Rabu, 2 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Malaysia Boleh, Gaddafi Tak Boleh!

Posted: 02 Mar 2011 07:34 AM PST

Oleh Nurul Izzah Anwar

Kebangkitan semula demokrasi di dunia Arab menggamit imaginasi saya sekali lagi apabila berdepan rakyat Libya di pekarangan kedutaan negara itu Jumaat lalu.

Mereka melaungkan 'Malaysia Boleh, Gaddafi Tak Boleh' dengan penuh semangat, bersama kami yang turut berada di sana untuk menyerahkan memorandum menuntut agar pembunuhan rakyat Libya dihentikan oleh Muammar Ghaddafi.

Angin perubahan ini sering menjadi topik perbualan semasa dan bahan ceramah politik. Berlatarbelakangkan perjuangan rakyat yang lapar, miskin dan sengsara, lantas memaksa anak-anak muda turun ke jalan raya bagi menyingkirkan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir.

Terbaru, proses yang sama terjadi di Libya – menantikan kejatuhan Ghaddafi.

Benar, kadar pengangguran Malaysia tidak setinggi negara-negara yang mengawal ketat setiap gerak-geri rakyatnya itu. Bagaimanapun, di sebalik laungan 'Malaysia Boleh, Ghaddafi Tak Boleh', ia memberi makna yang begitu mendalam buat saya.

Walaupun terdapat perbezaan, petanda yang menjurus kepada ledakan revolusi di negara-negara Timur Tengah ada yang mirip dengan negara kita.

Ya, tidak semestinya rakyat Malaysia perlu turun ke jalan raya untuk mendesak perubahan. Namun, semestinya rakyat hilang keyakinan sepenuhnya terhadap sistem demokrasi.

Buktinya dalam pilihan raya umum lalu, RM 2.4 juta dibazirkan melalui dakwat kekal yang dibatal penggunaannya pada saat akhir. Ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam forum kelolaan Bersih 21 Januari lalu, bahawa SPR terpaksa tunduk kepada Kabinet.

Menilai SPR saja, sudah timbul tanda-tanda yang boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan dengan sistem demokrasi Malaysia. Bagaimanapun, keyakinan wajib dijana terhadap sistem demokrasi bagi membolehkan perubahan dibawa melalui sistem pilihan raya adil dan bebas.

Oleh sebab itulah saya mahu petanda-petanda seperti kebangkitan di negara Arab ini ditangani.

Malaysia lebih dahulu mengenali demokrasi berbanding negara-negara Timur Tengah. Tetapi status ini tidak memberikan makna, sekiranya hari demi hari sistem yang diperkenalkan untuk menjamin kebebasan dirosak dan dirobohkan demi mengekalkan elit pemerintah di tampuk kekuasaan.

Sama seperti negara-negara yang berhadapan dengan kebangkitan, Malaysia turut menunjukkan sikapnya sebagai negara polis. Kawalan terhadap pelbagai institusi seolah-olah seperti cengkaman kuku besi terhadap rakyat, sehingga ada yang menjustifikasikan Malaysia sebagai negara polis.

Takrif negara polis ialah sebuah kerajaan yang menekan sebarang aktiviti sosial, ekonomi dan politik dengan menggunakan polis atau institusi lain ke atas rakyatnya.

Ini berbeza dengan negara yang demokratik dengan sistem pilihan raya dan media yang bebas. Penghormatan kepada doktrin pemisahan kuasa, kesaksamaan sistem kehakiman dan kebebasan sivil dengan fungsi kerajaan bersama polis yang berkhidmat untuk melindungi warganya.

Sebagai ahli politik pembangkang, saya melihat takrifan negara polis ini melalui tindakan yang berat sebelah dan jelas memihak kepada parti pemerintah.

Pihak polis pantas bertindak ke atas mereka yang mahu berhimpun secara aman. Sedangkan, hak untuk berhimpun yang sebenarnya dijamin oleh perlembagaan langsung tidak dihormati.

Mereka yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan sentiasa takut dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan untuk menahan seseorang tanpa bicara.

Pada tahun 2008, kita dapat lihat bagaimana akta ini digunakan untuk menahan ahli politik pembangkang dan wartawan yang sewenang-wenangnya dituduh sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Malaysia tidak bersikap seperti negara polis dalam masa singkat. Kerosakan sistem ini berlaku secara beransur-ansur dan kini sudah terpahat dalam sistem pentadbiran negara. Untuk memulihkan kembali adalah satu tugas yang berat.

Bagi saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, usaha membina negara yang demokratik dan berdaya saing ialah melalui transformasi politik.

Saya sebutkan sebelum ini mengenai keperluan Dewan Rakyat untuk meluluskan Rang Undang-undang Pemulihan Demokrasi dan ia perlu mendapat sokongan termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Sekiranya Mesir yang diperintah dengan undang-undang darurat selama 30 tahun pun boleh menghapuskannya, apatah lagi Malaysia. Kita sedang menyaksikan berkuatkuasanya Perisytiharan Darurat selama 47 tahun !

Justeru, saya menyeru agar Akta Pemulihan Demokrasi yang akan menarik semula Perisytiharan Darurat disambut semua Ahli Parlimen BN yang cintakan keamanan dan kebebasan tanah air.

Ketika Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan, Almarhum menjanjikan negara ini kekal merdeka dan berdaulat berdasarkan kebebasan dan keadilan.

Serta sentiasa menjaga serta mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Negara ini bermula dengan kebebasan. Kemerdekaan dicapai dalam suasana pasukan keselamatan kita bergadai nyawa untuk menjamin kebebasan ekonomi dan politik warganya.

Marilah kita sama-sama memastikan kembali bebas tanpa perlu rakyat ke jalan raya. Hanya bersuara menerusi pilihan raya barulah laungan Malaysia Boleh itu mencapai maknanya sebenar!

Malaysia Boleh, Gaddafi Tak Boleh!

Maka Terbang Lah Najib Bersama Isteri Ke Luar Negara Lagi. Berapa Agaknya Duit Rakyat Yang Habis?

Posted: 02 Mar 2011 06:00 AM PST

Najib tiba di Canberra untuk lawatan rasmi ke Australia


CANBERRA 2 Mac — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Rabu untuk lawatan rasmi tiga hari ke Australia.

Ia merupakan lawatan kali pertama beliau ke Australia, sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009, dengan jadual yang ketat semasa di Canberra dan Melbourne.

Dalam lawatan ini, Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga para pegawai kanan.

Pesawat khas yang membawa Najib dan rombongannya mendarat di Defense Establishment Fairbain di sini pada kira-kira pukul 9.35 malam (6.35 petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad.

Turut menyambut Najib ialah Menteri bagi Perkhidmatan Awam dan Integriti, Gary Grey, yang mewakili Perdana Menteri Australia, Julia Gillard. - Bernama

KSN harus tegakkan kewibawaan Perkhidmatan Awam – kata MB Selangor

Posted: 02 Mar 2011 05:27 AM PST

SHAH ALAM, 2 Mac – Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan teguran beliau terhadap pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Khusrin Munawi dibuat begitu lantang atas keperluan menegakkan kewibawaan perkhidmatan awam negara.

Mengimbau kontroversi pelantikan Khusrin awal tahun ini sehingga Dewan Undangan Selangor terpaksa mengadakan sidang khas, Tan Sri Khalid berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan selaku ketua perkhidmatan awam sepatutnya menunjukkan tahap profesionalisme tinggi dan berkecuali dalam politik kepartian.

"Tetapi adalah sesuatu yang janggal kalau (fikiran) yang tak baik, masuk dalam kepala KSN. Beliau harus berkecuali. Jadi, sepatutnya dia mempersoalkan (kenapa) orang yang menjalankan pengurusan negeri tidak diberikan kesempatan untuk memberikan pandangan beliau mengenai pasukan yang bakal dilantik, " Khalid memberitahu TVSelangor dalam sebuah wawancara eksklusif.

" Jadi, adakah tindakan ini bermaksud perkhidmatan awam kita masih tidak tahu tentang pengurusan? Mereka yang dapat ijazah dari pengurusan sekurang-kurangnya perlu matang dalam pengurusan. Jadi saya akan tunjukkan perkara ini tidak boleh dibiarkan sahaja. Jadi saya membuat beberapa usaha supaya ini diperbetulkan," tegas Tan Sri Khalid tanpa menghurai lanjut.

Khusrin, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor diumumkan oleh Sidek sebagai SUK Selangor yang baru berkuatkuasa Januari lalu tanpa dirujuk kepada kerajaan Selangor.

Khalid dan barisan Exconya yang telah menjalankan proses temuduga untuk mencadangkan calon paling layak kepada Istana Selangor, terkejut apabila Putrajaya mengemukakan nama Khusrin untuk jawatan itu bagi mendapatkan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pelantikan Khusrin mencetuskan polemik baru mengenai pengasingan kuasa dan hak antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang mempunyai kawalan langsung ke atas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Walaupun ketegangan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri beransur pulih susulan tindakan Khalid untuk membenarkan Khusrin mengangkat sumpah menyimpan rahsia, namun persoalan mengenai tindakan KSN it terus menjadi bahan perbualan.

Tan Sri Khalid berkata tindakan KSN meminggirkan kerajaan negeri bersabit pelantikan SUK semata-mata kerana Selangor di bawah Pakatan Rakyat hanya menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan KSN untuk memantapkan sesebuah kerajaan negeri.

"Janggal jika seorang itu diberi kuasa atau tanggungjawab untuk mengendalikan sesuatu organisasi tetapi dia tidak diberikan kuasa untuk menentukan anggota pasukannya.

"Jadi sebagai CEO atau Ketua Menteri, dia sepatutnya juga diberi kesempatan untuk memilih pasukan beliau bagi mentadbir. Ini kerana kita fikir ia menyenangkan untuk menjadikan sebuah pentadbiran itu lebih berkesan," tegas Khalid.

Nah! Ambik Orang Melayu. Mana Juak Umno?

Posted: 02 Mar 2011 05:00 AM PST

Penggunaan bangsa dalam borang tertentu perlu digugurkan

PETALING JAYA, 2 Mac – Yayasan 1Malaysia menyeru agensi kerajaan serta swasta menggugurkan perkataan "bangsa" dalam borang tertentu bagi meningkatkan lagi semangat perpaduan sekali gus merealisasikan konsep 1Malaysia secara sepenuhnya.

Pengerusinya Profesor Dr Chandra Muzaffar berkata ini kerana masyarakat dilihat begitu obses dengan perkataan "bangsa" sehingga ia dianggap sebagai rintangan paling besar dalam proses tersebut.

Bagaimanapun, borang berkaitan seperti statistik jumlah penduduk, nisbah sesuatu kaum dalam perkhidmatan awam sepert polis, tentera, tidak perlu digugurkan penggunaan perkataan "bangsa" kerana data tersebut penting bagi mendapatkan maklumat yang lengkap.

"Ada beberapa jenis borang yang tidak memerlukan penggunaan bangsa kerana tidak penting pun dan ia haruslah dikaji semula dan kalau boleh dihapuskan kerana menghalang kepada kejayaan konsep 1Malaysia, bagaimanapun berkaitan kategori agama tidak akan disentuh.

"Jika ada mempertikaikan mereka akan hilang hak sekiranya penggunaan bangsa itu digugurkan, ia tidak betul kerana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan malah hak mereka akan terus terbela seperti termaktub dalam perlembagaan," katanya pada sidang media mengenai "Etnik dalam Borang – Minta Semakan di sini, hari ini.

Turut sama pada sidang akhbar itu ialah anggota Lembaga Pengarah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye dan Datuk Seri Anthony Fernandes.

Chandra berkata proses tersebut (gugurkan penggunaan bangsa) mungkin mengambil masa kerana ia bukanlah satu perkara mudah kerana pada masa sama perlu menitikberatkan sensitiviti sesuatu kaum itu.

Ketika ditanya sama ada pihaknya ada mengadakan perbincangan dengan kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan atau swasta berkaitan perkara tersebut, beliau berkata: "Ketika ini hanya bank sahaja telah menyuarakan minat untuk turut serta manakala yang lain kami akan adakan perbincangan seterusnya nanti".

"Pada 2009, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengumumkan penggunaan bangsa digugurkan dalam proses semakan kerajaan, jadi seruan kami pada hari ini adalah langkah pertama Yayasan 1Malaysia ke arah tersebut," katanya.

Dalam pada masa, beliau berkata sekolah jenis kebangsaan tidak akan menghalang ke arah merealisasikan konsep 1Malaysia kerana ia masih menggunakan kandungan pembelajaran sama dengan sekolah kebangsaan. – Bernama

Mengecam Campur Tangan Amerika

Posted: 02 Mar 2011 04:15 AM PST

1. Konflik yang berlaku di Libya sememangnya menyaksikan kezaliman pemerintahan Muammar Gaddafi apabila beliau nekad mengisytiharkan perang dengan rakyatnya sendiri. Kini angka korban telah mencecah ribuan nyawa setelah tercetusnya kebangkitan rakyat menolak kepimpinan Muammar Gaddafi baru - baru ini.

2. Berbeza dengan siri kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir, Yaman, Algeria, Maghribi, Bahrain, Oman dan Jordan, Libya berhadapan dengan campurtangan pantas Amerika yang kini telah menempatkan kapal perang dan tentera lautnya diperairan Libya. Malah PBB telah mengenakan sekatan ke atas Libya demikian juga Majlis Hak Asasi telah mengambil tindakan ke atas Libya.

3. Uniknya Libya adalah antara negara pembekal minyak yang strategik ekoran kualiti minyak yang dihasilkannya menepati sebahagian besar keperluan minyak dunia. Sejak dulu kelihatan barat sangat "cemburu"kan kedudukan Libya dan segalanya adalah dari kerana minyak.

4. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak awal mengutuk kekejaman yang dialkukan oleh Muammar Gaddafi ke atas rakyatnya sendiri serta mendesak agar Muammar segera berundur dan akur dengan desakan rakyat demi keamanan dan kesejahteraan Libya dan seluruh rakyatnya.

5. Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tegas mengecam sebarang bentuk campur tangan asing khasnya Amerika ke Libya dan keseluruh rantau negara - negara bergolak di Timur tengah dan utara Afrika. Justeru campur tangan tersebut dilihat sebagai satu pencabulan antarabangsa, menodai kedaulatan negara lain dan ia juga merupakan satu penjajahan moden yang sedang diusahakan oleh kuasa besar itu untuk menakluki daerah minyak strategik dunia.

6. Campur tangan Amerika hanya menambah rosak dasar luar negara tersebut terutama kepada negara - negara ummat Islam. Saya bimbang ia terus membina persepsi buruk dunia khasnya dunia Islam kepada Amerika dan ini akan meletakkan kesejahteraan dan keamanan dunia terus terancam .

7. Beri peluang rakyat Libya membangunkan negara mereka sendiri dan kami percaya rakyat Libya mampu mengurus kezaliman Muammar Gadaffi tanpa perlu campur tangan Amerika dan pihak asing. Dunia sewajarnya menghormati kedaulatan sesebuah negara. Biarpun negara mereka sedang bergolak, ia bukan alasan untuk pihak asing pantas menerpa untuk mencampuri urusan negara tersebut.

8. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan sokongan dunia antarabangsa agar membantah langkah yang diambil oleh Amerika yang bersikap seperti polis dunia dari terus campur tangan di rantau negara - negara bergolak itu lantaran ia bakal merumitkan lagi keadaan pergolakan dalaman yang berlaku khasnya di Libya.

9. Dunia boleh mengambil pelajaran atau iktibar dari campur tangan Amerika di Iraq dalam krisis menjatuhkan Saddam Hussain dan Kuwait sebelumnya sewaktu perang Teluk. Sehingga hari ini, daerah - daerah itu tidak aman dan Amerika sehingga kini masih bertapak kukuh di Iraq dan Kuwait walaupun telah mengisytiharkan pengunduran sistematik kononnya.

10. Tindakan Amerika yang disedari umum bahawa mereka "mudah masuk tetapi payah hendak keluar" adalah suatu yang tidak boleh dibenarkan berleluasa. Keamanan dunia akan tergugat dan Amerika akan terus hilang hormat di mata dunia antarabangsa biarpun mereka berkuasa. Malah tidak Mustahil pada suatu masa kelak, kebangkitan rakyat akan meletus dari dalam negara Amerika sendiri kerana membantah dasar luar yang sering dan gemar mencampuri urusan negara lain.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Jangan terpengaruh janji PM - Mazlan

Posted: 02 Mar 2011 03:59 AM PST

Harakahdaily

TEMERLOH, 2 Mac: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman menasihatkan pengundi di Kerdau khususnya yang tinggal di tanah-tanah rancangan Felda supaya tidak terpengaruh dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sewaktu musim pilihan raya.

Kata beliau, apa yang diumumkan oleh Najib sewaktu datang mengunjungi Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau beberapa hari lalu hanyalah gula-gula pilihan raya yang belum tentu akan ditunaikan.

Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau akan berlangsung 6 Mac ini.

"Ini bukan kali pertama Najib berjanji kepada masyarakat Felda, semasa PRK Parlimen Ulu Selangor, tahun lalu beliau berjanji untuk menyelesaikan isu perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto, Gedangsa dan Sg Tengi.

"Malah dibuat majlis pecah tanah dengan memanggil para peneroka datang, tetapi setelah hampir setahun berlalu adakah janji tersebut dikotakan?, tanyalah anak muda di sana adakah mereka mendapat rumah," kata beliau.

Kata Mazlan, Perdana Menteri juga pernah berjanji ketika PRK Tenang bulan lalu apabila meg mumkan 500 lot tanah kepada generasi kedua di Felda Cemplak, Cemplak Barat dan Felda Tenang.

"Hingga hari ini tanda-tandanya pun tiada," tambah beliau dalam sidang akhbar di Markas PAS Kerdau hari ini.

Kata Mazlan, apabila habis pilihan raya nanti, biasanya pemimpin- pemimpin Umno yang ini akan senyap sepi dan melupakan janji-janji mereka.

Katanya, sekiranya pemimpin Umno itu ikhlas mahu membantu, para peneroka atau generasi ke dua Felda hari ini sedang menikmati segara bantuan - bantuan atau rancangan kerajaan ke atas mereka, bukan baru mendengarnya dari mulut pemimpin.

Contohnya kata Mazlan isu perumahan generasi kedua Felda yang telah lama dibangkitkan tetapi tidak pernah di beri perhatian.

"Saya sendiri pernah mengetuai satu rombongan bertemu dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan pada tahun 2009 untuk berbincang masalah perumahan generasi kedua ini dan menyerahkan memorandum.

"Tetapi sampai hari ini tidak ada apa-apa tindakan yang menggembirakan generasi kedua dilakukan oleh Adnan," ujar beliau.

Baru-baru ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan ketika datang berkempen di Jengka 22 dan 23 turutmembangkitkan lagi isu perumahan generasi kedua dengan mencadangkan supaya anak-anak peneroka mohon tanah dengan Kerajaan Negeri.

Justeru Mazlan menyifatkan kenyataan itu hanya permainan politik pemimpin Umno untuk meredakan kemarahan anak-anak muda Felda.

Dalam perkembangan lain, Mazlan hari ini menyahut cabaran dialog berkenaan isu Felda yang dikemukakan oleh Ahmad Maslan Januari lalu.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan anggota Anak dan bersetuju untuk bertemu Ahmad Maslan.

"Maklumkan masanya, kami dari Anak akan datang," katanya.

Menurut Mazlan, beliau akan datang bersama 20 anggota anak untuk membangkitkan 50 isu berkaitan Felda.

"Saya harap kali ini beliau tidak akan berdolak dalik lagi," ujar Mazlan.

Ahmad Maslan sebelum ini pernah mengemukakan cabaran dialog secara tertutup terhadap Mazlan ketika berkempen dalam PRK Tenang bulan Januari lalu sebagai reaksinya kepada Mazlan yang mencabarnya berdialog secara terbuka.

Kata Ahmad beliau mencadangkan dialog tertutup kerana isu Felda memerlukan masa yang lama untuk di bincangkan.

PAS beri tepukan untuk menteri k'jaan BN

Posted: 02 Mar 2011 02:30 AM PST

Jimadie Shah Othman

Ceramah PAS di Kerdau malam tadi memberikan 'penghormatan' dan tepukan kepada menteri yang didakwa "paling jujur" dalam kerajaan BN, sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.

Tepukan sebahagian daripada kira-kira 500 hadirin di Desa Murni kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala itu diberikan atas permintaan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu.

"Kalau kita beri (undi) pada Umno lagi, Malaysia akan bankrap, (bankrap) seperti yang dikatakan oleh menteri yang paling jujur, Idris Jala. Tepukan pada Idris Jala," kata Mohamad (kiri) yang berhujah tentang 'kelemahan' pentadbiran kerajaan BN.

Idris pada 27 Mei tahun lalu berkata, hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Berceramah di Kerdau malam tadi, penceramah popular PAS yang amat kelakar itu juga secara khusus menyentuh pentadbiran BN yang didakwa bakal menjadikan Pahang bankrap.

Katanya, jika dibanding dengan prestasi kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor yang di kedudukan pertama dan kedua terbaik menurut Laporan Audit Negara sebelum ini, kedudukan Pahang di tempat terakhir amat memalukan.

"Menurut Laporan Audit negara, negeri paling teruk, Pahang. Malunya aku," katanya sambil membuat muka hodoh dan ketawa besar, menyebabkan penonton turut terbahak-bahak.

Beliau juga secara sinis mengkritik sebahagian pengundi yang masih percaya bahawa "Umno itu pembangunan dan pembangunan itu Umno".

Pemimpin DAP turun padang

"Di Kelantan PAS perintah, ada jalan raya? (Penonton jawab: Ada) Tak ada! Fasal di kelantan tak ada Umno. Umno kalah di Kelantan. Sampai Kota Bharu, naik kereta lembu. Di Kelantan ada hospital? Tak ada, kalau sakit panggil bomoh.

"Di Kelantan ada balai polis? Tak ada, kalau bergaduh panggil tok penghulu," katanya yang tak henti-henti berjenaka sepanjang ceramah 45 minitnya itu.

Berurcap dalam majlis yang sama sebelum itu, dua pemimpin DAP Anthony Loke (ketua pemuda) dan exco kerajaan Selangor Ronnie Liu. Ceramah itu merupakan yang pertama disertai DAP setelah empat hari berkempen.

Sebelum ini 'kegagalan' DAP dan PAS turut berkempen lebih giat mengundang pertanyaan media, terutamanya kepada naib presiden PAS dan pengarah pilihan rayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim kelmarin menafikannya dan mendakwa jentera DAP turut terlibat tetapi mungkin tidak dikenali kerana memakai baju PAS.

Dalam ucapannya, Ronnie menerangkan kepentingan pengundi Kerdau memilih calon PAS sebagai permulaan supaya wujudnya sistem dua parti di Malaysia dan supaya rakyat menjadi "bos" sebenar.

"Sekarang dalam pilihan raya kecil kita jadi bos. Tak minta pun dia (BN) bagi. Tetapi selepas itu, dialah yang jadi bos," katanya.

Manakala Anthony pula mengambil peluang menegaskan bahawa DAP bukanlah parti anti-Melayu dan Islam, seperti yang telah disepakati dalam perjanjian ketiga-tiga parti dalam Pakatan.

PRK Merlimau: Kenderaan penyokong Pakatan dirosak

Posted: 02 Mar 2011 02:00 AM PST

MERLIMAU: Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dicemari beberapa perbuatan khianat membabitkan perbuatan merosakkan kenderaan penyokong Pakatan Rakyat.

Dalam kejadian terbaru, cermin dua buah kereta dipecah, tayar motorsikal dipancitkan dan tempat kunci dua lagi motorsikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat semalam, lapor laman web dalam talian, Malaysiakini.com.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari berkata, kenderaan berkenaan dirosakkan di Jalan Pahlawan, lokasi ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah seorang mangsa, Nor Azhanizam Azmi berkata beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai ceramah tersebut. Cermin kereta itu mempunyai pelekat gambar Muryidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau penyokong Pakatan Rakyat.

Saksi kejadian juga memberitahu, polis dilihat merakam kenderaan yang dirosakkan dan terdapat anggota polis yang ramai pada malam berkenaan. Kejadian ini merupakan susulan dari beberapa kejadian yang sama, seperti berlaku pada seorang penduduk apabila cermin keretanya dipecah di hadapan bilik operasi Dap baru-baru ini.

Sebelum ini, sebuah pentas yang didirikan Dap turut dilaporkan musnah, dipercayai angkara perbuatan khianat. Manakala ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat juga sering diganggu dengan kumpulan remaja bermotorsikal, dipercayai diupah Pemuda Umno untuk membuat kacau.

Naib Presiden Pas, dalam sidang media hari ini dilapor berkata, Pas tidak keberatan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Melaka sekiranya gangguan itu berterusan.

"Kita sedang memberi perhatian untuk bertemu dengan pihak polis. Kita lihat sehingga malam ini, jika gangguan dan perbuatan khianat masih berterusan, kita tak keberatan untuk bertemu pihak polis bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

SPR berat sebelah, paksa turun bendera di bilik Gerakan KEADILAN

Posted: 02 Mar 2011 01:30 AM PST

MERLIMAU: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaksa Wanita KEADILAN menurunkan bendera parti di bilik gerakan Permatang Serai dilihat berat sebelah, kata ketuanya, Mahani Misban.

"SPRM datang dengan polis dan memaksa kami menurunkan bendera parti kerana mendakwa KEADILAN tidak bertanding.

"Kami Wanita pertahan mengatakan bahawa bilik gerakan yang memuatkan lebih kurang 30 orang itu adalah milik persendirian yang disewa khas. Ekoran itu timbul pertengkaran mulut antara SPRM dengan Wanita," kata Mahani.

Ketika bercakap kepada Keadilandaily, Mahani tidak menolak tindakan SPRM dan polis itu atas arahan kerajaan Umno.

"Saya pasti mereka hanya mendengar arahan Umno sebelum membuat serbuan ke rumah ini. kami turut menjelaskan kepada mereka yang Wanita tahu undang-undang pilihan raya dan rumah yang disewa adalah milik persendirian.

"Selepas mendengar penjelasan daripada kami, pihak SPRM dan polis mula beredar kerana mengakui perkara tersebut tidak salah," katanya.

Sementara itu beliau juga menyuarakan kekesalan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana sanggup menampal poster dan kain rentang berbentuk penghinaan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

"Poster-poster tersebut digantung berhampiran tempat ceramah Anwar malam tadi yang menimbulkan ketidaksenangan penyokong. Tapi SPRM hanya menurunkan poster dan kain rentang selepas dapat laporan daripada kami, agaknya kalau kami tidak lapor, mereka buat tidak tahu sahaja," ujarnya.

Bob Lokman akui pernah diupah ganggu ceramah PAS

Posted: 02 Mar 2011 01:03 AM PST

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 2 Mac: Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS, Bob Lokman, mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf.

Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.

"Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.

"Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf," ujarnya.

Penulis lirik lagu terkenal seperti "Isabela" dan "Pada syurga di wajahmu" itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.

"Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila meninggalkan dunia glamour itu. Saya dihentam dengan tindakan sendiri.

"Ketika ini barulah saya mula terasa satu cabaran. Kalau tidak hidup saya happy tanpa merasakan sesuatu yang perlu diberi perhitungan," kata cicit kepada tokoh Islam terkenal tanah air, Tok Kenali itu.

Bob menyertai PAS secara rasmi ketika menyerahkan borang keahlian semasa program Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah bulan lalu.

Mengenai pergaulan barunya, Bob kerkata beliau nampak dalam PAS tidak ada protokol sangat.

"Semasa saya bergaul dengan orang Umno dulu, pemimpinnya jangan kata nak duduk di kalangan orang ramai, tempat nak sembahyang pun nak tempat elit... kecualilah bila tiba musim PRK macam ni," tambahnya disambut gelak ketawa pendengar.

Mengenai masa depannya, Bob berkata beliau kini dalam proses belajar ilmu-ilmu agama dan bercita-cita untuk menjadi pendakwah pada masa depan.

Sebab saya percaya golongan muda mahukan Islam, sebab jiwa mereka mahukan keadilan, kebaikan dan kebebasan. Tetapi mereka tak faham tentang keadilan Islam atau tak diberitahu tentang kebaikan dan kebebasan dalam Islam."

Nasir Zakaria: Himpunan Bersih 500K akan disambut

Posted: 02 Mar 2011 12:30 AM PST

Nasir Zakaria

Sekonyong-konyong terbit arahan terbaru Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia; Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan himpunan terbesar dalam sejarah Negara Malaysia Moden. Saya berada di Kuala Lumpur ketika tempias reformasi Indonesia merembat keluar ke Malaysia.

Kejatuhan Suharto hampir sempena pemecatan Anwar menggerakkan massa yang luar biasa. Kerajaan BN buat kesekian kali tergugat. BN Terengganu hilang kuasa, BN Kelantan merana pada PRU 99.

BN kembali kukuh 2004. Himpunan Bersih 10 November 2007, membangkitkan rakyat dari lena. PRU 2008, BN makin goyah.

Rakyat mula sedar kesilapan terlalu lama mengekalkan BN di tampuk kuasa. Rakyat lihat perubahan besar sikap pemimpin pasca PRU 2008.

2011 tanggal 19 Februari, sekali lagi massa digerakkan. Kali ini belia dan golongan muda. 30 ribu dipandang sukar buat kami untuk himpunkan seramai itu pemuda.Tanpa wang, duit minyak kecuali makan. Mereka perlu membayar yuran.

Namun, kita merancang, tuhan menentukan. Bukan setakat 30 ribu, malamnya dikira lebih ramai. Anggarannya 40 ribu. Saya saksikan dari atas pentas deretan manusia.Saya pengerusi pada siangnya. saya tahu dan saksikan dari atas pentas pada malamnya.

Noktah Satu: Pemuda Kedah akan sambut arahan itu. Kami akan gembeling tenaga massa untuk berada di medan bersejarah Merdeka Square. Ia adalah arahan yang be'roh'kan demokrasi. Menuntut hak rakyat. Sesuai dengan ta'rifnya "Dari rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat". Ia ada semangat keadilan. Antara teras ajaran Islam.

Noktah Dua: Tetiba tanpa ribut dan taufan, Ketua Pemuda Umno Kedah bersuara di dalam Sinar Harian Edisi Utara bertarikh 1 Mac 2011. Tajuknya ganas dan anti demokrasi. Himpunan 500K Bersih 2 yang bakal kami adakan itu diselar oleh Ketua Pemuda Umno Kedah Sdr Badrul Hisham Hashim. Saya Ketua Penerangan Pemuda PAS kedah. Amat tidak wajar saya berdiam.

Wartawan beberapa akhbar menghubungi saya. "Bagila sikit ustaz" kata salah seorang. Seorang teman tanya pandangan. Baik, saya perlu tanya pemimpin pemuda Umno itu, adakah beliau buta demokrasi… adakah perhimpunan itu melanggar prinsip demokrasi. Kalau ya, kenapa UMNO juga berdemontrasi. Adakah beliau takut dengan demontrasi oleh ahli beliau sendiri di hadapan Pejabat Umno Negeri.

Saya dan rakan-rakan bimbang kenyataan beliau itu lahir dari pemimpin pemuda yang berada di dalam sebuah parti yang SUDAH MATI DEMOKRASINYA. Pemimpin lahir dari golongan kaya dan berharta. Ahli boleh dibeli dan dijual.

Noktah Tiga: Adakah beliau pernah memiliki mahupun memahami Perlembagaan Malaysia. Cuba baca dan faham. Ada dua andaian saya. Pertama beliau tidak faham. Kedua beliau MENENTANG perlembagaan dan semangatnya. Kedua-duanya adalah amat malang bagi pemimpin pemuda seperti beliau. Ketika Negara melangkah kehadapan, ada pemimpin yang berfikiran kebelakang. Ketika pemuda PAS bangun membina negara dengan segala upaya, adapemimpin pemuda BN yang cuba meruntuhkannya.

Noktah Empat: Adakah kenyataan beliau kepada media menunjukkan ketakutan yang luarbiasa pemuda UMNO kepada remaja yang menolak mereka. 30 ribu angka yang menggerunkan. Mereka adalah duta penerangan Pemuda PAS. Ketika UMNO sibuk dengan Gelombang Merah, pemuda PAS tanpa gelombangpun menghimpunkan 30 ribu. 100 ribu kuasa rakyat, lima negeri tumbang, majoriti Dewan Rakyat ternafi. Andainya 500 ribu, berapa negeri akan tumbang? Jutaan rakyat Mesir berkumpul dalam himpunan paling aman, rejim HosniMubarak TINGGAL SEJARAH!!

Noktah Lima: Ketua Pemuda Umno mendabik dada mengatakan kerajaan BN mengamalkan ketelusan dalam demokrasi. Sejarahny akerajaan BN ada azam. Usai Himpunan Bersih 2007, SPR ada komitmen untuk penggunaan dakwat kekal. RM 4 juta wang rakyat dibazirkan. Menjelang PRU 2008,ia menjadi bahan ketawa. Ada komitmen untuk bersihkan
himpunan_30k.jpg

pendaftaran pemilih,meeberi kelayakan automatic kepada rakyat yang cukup umur, sampai sekarang ia hanya impian. Berkenaan pengundi pos…jangan cakap la, pengakuan saksi-saksi yang kita boleh kemukakan yang diarah memangkah BN atau tidak pernah berpeluang memangkah kertas undi. Kebebasan media? Cukuplah saudara Ketua Pemuda UMNO Kedah…

Noktah Enam: Dakwaan paling memualkan dimuntahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah apabila beliau menyebut tentang BN tidak pernah mengenepikan kepentingan rakyat. Skandal Scorpene, PKFZ, APCO,Pembelian jet tanpa enjin dan deretan senarai kecurangan itu menunjukkan ketelusan UMNO…?. Ketika dunia memerhatikan kepalsuan dakwaan itu, beliau membuat dakwaan bercanggah?

Ketika pengkhianatan termasuk kepada Bangsa Melayu,agama dan Negara dilakukan berterusan.Saham-saham bumiputera berpindah tangan daripada kroni kepada bangsa asing, kuasa beli bumiputera semakin melemah, biasiswa seperti dijamin perlembagaan kepada bumiputera dihapus dan pelbagai krisis dimunculkan hasil pemerintahan 53 tahun pemerintahan BN.

Saudara lihat sahaja kampong halaman saudara, PadangTerap, mahu saya bongkarkan senarai panjang penyelewengan, salahgunakuasa parti saudara. PPSMI yang membodohkan kaum kerabat saudara yang diperkenalkan oleh BN. Saudara tahu berapa ramai pelajar Padang Terap yang menjawab peperiksaan dalam bahasa Inggeris.. saudara tahu krisis social dan akhlak.. saya ada rekod dan bersedia buat kali kedua berdebat dengan saudara.

Noktah Tujuh: Beliau menyebut tentang niat kami berhimpun dan menggunakan isu-isu yang mewujudkan suasana yang
logo_30k.jpg

tidak tenteram. Beliau "menasihatkan" pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. Saya ingin tegaskan, tindakan BN yang menyalahgunakan demokrasilah yang mewujudkan tindakan tidak tenteram .Laksanakan demokrasi yang sebenar,dan kami tidak perlu berhimpun pun. Selesaikan tuntutan itu dan kamu jatuh dengan aman.. tanpa perlu kamu gerun lihat kami berhimpun.

Saya juga ingin bertanya, sejak bila beliau menjadi "penasihat" pihak berkuasa. Adakah beliau maksudkan pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia? Adakah beliau tidak yakin dengan Polis, atau beliau sedang memberi arahan kepada pihak Polis. Pihak Polis tahu apa yang perlu dilakukan.

Noktah Enam: Ketua Pemuda UMNO perlu senaraikan janji-janji yang dikatakan Pakatan Rakyat belum selesaikan. Sa a berlapang dada dan mari kita sama-sama bina Negara dan negeri ini.
----------------------------------------------------------------
YB Mohd Nasir Zakaria adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah

Rekod buruk Petronas mungkin babitkan aliran wang haram- Azan Ismail

Posted: 02 Mar 2011 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail melahirkan kebimbangan berlaku penyelewengan yang besar membabitkan Syarikat Petroliam Nasional (Petronas) dan kaitannya dengan aliran wang haram.

"Saya mengesyaki perkara ini dah lama. Saya bimbang berlaku penyelewengan Petronas, malah mungkin merupakan yang terbesar di dunia. Ini berdasarkan laporan Global Financial Integrity (GFI) yang mencatatkan kadar pengeluaran wang haram sebanyak RM888 bilion dalam tempoh 9 tahun.

"Perkara ini hanya berlaku pada industri besar seperti syarikat petroleum dan gas," ujarnya kepada Keadilandaily.com

Beliau berkata demikian mengulas laporan bahawa petronas mencatatkan prestasi buruk dalam satu kajian antarabangsa mengenai ketelusan dan pendedahan awam yang membabitkan kajian ke atas 44 syarikat minyak dan gas seluruh dunia.

Menurutnya, sesebuah syarikat besar seperti Petronas yang turut menjalankan usahasama dengan syarikat luar, peluang untuk berlaku penyelewengan begitu mudah dengan berlakunya amalan 'kickback'.

'Kickback' ialah satu istilah pembayaran rahsia secara haram yang dibuat untuk mendapatkan pulangan dalam sesuatu urusniaga atau kontrak.

"Misalnya kerjasama antara Petronas dan syarikat luar dalam kontrak carigali. Projek carigali lebih mudah dibuat dengan syarikat minyak besar seperti di Amerika.

"Katakan harga kontrak yang diletakkan adalah RM100 bilion, tetapi dinaikkan sehingga RM200 bilion. Lebihan RM100 bilion lagi dipulangkan kembali kepada syarikat tempatan yang ada kaitan dengan Umno. Ini dipanggil kick back. Kemudian syarikat ini akan kata berlaku kerugian dari segi tukaran mata wang asing dan sebagainya," ujarnya.

Menurut Azan, amalan tersebut memang biasa berlaku di mana-mana negara di seluruh dunia terutama dalam industri besar yang berkaitan petroleum dan gas.

Apatah lagi katanya, laporan kewangan Petronas tidak pernah didedahkan kepada umum dan hanya diserahkan kepada seorang individu iaitu Perdana Menteri.

Baru-baru ini, laporan Transparency International (TI) dan Revenue Watch Institute (RWI), Petronas menunjukkan prestasi buruk dalam tiga sektor kajian yang dijalankan.
Ia berhubung 'laporan program anti-rasuah', 'pendedahan organisasi' dan 'pendedahan peringkat negara untuk operasi antarabangsa.' Markah yang dicatatkan Petronas adalah 30, 38 dan kosong peratus, berbanding skor purata pada 43, 65 dan 16 peratus.

Petronas disenaraikan di bawah 25 peratus daripada 20 syarikat antarabangsa dan 24 syarikat minyak kebangsaan yang dikaji.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendedahkan skandal aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.

Berdasarkan laporan badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) mencatatkan Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sepanjang tempoh tersebut.

Dulu puja Bob Lokman, kini cuba hina pula

Posted: 01 Mar 2011 11:30 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media memburukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik.

Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau.

Laporan tersebut antara lain menyebut PAS tidak serius dalam kempen di Kerdau sehingga menggunakan artis dan menyiarkan visual petikan Bob Lokman sedang menyanyikan sebuah lagu di ceramah PAS.

"Dulu TV3 puja Bob Lokman, tapi setelah dia masuk PAS, kita tengok mereka cuba hina pulak.

"Bob memang dalam bidang seni, jadi dia gunalah kebolehan dia untuk sedarkan rakyat kembali kepada kebenaran melalui cara seni, tapi TV3 tak siar penuh ucapan dia," katanya kepada Harakahdaily.

Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu ketika perogram Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS, anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedah.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Sejak berita Bob Lokman menyertai PAS tersebar secara meluas, beliau kini sering dijemput berceramah dalam program anjuran parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita harap Bob teruskan perjuangan, dan kita yakin ramai lagi artis akan berada di pentas Pakatan Rakyat pada masa akan datang," katanya.

Tempoh diskaun saman dipanjangkan ke 10 Mac

Posted: 01 Mar 2011 11:15 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai semalam hingga 10 Mac ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan di Putrajaya hari ini. — Bernama

Anwar bawa dokumen bukti hubungan Apco-Israel

Posted: 01 Mar 2011 11:00 PM PST

MERLIMAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 – bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Ketua Umum KEADILAN itu turut membaca satu perenggan sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.

Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.

Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R Sivarasa (KEADILAN- Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.

Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.

Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.

Malah, gaya beliau membuat pengumuman penurunan harga petrol mencuit hati hadirin yang menggamatkan suasana dengan bersorak, dikuti laungan takbir.

Selain Anwar, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut menyampaikan ceramah.

Penipu atau tidak, hanya Rosmah tahu kebenarannya – Zuraida

Posted: 01 Mar 2011 10:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansur sekarang berhadapan tekanan dan ketakutan melampau apabila pekungnya saban hari didedahkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mengulas demikian sebagai respon berhubung kenyataan isteri Perdana Menteri (PM) itu yang dilapor media baru-baru ini bertajuk: "Rosmah: Adakah saya kelihatan seperti penipu?".

Ahli Parlimen Ampang itu juga menyifatkan kenyataan Rosmah tersebut keterlaluan sekaligus menunjukkan beliau berbangga terhadap perlakuannya sendiri.

"Secara statistik kebanyakan penipu, pembunuh, pengebom mahupun perogol tidak kelihatan seperti seorang penjenayah sekalipun. Kebanyakannya berperwatakan mesra dan penampilan yang boleh dipercayai, sebelum akhirnya segalanya didedahkan," kata Zuraida kepada Keadilan Daily.com dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Zuraida turut mengemukakan bukti yang mampu menjawab pertanyaan Rosmah bahawa adakah beliau seorang penipu.

Menurut Zuraida, persoalan Rosmah itu terjawab apabila tiga wanita Sarawak pada Mac tahun lalu menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM bagi bersama membela hak wanita dan kanak-kanak kaum itu yang dianiyai dan menjadi mangsa rogol pembalak yang tidak bertanggugjawab.

"Jelas, respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah ini.

"Saya juga persoalkan mengapakah peruntukan yang terlalu melampau, iaitu sebanyak RM24 juta boleh diluluskan buat Sidang Kemuncak "Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok" pada program Sidang Kemuncak Wanita Pertama 2010 Oktober lepas, walhal masalah Penan ini tidak diselesaikan lagi.

"(Sedangkan) Peruntukan RM24 juta yang dibazirkan itu mampu digunakan untuk membina lebih 50 sekolah di kampung-kampung luar bandar Sarawak dan mampu digunakan selama 20 tahun buat tujuan pendidikan kanak-kanak di negeri itu," katanya.

Beliau juga menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Program Permata Negara dapat disalurkan sebahagiannya kepada Kumpulan Sokongan Penan khasnya bagi tujuan pendidikan anak-anak kaum itu dan anak-anak Sarawak amnya.

Justeru, beliau mendesak kedua-dua dana 'istimewa' ini disiasat bagi mendapatkan ketelusan pengalirannya.

"Sama ada benar Rosmah seorang penipu atau tidak, hanya yang dia tahu kebenarannya," kata Zuraida.

Tutup bilik gerakan: SPR, polis jangan jadi boneka UMNO-BN – AMK

Posted: 01 Mar 2011 10:00 PM PST

SHAH ALAM: Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia tidak menjadi boneka UMNO dan Barisan Nasional dengan mengamalkan sikap pilih kasih pada pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau.

"Kepada SPR dan polis, saya nasihatkan supaya jangan jadi boneka Umno dan Barisan Nasional. Jadilah badan yang benar-benar bebas dan berlaku adil kepada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada amaran SPR dan polis yang meminta AMK menutup bilik gerakan mereka di Felcra Rumpun Makmur di Kerdau. Amaran tersebut dikeluarkan SPR dalam Berita Perdana TV1 semalam.

Mengulas lebih lanjut, Azmizam berkata AMK tidak akan berganjak dan terus berkempen bagi pihak Pakatan Rakyat. Ini kerana Umno dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) turut berkempen dan menggunakan bendera mereka sendiri walau pun hakikatnya, calon yang diperturunkan datangnya daripada Barisan Nasional.

Tegas beliau, jika benar semua pihak tertakluk kepada peraturan pilihan raya yang sama, seharusnya hanya lambang dacing sahaja digunakan BN.

"AMK juga tidak akan menurunkan bendera KEADILAN seperti diarahkan SPR kerana kononnya KEADILAN merupakan parti yg tidak bertanding.

"Kenapa bendera UMNO (lambang keris), KIMMA dan lain-lain boleh digantung sedangkan dari sudut teknikalnya yg bertanding ialah BN (lambang dacing)? Maknanya hanya lambang dacing saja boleh digantung," kata Azmizam.

Menurut Azmizam, AMK juga akan mengambil tindakan terhadap pihak polis jika mereka gagal mengenalpasti mana-mana pihak yang merosakkan peralatan serta bendera KEADILAN sepanjang kempen pilihan raya ini berlangsung.

"Sebagai anggota polis sila pastikan keselamatan bendera kami dan sekiranya bendera tersebut hilang kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang dan menuntut gantirugi terhadap PDRM kerana gagal mengawal keselamatan peralatan kempen pilihanraya kami," kata Azmizam.

Berapa nilai dandanan rambut Rosmah?

Posted: 01 Mar 2011 09:45 PM PST

MERLIMAU: Wang yang diboros pimpinan Umno Barisan Nasional (BN), khususnya Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mampu membaiki kehidupan rakyat bawahan, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Beliau berkata, pembaziran yang dilakukan suami-isteri itu melampau, sekaligus memberi gambaran betapa mereka tidak mempeduli kesengsaraan rakyat yang kian hari dihimpit kenaikan pelbagai harga barangan.

"Pemborosan Najib dan Rosmah, kalau diagih kepada rakyat, macam-macam boleh dapat," katanya ketika berceramah di Merlimau Pasir, malam tadi.

Beliau merujuk kepada gelagat Najib dan Rosmah yang berbelanja RM4.5 juta untuk sidang Wanita Kemuncak Pertama selama tiga hari dan lawatan Perdana Menteri yang mencecah perbelanjaan RM8.7 juta bagi 42 lawatan ke luar negara.

Malah, Abdullah berkata, kedua-dua orang kenamaan itu dikatakan berbelanja mewah dengan menghabiskan RM100,000 bagi penginapan hotel mewah di Dubai hanya untuk semalaman.

"Entah berapa pula nilai dandanan rambut Rosmah," katanya, disambut gelak ketawa kira-kira 3,000 penduduk tempatan yang mengikuti ceramah itu.

Lantaran itu, beliau mengajak pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau melakukan perubahan dengan menolak Umno BN pada pilihan raya kecil itu, jika tidak mahu pembaziran wang rakyat berlarutan.

Tiada jaminan harga minyak kekal

Posted: 01 Mar 2011 09:37 PM PST

TENOM: Tiada jaminan harga minyak ketika ini tidak akan dinaikkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) termasuk selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), kata Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Datuk Halik Zaman.

"Memanglah Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak berani cakap hari ini (kerajaan) tidak akan menaikkan harga minyak petrol, tetapi beliau tidak berani bagi jaminan bahawa harga minyak juga tidak akan naik selepas PRU 13," kata Halik dalam satu taklimat kepada ahli baru KEADILAN di Tenom hujung Februari lalu.

Beliau yang memegang portfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat KEADILAN di negeri itu mengulas keputusan kerajaan Persekutuan bahawa tiada kenaikan harga minyak buat masa ini.

Keputusan itu diumum Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 25 Februari lalu.

Memetik laporan media, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan buat masa ini tidak ada cadangan untuk menaikkan harga petrol RON95.

"Kita akan memantau…bermakna saya tidak boleh hendak kata apa-apa dari segi pada masa akan datang. Saya kata buat masa ini, kita (kerajaan) tidak ada cadangan untuk menaikkan harga minyak (RON95)," katanya dipetik.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 Februari lalu mengumumkan harga semasa bagi petrol RON95 pada RM1.90. Harga ini meningkat lima sen pada Disember lalu.

Mengulas lanjut, Halik yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tenom berkata, tindakan kerajaan yang sehingga kini enggan menurunkan harga minyak membuktikan kepimpinan Umno BN berterusan menzalimi rakyat yang majoritinya kekal di paras kemiskinan di negara ini.

"Pimpinan Umno BN mesti faham kos sara hidup di pedalaman begitu tinggi dan tiada sebarang usaha dari kerajaan Persekutuan untuk menurunkannya kerana mereka tidak merasai apa (kesusahan) yang rakyat rasakan," ujarnya kepada Keadilan Daily.com.

Halik dalam majlis itu turut menyentuh berhubung isu hak tanah adat di daerah itu yang sehingga kini gagal diselesaikan kerajaan negeri.

Parlimen Tenom dikategorikan sebagai kawasan pedalaman dan pada PRU lalu, kawasan itu dimenangi seratus peratus Umno BN.

Namun, sejak Halik menerajui Cabang tersebut, beratus-ratus penduduk di kawasan itu kian berani meninggalkan Umno BN untuk bersama KEADILAN.

Setakat Januari lalu, seramai 383 ahli Umno BN sudah menyertai KEADILAN dan jumlah itu bakal bertambah dari semasa ke semasa.

1,086 kakitangan awam bankrap, ramai pikul hutang

Posted: 01 Mar 2011 09:29 PM PST

PUTRAJAYA, 1 Mac — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata pada tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam, dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Justeru Liew berkata taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam bagaimana untuk menangani isu-isu berkaitan dengan hutang dan kebankrapan.

Beliau berkata ia juga bagi memberi penerangan mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang telah diluluskan oleh Parlimen tahun lepas dan telah mula dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun yang sama, serta taklimat mengenai Bantuan Guaman untuk penjawat awam.

"Ahli-ahli Cuepacs yang berpendapatan kurang dari RM25,000 setahun boleh mendapat perkhidmatan guaman percuma daripada Jabatan Bantuan Guaman dalam kes-kes seperti petisyen perceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian, hak penjagaan anak dan lain-lain masalah kekeluargaan.

"Sekiranya pendapatan lebih RM25,000 tetapi tidak lebih RM30,000 mereka hanya akan dikenakan bayaran minimum," katanya. — Bernama

Gambar Menarik Bob Lokman Bersama Ustaz Azhar Idrus

Posted: 01 Mar 2011 08:00 PM PST

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/188331_155034331221194_100001438834797_313696_1510809_n.jpg

PRK Merlimau – tiga strategi PAS mencipta kemenangan

Posted: 01 Mar 2011 07:00 PM PST

Kerusi N.27 Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ahli Exco Negeri Melaka dari Umno-BN pada 20 Januari lepas. Justeru suatu pilihan raya kecil (PRK) terpaksa diadakan pada 6 Mac nanti, iaitu PRK yang pertama di Melaka yang menjadi titik penting bagi Pakatan Rakyat membaiki kelemahan selepas kekalahan di PRK Tenang. Malah turut penting buat kerajaan BN Melaka selepas diisytiharkan Melaka Maju 2010.

PRK lepas

Setakat ini SPR telah mengendalikan 14 PRK dengan yang pertama pada 26 Ogos 2008 (Parlimen Permatang Pauh) dan terakhir 30 Januari lalu (DUN Tenang). Namun PRK Merlimau ini agak uniknya kerana bersekali dengan Dun Kerdau yang juga kematian Adunnya pada petang 12 Februari 2011. Setakat ini, PRK yang serentak adalah melibatkan Bukit Gantang yang bersekali dengan Bukit Selambau dan Batang Ai (7 April 2009), dan juga Manek Urai yang bersekali dengan Batu Sapi (4 November 2010). Ini bermakna PRK Merlimau adalah ke-15 dan Kerdau ke-16.

Sehubungan itu, PRK yang diadakan sebahagian besarnya disebabkan kematian wakil rakyatnya. Sebanyak 13 PRK yang melibatkan kematian, iaitu parlimen Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi, dan dun Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Galas, Tenang dan Merlimau serta Kerdau. Sementara itu, terdapat tiga PRK kerana perletakan jawatan wakil rakyatnya, iaitu parlimen Permatang Pauh, dun Penanti dan dun Bukit Selambau.

Merlimau kubu BN

Pada PRU 2008 dan juga beberapa pilihan raya sebelumnya, keputusannya sentiasa berpihak pada BN. Pada tiga pilihan raya terakhir, pengaruh oposisi hanya meraih sokongan 31 peratus (1999), 19 peratus (2004) dan 36 peratus (2004). Rekod sokongan itu mengesahkan BN kuat dan oposisi belum berupaya.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum lepas (ke-12) pada 8 Mac 2008, PAS hanya mengulangi capaian undi di bawah 42 peratus di setiap daerah mengundi. Berikut adalah undi PAS setiap daerah mengundi yang dapat digambarkan mengikut pola kaum:

Daerah Mengundi


Undi PAS


Pola kaum

Jumlah


%

01 - AYER MERBAU


266


38.49


Cina – 31%

02 – CHINCHIN


528


35.13


Melayu – 76%

03 - JASIN LALANG


196


40.75


India – 51%

04 - MERLIMAU UTARA


174


42.65


India – 39%

05 - MERLIMAU PASIR


592


37.54


Cina – 24%

06 - PERMATANG SERAI


504


33.07


Melayu – 83%

07 - PENGKALAN SAMAK


562


35.41


Melayu – 65%

08 – POS


5


13.51


Jumlah


2,827


36.21


Berdasarkan undi PAS tersebut, peratusan undi purata mengikut kaum adalah sebanyak 34 peratus daripada orang Melayu, 36.5 peratus Cina dan sebanyak 41.10 peratus India.

Ini bermakna PAS yang memperolehi 2,827 undi (daripada 7,808 undi sah) adalah masing-masingnya disumbangkan oleh 1,752 undi orang Melayu, 617 undi Cina dan 459 undi India. Ini menunjukkan populariti PAS di Merlimau di bawah paras 40 peratus yang masih selamat untuk BN mempertahankan kemenangan di kubu kuatnya.

Analisis pengaruh PAS

Suatu realiti yang perlu diakui PAS ialah pola undi Melayu kepada PAS terendah berbanding dengan Cina dan India. Kenapa? Fakta yang agak realistik dalam konteks PAS di Melaka ini mungkin ada kaitannya dengan dua isu besar yang dijaja oleh pengempen BN kepada pengundi di Merlimau. Pertama PAS dijaja sebagai parti yang sanggup jual Islam demi berbaik dengan DAP, dan keduanya, DAP dijaja sebagai parti yang bersekongkol dengan PAS untuk menubuhkan isu Negara Islam. Isu pertama dijaja oleh Umno kepada orang Melayu dan isu kedua dijaja oleh MCA untuk menimbulkan sentimen benci pengundi Cina kepada Negara Islam sekaligus akan menolak PAS.

Malah pendekatan kempen buruk Umno dan MCA itu turut dilakukan oleh media massa arus perdana. Maka, munasabahnya seperti dikatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Sinar Harian, 21 Februari 2011), pendekatan media perdana yang tidak memberi tempat kepada PAS menjelaskan perkara sebenar. Di samping pihak kerajaan BN didapati tidak adil menggunakan media berkenaan, malah turut memutarbelitkan fakta sebenar dengan bertujuan memburukkan lagi persepsi orang Melayu terhadap PAS dan pemimpinnya.

Agak berbeza dengan pengundi India yang dilihat lebih tinggi keyakinannya terhadap PAS semasa pilihan raya umum lalu. Mungkin ada hubungannya dengan pengaruh 'Makkal Shakti' dan gerakan Hindraf yang bangkit menolak kepimpinan MIC yang gagal membela kaum India di ladang-ladang. Kebetulan di Merlimau, pengundi India adalah rata-rata bekerja di ladang. Justeru apakah momentum penolakan terhadap MIC masih wujud kalangan pengundi India?

Undi status-quo

Jika peratus penerimaan pengundi terhadap PAS bersifat status-quo seperti mana pilihan raya lepas, bermakna peratus pengundi yang bakal mengundi PAS pada PRK kali ini dijangka tidak berubah. Berdasarkan rumusan purata undi PAS mengikut kaum di Dun Merlimau itu, maka PAS tetap akan menerima kekalahan semakin besar berikutan berlaku tambahan 208 undi (dari 10,471 pada PRU 2008 kepada10,679 pada PRK ini). Di samping kemungkinan jumlah keluar mengundi juga akan meningkat daripada 76 kepada 78 peratus.

Pengaruh PAS dikatakan masih pada status-quo kerana di pihak PAS tidak berlaku perkembangan luar biasa yang mencetus sokongan bertambah selama tempoh 2008 sehingga 2011. Malah tiada cawangan baru ditubuhkan dan aktiviti parti pula berlaku secara normal. Justeru PAS di Dun Merlimau dilihat setara dengan Dun Tenang yang juga tiada perkembangan luar biasa sejak 2008 menyebabkan PAS kalah teruk.

Bertolak daripada nilai status-quo itu, mungkin analisis berikutnya (lihat Jadual 1) boleh memberi sedikit gambaran jangkaan undi PAS dan BN dengan andaian keluar mengundinya sekitar 78 peratus.

Jadual 1: Kedudukan status-quo - pengaruh PAS yang tidak berubah sejak 2008-2011

Komposisi kaum


K=78%


PAS


BN


Majoriti

Melayu


64.74%


6,970


5,437


1,878


34.54%


3,559


65.46%


-1,681

Cina


21.26%


2,289


1,785


679


38.02%


1,107


61.98%


-428

India


14.00%


1,507


1,175


490


41.70%


685


58.30%


-195




10,766


8,397


3,047


36.28%


5,351


63.72%


-2,304

Daripada rajah ini, PAS bakal meraih sekitar 3,047 undi dan BN sebanyak 5,351 undi, maka BN akan menang sebanyak 2,304 undi majoriti. Walau pun PAS dikira mendapat tambahan undi, tetapi ia tidak memberi makna kerana BN juga dijangka meneraih tambahan sokongan.

Mengubah status-quo

Apa pun nilai status-quo tersebut, misi PAS dan Pakatan Rakyat perlulah komited ke arah mengubah kepercayaan politik pengundi Dun Merlimau. Berasaskan persekitaran transcendental sosiobudaya dan politiknya Merlimau (Melaka) sama dengan Tenang (Johor), sememangnya pengaruh PAS tidak mencengkam disebabkan keupayaan berwacana di kalangan pengundi Melayu menggunakan laras bahasa perjuangan Islam dilihat amat liat. Justeru di Merlimau simpanan tetap (baca undi teras) BN sama dengan Tenang yang sudah ada 4,000 undi sedangkan PAS masih kosong. Ia cukup membuktikan orang Melayu Johor dan Melaka begitu mantap nasionalisnya, sehinggakan tidak menerima perjuangan Islam dibawa PAS. Mungkin mereka dalam ketagori penyumbang simpanan tetap BN itu tidak reda untuk mencapuradukkan perjuangan nasionalis dengan Islam. Atas alasan ini logiknya mereka menolak PAS dan sebut sahaja nama PAS sudah tentu mereka alergik. Demikian nasibnya generasi sulung yang menerima akidah Islam di tanah air ini. Dalam hal ini, para pejuang Islam harus tabik 'spring' kepada rakyat Kelantan kerana mantap dengan PAS dan perjuangan Islam, meskipun kisah pengIslaman mereka tiada dicatit dalam Sejarah Melayu.

Apa pun, sosiobudaya boleh berubah mengikut perkembangan politik semasa. Hosni Mubarak selama 30 tahun di takhta kuasa boleh direntap oleh rakyat, maka apakah pengundi BN terus utuh selama-lamanya? Lihat sahaja, kesan kerjasama politik PAS bersama Pakatan Rakyat yang berjaya mencipta lanskap baru politik tanah air. Ini wajar dilihat dan dibaca serta direnung oleh pengundi Merlimau. Pengundi BN harus mengambil kesedaran untuk mengubah senario status-quo mereka dengan beralih mengundi PAS. Lebih-lebih lagi apabila melihat kepada sokongan pengundi baru (generasi muda) dan pengundi bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat dalam beberapa pilihan raya kecil termasuk di Sibu, Sarawak.

Sementara itu, perkembangan semasa melibatkan tadbir urus kerajaan BN yang sudah hilang integritinya berikutan pelbagai kesan yang mendera rakyat, termasuk kenaikan harga barang, korupsi di sebalik projek, akhlak teruk pemimpin BN dan salahguna kuasa secara terang-terangan. Atas fakta ini sewajarnya sikap politik pengundi BN di Merlimau pun boleh berubah dan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Bagi PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di Merlimau kali ini perlu bekerja keras dan agresif bagi memastikan misi perubahan sikap pengundi BN kepada PAS berjaya. Jentera PAS boleh melaksanakan misi ini melalui tiga strategi, iaitu mendedah sebanyak mungkin isu-isu berkaitan integriti pemimpin BN, menyebar sebanyak mungkin berita kejayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat berbanding kerajaan negeri BN, dan meyakinkan peri penting peranan wakil rakyat PAS di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

Menerusi strategi pertama, pasukan kempen PAS-Pakatan Rakyat sepatutnya boleh berkata benar (baca beralaskan fakta) kepada semua pengundi Merlimau bahawa semua pemimpin BN pada hari ini sudah merosot teruk integriti mereka. Termasuklah Ketua Menteri Melaka sendiri yang dilihat banyak melakukan 'kecurangan' pentadbiran kerana gagal memakmurkan rakyat di sebalik pengisytiharan Melaka Negeri Maju. Perlu diseret sama dalam isu integriti ini ialah Perdana Menteri sendiri yang masih 'tidak selesai' dengan persepsi skandal Altantuya dan ditambah pula dengan karenah penyalahgunaan wang rakyat demi 'first lady.' Selain itu, harus dibangkitkan juga kegagalan urus tadbir polis yang melibatkan kematian dalam lokap, kes pembunuhan Sosilawati dan sebagainya. Di samping terus membangkitkan integriti SPRM dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan tiada penyiasatan ke atas 'jerung.'

Demikian pula, strategi kedua boleh dijayakan dengan cara mempamerkan kekuatan Pakatan Rakyat ialah program mesra rakyat yang berjaya dilaksanakan oleh negeri Pekatan Rakyat dan kandungan Buku Jingga yang dibimbangi pihak BN. Justeru program itu harus diberitahu kepada semua pengundi sebagai asas untuk pengundi menyakini bukan BN sahaja yang boleh. Pakatan Rakyat pun boleh mentadbir negara dan negeri dengan cemerlang.

Seterusnya di sebalik strategi ketiga, keupayaan calon PAS harus dipamerkan kepada pengundi menerusi pelbagai pendekatan kempen calon. Misi dan tujuan PAS untuk menghantar wakilnya ke Dewan Undangan Negeri Melaka (Dewan) harus diterangkan secara rasional kepada pengundi. Misalnya peri pentingnya suara dari PAS dan Adun Islam di dalam Dewan bagi mengimbangi kuasa mutlak Adun Umno. Sedangkan pengundi Cina sudah mempunyai suara pengimbang melalui lima Adun DAP, iaitu Goh Leong San (DAP-Kesidang), Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang) Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir). Mungkin bagi pengundi Melayu, calon PAS di Merlimau nanti wajar dipilih bagi mengimbangi suara Adun Melayu dari Umno. Justeru kempen calon haruslah menampilkan aspek kredibel dan akhlak terbaik untuk menarik sokongan pengundi yang pelbagai kaum. Harus diutamakan ialah kempen bagi meraih sokongan 1,770 pengundi atas pagar dan 400 orang 'first time voter' yang menjadi faktor penentu kemenangan PAS.

Semoga PRK Merlimau bakal memberi impak yang signifikan bagi PAS dan Pakatan Rakyat untuk terus bangkit memikul amanah rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2011/03/prk-merlimau-tiga-strategi-pas-mencipta.html

PRK Kerdau: Utamakan meraih simpati

Posted: 01 Mar 2011 05:00 PM PST

Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, Pahang adalah bersekali dengan Merlimau, Melaka. Penamaan calonnya diadakan pada 26 Februari dan pengundian pula 6 Mac 2011. Inilah PRK serentak yang ketiga selepas Bukit Gantang- Bukit Selambau-Batang Air (7 April 2009) dan Galas-Batu Sapi (4 November 2010). Mungkin PRK Merlimau-Kerdau ini merupakan siri PRK terakhir yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi penggal pilihan raya ke12 ini. Selepas ini, tumpuan SPR kepada pilihan raya umum Negeri Sarawak dan nasional.

Sehubungan dengan PRK Kerdau, tradisi persaingan berlaku adalah antara PAS dengan Umno. PAS mewakili Pakatan Rakyat sudah dua kali (PRU 2004 dan 2008) bertembung dengan Umno mewakili Barisan Nasional sejak nama Dun Kerdau ditukar tahun 2003 daripada asalnya Sanggang. Ketika Sanggang dulupun PAS dan Umno juga yang bersaingan. Inilah bezanya Kerdau dengan Merlimau. Di Merlimau pada PRU 1999 PAS yang berdepan dengan dengan Umno, tetapi pada PRU 2004 diserahkan kepada KeADILan. Kemudian PRU 2008 dikembalikan pula kepada PAS dan pada PRK kali ini, PAS juga yang disepakati bertanding menghadapi Umno. Apa pun kedua-dua Dun tersebut kekal dimenangi Umno-BN. Justeru PRK Kerdau-Merlimau kali ini dianggap sebagai persaingan ulangan yang bakal mengesahkan sekali lagi sikap staus-quo pengundi kepada Umno-BN.

Kerdau tetap Kerdau

Walau bagaimanapun, bandingan antara PRK Kerdau dengan Merlimau, Kerdau lebih menarik diulas kerana nilai tradisi politik Malaysia yang bertonggakkan pengundi Melayu berlaku di Kerdau. Lebih-lebih lagi bagi mengukur tahap penerimaan orang Melayu di Pahang yang dikatakan tidak berubah, pekat dengan sikap perjuangan kebangsaan. Maka, Kerdau bakal menyaksikan kepekatan semangat kebangsaan Melayu dan tradisi Kerdau tetap Kerdau. Kepekatan itu adalah keabsahan yang bakal mengiakan nilai-nilai kepimpinan tradisi yang pernah dikaji oleh Syed Husin Ali (1960-an) dan Mohd Salleh Lamry (1980-an) tentang sosiologi politik lokal di perkampungan Kerdau itu.

Meskipun begitu, tugas perjuangan parti politik Islam dipacu oleh PAS tetap bertanggungjawab menghadapi Umno. Misi politik-dakwah PAS tetap diperkasakan, meskipun bersaing dalam kubu Umno. Matlamatnya amat jelas iaitu untuk memastikan sebaran kefahaman kepada kandungan perjuangan Islam bersama Pakatan Rakyat tidak terus disalahertikan. Maka, strategi yang dilihat penting bagi PAS di Kerdau ini ialah menyebar dan memberi kefahaman serta menjelaskan segala kekeliruan agar perjuangan politik Islam tetap bersih, suci dan murni.

Bertolak daripada misi, matlamat dan strategi ini, komitmen penyertaan PAS dalam PRK kali ini seharusnya dibuktikan dengan gerak kerja kempen yang mampu memantapkan calon, kepimpinan dan petugas pilihan raya PAS bersama-sama Pakatan Rakyat menjelang PRU ke-13 nanti.

PRU lepas

Keputusan PRU lepas menyaksikan PAS hanya berjaya meraih sokongan 2,250 (37 peratus) pengundi Kerdau yang keluar mengundi sekitar 80 peratus. Pihak BN pula meraih 4,135 (63 peratus) dengan majoriti 1,615 undi. Pada PRK kali ini, mungkin jumlah keluar mengundi juga sekitar 80 peratus atau sejumlah 7,200 daripada 8,999 pemilih berdaftar. Ini kerana, keputusan PRK Kerdau ini tidak terlalu penting untuk BN Pahang. Ia tidak akan mengubah apa-apa kuasa dominasi dalam Kerajaan Negeri.

Meskipun begitu, berdasarkan pilihan raya lepas, pada 2004 BN mencapai kemenangan lebih selesa dengan majoriti 2,565, tetapi merosot kepada 1,615 undi. Undi BN telah merosot sebanyak 301 dan PAS meningkat 649 undi. Jadual berikut menunjukkan suatu perubahan positif sikap pengundi Kerdau yang merupakan peluang bagi PAS pada PRK kali ini.

Bandingan undi PAS-BN: PRU 2004-2008

Parti/PRU


2004


2008


(+/-)

PAS


1,871


2,520


649

BN


4,436


4,135


-301

MAJORITI BN


2,565


1,615


-950

Peluang PAS

Berdasarkan gambaran tersebut, di sananya terdapat asas keyakinan perubahan sikap pengundi Kerdau di dalam menerima PAS-Pakatan Rakyat. Apa yang penting, gerak kerja kempennya lebih menyentuh kepada strategi menyebar dan memberi kefahaman serta menjelaskan segala kekeliruan agar perjuangan politik Islam (baca calon PAS) tetap bersih, suci dan murni untuk membawa suara rakyat kepada pihak berkuasa.

Di sebalik strategi ini, tugas utama kempen PAS ialah meraih simpati dan mempengaruhi sikap pengundi Kerdau dari persepsi percayakan kepada Umno sahaja dalam memajukan mereka kepada sikap memilih PAS. Maka tidak salah, malah tidak pun menjejaskan darjah kemajuan di Kerdau dengan hanya memilih PAS. Kerdau tetap maju.

Apa pun, latar belakang sosiekonomi Kerdau yang bergantung kepada asas ekonomi tani dan peneroka rancangan tanah Felda sedikit sebanyak mengikat sikap 'kebergantungan melampau' kepada pihak kerajaan. Justeru calon PAS, Hassanudin Salim mestilah sedia tampil dengan lebih merapati golongan pengundi tersebut dan sedia dirasai lebih mesra mengatasi calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Tindakan kempen merapati dan mesra merupakan cara terbaik merungkai kebergantungan melampau pengundi.

Selain itu, pasukan kempen PAS-Pakatan Rakyat hendaklah meletakkan sasaran meraih simpati seramai 1,500 orang pengundi atas pagar sebagai keutamaan. Program kempen kepada pengundi atas pagar seharusnya bersifat mesra dan memujuk agar mereka sedia keluar mengundi untuk membuat perubahan. Di samping memberikan kefahaman kepada isu-isu yang boleh merungkaikan keyakinan mereka kepada Umno-BN. Malah perlu diberitahu hakikat Umno yang sekian lama berkuasa sudah 'semacam memperkotak-katikkan rakyat' ekoran penglibatan pemimpin dan kerajaan BN dengan 'skandal maruah.' Antaranya pengundi harus diberitahu tentang kes-kes rasuah dan jenayah berprofail tinggi melibatkan individu yang rapat dengan Umno seperti kes pembunuhan Altantuya. Begitu juga tindakan Umno bersekongkol dengan APCO perunding Yahudi yang menjadikan Israel terus menzalimi umat Palestine dan pemerasan agensi Felda ke atas peneroka yang dilakukan berselindung di sebalik projek pembelaan yang tidak seberapa.

Dalam masa yang sama gerak kerja teknikal dan kempen terhadap pengundi PAS perlu dilakukan agar mereka dapat keluar mengundi secara maksimum. Diikuti dengan usaha menarik pengundi luar dibawa balik mengundi dan para perayu undi pula sedia menjawab kesemua fitnah Umno terhadap PAS di dalam pelbagai isu.

Pendekatan sedemikian dilihat bakal membantu kempen calon dari rumah ke rumah agar pengundi memahami tujuan memilih calon PAS, iaitu "memperkasakan suara PAS dalam Dewan Negeri Pahang."

Penting juga dilakukan ialah dapat mendedahkan fakta-fakta perjuangan Umno yang merugi, memundur, menjatuhkan maruah orang Melayu seperti isu tanah simapanan Melayu dan mengurang kuasa politik Melayu seperti tidak sedia menambah bilangan kerusi Dun dan parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu.

Isu kebobrokan Umno itu harus diperbandingkan dengan pengalaman perjuangan PAS dan kejayaan PAS mentadbir Kelantan dan Kedah yang berjaya memartabatkan politik umat Islam dari segi kebajikan, politik dan syariah. Malah kejayaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang harus diperjelaskan bagi menjawab serangan kempen BN di Kerdau.

Bagi mencapai kemenangan di Kerdau, natijahnya semua tindakan strategik tersebut dilihat dapat membantu pasukan kempen PAS mempertahankan kira-kira 2,300 undi teras yang sedia ada, di samping dapat meraih sekitar 1,500 pengundi atas pagar. Justeru PAS boleh mengumpul kira-kira 3,800 dan ia sudah cukup untuk mencapai kemenangan tipis. Semoga Allah membimbing rakyat Kerdau untuk menerima perjuangan Islam.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2011/03/prk-kerdau-utamakan-meraih-simpati.html

KEGANASAN POLIS BOLEH MENCETUSKAN REVOLUSI RAKYAT

Posted: 01 Mar 2011 04:00 PM PST

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Mendengar "khutbah" polis bahawa beberapa ceramah Pas didakwa tidak ada permit di Kerdau amat menyakitkan hati dan telinga. Dalam waktu kempen yang hanya seminggu panjangya mengapakah isu permit ceramah terus menerus didendang.

Kita merasa kesal kerana sehingga kini pihak polis masih tidak mahu menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman. Tindakan pihak polis menangkap dan menganggu perhimpunan aman kaum india di ibu kota baru-baru ini menunjukkan sikap polis terhadap perhimpunan aman masih tidak berubah. Bagi polis perhimpunan khususnya dari rakyat yang tidak menyokong BN adalah satu kesalahan tanpa mengira ianya aman atau tidak. Zikir polis adalah apa sahaja perhimpunan tanpa permit adalah haram maka halal bagi polis untuk mengganggu dan bertindak ganas ke atas ahli-ahli perhimpunan tersebut.

Polis di negara ini amat "allergic" dengan mana-mana perhimpunan rakyat . Meskipun sudah banyak kali pihak polis kalah di dalam perbicaraan di mahkamah yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram sikap polis dan peguam negara tidak pernah berubah. Polis akan terus mengganas dan menangkap mana-mana orang yang terlibat dengan perhimpunan dan pihak peguam negara akan terus mendakwa mereka yang ditangkap.

Untuk polis dan BN kita ingin mengingatkan bahawa revolusi yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini dan telah berjaya di Tunisia dan Mesir setakat ini adalah hasil dari perhimpuan haram mengikut definisi polis di negara ini. Hanya dengan perhimpunan haram itulah kerajaan haram di Tunisia dan Mesir berjaya diguligkan. Jika Kerajaan di bawah BN terlalu benci dengan perhimpunan haram kita ingin lihat sama ada Malaysia akan terus mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan baru di Tunisia dan di Mesir yang lahir dari satu perhimpunan haram !

Kita sering mengingatkan BN jika kamu masih terus menerus menutup pintu demokrasi kamu hakikatnya sedang membuka pintu demonstrasi dan jika kamu terus menerus menekan demokrasi tidak mustahil akan munculnya satu revolusi.

Ramai mungkin tidak sedar antara faktor kuat yang mendorong dan mempercepatkan lagi revolusi rakyat di negara-negara Arab khususnya di Tunisia dan Mesir adalah faktor keganasan polis ( police brutality ). Dengan wujudnya teknologi IT yang terkini isu polis bertindak ganas ke atas rakyat mudah tersebar luas dan berjaya mencetuskan gelombang rakyat .

Majalah The Times yang terbaru melaporkan di Mesir sebagai contoh seorang pelajar Universiti ,Kamel dari Delta Nile menceritakan bagaimana beliau terjatuh dari kereta api di stesyen dan terbaring di landasan kereta api tersebut dan pihak polis telah datang ke tempat beliau terbaring. Beliau amat terkejut apabila pihak polis yang diharapkan akan menolongnya sebaliknya telah bertindak ganas dengan memukul beliau . Beliau bukan sahaja merasa sakit tetapi merasa amat terhina dengan tindakan polis tersebut. Beliau menyebar luas apa yang terjadi kepada beliau di alam maya melalui blog beliau

Kemudiannya dalam musim panas berlaku lagi kes keganasan polis yang menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat internet ( online community ) . Di Iskandariyyah seorang ahli perniagaan muda , Khaled Said telah dipukul sehingga mati oleh pihak polis. Tragedi itu melahirkan Facebook yang bertajuk " We Are All Khaled Said" ( " Kita Semua Adalah Khaled Said" ) yang dikendalikan oleh seorang pentadbir yang tidak bernama.

Kamel yang sebelum ini dipukul polis di landasan kereta api turut serta dalam Kumpulan Facebook tersebut dan menjadi salah seorang perancangnya yang utama. Hanya pada 7 Februari 2011 barulah Kamel mengetahui bahawa pentadbir Facebook yang tidak bernama tersebut adalah Wael Ghonim , eksekutif Google yang menjadi hero rakyat dalam perhimpunan di Dataran Tahrir yang berjaya menggulingkan rejim Hosni Mubarak.

Kamel dam Wael Ghonim adalah dua anak muda yang menjadi pencetus perhimpunan besar-besaran dan bersejarah pada 25 Januari di Dataran Tahrir .Keganasan polis telah memberikan mereka satu kekuatan baru untuk meminta rakyat Mesir turun ke jalan raya menggulingkan rejim Mubarak.

Keganasan polis wanita ke atas Mohammad Bouazizi sehingga membuatkan beliau membakar dirinya menjadi pencetus revolusi Jasmine di Tunisia.

Di Malaysia keganasan polis juga berlaku dalam skala yang amat besar. Yang rakyat tahu seperti kes Kugan dan adik Aminurrasyid adalah kerana ianya didedahkan di msia massa. Kes kematian adik Aminurasyid yang dibunuh oleh polis tidak melahirkan Facebook " KITA SEMUA ADALAH AMINURRASYID" namun kita percaya akan muncul wira-wira baru jika pihak polis masih terus tidak berubah.

Mungkin bagi BN keganasan polis bukan satu isu yang mereka perlu takuti . Ya, ia mungkin bukan satu isu pada masa ini tetapi apa jaminan ia tidak akan menjadi isu besar di masa hadapan. Adakah BN ingat kaum muda di negara ini yang saban hari terdedah dengan internet , facebook dan twitter hanya melihat apa yang berlaku dan tidak merasa apa-apa.

Jika itu yang Najib dan BN fikirkan kita juga ingin menyatakan itu jugalah yang difikirkan oleh rejim Zine el Abidine Ben Ali dan rejim Mubarak ke atas anak-anak muda di Tunisia dan Mesir. Sebelum revolusi di Tunisa dan Mesir berlaku anak-anak muda arab di sana dianggap oleh rejim –rejim diktator tersebut sebagai generasi yang hilang arah.

Seorang Profesor Sains Politik di Universiti Cairo, Hassan Nafaa menyatakan " jika kamu katakan beberapa tahun lalu bahawa pelajar-pelajar saya adalah bertanggungjawab ke atas pertukaran rejim di Mesir saya akan hanya ketawa ,,tetapi tidak sekarang."" Hassan yang menamakan generasi muda di Mesir itu sebagai "Generasi Internet" atau "Generasi Facebook' menyatakan " budak-budak muda ini telah melakukan banyak perkara daripada apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dalam masa 30 tahun."

Revolusi di negara-negara Arab memberi satu signal kepada kerajaan-kerajaan umat Islam di dunia ini bahawa jangan perkecilkan kuasa rakyat. Hanya kerana kamu lama berkuasa dan terus menang dalam pilihanraya dan dalam masa yang sama masih terus mencengkam rakyat dengan pelbagai polisi dan undang-undang yang draconian jangan kamu ingat kamu tidak diperhatikan oleh rakyat.

Di Tunisa pemuda-pemuda yang menentang Ben Ali bukanlah pemuda-pemuda yang melaungkan ayat-ayat Al-Quran sebaliknya mereka adalah generasi Rap yang bangkit menentang rejim Ben Ali dengan senikata lagu rap yang ditulis oleh ElGeneral " Lihat apa yang berlaku Mr Presiden/ rakyat mati, rakyat makan sampah/ lihatlah Mr Presiden , aku bercakap tanpa takut, meskipun aku tahu aku akan dilanda masalah/ lihatlah Mr Presiden aku menyaksikan ketidakadilan di mana-mana."

Tiada ulasan: