Kerabu Bersuara ® |
- Video: Rakaman Pendedahan Datuk Johari Abdul Berhubung Dalang Disebalik Video Lucah
- Kerajaan Selangor Kutuk Video Fitnah Terhadap Anwar Ibrahim
- Video Seks: Jangan Kaitkan Dengan Umno? HaHaHa..
- Datuk T: MP Johari minta ‘wang pelincir’ selepas tonton video seks
- Kesian! Isu Video Seks: Blogger Dan Penjilat Bontot Umno Semakin Bingung!
- Akhirnya Rahim Thamby Akui Datuk Shazryl Eskay adalah lelaki misteri “Datuk T”
- Gambar: Pelajar Cemerlang SPM 2010, Mahaad Muhamadi Perempuan Kota Bahru, Nik Aisyah Najwa, mendapat 11 A, 10 A+
- Isu Baju Artis Nampak Buah Dada: Jangan Judge Saya Hanya Dari Pakaian Saya Semata-mata Tetapi Kenal Hati Budi Saya Dahulu Sebelum Mengkritik
- Terkini! Mufti Perak Sedia Berjumpa Dengan TG Nik Aziz
- Selamat Datang Datuk Shazryl Eskay Dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
- Panas! Berapi! Kenyataan Media Yb Johari Berkaitan Pendedahan Rahim Tamby Chik!
- Klip video seks: Antara paksa, pujuk dan musnahkan keyakinan
- Video lucah: Strategi Pakatan untuk bersihkan nama Anwar?
- Kedudukan Raja-Raja dan tuduhan derhaka
- Kecewa restoran dirompak lebih awal
- Ancaman radioaktif belum reda
- ‘Ambil balik anugerah Nobel daripada Obama’
- Simbah kuah kari, sup padam kebakaran
- Kereta jadi padang golf mini
- Warga Tripoli mula kecam Gaddafi
- Kandungan radioaktif dalam laut
- Jet AS terhempas di Libya
- Identiti Datuk T cetus tanda tanya
- Isa sebagai Pengerusi Felda terus dipertikai
Video: Rakaman Pendedahan Datuk Johari Abdul Berhubung Dalang Disebalik Video Lucah Posted: 23 Mar 2011 08:15 AM PDT |
Kerajaan Selangor Kutuk Video Fitnah Terhadap Anwar Ibrahim Posted: 23 Mar 2011 08:00 AM PDT SHAH ALAM 23 Mac - Penyebaran rakaman video lucah yang memfitnah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat memalukan dan menjatuhkan maruah umat Islam dan orang Melayu, tegas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini hari ini. "Hari ini tiga orang telah mengaku menyimpan, menonton dan mempertontonkan video lucah ini yang menunjukkan betapa rendah moral pemimpin yang mengakui mereka mewakili orang Islam Melayu di Malaysia," katanya. Tegas Khalid, perbuatan ini bukan saja menyalahi etika, malah ia turut bercanggah dengan ajaran mana-mana agama yang menekankan keadilan, keamanan dan kebaikan. Jelas beliau, perbuatan ini adalah untuk meraih sokongan orang Melayu dengan cara yang amat memalukan serta menjijikkan. "Tetapi saya amat yakin, orang Melayu Islam adalah lebih bijak dan tidak mudah disogok dengan fitnah seperti ini," tegas Tan Sri Khalid. Justeru Tan Sri Khalid berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk mengambil tindakan terhadap tiga individu yang telah mengaku memiliki, menonton dan mempertontonkan rakaman video lucah tersebut. Hari ini dilaporkan bahawa Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengaku beliau adalah dalang di sebalik penyebaran video lucah yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut sama dikaitkan dengan trio 'Datuk T' itu adalah Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa merangkap bekas Senator Dewan Negara, Shuib Lazim. |
Video Seks: Jangan Kaitkan Dengan Umno? HaHaHa.. Posted: 23 Mar 2011 07:32 AM PDT Video seks: Jangan kaitkan pengakuan tiga 'Datuk T' dengan Umno Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 23 Mac — Pemimpin-pemimpin Umno menjauhkan diri mereka selepas Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama dua yang lain mendakwa mereka adalah "Datuk T" — bertanggungjawab atas pendedahan rakaman video seks, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur. "Kami parti dengan tiga juta orang ahli, jika seorang atau dua menggunakan hak mereka untuk memawa perkara ini, tiada apa yang kami boleh lakukan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini. "Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini)," kata Ahli Parlimen Padang Rengas. Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan. "Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini. Beliau juga meminta ketiga-tiga lelaki berkenaan agar membuat aduan polis agar siasatan boleh dijalankan mengikut undang-undang negara. Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini. Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas. Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim Thamby di sebuah hotel di sini petang ini. Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu. Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang. Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Shuib telah menjelaskan kepadanya bahawa beliau hanya dijemput oleh Abdul Rahim dan bertindak atas kemahuan sendiri. "Jika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis eksekutif akan datang, maka kami akan membincangkan. Sebenarnya beliau ada tanya pada saya banyak kali mahu meletakkan jawatan sebagai bendahari (Perkasa),' kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini ketika ditanya sama ada Perkasa akan mengambil tindakan ke atas Shuib. Ibrahim menambah untuk berlaku adil kepada Shuib dan Anwar, perkara itu harus disiasat oleh suruhanjaya diraja. "Anwar telah dituduh tetapi belum ada bukti lagi. Tetapi jika Shuib dan yang lain mendakwa benar, maka mereka harus dihargai kerana mendedahkan kebenaran," katanya lagi. |
Datuk T: MP Johari minta ‘wang pelincir’ selepas tonton video seks Posted: 23 Mar 2011 07:27 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 23 Mac — Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendedahkan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul meminta "wang pelincir" RM100,000 sebagai pendahuluan selepas menonton rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatam Rakyat (PR). Selain itu, jelas Rahim, Johari juga meminta RM1 juta bagi setiap wakil rakyat dari PKR untuk menonton video seks itu, namun ditolak. "Kami ada tayangkan video seks itu kepada Johari dan beliau mengatakan lelaki dalam video itu adalah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan minta RM100,000 sebagai pelincir. "Kemudian beliau minta lagi RM1 juta bagi satu kepala wakil rakyat dari PKR yang beliau bawa, antara enam hingga tujuh orang," katanya. Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini. Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara dua hari lepas. Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim di sebuah hotel di sini petang ini. Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu. Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang. Pada sidang media yang diadakan itu, Rahim berkata bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan. "Selepas menonton video itu, Johari mengesahkan bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar," katanya. Turut hadir Shazryl namun Shuib tidak hadir. Bagaimanapun Johari pada sidang media yang diadakan tengah hari tadi mendakwa Rahim dan Shazryl cuba memujuk beliau dan ahli-ahli Parlimen PKR yang lain agar keluar dari parti itu selepas menonton rakaman itu. Lelaki dalam video tersebut didakwa sebagai Anwar, tetapi Ketua Pembangkang itu telah pun menafikan dan membuat laporan polis semalam. Wakil rakyat PKR itu berkata, beliau dibawa oleh seorang pak cik ke Hotel Flamingo dekat Ampang petang kelmarin. Di Hotel Flamingo, Johari berkata, beliau dibawa ke sebuah bilik di mana bertemu dengan Shazryl dan Rahim. Selepas menonton rakaman itu, katanya, beliau telah diminta oleh Rahim agar mengaturkan sesi tontonan bagi ahli-ahli Parlimen PKR yang lain. Pada sidang media itu, Shazryl lebih banyak mendiamkan diri, namun yakin bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar. "Saya sedia bekerjasama dengan polis jika dipanggil memberikan keterangan kerana ia sudah jadi kes polis," katanya. Ketika ditanya mengenai ketulenan video seks itu, Shazryl mengambil pendekatan berdiam diri, sebaliknya berkata ia akan didedahkan hanya kepada suruhanjaya diraja jika dibentuk. Beliau juga menolak untuk memberikan video seks itu kepada polis dan akan menyerahkan kepada suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video itu yang dipertikaikan banyak pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat. Kelmarin Datuk T telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Negara. Rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media. Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi. Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini. Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut. Kata Shazryl, pendedahan yang dibuat itu bukan berniat untuk mengugut sesiapa termasuk Anwar. "Bukan nak ugut atau buat duit, ini bukan soal duit tapi kebenaran. "Kalau nak ugut lebih baik saya bawa video ini terus kepada Anwar, buat apa nak dedahkan kepada media," katanya. Beliau juga berkata hanya terdapat satu video. "Hanya satu video sahaja.," katanya. Jelas Shazryl, beliau kini bimbang akan keselamatan selepas membuat pendedahan pada petang ini. "Mesti saya bimbang, saya bukan dikawal oleh mana-mana pegawai keselamatan," katanya. Ketika ditanya mengenai ketiadaan Shuib, kedua-dua mereka enggan memberikan sebarang komen. Semalam, Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Anwar 13 tahun lalu mendakwa ada 18 klip video seks dan tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan. |
Kesian! Isu Video Seks: Blogger Dan Penjilat Bontot Umno Semakin Bingung! Posted: 23 Mar 2011 06:00 AM PDT Mula-mula tuduh anwar terlibat lepas tu tuduh anwar yang sengaja reka-reka cerita video ini lepas tu datuk T ni orang pkr sendiri lepas tu tuduh anwar reka video ni untuk alih isu DNA lepas tu nafi puak umno yang terlibat lepas tu kata orang pkr yang ambik video ni sebab nak malukan anwar maka kecoh anjing-anjing peliharaan menyalak dalam buliten utama yang pakai kopiah yang pakai spek mata yang perut buncit yang kurus kering yang perasan alim ulama suruh anwar mengaku suruh anwar letak jawatan lepas tu... alih-alih ... ...
kesian beb. bukan main cakap besar..kesian..pegi mapuih la kat puak hang pa! |
Akhirnya Rahim Thamby Akui Datuk Shazryl Eskay adalah lelaki misteri “Datuk T” Posted: 23 Mar 2011 05:00 AM PDT Rahim akui beliau, Shazryl dedah rakaman video seks Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengaku ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay adalah lelaki misteri "Datuk T" yang mendedahkan rakaman video seks, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat kepada media kelmarin. Selain itu, beliau dan Shazryl adalah pihak yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video tersebut. |
Posted: 23 Mar 2011 04:00 AM PDT Tahniah dari kami di meja Kerabu Bersuara |
Posted: 23 Mar 2011 02:00 AM PDT Teks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh Mazlan Yunos Photography KUALA LUMPUR, 23 MAC 2011: Biarpun pelakon, Miera Liyana, 18, sudahpun memberi penjelasan serta membuat permohonan maaf secara terbuka atas perlakuannya yang tidak sengaja apabila mengenakan gaun yang terlalu seksi sehingga menimbulkan kontroversi ketika menghadiri majlis makan malam Golden Gala anjuran Rafflesia& Mandalay di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu, namun masih ramai lagi pihak yang tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikannya. Malah, masih ada segelintir pihak yang berterus-terusan mengecamnya dirinya. Apa tidaknya, alasannya yang diberikan bahawa dia tidak perasaan bahawa gaun ciptaan Wan Huzairil itu nampak seksi ketika mengambilnya pada waktu petang tanpa sempat mencubanya terlebih dulu dianggap sebagai tidak logik. Malah, rata-rata pihak berpendapat bahawa pelakon yang berdarah kacukan Melayu-Cina memang sengaja berbuat demikian untuk meraih publisiti. Apa kata Miera Liyana dalam hal ini. Ada juga yang menganggap dia tidak menjaga maruah sebagai seorang yang beragama Islam. Ketika dihubungi semula murai.com.my , Miera dengan tenang mengakui dia sendiri berasa aib dengan apa yang berlaku dan tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata dan hinaan yang dilemparkan kepadanya kerana menurutnya hanya Tuhan sahaja yang layak mengadili dirinya. "Terus-terang saya sendiri tak suka dengan apa yang telah berlaku ini. Saya juga rasa seperti diaibkan bila melihat kembali gambar itu. Apa tidaknya, ia melibatkan maruah saya, sudah tentu saya rasa rasa kesal. Tapi, tak banyak benda yang saya boleh lakukan. "Jika saya boleh ulang kembali masa, saya memang mahu perbetulkannya. Tetapi, kini tak banyak yang saya boleh lakukan selain mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. "Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam. "Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik," jelas pelakon drama Kemalia Katrina ini. Apabila ditanya, bagaimana reaksi ibu bapanya tentang kontroversi yang melanda dirinya, Miera Liyana memberitahu, dia bersyukur kerana dia dianugerahkan keluarga yang sangat memahami dan sentiasa menyokongnya. "Alhamdulilah, ibu bapa saya memahami atas apa yang berlaku, biarpun pada awalnya, mereka agak terkejut. Kini mereka terus memberi sokongan terhadap diri saya supaya saya tidak terlalu tertekan dengan apa yang berlaku. "Lagipun, mereka tahu apa yang saya buat selama ini. Cuma mereka menasihati supaya tidak mengulanginya lagi dan berhati-hati dengan setiap keputusan yang saya ambil," katanya lagi. Miera Liyana kini baru sahaja tamat menjayakan pengambaran filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham dan bakal muncul dengan filem Mamat Khalid, Apokalips di pawagam tidak lama lagi. |
Terkini! Mufti Perak Sedia Berjumpa Dengan TG Nik Aziz Posted: 23 Mar 2011 01:02 AM PDT Mufti Perak: Saya sedia terima kedatangan Nik Aziz KUALA LUMPUR, 23 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau bersedia untuk menerima kedatangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membincangkan isu-isu berkaitan hukum Islam - yang sejak kebelakangan ini dikaitkan dengan 'fatwa' ketika pilihan raya kecil. Dalam surat balas kepada Pemuda PAS Perak, Harussani berkata, "saya mengalu-alukan kedatangan beliau dan bersama-sama mencari penyelesaian terhadap apa-apa isu yang diketengahkan." Kata Harussani, beliau mengambil pendekatan meraikan hasrat mana-mana pihak untuk bertemu dan berbincang berkenaan apa-apa isu, apatah lagi yang mempunyai kepentingan terhadap umat Islam. "Jabatan saya sering mengamalkan pintu terbuka terhadap kunjungan mana-mana pihak," katanya. Salinan surat respons Harussani ini, yang bertarikh 18 Mac, diedarkan kepada media hari ini. Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Perak berkata pihaknya berhasrat menemukan Harussani dan Nik Aziz berhubung "perang kenyataan" menyentuh isu-isu Islam baru-baru ini. Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi merealisasikan pertemuan tersebut. Harussani dalam tulisannya dalam Mingguan Malaysia sebelum ini mengaitkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dengan penyataan "undi PAS masuk syurga." Tulisan Harussani itu mengundang rasa kurang senang kepada Nik Aziz lalu menghantar surat rasmi kepada Mufti Perak itu untuk memohon penjelasan berhubung dakwaan itu. Bagaimanapun sebelum ini, Harussani menegaskan, beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Nik Aziz berhubung tulisan responsnya menyentuh isu "undi PAS masuk syurga." Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam. Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam. |
Selamat Datang Datuk Shazryl Eskay Dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Posted: 22 Mar 2011 11:31 PM PDT Datuk Shazryl Eskay Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Gambar dua orang mamat hanzem ni kami jumpa kat google. KUALA LUMPUR, 23 Mac — Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul hari ini mendedahkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay sebagai lelaki misteri "Datuk T" dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai antara mereka di belakang pendedahan rakaman video seks, kelmarin. Johari juga mendakwa kdua-dua lelaki berkenaan cuba memujuk beliau dan ahli-ahli Parlimen PKR yang lain agar keluar parti itu selepas menonton rakaman itu. Lelaki dalam video berkenaan didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Ketua Pembangkang itu telah pun menafikan dan membuat laporan polis semalam. KENYATAAN AKHBAR |
Panas! Berapi! Kenyataan Media Yb Johari Berkaitan Pendedahan Rahim Tamby Chik! Posted: 22 Mar 2011 11:15 PM PDT KENYATAAN AKHBAR Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau. Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali. Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi. Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut. Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu. Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai. Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin. Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat. Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut: 1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah. 2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku. 3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim. 4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim. 5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim. 6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat. Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka. Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim. DATO' JOHARI ABDUL AHLI PARLIMEN SG PETANI AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN 23 MAC 2011 |
Klip video seks: Antara paksa, pujuk dan musnahkan keyakinan Posted: 22 Mar 2011 10:00 PM PDT Oleh Ooi Heng Siapa Datuk T? Maka mulalah cerita si penglipur lara berhubung kumpulan manusia bergelar "Datuk" yang berkeliaran di bumi 2Malaysia. Tetapi aksi berkeliaran mereka tidak serupa aksi yang dipersembahkan oleh Zarathustra, seorang watak ciptaan ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche dalam karya beliau "Thus Speak Zarathustra". Zarathustra berlari ke sana ke sini sambil berteriak: Tulislah dengan darah, dan kau akan merasakan bahawa darah adalah roh. Tidak! Kumpulan manusia bergelar "Datuk" tidak menulis tetapi merekacipta dengan roh yang tidak bermaruah. Darah tidak mengalir dalam tubuh badan mereka. Asalkan motif politik tercapai, tidak apa kalau roh menjadi kotor. Begitu kotor dan jijik sehingga darah tidak sanggup mewarnai roh malahan menjauhi roh. Kumpulan bergelar "Datuk" bukan seorang tetapi beberapa orang. Ada Datuk T, ada Datuk W, ada Datuk M, ada pula Datuk TC. Sebelum itu, memoir Tun M mendakwa kononnya insan bergelar DSAI terlibat dengan kegiatan seks perempuan sementara dakwaan liar liwat sedang dipertikaikan sepanjang proses perbicaraan mahkamah, kini timbul rakaman video seks yang nampaknya cuba membuktikan kesahihan memoir Tun M. Kebetulankah? Yalah, ini kan bumi 2Malaysia. Apabila wujud rakaman video seks selepas diterbitkan memoir, namanya kebetulan. Segala-galanya hanyalah kebetulan. Melainkan kalau perut buncit watak rakaman video seks diukur dan dibandingkan ukuran berkaitan dengan insan bergelar DSAI, kebetulan muka cun kelihatan sama tinggi juga kerana kecanggihan teknologi. Ini kebanggaan legasi Mahathirisme, apabila teknologi dan politik seks bertembung, segala kemungkinan wujud tanpa syak-wasangka. Jangan tanya aku siapa Datuk W, Datuk M dan Datuk TC. Aku cuma seorang penglipur lara yang berlari ke sana ke sini menceritakan kisah Datuk T kepada khalayak umum yang minat dengan cerita seks yang penuh misteri. Mungkin pengarang berpengalaman media talibarut bumi 2Malaysia tahu jawapannya. Otak kecil seperti otak durianku tiada jawapan dalam hal ini. Politik seks yang rendah maruah rohnya Kalau sebelum ini yang dihebohkan media adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan insan bergelar DSAI meskipun wujud juga spesimen male (lelaki) lain yang ditanda X, Z dan sebagainya, kini yang dihebohkan media ialah dakwaan skandal seks seorang lelaki yang sakit tulang belakang yang gagah beraksi seks. Sukar hendak diimaginasikan tetapi dipaksakan imaginasi sebegitu rupa oleh politik seks sebegitu rendah maruah rohnya. Sementara itu, kedengaran "jualan mega politik" sedang berlangsung. Bunyinya, jangan lagi kau terpedaya dengan insan bergelar DSAI. "Agenda reform" tidak bersamaan dengan DSAI, malahan juga tidak bersamaan dengan Pakatan Rakyat. Jangan kau lupakan atau gagalkan "agenda reform" kerana seorang insan bergelar DSAI. Biar kami perkenalkan kau dengan pemimpin tersohor 2Malaysia yang mandi saban hari dengan "agenda reform" bukan "agenda seks"! Meskipun bapa Mongolia masih menanti-nanti jawapan pembunuhan anaknya, jangan kau terpedaya dengan dakwaan pembangkang. Percayalah kami yang berkeliaran ke sana ke sini dengan "agenda reform tulen", tidak sama dengan agenda tidak tulen pembangkang, kononnya. Begitulah cerita si penglipur lara. Setakat ini sahaja ceritanya. Baik aku balik kepada bicara politik otak durianku secara serius. Politik persepsi Dalam konteks politik persepsi mencorakkan permainan politik negara, rakyat sekali lagi disuapkan dengan politik seks. Sesungguhnya, kalau sarjana politik ingin mengkaji dan menganalisi kekuatan Pakatan Rakyat dan cabarannya terhadap pemerintahan rejim UMNO-Barisan Nasional (BN), telitilah politik seks selama berdekad lamanya semenjak zaman reformasi. Apabila politik kotor mensasarkan watak tertentu, dan bahawa "agenda reform" juga dibawa oleh Perdana Menteri bumi 2Malaysia, implikasi tsunami politik nampaknya masih lagi mempengaruhi minda politikus bumi 2Malaysia sehingga segala percaturan politik disasarkan kepada politik seks dan politik persepsi. Hal ini bermaksud, tsunami politik bukanlah suatu kebetulan seperti yang cuba dibentuk pandangan sedemikian oleh politikus UMNO-BN. Impaknya masih dirasai hari ini tetapi dalam bentuk yang berlainan. Segala politik kotor yang sedang dan bakal berlangsung dalam bumi 2Malaysia menjelang Pilihan raya negeri Dewan Undangan Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 akan memberi sebahagian daripada jawapannya. Hegemoni Untuk menjadikan perbincanganku lebih serius atau sekurang-kurangnya kelihatan serius tanpa dipengaruhi politik seks semasa, izinkan aku bangkitkan satu konsep politik - hegemoni - dan kongsikan pemahamanku dengan kalian yang mungkin masih asyik dengan babak-babak politik seks tidak bermaruah. Hegemoni, satu konsep politik yang dipopularkan oleh teoritikus politik Itali Antonio Gramsci. Pembentukan hegemoni diutamakan oleh rejim pemerintah untuk mengekalkan pemerintahan, kalau mungkin untuk selama-lamanya seperti yang diinginkan oleh rejim UMNO-BN. Pembentukan hegemoni tidak sekadar dilakukan melalui penggunaan kuasa paksaan tetapi juga melalui kuasa pujukan. Namun, sama ada kuasa paksaan seperti penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau kuasa pujukan seperti pengumuman satu per satu Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP), tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mengekalkan tampuk pemerintahan untuk selama yang mungkin. Untuk memungkinkan pengekalan rejim UMNO-BN, pembentukan persetujuan secara aktif dalam kalangan rakyat adalah penting dan akan dilakukan siang dan malam malahan tanpa segan silu taktiknya asalkan berkesan dalam mengekalkan hegemoni UMNO-BN atau untuk mengelakkan keretakan yang terlalu besar apabila berdepan dengan cabaran kuasa pembangkang yang terlalu kuat. Pembentukan persetujuan secara aktif sedang dilakukan melalui manifestasi politik persepsi dan politik seks di bumi 2Malaysia. Apabila terlalu banyak digunakan kuasa paksaan, masih khalayak umum akan rasa marah dan bangkit dengan demokrasi jalanan seperti yang disaksikan di negara-negara rantau Timur Tengah dan Afrika Timur. Gabungan Najibnomics dan Mahathirisme Percubaan menggunakan kuasa pujukan seperti slogan 1Malaysia pula berdepan dengan cabaran-cabaran kuat seperti isu kontroversi kitab Injil dalam bahasa Melayu. Malahan persetujuan aktif yang ingin dibentuk berhubung kejayaan transformasi ekonomi Najib Razak juga berdepan dengan tamparan hebat apabila laporan Bank Amerika Merrill Lynch menyatakan bahawa Malaysia merupakan pasaran paling tidak popular untuk kedua-dua "global emerging market" (GEM) dan pengurus dana Asia Pasifik sementara tinjauan Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) mendapati bahawa rata-rata peniaga Cina tidak yakin dengan "agenda reform" ekonomi Najib! Sementara itu, Buku Jingga kini semakin kuat impaknya dalam memperkasa kuasa counter-hegemoni yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat dan masyarakat madani. Jelas, kemuncak Najibnomics kini berdepan dengan jalan buntu. Berhadapan dengan kegagalan bentuk-bentuk kuasa paksaan dan kuasa pujukan dalam membentuk persetujuan bahawa Kerajaan UMNO-BN benar-benar melakukan "agenda reform" di bawah pimpinan Najib, dan apabila terbukti bahawa manifestasi Najibnomics nampaknya tidak memberikan impak sebesar yang diharapkan untuk memperkasa strategi rejim -- UMNO-BN berhadapan dengan keretakan hegemoni yang terlalu besar dan kuasa counter-hegemoni yang semakin kuat, maka kini kembalilah manifestasi Mahathirisme yang menonjolkan politik seks secara liar. Kini gabungan Najibnomics dan Mahathirisme juga mengambil tempat dalam konteks di mana pilihan raya negeri dan umum akan datang bakal menentukan masa depan negara. Ia bukan untuk memaksa dan bukan untuk memujuk rakyat - menceritakan dengan panjang lebar apa yang baik dengan regim BN. Ia cukup sekadar untuk memusnahkan keyakinan ramai terhadap pembangkang dan ketuanya. Jangan kita terpedaya dengan politik persepsi bercorakkan seks yang keterlaluan sehingga melupakan erti sebenar tsunami politik 2008 - untuk membawa harapan baru kepada tanah air yang dicintai kau dan aku. |
Video lucah: Strategi Pakatan untuk bersihkan nama Anwar? Posted: 22 Mar 2011 09:30 PM PDT Oleh DR MOHAMAD KHIR TOYO 1. Tiba-tiba sahaja seluruh negara digemparkan dengan isu video perlakuan seks yang dikatakan menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim. Pendedahan ini dibuat oleh seseorang yang meminta beliau dikenali sebagai Datuk T. 2. Datuk T mengadakan sidang akhbar di Carcosa Seri Negara semata-mata untuk mendedahkan sebuah video "lucah" dan mendakwa lelaki yang terbabit dalam video tersebut ialah dato Seri Anwar Ibrahim. Kejadian tersebut dirakamkan pada 21 Februari 2011 tetapi tidak dimaklumkan di hotel mana ia berlaku. 3. Siapakah Datuk T ini? Jika dilihat dari laporan media, tiada siapa pun yang mengenali beliau atau tahu nama sebenar beliau. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau boleh mengenali Anwar dan membantu mencari jam Anwar di dalam bilik hotel tersebut. Kononnya beliau menjumpai video tersebut secara tidak sengaja dalam usaha mencari jam di dalam bilik tersebut. 4. Anwar menafikan bahawa lelaki dalam video tersebut adalah dirinya. Namun apakah penafian tersebut mencukupi kepada umum? Apakah kata-kata Anwar masih dianggap kata-kata yang suci dan bersih? Anwar menyatakan ini taktik jahat BN. Bukankah Anwar sendiri mahaguru segala strategi politik menuduh dan memfitnah ini? 5. Saya tidak menyatakan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar atau pun bukan kerana saya belum menontonnya. Cuma cara Anwar mepertahankan dirinya dengan cara melabelkan pendedahan ini merupakan agenda jahat Barisan Nasional menjelang pilihan raya Sarawak sangat klasik dan klise sifatnya. 6. Dengan pengumuman persaraan Tan Sri Taib Mahmud, peruntukan dan penumpuan pembangunan kerajaan kepada Malaysia Timur sejak beberapa tahun lalu, BN mempunyai peluang cerah mempertahankan kerajaan negeri Sarawak. Malahan tindakan Taib Mahmud mengetuai jentera Pilihan raya negeri akan datang merupakan kelebihan besar kepada BN. Justeru BN tidak memerlukan pendedahan video seperti ini untuk melemahkan Pakatan. 7. Saya juga percaya pendedahan ini tidak membabitkan BN. Ini kerana dari segi politik BN, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik lawan tetapi menilai kejayaan-kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan. Justeru BN tidak memerlukan isu-isu dalam kelambu Anwar untuk menang dalam pilihan raya akan datang. 8. Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN. Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi populariti politiknya. 9. Malahan jika ada lelaki lain yang hampir seiras dengan Anwar mengaku beliau lelaki dalam video tersebut, ia boleh menukar persepsi ramai orang terhadap skandal-skandal Anwar yang lain. Malahan jika terbukti kemudiannya lelaki dalam video tersebut bukan Anwar, maka beliau akan menggunakan isu ini untuk menjustifikasikan segala tuduhan lain terhadap beliau termasuk kes Mahkamah beliau sebagai fitnah dan konspirasi. 10. Justeru apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan membersihkan Anwar? Melihat strategi politik Anwar sejak zaman pelajar dahulu sehingga sekarang, maka kemungkinan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. 11. Walau apa pun kebenarannya, masyarakat kita akan terus dihujani dengan perbincangan-perbincangan dalam kelambu yang memalukan ini. Akhbar-akhbar kita akan terus dihiasi dengan cerita-cerita yang malu untuk membenarkan anak-anak kita membacanya. 12. Selain itu, pendedahan video perlakuan seks di hotel ini selepas kes datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan di hotel-hotel di negara ini. Apakah suatu hari nanti perlakukan kita bersama isteri di dalam Hotel juga akan dipindah naik ke dalam internet? |
Kedudukan Raja-Raja dan tuduhan derhaka Posted: 22 Mar 2011 09:00 PM PDT Oleh Subky Latif TITAH Singgahsana di Parlimen oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong mengingatkan antara lain supaya semua pihak cermat bila menyentuh kedudukan raja-raja. Ia adalah ingatan penting kepada semua; kepada rakyat yang berpolitik dan yang membuat kajian ilmiah; dan kepada gaya hidup sekalian kerabat yang bergelar. Wajar bagi semua menjaga satun masing-masing bagi memperkukuh harmoni dan kesejahteraan tamaddun. Saya percaya orang-orang politik yang bertanggungjawab, yang bercita-cita untuk memberi perkhidmatan kepada agama, bangsa dan negara tidak berpolitik dengan kedudukan raja-raja. Semua tahu bahawa kedudukan raja-raja itu adalah keramat kepada keharmonian antara orang bergelar dan rakyat jelata, dan antara sesama masyakat majmuk. Ia juga elemen sensitiviti yang boleh meresahkan. Tiada orang politik yang bercita-cita besar mahu diganggu oleh kewujudan institusi itu. Sekaliannya mahu menyumbang kepada kemurniannya dengan mengelak hal-hal yang mendatangkan keresahan. Tetapi suatu gejala yang meresahkan yang perlu diperhatikan oleh golongan orang bergelar menonjolkan isu derhaka sebagai senjata politik yang ampuh dan rapuh. Raja-raja sayugia peka dengan kepura-puraan gejala yang bermain isu derhaka bagi maraih faedah politik tetapi boleh mengeruhkan keharmonian dan mengganggu ketenangan orang atas terhadap orang bawah serta boleh mengelirukan kesediaan orang bawah kepada orang atas. Majlis Raja-Raja wajar duduk sama sendiri merenung dan meneropong kerenah orang bermain isu derhaka yang pernah merosakkan hubungan harmoni dan kenenangan yang sewajarnya dipupuk di kalangan istana dan rakyat, bukan melagakan raja-raja dengan golongan tertentu di kalangan rakyat masing-masing. Kerenah orang itu dikatakan anti raja dan orang ini derhaka, tetapi bertabur di persada politik sejak negara mencapai kemerdekaan. Ada yang menempelak Ahmad Boestamam dan Pak Sako yang memperjuangkan kemerdekaan mengikut aliran kiri dikatakan hendak menegakkan pemerintahan republik di negara ini. Ia menyebabkan ada raja yang curiga dengan setengah rakyat dan dekat dengan setengah rakyat. Dan sebaliknya ada rakyat yang dicurigai itu menjauhkan diri dari orang istana dan sekalian orang bergelar. Adalah benar Ahmad Boestamam dan Pak Sako mengkritik sistem feudal, tetapi mereka menerima gelaran Dato. Boestamam mati sebagai Dato yang diberi oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Pak Sako dianugerah Dato oleh Sultan Pahang. Apabila orang-orang ini didekati oleh raja, pengikut mereka ada pesepsi baru tentang feudalisma. Tetapi kalau istana ragu tentang setengah rakyat, ia memungkinkan orang-orang ini menyimpan satu persepsi tertentu terhadap raja. Persepsi boleh menimbulkan berbagai kerenah, tidak mustahil orang membincang perkara yang bukan-bukan tentang istana dan raja. Mungkin ada orang bukan Melayu ada pandangan berbeza terhadap raja. Tetapi orang bukan Melayu juga berlumba-lumba dan sanggup berhabis untuk mendapat gelaran berbagai pingat dari raja. Sukar bagi mana-mana kuasa politik berjaya jika ia ada persepsi yang menjarakkannya dengan raja. British ada kuasa penting sebelum mereka. Ia mencorakkan politik dan kedudukan raja-raja. Apabila British cuba menyentuh kedudukan raja melalui gagasan Malayan Union, British juga tonggang-langgang. Justeru itu orang politik belajar dari kejadian itu dan kesimpulannya kedudukan raja itu suatu yang mesti diterima. Apa yang berlaku hingga datang Titah dari Singgahsana tentang bimbang dengan kedudukan raja-raja, bukan kerana raja itu ditolak tetapi gara-gara hantu derhaka yang berlegar luas di tengah masyarakat. Hantu itu memang telah berjaya menggerun istana dan kedudukan raja-raja menjadi soal yang tidak selesai setelah sekian lama merka. Istana dan pemerintah mesti membuang hantu derhaka itu ke Laut China Selatan untuk selama-lamanya kerana ia mengganggu ketengangan istana dan mengelurikan kesetiaan rakyat. Apabila isu derhaka ini dimainkan, ia mengundang orang untuk mendengarnya. Orang yang tidak tertarik pun jika selalu mendengarnya, akan ada sesuatu yang lekat di kepalanya. Mesyuarat Raja-Raja mesti melihat serius isu ini jika mahu kedudukan raja-raja itu terus rukun dan damai. Jika isu derhaka dimainkan, lepas 100 tahun merdeka pun ia berbunyi lagi. Raja tidak wajar berpolitik tetapi raja patut tahu politik supaya tidak menjadi tawanan orang politik |
Kecewa restoran dirompak lebih awal Posted: 22 Mar 2011 08:30 PM PDT TULSA: Seorang perompak berputih mata kerana gagal mendapatkan wang tunai daripada restoran piza yang dicerobohinya kerana restoran itu kehabisan wang akibat dirompak lebih awal pada hari sama. Dalam kejadian itu, dua suspek merompak tiga restoran piza pada malam Ahad, dengan mengacukan senjata kepada pekerja bagi memaksa mereka menyerahkan wang tunai dalam mesin wang dan simpanan, kata pihak berkuasa. Pegawai kanan polis Tulsa, Sarjan Dave Walker, memberitahu suspek terbabit merompak restoran Pizza Domino jam 9.15 malam waktu tempatan diikuti Papa John pada jam 10.15 malam; dan seterusnya Pizza Hut pada jam 10:45 malam. Dalam ketiga-tiga rompakan bersenjata itu, perompak memasuki restoran memaksa pekerja membuka mesin wang dan peti simpanan, kata Walker. Di restoran piza Papa John, polis mendedahkan, perompak masuk menggunakan pintu belakang sebelum membawa keluar wang yang dirompak. Peliknya, selepas beberapa lama, seorang lagi perompak memasuki restoran sama mengikut pintu depan dan turut menuntut wang. Bagaimanapun, kata Walker, pekerja restoran itu memberitahu dia tidak boleh merompak restoran itu kerana ia baru dirompak. Dua perompak itu dilaporkan lelaki kulit hitam dengan ketinggian 1.75 meter dan 1.7 meter dan mempunyai berat badan 72 dan 80 kilogram, kata Walker. Suspek dipercayai bertukar baju sesama mereka tetapi seorang memakai jaket gelap dan seorang lagi me-makai penutup kepala de-ngan gambar tengkorak tertera di hadapan bajunya. Pihak berkuasa berkata, kali terakhir tiga tempat perniagaan dirompak pada hari atau malam sama berlaku tiga minggu lalu. Mulanya, polis berkata seorang lelaki menggunakan pisau kecil untuk merompak kedai menjual arak sebelum penyerang menjadikan restauran Mario's sebagai sasaran sebelum merompak restoran Braum's. – Agensi |
Posted: 22 Mar 2011 08:00 PM PDT Radiasi dikesan di Pasifik, produk makanan tercemar TOKYO: Asap serta wap keluar daripada dua rektor loji nuklear Fukushima semalam, selepas rosak disebabkan gempa bumi dan tsunami dua minggu lalu ketika pencemaran radiasi terus membimbangkan kerana partikel radiasi dikesan di laut manakala bayam dan susu juga tercemar. Krisis nuklear paling teruk di dunia sejak 25 tahun lalu berlaku di kawasan terletak 240 kilometer utara Tokyo berikutan gempa bumi kuat dan tsunami pada 11 Mac mengakibatkan 21,000 nyawa melayang atau hilang. Juruteknik di zon pengosongan di loji Fukushima Daiichi, timur laut Pasifik berjaya menyambungkan kabel tenaga ke semua enam reaktor dan menghidupkan pam di salah satu reaktor untuk menyejukkan besi bahan bakar nuklear yang terlalu panas. Agensi berita Kyodo berkata, wap keluar dari reaktor Unit 2 dan asap putih dikesan di atas reaktor Unit 3. Reaktor itu meletup beberapa kali dan pakar memberitahu ia mungkin disebabkan pembebasan partikel radioaktif kerana menggunakan air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Fukushima. Pengendali loji Tokyo Electric Power Co (TEPCO) berkata asap itu kemudian bertukar wap dan ia dianggap selamat untuk terus menjalankan tugas memastikan loji dapat dikawal. TEPCO berkata radiasi didapati di Lautan Pasifik. Contoh air laut mendapati iodin radioaktif 126.7 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibenarkan, sementara bahan cesium pula 24.8 kali lebih tinggi, lapor Kyodo. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kesan radiasi lebih serius daripada jangkaan, apabila ia dijangka dihadkan dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji. Bagaimanapun, jurucakap WHO, Peter Cordingley, berkata tiada bukti pencemaran makanan sampai ke negara lain. Jepun banyak mengimport makanan tetapi negara itu juga pengeksport buah, sayur, produk tenusu dan makanan laut dengan pasaran terbesar di Hong Kong, China dan Amerika Syarikat. Akhbar Japan Times melaporkan Perdana Menteri Naoto Kan mengumumkan pengharaman bayam dan beberapa lagi sayur yang ditanam di Fukushima dan wilayah berjiran selepas contoh sayuran itu didapati mengandungi kadar radiasi yang melebihi tahap normal. Beliau turut menggantung penghantaran susu dari Fukushima. Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan, Kebajikan dan Buruh mendedahkan kadar radiasi tinggi dijumpai dalam bayam dan susu yang diperoleh dari loji nuklear itu. Bayam yang diambil dari ladang di Hitachi, wilayah Ibaraki didapati mempunyai 54,000 becquerels iodin radioaktif satu kilogram atau 27 kali tahap yang dibenarkan, manakala 5,250 becquerels dikesan dalam sekilogram susu dari kampung Iitate, Fukushima atau 17 kali lebih tinggi daripada had biasa. Sehingga semalam, tiada garis panduan yang ditetapkan kerajaan berhubung tahap radiasi dalam makanan yang mencetuskan kemarahan orang ramai. – Agensi |
‘Ambil balik anugerah Nobel daripada Obama’ Posted: 22 Mar 2011 07:30 PM PDT LA PAZ: Presiden Bolivia, Evo Morales menggesa anugerah Nobel Keamanan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ditarik balik kerana menyifatkan keputusan pemimpin itu melancarkan serangan tentera terhadap Libya menunjukkan beliau tidak layak mendapat anugerah itu. "Dua tahun lalu, kita mendengar bahawa Presiden Obama memenangi anugerah Nobel Keamanan tetapi adakah beliau mempertahankan keamanan dunia sekarang, atau tidakkah beliau yang mencetuskan keganasan?" kata Morales kepada pemberita. Ulasan dibuat beberapa hari selepas Obama mengarahkan pengeboman mensasarkan tentera Libya sebagai usaha yang disokong PBB untuk melindungi penduduk awam. "Bagaimana mungkin untuk memberi anugerah Nobel Keamanan kepada seseorang yang melancarkan serangan, pengeboman? Ia satu pencabulan, serangan, pencerobohan," kata Morales, pemimpin Latin Amerika berhaluan kiri yang lantang mengkritik Amerika Syarikat. "Obama adalah ketua kumpulan yang mengetuai serangan dan pencerobohan, dan tidak ada kena mengena dengan mempertahankan hak asasi manusia," katanya. Obama menerima anugerah berkenaan pada Disember 2009 kurang setahun selepas dilantik sebagai presiden Amerika. Dalam ucapan beliau di Oslo, Obama merujuk dirinya sebagai ketua komander sebuah negara yang berada di tengah-tengah dua perang dan menyifatkan konflik bersenjata adalah tepat pada masanya. Obama menghadiahkan AS$1.4 juta (RM4.2 juta) hadiah wang tunai yang dimenanginya itu kepada 10 badan kebajikan termasuk kumpulan yang bekerja bagi pemulihan Haiti dan menyokong keluarga tentera. – AFP |
Simbah kuah kari, sup padam kebakaran Posted: 22 Mar 2011 07:00 PM PDT Oleh Faizul Azlan Razak MARANG: Pekerja kantin dan guru di sebuah sekolah di sini terpaksa menggunakan kuah kari, sup, air mineral, sirap dan air gula bagi memadamkan kebakaran kantin sekolah itu apabila semua alat pemadam api diambil pembekal untuk diselenggara. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, keadaan diburukkan lagi apabila bekalan air di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang terputus. Pengusaha kantin, Zaleha Che Muda, 51, berkata sebelum kejadian, dia bersama lapan pekerja sedang mengemas di bahagian luar kantin selepas kira-kira 600 pelajar dan guru menghabiskan waktu rehat. |
Posted: 22 Mar 2011 06:30 PM PDT CHELMSFORD, England - Seorang peminat fanatik kereta, John McArthur, 22, mencipta kelainan apabila dia menukarkan kereta jenama Skoda Felicia miliknya menjadi sebuah padang golf mini, lapor sebuah akhbar semalam. McArthur hanya membeli kereta tersebut pada harga murah iaitu £347 (RM1,718.13) daripada sebuah laman web lelong, eBay bagi menggantikan kereta lama berjenama Renault Megane Scenic. "Adik perempuan saya tidak akan menaikinya tetapi rakan-rakan saya yang turut sama meminati kereta suka dengan kereta ini. "Mereka menyatakan orang ramai pasti akan melihatnya apabila saya memandu dan saya ada melihat beberapa orang merakamkan gambar dan bertanyakan pelbagai soalan," katanya. Dia meletakkan rumput palsu di atas kereta tersebut dengan dilengkapi lubang dan tiang bendera. - Agensi |
Warga Tripoli mula kecam Gaddafi Posted: 22 Mar 2011 06:00 PM PDT TRIPOLI - Beberapa hari selepas Barat melancarkan serangan udara, sebahagian penduduk di ibu kota Libya, di sini semalam semakin berani mengecam pemimpin mereka, Muammar Gaddafi dengan menyatakan, mereka mahukan beliau mati. Sebahagian penduduk yang diwawancara beberapa wartawan Reuters di sini bagaimanapun, masih takut untuk mendedahkan nama mereka dan kembali memuji Gaddafi sebaik sahaja dihampiri oleh askar-askar yang setia kepadanya. Namun, keberanian mereka untuk membuat kecaman terbuka terhadap pemimpin yang telah menerajui Libya selama empat dekad itu memberi isyarat bahawa perubahan sedang berlaku di bandar ini. Sebelum ini, penduduk di sini takut untuk bercakap dengan pemberita kerana bimbang nyawa mereka melayang. "Di sini, setiap orang sedang menunggu (penyingkiran Gaddafi). Ia tidak seperti masa lalu," kata seorang lelaki, yang mengajak wartawan menjauhkan diri daripada seorang tali barut kerajaan dengan menuju ke sebuah kedai kopi di bandar lama di sini supaya dia bebas bercakap. "Anak-anak saya ketakutan tetapi saya tahu semua itu akan berubah. Kerajaan tidak berdaya untuk menguasai kami lagi," katanya. Seorang ahli perniagaan tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Isa memuji Gaddafi apabila didekati seorang pemberi maklumat, tetapi mengecam pemimpin itu sebaik sahaja tali barut itu beredar. "Inilah masanya. Keadaan kini getir. Bom-bom meledak sepanjang malam. Namun, apabila kami mendongak ke udara kami sedar bahawa dunia kini cuba membantu kami" katanya. Menguasai pendapat umum supaya berpihak kepadanya adalah penting kepada Gaddafi untuk terus berkuasa di bandar ini yang merupakan kubu terkuatnya selepas dua bandar utama lain di Libya jatuh ke tangan pemberontak. - Reuters |
Kandungan radioaktif dalam laut Posted: 22 Mar 2011 05:30 PM PDT OSAKA, Japan - Paras kandungan radioaktif yang tinggi daripada tahap normal dikesan dalam air laut berdekatan loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Fukushima yang rosak akibat gempa bumi kuat pada 11 Mac lalu, lapor pengendali loji itu, syarikat Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) semalam. Menurut jurucakap syarikat TEPCO, Naoki Tsunoda, tahap iodin-131 meningkat sebanyak 126.7 kali ganda dan sesium-134 pula 24.8 kali ganda tinggi daripada paras yang dibenarkan oleh kerajaan. Katanya, kandungan tersebut dikesan dalam sampel air laut yang diambil kelmarin pada jarak 100 kilometer dari arah selatan loji Fukushima No. 1. "Selain itu, tahap sesium-137 juga meningkat sehingga 16.5 kali ganda dan kobalt-58 pula lebih rendah daripada biasa. "Namun, paras kandungan radioaktif itu masih lagi tidak membahayakan kesihatan manusia," katanya. Sementara itu, dalam perkembangan terbaru kerosakan reaktor di loji jana kuasa nuklear Fukushima, pekerja-pekerja masih lagi berusaha untuk mengurangkan kerosakan loji tersebut. Menurut agensi berita Kyodo, asap dan wap kelihatan keluar lagi daripada reaktor yang rosak semalam. Kepulan wap putih dilihat keluar dari reaktor No.2 manakala asap seperti jerebu putih pula dilihat keluar daripada reaktor No.3. Usaha-usaha menyembur air dan mengembalikan semula bekalan elektrik telah diberhentikan buat sementara tetapi kerja-kerja baik pulih disambung semula. Dalam perkembangan yang berkaitan, sejumlah partikel kecil radioaktif dipercayai dari loji janakuasa nuklear Fukushima, Jepun telah dikesan berada di Iceland, kata sumber diplomatik semalam. Namun, bahan radioaktif itu terlalu rendah untuk menyebabkan sebarang kemudaratan kepada manusia.- Agensi |
Posted: 22 Mar 2011 05:00 PM PDT LONDON – Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di sebuah kawasan lapang di Libya selepas ia mengalami kegagalan mekanikal lewat kelmarin. Namun dua juruterbang tersebut telah diselamatkan oleh anggota-anggota pemberontak di kawasan dekat kubu kuat penentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Menurut saksi, di tempat kejadian, jet pejuang yang terhempas itu adalah jenis F-15E Eagle. "Kami baru sahaja menemui jet pejuang Amerika itu di sebuah kawasan lapang dan ia dipercayai mengalami kegagalan mekanikal yang menyebabkan ia terhempas. "Krew-krew jet itu dipercayai selamat," kata pemberita akhbar Daily Telegraph, Rob Crilly melalui laman Twitternya. Jurucakap ibu pejabat perintah di Stuttgart, Karin Burzynski berkata, salah seorang krew telah berjaya diselamatkan dan pembedahan untuk menyelamatkan seorang lagi masih dilakukan. Mereka hanya mengalami luka kecil selepas keluar dari jet dengan menggunakan kerusi anjal. Sementara itu, jurucakap tentera Amerika, Vince Crawley mengesahkan nahas itu tetapi menolak untuk memberitahu lokasi sebenar tempat kemalangan. Dia juga tidak mahu mendedahkan bagaimana dan ke mana krew pesawat telah dibawa. Crawley menegaskan nahas itu berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan mekanikal dan bukan kerana tembakan musuh. Serangan udara pasukan tentera Barat sudah memasuki malam ketiga yang meletakkan sasaran untuk melindungi orang awam daripada pasukan tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Kehadiran jet tentera itu adalah untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meluluskan resolusi untuk mengenakan larangan tersebut. Pergolakan di Libya bermula sejak 15 Februari lalu apabila sejumlah penunjuk perasaan membuat tunjuk perasaan bagi menentang kepimpinan Gaddafi yang sudah memerintah hampir 42 tahun. Tunjuk perasaan itu kemudian bertukar menjadi pertempuran antara para pemberontak dengan askar-askar Gaddafi. Para penentang itu menganggap Gaddafi gagal memerintah dengan baik dan membazirkan wang negara. – Agensi |
Identiti Datuk T cetus tanda tanya Posted: 22 Mar 2011 04:30 PM PDT Oleh NOR SHAFAWATI YUP shafawati.yup@yahoo.com KUALA LUMPUR - Selepas 24 jam mencetuskan kontroversi kerana menayangkan kepada sekumpulan wartawan satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sini kelmarin, identiti Datuk T, iaitu orang yang mendakwa memiliki rakaman itu, terus kekal misteri. Datuk T sehingga malam tadi masih menjadi tanda tanya bukan saja dalam kalangan orang ramai malah polis. Satu sumber memberitahu, jika kelmarin kontroversi tersebut lebih kepada aksi lucah didakwa membabitkan pemimpin pembangkang namun semalam situasi itu berubah apabila ramai tertanya-tanya siapakah Datuk T. Lebih menarik perhatian, apakah hubungan Datuk T dengan pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video yang dimiliki Datuk T. Maklumat yang diketahui mengenai Datuk T setakat ini ialah dia merupakan seorang lelaki Melayu berusia awal 50-an. Ketika muncul di Hotel Carcosa Seri Negara di sini kelmarin, Datuk T menunjukkan perwatakan serius dan mengambil sikap berahsia sepanjang tayangan video dijalankan. Selesai tayangan, Datuk T dikatakan tidak bercakap kecuali mengedarkan sehelai kertas bersaiz A4 yang mempunyai butiran lanjut mengenai rakaman itu sebagai rujukan kepada kumpulan wartawan yang hadir. Pada bahagian bawah kenyataan itu tertera nama 'The Insider'. |
Isa sebagai Pengerusi Felda terus dipertikai Posted: 22 Mar 2011 03:59 PM PDT Aziz Muda KUALA LUMPUR, 22 Mac: Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru terus menjadi pertikaian, apabila ia turut dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Isa dikatakan tidak selayaknya dilantik mengetuai Felda kerana beliau bukanlah individu yang boleh diyakini dan berkelayakan, malahan perlantikannya telah memberikan implikasi yang buruk kepada Felda. Disebabkan perlantikan Isa, nama baik dan reputasi Felda sebagai organisasi pembangunan tanah yang unggul di tanah air kini telah terjejas dan ia turut memberikan kesan buruk kepada aset organisasi itu sendiri. Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika membangkitkan perkara itu, bertanya kepada Perdana Menteri apakah rasional Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda. "Apakah tindakan kerajaan berikutan kenyataan beberapa penganalisis ekonomi bahawa perlantikan tersebut memberi kesan dan isyarat negatif kepada pasaran?" katanya yang juga Bendahari PAS Pusat pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Soalan tersebut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi telah dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Ketika menjawab soalan itu, Ahmad bagaimanapun tetap mempertahankan perlantikan Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru, walaupun ia jelas menafikan realiti sebenar yang berlaku kepada negara, masyarakat Felda dan pandangan pelbagai pihak terutama penganalisis ekonomi. Sementara itu, dalam perbahasan sebelum itu, Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok Suh Sim turut membangkitkan persoalan penting mengenai Perlembagaan Persekutuan dan persempadanan kawasan Parlimen. Beliau antara lain meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini demi menukar persempadan kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun). "Kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja memindah pengundi ke pusat pengundian yang jauh daripada pusat pengundian asal mereka dan mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dalam siri pilihanraya kecil yang lepas," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan