor untuk menjelaskan beban yang dikenakan kepada pada hari akhir ia perlu dijelaskan bagi mendapatkan kemudahan separuh denda.

Setiap satu saman dikenakan denda RM300. bagi menunjukkan kerajaan bermurah hati maka diberi tawaran membayar separuh denda saja sehingga minit terakhir bulan Februari 2011.


Saman yang perlu diselesaikan itu bukan sekadar memandu lebih dari had laju yang ditetapkan tetapi melibatkan berbagai kesalahan lalulintas termasuk saman tidak menjelaskan pakir kereta di majlis bandaran tertentu. Ada yang tertonggak lebih seuluh tahun lalu.

Ada orang yang terlibat dalam berbelas saman. Jika ia tidak dijelaskan pada hari 28 Febuari lalu, maka mereka tidak boleh membaharui cukai jalan. Mahu tidak mahu, baik senang atau susah, ia terpaksa dibayar.

Sekalian yang menyerbu pusat membayar saman dua tiga hari sebelum tamat tempoh bayaran saman separuh itu terasa perit dan amat payahnya bagi menjelaskan beban itu. Ia tidaklah seperit yang dialami oleh pelarian warga asing dari Libya untuk mendapat perlindungan di sempadan Tunisia, tetapi ia ada satu ujian kesabaran.

Manusia seluruhnya yang tidak sunyi dari dosa akan teruji dan sengsara yang tidak terkira menunggu waktu diadili di hari mahsyar sehinggalah datang Rasulullah memberi syafaat. Apa yang dihadapi di pusat membayar saman tiada apa-apa dibandingkan dengan deraan di alam mahsyar, tetapi ia adalah satu deraan dari kerajaan untuk rakyatnya.

Manusia tiada hak untuk membantah pehit di hari mahsyar. Tetapi rakyat ada asas dan hak untuk membantah dera saman ekor itu, tetapi mereka tidak diberi hak sama dengan tiadanya hak membantah di hari mahsyar.

Pakatan Rakyat menyokong jawatankuasa yang ditubuhkan PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Mahfuz Omar membantah saman ekor itu berdasar ada saman seperti itu telah ditolak oleh mahkamah, dan orang yang disaman belum tentu bersalah selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tuntutan jawatankuasa Mahfuz itu supaya semua saman itu dibatalkan, setiap yang mohon membaharui cukai jalan dibenarkan.

Mahfuz membuat anjuran yang menasabah supaya mangsa saman tidak menjelaskan saman itu. Tetapi masalah akan bertambah payah kiranya saman itu tidak dijelaskan kerana cukai jalan tidak dapat dibaharui. Memandu tanpa cukai memandu menjadi satu kesalahan lagi.

JPJ dan kerajaan menyumbat telinga tidak mendengar bantahan dari mangsa menahan jerat di tempat genting. Bantahan itu ada asasnya.

Maka Presiden PAS membuat tawaran kepada pemilik kenderaan, kiranya Pakatan dapat menguasai Putrajaya, maka saman ekor akan dimansuhkan. Saman separuh itu dilanturkan hingga 10 Mac. Lepas itu saman ekor masih berterusan. Dendanya tetap RM300 atas satu saman.

Jika Pakatan berkuasa saman ekor tidak ada lagi. Tetapi rakyat tetap menanggung beban deraan kerajaan BN itu hingga hari PRU 13. Berjuta-juta duit rakyat disapu oleh kerajaan.

Tindakan kerajaan itu sama seperti anak-anak raja zaman dulu, apabila mereka tidak ada duit, maka mereka mengadakan sekatan di jalan lalu lintas, mengenakan cukai bagi yang melaluinya. Itulah yang diperi bahasakan menahan jepat di tempat genting atau menahan lokah di pergentingan.

Pakatan telah membuat polisi akan membatalkan saman ekor. Tetapi bagaimana dengan berjuta ringgit yang telah disapu oleh kerajaan menjelang hari ujian 28 Februari lalu dan hari-hari selepas itu hingga PRU 13?

Bagaimana dengan korban yang ditanggung fakyat itu?

Tidak berbangkit Pakatan mempolitikkan isu itu. Apa yang Pakatan buat ia satu tawaran membela rakyat dari penindasan menahan jerat di tempat genting. Ia cara mudah bagi kerajaan mendapatkan duit dari poket rakyat.

Rakyat tiada pilihan terpaksa menjelaskan beban dan deraan itu bagi membolehkan membaharui cukai jalan hingga hari PRU 13 nanti. Sama ada mereka ada duit atau tidak mereka terpaksa membayar saman ekor jika mahu motokar bergerak.

Tidak menabah mngajar orang ke jalan raya seperti di Mesir dan di Libya atas kezaliman saman ekor itu. Apa yang Pakatan boleh buat bagi membela rakyat yang diperas ugut itu mendapatkan wangnya semula?

Bagaiman kalau Pakatan menjadikan ia sebagai satu polisi yang berjalan serta merta? Orang yang disaman terpaksa bergada bergolok menyelesaikan saman itu. Amat malang kalau mencari bantuan Along bagi memenuhi beban itu.

Apa kata kalau Pakatan berjanji kiranya ia berjaya mengambil Putrajaya, maka segala denda itu akan dipulangkan, sama ada saman itu dipulangkan melalui tuntutan dengan menunjukkan resit saman itu atau diselesaikan dengan cara dijadikan bayaran cukai jalan apabila membaharui cukai jalan kelak.

Orang yang membayar saman mestilah menyimpan resit bayaran saman supaya dikembarkan ketika membuat tuntutan nanti. Pastikan resit itu jangan dibuang.

Ia adalah satu cadangan yang munasabah kepada Pakatan Rakyat. Ia adalah satu sikap yang selari dengan dasar yang dikemukakan oleh Mahfuz yang minta supaya saman itu dibatalkan atau mangsa tidak menjelaskannya.

Ia juga selari dengan dasar yang dibuat oleh Tok Guru Haji Abdul Hadi bahawa saman ekor akan dibatalkan bila Putrajaya dikuasai Pakatan. Cuma tawaran itu boleh buat lebih awal, semua denda saman ekor yang dijelaskan akan dipulangkan semula apabila rakyat memberi mandat untuk mentadbir Putrajaya.

Ia boleh dimasukkan dalam Buku Jingga.

Air radioaktif tinggi bocor

Posted: 28 Mar 2011 06:00 PM PDT

TOKYO - Air beradioaktif tinggi didapati bocor dari sebuah reaktor di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi, timur laut Jepun.

Pengumuman itu dibuat Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) yang mengendalikan loji jana kuasa yang membekalkan tenaga elektrik itu semalam ketika pertubuhan alam sekitar, Greenpeace memberitahu, ia mengesan kadar radiasi tinggi di luar zon perpindahan dekat kawasan loji.

Menurut TEPCO, radiasi berbahaya kepada manusia melebihi bacaan 1,000 milisievert sejam ditemui di dalam air di dalam beberapa terowong bawah tanah yang digunakan untuk mengalirkan air keluar dari reaktor nuklear.

Jumlah radiasi itu, kata pakar-pakar boleh menyebabkan pendarahan dalam badan manusia.

Sebelum ini, pekerja-pekerja kecemasan menyembur reaktor-reaktor nuklear Fukushima Daiichi untuk menyejukkan ia dengan menggunakan beribu-ribu tan air laut yang dipam dari sejumlah jentera bomba dan trak.

Beberapa pegawai TEPCO berkata, terowong-terowong bawah tanah itu tidak bersambung ke laut tetapi terdapat kemungkinan air tercemar radiasi itu diserap ke dalam tanah.

Pencemaran itu berlaku akibat sebahagian batang-batang bahan api nuklear di salah sebuah reaktor nuklear itu mencair selepas sistem penyejukan loji berkenaan rosak.

Sistem penyejukan loji Fukushima Daiichi yang terletak 240 kilometer ke utara kota ini, rosak dalam kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu.

Setakat ini, angka rasmi menunjukkan lebih 27,000 orang mati dan hilang di bahagian timur laut Jepun, kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.

Sementara itu, Greenpeace menyatakan, pakar-pakarnya mengesahkan bawah kadar radiasi hingga 10 mikrosievert sejam dikesan di sebuah kampung yang terletak 40 kilometer ke barat daya loji Fukushima Daiichi, iaitu melangkaui zon perpindahan dalam lingkungan 20 kilometer.

"Adalah tidak selamat untuk orang ramai tinggal di Iitate (kampung tersebut) terutamanya wanita hamil dan kanak-kanak kerana kampung ini menerima radiasi menyamai setahun dalam masa beberapa hari sahaja," kata Greenpeace dalam satu kenyataannya.

Para pekerja kini berusaha untuk membasmi ratusan tan air yang tercemar dari beberapa buah bangunan di loji jana kuasa itu. - Agensi

Tiada ulasan: