Isnin, 14 Mac 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Lagi Gempa Susulan 5.8 Skala Richter Landa Jepun

Posted: 14 Mar 2011 01:04 AM PDT

Tokyo - Gempa susulan berkekuatan 5.8 skala richter kembali melanda Jepun hari ini. Media tempatan melaporkan adanya ancaman tsunami baru sesudah gempa susulan.

Menurut laporan televisi NHK, tsunami susulan tersebut akan melanda Jepun dalam waktu 15 minit sesudah gempa susulan yang terjadi pagi hari waktu tempatan. Televisyen NHK sendiri merakam langsung gelombang tsunami melalui helikopter, di atas perairan Jepun.

Hingga hari ini Jepun masih terus dilanda gempa susulan. Keadaan sebahagian besar wilayah Jepun yang dilanda gempa 8.9 SR Jumaat lalu, masih porak poranda, demikian diberitakan Reuters, hari ini (13/3/2011).

Daerah yang terkena kesan parah akibat tsunami berada di wilayah Miyagi. Diberitakan kira-kira 10 ribu orang dilaporkan terkorban akibat tersapu tsunami.

Namun belum jelas jumlah pasti dari korban gempa yang disertai tsunami tersebut.

Keadaan korban gempa makin diburukkan dengan ancaman radiasi nuklear dari penyedia elektrik tenaga nuklear Fukushima. Beberapa hari terakhir reaktor di logi tersebut mengalami kerosakan akibat diterpa gempa dan tsunami.

Apartment Terbakar Akibat Litar Pintas, Seorang Guru Rentung

Posted: 13 Mar 2011 11:30 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang guru wanita sebuah sekolah swasta ditemui rentung dipercayai terperangkap dalam kebakaran di tingkat 7, sebuah kondominium di Damansara Perdana, di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 10.20 pagi, ketika Elizabeth Wong Chen Mee, 25, tinggal bersendirian sebelum pengawal keselamatan mendengar letupan dan melihat api marak dari kediaman mangsa.

Tiga pengawal keselamatan yang memecahkan pintu gagal memasuki kediaman mangsa berikutan asap tebal. Api berjaya dipadamkan 15 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Meyor Hamdan Meyor Mohamad, berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Damansara yang tiba 10 minit kemudian, membuat pemeriksaan sebelum menemui mangsa terlentang di sisi katil.

"Hasil pemeriksaan, mangsa mengalami 80 peratus rentung dan motif kejadian masih disiasat. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya, semalam.

Difahamkan, mangsa yang baru sebulan menyewa kondominium berkenaan sudah beberapa kali mengadu dengan pemilik rumah berhubung masalah elektrik yang dihadapinya, dengan aduan terakhir dibuatnya pagi kelmarin.

Kondominium 18 tingkat yang baru siap dibina sejak empat tahun lalu itu sudah mencatatkan empat kebakaran, tetapi tidak membabitkan sebarang kematian sebelum tragedi terbaru semalam. -BH

[Video] Logi Nuklear Ketiga Pula Meletup

Posted: 13 Mar 2011 10:13 PM PDT

TOKYO: Satu letupan kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, sebentar tadi.

Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano, berkata maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar.

Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.

Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu.

Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan. - AFP



Isu Loteri Diperbesarkan Pihak Luar Kelantan - Balasubramaniam

Posted: 13 Mar 2011 09:30 PM PDT

Tahu dasar Islam Pas

SHAH ALAM – Rakyat bukan Islam di negara ini perlu mengetahui dasar Islam diperjuangkan Pas bagi memudahkan mereka memahami agama itu dengan senang.

Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Malaysia (DHPPM), N Balasubramaniam berkata, masyarakat di Kelantan bersikap terbuka berhubung tindakan Kerajaan Negeri melarang penjualan loteri Big Sweep.

Menurutnya, isu ini cuba diperbesarkan pihak luar, terutamanya pemimpin bukan Islam, dengan alasan untuk merosakkan imej Kerajaan Kelantan.

"Banyak kelebihan jika menerima keputusan larangan penjualan tiket loteri itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Balasubramaniam berkata, 10 tahun lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengadakan perbincangan dengan tokoh Budha dan Hindu di negeri itu dan mereka sepakat dengan keputusan yang dilakukan Nik Aziz.

"Nik Aziz tidak akan membuat keputusan tanpa berbincang dengan pihak sepatutnya," katanya.

Sebelum ini, Exconya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkata, Kerajaan Negeri mengharamkan semua bentuk perjudian dan lesen bagi premis serta segala bentuk aktiviti perjudian tidak dikeluarkan di negeri itu. -SH

Chong Wei Pertahankan Juara All England, Tundukkan Lin Dan

Posted: 13 Mar 2011 08:15 PM PDT

Chong Wei atasi Lin Dan, kekal juara All England

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei membenam musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham, England awal semalam.

Perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.

Pemain tinggi lampai itu mempamer serangan agresif yang gagal ditangkis Lin Dan.

Kemenangan kali kedua Chong Wei dalam All-England itu dimeriahkan dengan sokongan padu penonton di arena itu manakala penyokong Malaysia di tanah air mengikutinya siaran secara langsung di televisyen satelit.

Sementara itu beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula gagal mengulangi kejayaan 2007 apabila kecundang pada Mathias Boe dan Carsten Mogensen dari Denmark.

Meskipun memiliki kelebihan setelah menang set pertama dan memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan, Koo dan Tan akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan beregu nombor satu dunia itu dengan pungutan mata 21-15, 18-21, 18-21.

Dalam saingan perseorangan wanita, Wang Shixian dari China dinobatkan pemenang selepas mengalahkan Eriko Hirose dari Jepun 24-22, 21-18.

Rakan sepasukannya Wang Xiaoli dan Yu Yang pula mudah mengenepikan Mizuki Fujii/Reika Kaiiwa dari Jepun 21-2, 21-9 sekaligus menjulang kejuaraan dalam acara beregu wanita.

China turut menggungguli acara beregu campuran apabila Xu Chen/Ma Jin menewaskan Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand 21-13, 21-9. — Bernama

Pakar Ramal Tragedi Letupan Fukushima Ulangi Bencana Chernobyl

Posted: 13 Mar 2011 08:00 PM PDT

Washington: Pakar nuklear Amerika Syarikat memberi amaran tindakan mengepam air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Jepun yang rosak dilanda gempa bumi adalah satu 'tindakan terdesak' yang boleh membayangkan satu bencana seperti Chernobyl.

Beberapa pakar dalam satu sidang media meramalkan tanpa mengira kesan krisis reaktor nombor 1 di loji nuklear Fukushima, 240 kilometer di utara Tokyo yang rosak, kemalangan terbabit sudah pun dengan serius menjejaskan kebangkitan industri jana kuasa nuklear.

"Situasi itu menjadi terlalu terdesak apabila mereka dilihat tidak mempunyai keupayaan untuk menggunakan air tawar atau air biasa untuk menyejukkan reaktor dan menstabilkannya dan kini dalam satu tindakan terdesak untuk menyelesaikannya menggunakan air laut," kata Robert Alvarez, dari Institut Kajian Dasar.

"Saya menyifatkan langkah ini sebagai satu 'Hail Mary' (terdesak)," kata Alvarez menggunakan slanga bola sepak Amerika Syarikat dalam usaha terakhir untuk memenangi perlawanan ketika masa sudah berakhir.

Gempa bumi magnitud 8.9 melanda Jepun Jumaat lalu menimbulkan kecemasan pada loji terbabit yang meletup kelmarin sehingga memaksa perpindahan di kawasan sekitar.

Pekerja cuba menggunakan air laut untuk menyejukkan reaktor dalam usaha untuk menghalang bencana radioaktif selepas gempa merosakkan sistem penyejukan loji terbabit.

Apa yang berlaku di loji itu ialah keseluruhan sistem penyejukan terhenti ditambahkan dengan kegagalan kuasa di mana dalam kes ini membabitkan generator diesel.

"Kegagalan sistem berkenaan adalah sesuatu yang tidak dijangka berlaku tetapi tetap dibimbangi sejak berdekad lalu," kata Ken Bergeron, seorang ahli fizik yang terbabit dalam simulasi kemalangan reaktor nuklear.

Reaktor terbabit sudah ditutup tetapi kebimbangan tetap wujud batang bahan bakarnya akan panas dan mencair seterusnya menyebabkan kebocoran radioaktif di udara yang mungkin merebak ke kawasan lebih besar.

Jika ia mencair melalui reaktor, Bergeron memberi amaran ia boleh mengalir ke lantai bangunan yang tercemar itu. Jika ia berlaku strukturnya mungkin akan terjejas, kata pakar.

"Pencemaran bangunan di loji ini adalah lebih kuat berbanding di Chernobyl tetapi lebih kurang berbanding di Three Mile Island, jadi hanya masa akan
menentukan," katanya. – AFP



Anak Jatuh Dalam Parit Besar Depan Rumah

Posted: 13 Mar 2011 06:45 PM PDT

Jerantut: "Saya sangka anak bongsu bermain di rumah jiran, tetapi saya gagal menemuinya sebelum seorang rakannya memberitahu bahawa dia ternampak anak saya terjatuh ke dalam parit besar depan rumah," kata ibu kanak-kanak berusia tiga tahun, Raziq Azmi, yang lemas apabila terjatuh ke dalam saliran air itu sedalam dua meter di Taman Wira, Jumaat lalu, sebelum mayatnya ditemui pagi kelmarin.

Mengimbas semula kejadian, Rashiah Mohd Ali, 45, berkata, dia tiada di rumah kerana menjemput anak sulungnya berusia 17 tahun di asrama sebuah sekolah pada kira-kira jam 2.30 petang.

Mangsa yang anak bongsu daripada lima beradik tidak mahu mengikutnya dan ditinggalkan bersama suami, Azmi Ismail, 45, dan tiga lagi anaknya berusia 14,12 dan 9 tahun.

"Sebaik sampai di rumah saya mencari Raziq kerana tidak melihat kelibatnya di rumah dan ke rumah jiran yang dia selalu bertandang serta bertanya jika mereka ternampak anak saya.

"Hancur luluh hati saya apabila seorang budak kecil berkata, ternampak Raziq bermain di tepi parit dan mungkin terjatuh ke dalamnya sebab dia melihat semula anak saya sudah tiada di situ," katanya.

Katanya, dia dan keluarganya memohon bantuan jiran mencari Raziq tetapi gagal menemui sebelum menghubungi pihak berkuasa.

"Tiada apa yang boleh kami lakukan lagi berikutan arus deras selain berdoa Raziq dapat ditemui semula dengan selamat. "Tidak tergambar perasaan saya yang kehilangan anak bongsu yang manja ini. Tambah lagi, ulang tahun kelahirannya akan tiba tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zakaria Kassim, berkata mayat kanak-kanak itu ditemui pasukan mencari pada jam 9.15 pagi. -hm

10,000 Maut Di Miyagi Saja

Posted: 13 Mar 2011 05:15 PM PDT

Tagajo: Jumlah kematian akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun mungkin menjangkau 10,000 orang di satu negeri saja.

Seorang pegawai berkata demikian ketika jutaan penduduk negara itu berdepan dengan masalah ketiadaan air, bekalan elektrik dan makanan sempurna di bandar sepanjang pantai timur laut negara itu.

Ketua Polis Miyagi, memberitahu pegawai bantuan, beliau menganggarkan lebih 10,000 penduduk negeri itu terbunuh, kata jurucakap polis, Go Sugawara.

Penduduk Miyagi berjumlah 10,000 orang dan antara tiga negeri paling teruk terjejas akibat bencana itu yang melanda Jumaat lalu.


Bagaimanapun, setakat ini, angka rasmi kematian di negeri itu hanya 379 orang.

Krisis nuklear mencetuskan ancaman baru bagi mereka yang terselamat daripada gempa bumi dan tsunami.

"Mulanya saya bimbang mengenai gempa. Kini, radiasi pula. Saya tinggal tidak jauh dari loji itu. Kerana itu saya datang ke sini untuk menjalani pemeriksaan sama ada saya selamat. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya negatif. Saya tidak tahu apa nak lakukan selepas ini," kata Kenji Koshiba, seorang pekerja binaan di sebuah pusat kecemasan di bandar Koriyama, bandar berhampiran loji nuklear di Fukushima.

Menurut pegawai, sekurang-kurangnya 1,200 orang terbunuh, termasuk 200 yang mayat mereka ditemui di sepanjang pantai, dan 739 hilang, dalam bencana itu.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan berkata, sebuah helikopter tentera menyelamatkan seorang lelaki berusia 60 tahun yang terapung di laut di atas bumbung rumahnya selepas dihanyutkan oleh tsunami.

Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat sebelum ini berkata, gempa itu berukuran 8.9 magnitud tetapi pegawai Jepun menaikkan anggaran mereka kepada 9.0.

Namun, kedua-duanya adalah gempa paling kuat pernah dicatatkan di Jepun.

Gempa itu disusuli dengan lebih 150 gegaran kuat selepas gempa.

Pasukan penyelamat mencari mangsa di sepanjang ratusan kilometer pantai Jepun.

Sementara itu, ratusan ribu penduduk yang kelaparan bersesak-sesak dalam kegelapan di pusat kecemasan yang terputus hubungan daripada penyelamat dan bantuan.

Sekurang-kurangnya 1.4 juta keluarga terputus bekalan air sejak gempa itu melanda dan kira-kira 2.5 juta rumah terputus bekalan elektrik.

Suhu pada sebelah malam dilapor jatuh ke paras hampir beku.

Menteri Perdagangan, Banri Kaeda berkata, wilayah berkenaan mungkin berdepan dengan masalah bekalan elektrik lebih teruk dan bekalan tenaga akan dicatu bagi memastikan bekalan cukup untuk keperluan penting saja.

Sejumlah besar kawasan di luar bandar masih ditenggelami air dan tidak boleh dijejaki oleh kumpulan penyelamat.

Stesen televisyen NHK melaporkan, kira-kira 380,000 orang dipindahkan ke pusat kecemasan yang kebanyakannya tidak mempunyai bekalan elektrik. - AP

'Bunyi Letupan Itu Seperti Neraka Di Atas Bumi'

Posted: 13 Mar 2011 04:23 PM PDT

Tokyo - Cubaan datang bertubi-tubi di Jepun. Mulai dari digoncang gempa bumi, dihentam tsunami. Yang terbaru ancaman bencana nuklir menyusul ledakan Loji Elektrik Tenaga Nuklear Fukushima. Musibah itupun membuat trauma bagi warga Sakura.

Salah seorang isteri yang cedera di dalam insiden letupan reaktor Fukushima, Jany Eudy, mengaku ketakutan saat mendengar suara ledakan dari arah loji Elektrik.

"Bagi saya, itu (bunyi letupan) bagai neraka di atas bumi," katanya kepada CNN, Minggu (13/2/2011).

Janie, suaminya, dan sejumlah warga lain mengaku ingin segera menjauh dari kawasan fasiliti nuklear kerana takut kesan radiasi kian meluas. Apalagi, khabar tentang letupan di loji elektrik Fukushima telah menjadi sorotan media berbagai negara. Terpaan media semakin membuat warga ketakutan.

Kerana panik dan kurangnya maklumat, masyarakan awam lantas mengaitkan insiden ledakan Fukushima dengan bencana nuklear terburuk sepanjang sejarah dunia, Chernobyl.

Petaka nuklear Chernobyl 1986 maupun Three Mile Island 1979 menjadi bahan perbualan menyusul letupan reaktor nuklir Fukushima.

Persepsi itu tidak salah. Namun, ada baiknya masyarakat menyemak paparan beberapa ilmuwan. Kerana ilmuwan memiliki paparan berupa bukti, perhitungan angka, dan pengukuran secara ilmiah. -okezone




IMBAS KEMBALI

Chernobyl, 1986 - letupan loji nuklear ke-4

Bencana Chernobyl adalah kemalangan nuklear atau radioaktif yang berlaku pada tarikh 26 April 1986, di PLTN Chernobyl di Ukraine (Kesatuan Soviet Sosialis Republik Ukraine kemudian, sebahagian daripada Kesatuan Soviet). hal ini dianggap kekuatan kemalangan loji nuklear terburuk dalam sejarah dan pada peringkat 7 pada skala International Nuclear Event Scale.

Tragedi Chernobyl bermula daripada ledakan reaktor ke-empat di kilang Chernobyl, Kota Pripyat di Republik Sosialis Soviet Ukraine semasa pemeriksaan/ujian sistem dijalankan. lonjakan elektrik berlaku secara tiba-tiba dan ketika usaha pemulihan kecemasan 'shutdown emergency' dilakukan, lebih banyak percikan kuasa berbahaya berlaku yang mana menyebabkan letupan reaktor dan siri letupan.

Kesannya, ledakan reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 26 April 1986, telah mengakibatkan Chernobyl menjadi sebuah kota mati, berbahaya untuk dimasuki, tercemar dengan radiasi yang masih sangat aktif walaupun telah 25 tahun tragedi itu berlaku. Kecelakaan ini merupakan salah satu bencana nuklear yang terdahsyat sehingga kini. Disusuli ledakan dan kebakaran serta gelombang radiasi dari skala paling berbahaya yang jauh melewati batas selamat hingga paling lemah, tersebar hampir ke seluruh Eropah.

Tidak dapat dipastikan berapa sebenarnya jumlah korban akibat tragedi Chernobyl. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 9.000 terkorban akibat kesan radiasi. Organisasi Greenpeace menganggarkankan jumlah kematian melebihi 9,000 orang dan boleh mencapai sehingga 93.000 orang.

Ratusan dari ribuan mangsa berjaya selamatkan. PBB menganggarkan, seramai 7 juta orang masih hidup di wilayah bahaya di mana radiasi diluar lingkungan tahap selamat. akibatnya, penyakit kanser dan mutasi genetik pada bayi yang baru lahir, kematian dalam jangka waktu yang diramalkan bagi para pekerja semasa membersihkan runtuhan ledakan di kota itu, mutasi genetik luar biasa turun temurun yang tersebar hampir ke sebagian dari wilayah Eropah.






Bot Pelancong Ke Pulau Perhentian Terbakar

Posted: 13 Mar 2011 07:45 AM PDT

Besut - Sebuah bot pelancong yang dalam perjalanan ke Pulau Perhentian terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, bagaimanapun kesemua 40 penumpang bot itu selamat.

Gambar: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang mengusung seorang mangsa Nirisan Atan, 38 yang melecur di beberapa bahagian badan dalam kejadian bot terbakar dan karam di perairan Kuala Besut-Pulau Perhentian di sini, pagi tadi.

Bot itu terbakar kira-kira setengah jam setelah berlepas dari Jeti Pelancongan Kuala Besut, di sini.

Kesemua penumpang bot itu yang terdiri tiga pelancong asing, 33 pelancong tempatan dari Melaka, dua penduduk Pulau Perhentian serta pemandu bot dan pembantunya diselamatkan oleh bot nelayan di kawasan itu.

Seorang daripada penumpang bot itu, Nirisan Atan, 38, dari Melaka yang kedua-dua belah tangannya melecur dalam kejadian itu dikejarkan ke Hospital Daerah Besut di sini untuk rawatan.

Arman Arshad, 34, yang cedera dalam kejadian itu ketika ditemui di hospital berkenaan berkata beliau bersama anggota rombongan dari Melaka termasuk 17 kanak-kanak dan remaja berumur antara tiga hingga 15 tahun menaiki bot ke pulau peranginan itu pada kira-kira 10 pagi.

Menurutnya, kira-kira setengah jam selepas itu, asap dilihat keluar dari arah enjin bot itu menyebabkan pemandunya menghubungi rakan-rakan lain untuk datang membantu.

"Apabila keadaan api semakin marak, kami yang semuanya memakai jaket keselamatan diminta terjun ke laut seorang demi seorang dengan didahului oleh kanak-kanak dan berpegang kepada tali yang disediakan oleh pemandu bot. "Sebelum diselamatkan oleh bot nelayan kira-kira 10 minit kemudian, kami terpaksa mententeramkan kanak-kanak yang menangis ketakutan sambil berdoa agar kami diselamatkan dengan segera," katanya yang bekerja dengan sebuah kilang swasta di Melaka.

Ketua rombongan pelancong tempatan itu, Mohd Ramlan Mohd Jadi, 42, berkata ketika dalam perjalanan beliau yang duduk di bahagian belakang bot tiba-tiba terhidu bau minyak dan asap.

Katanya beliau yang bimbang dengan keadaan itu telah memaklumkan perkara itu kepada pemandu bot dan pembantunya yang kemudiannya membuat pemeriksaan dan meneruskan perjalanan.

"Tiada tindakan diambil sehinggalah bahagian enjin itu terbakar dan kami terpaksa menyelamatkan diri dengan terjun ke laut sebelum diselamatkan," katanya yang kesal dengan tindakan pemandu bot tersebut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi berkata polis masih menyiasat kejadian itu. -- BERNAMA

Reaktor Ke-6 Jepun di Loji Fukushima Kehilangan Pendingin

Posted: 13 Mar 2011 07:00 AM PDT

Reaktor Ke-6 di loji eletktrik tenaga nuklear Fukushima telah kehilangan kemampuan untuk mendinginkan reaktor utama sejak gempa bumi kuat yang disusuli landaan tsunami di Jepun Jumaat.

Reaktor Nombor 3 di loji elektrik Nombor 1 Fukushima kehilangan fungsi itu setelah reaktor-reaktor Nombor 1 dan 2 pada loji Nombor 1, dan reaktor Nombor 1, 2 dan 4 pada loji Nombor 2 mengalami kesulitan yang sama, kata Tokyo Electric Power Co. (TEPOC), operator dan pemilik loji tersebut hari ini.

Dalam sidang konferens, Ketua Setiuasaha Kabinet Yukio Edano menyatakan, bahawa reaktor tersebut mengeluarkan wap radioaktif setelah ia gagal berfungsi. Sebuah letupan terjadi di loji Nombor 1 Fukushima pada hari semalam, menghancurkan bumbung dan dinding bangunan luar kontainer Nombor 1 reaktor.

Empat orang cedera di loji elektrik, namun tahap radiasi menurun dengan cepat setelah bergelombang keluar untuk sementara setelah letupan itu. Edano mengatakan bahwa TEPOC telah memulai mengoperasikan pendingin baru untuk mengisi reaktor dengan air laut dan menuangkan dengan asam borat untuk mencegah terjadinya kekritisan.

Dia mengatakan bahwa tidak ada perubahan besar dalam hasil pemantauan radioaktiviti di dekat reaktor Nombor 1. Jurucakap pemerintah memperingatkan bahwa masih ada 114 orang tinggal di dalam radius 10 km dari loji Fukushima Nombor 1 dan 180,000 orang di zon pengosongan 20 Km.

Semua warga telah dipindahkan dari radius tiga kilometer dari Instalasi Nombor 2, dan pihak berkuasa telah mulai menmindahkan lebih dari 30,000 orang dari zon 10Km di sekitar bangunan, katanya. Pihak berkuasa semalam telah memperluas zon pengosongonan dari radius 10 km untuk bangunan-banguunan nuklear Fukushima menjadi radius 20 Km.

Secara terpisah, Badan Pengelola Bencana Kebakaran mengatakan 15 orang telah terkena radioaktif dalam radius 10Km dari loji Nombor 1 Fukushima.

Kartun Berita Harian Persenda Tsunami Dikecam Rakyat Dunia - updated

Posted: 13 Mar 2011 06:40 AM PDT

Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan

Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya, lapor malaysiakini.

Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.

Satu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan.

Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun yang menurut mereka sebagai tidak sensitif.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.

Sementara ini siaran kartun Berita Harian itu juga telah mendapat bantahan masyarakat dunia apabila CNN ireport turut memaparkan hal bantahan tersebut di lamanwebnya.

Komen-komen dari pengunjung lamanweb tersebut jelas kecewa dan marah dengan penyiaran karikatur yang tidak bertanggungjawab itu.


CNN iReport —

Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.

The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication's Facebook fan page.


Diantara komen yang ada ialah:

They poke a joke at this just because it's not happening at their own home. What does that tell you about BH's level of sensitivity?

Well done to the EDITOR IN-CHIEF !!! GR8 JOB ON HUMILIATING THE WHOLE MALAYSIAN. Now I am ashamed to be Malaysian.

This is outrageous! A total insult to Japan. Before insulting someone else, have you ever take a look at yourself? People are far more advance than you! You have no rights, under any circumstances to publish this kind of images. But since you have, commit to the consequences you have to suffer now. This is not what should be happening! We are all humans and we all have feelings. Doesn't it hurt for things...
Read more …



nota:

Sehingga jam 7.25 pm, lamanweb Berita Harian belum menyiarkan sebarang permintaan maaf kecuali melalui mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengarangnya menulis: "Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.

"Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun."


Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, yang mempunyai kolum peribadi di halaman yang sama, juga memohon maaf menerusi mesej akaun Twitternya sekitar 3 petang tadi.

TERKINI

BERITA HARIAN telah pun menyatakan permohonan maafnya melalui lamanweb sekitar jam 7:38:52 PM

Berikut ialah beritanya:

Berita Harian mohon maaf

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.


Bakal Pengantin Maut Keretanya Rempuh Pokok

Posted: 13 Mar 2011 04:39 AM PDT

Klang - "Walaupun Ayoi tiada lagi, makcik tetap akan menyayangi tunangnya, Siti Aziah seperti anak makcik sendiri walaupun mereka belum disatukan.. tambahan pula dia anak yatim piatu," Demikian luahan Asiah Mahmud, 63, ibu kepada Ahmad Khairul Anwar Nan, 26, maut selepas kereta yang dipandu gagal dikawal lalu merempuh dua batang pokok di Batu 4, Jalan Kapar, di sini malam kelmarin.

Asiah berkata, anak bongsunya berhasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama Siti Aziah dijangka penghujung tahun ini.

"Oleh itu, sebahagian gajinya disimpan sebagai persediaan perkahwinan dan untuk tujuan itu juga, dia sanggup bekerja sampai ke malam mencari duit lebih.

"Bagi menunaikan hasratnya, makcik sempat belikan dia barang-barang hantaran kahwin, pakaian yang bakal dipakai pada hari perkahwinannya, pakaian keluarga dan juga beberapa peralatan lain di Sarawak dan Brunei ketika berada di sana sebelum kejadian menimpa Ayoi," katanya.

Menurutnya, impian mereka untuk disatukan tidak kesampaian kerana ajal dan maut telah memisahkan mereka.

"Kali terakhir makcik jumpa arwah pada 3 Mac lalu ketika dia hantar makcik ke lapangan terbang LCCT untuk ke Sarawak. Malah dia sempat menghubungi makcik dan asyik bercerita mengenai persiapan kahwinnya.

"Pada malam kejadian, makcik rasa tidak sedap hati hingga tak dapat lelapkan mata. Apatah lagi sebaik melihat berita bencana Tsunami Jepun di kaca televisyen. Pada saat itu perasaan gundah gulana semakin bermain-main dalam fikiran," katanya.

Kemalangan Babitkan 5 Kenderaan Lain Selepas Kontena Langgar Kereta

Posted: 13 Mar 2011 03:47 AM PDT

Ayer Keroh - Gara-gara sebuah lori kontena melanggar belakang sebuah kereta, ia mengakibatkan lima lagi kenderaan di belakangnya terlibat sama.

Kejadian belaku di kira-kira 4.30 petang, semalam di Kilometer 196 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke Alor Gajah apabila lori kontena yang menghala ke Johor Bahru dikatakan melanggar belakang sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri berkata, pemandu lori kontena itu dipercayai memandu laju dan tidak sempat membrek kenderaannya.

"Lori kontena dipercayai berada di laluan kanan dibawa dengan laju dan tidak sempat membrek sebelum melanggar Toyota Vios di hadapannya.

Akibatnya, lori tersebut juga melanggar pembahagian jalan dan memasuki laluan bertentangan lebuhraya.

"Pelanggaran ini menyebabkan lima lagi kenderaan di belakangnya turut berlanggar sesama sendiri menyebabkan kesemua kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk termasuk sebuah teksi," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, kejadian itu turut menyebabkan empat mangsa cedera dan dikejarkan di Hospital Melaka (HM), di sini.

Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan lalulintas di lebih raya berkenaan sepanjang kira-kira 5 kilometer. -HM

PM Jepun Dikecam Kerana Lembab Tangani Masalah

Posted: 13 Mar 2011 01:15 AM PST

Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan hari ini berdepan kecaman media berikutan tindakan kerajaan yang perlahan bagi menangani masalah kebocoran loji nuklear berikutan kejadian gempa bumi kuat, dua hari lalu.

"Tindakan kerajaan menyampaikan maklumat menimbulkan persoalan," kata akhbar Yomiuri Shimbun dalam ruangan pengarangnya.

Ini berikutan berlaku letupan pada bumbung dan dinding di loji reaktor nuklear Fukushima No 1 yang terletak kira-kira 250 kilometer di utara Tokyo selepas gempa paling kuat melanda serta membawa tsunami, Jumaat lalu.

Kebocoran radiasi dilaporkan berlaku di loji berkenaan tetapi kerajaan cuba mengurangkan ketakutan di kalangan penduduk dengan berkata letupan itu tidak memberi kesan radioaktif.

Namun, menurut akhbar itu, kerajaan mengambil masa lima jam untuk menafikan berlaku kebocoran nuklear di loji berkenaan selepas letupan berlaku dengan mendakwa reaksi yang perlahan itu mencetuskan kekeliruan di kalangan penduduk setempat.

"Adakah ia sudah terlambat," kata Yomiuri.

Akhbar harian Asahi Shimbun juga mengutuk tindakan lembab kerajaan apabila menangguhkan operasi mengeluarkan penduduk dari kawasan loji nuklear yang meletup itu.

Akhbar itu memberi tajuk berita: "Pengurusan krisis lintang pukang. Arahan menyelamat tidak tetap."

Akhbar Mainichi Shimbun juga mengkritik Tokyo Electric Power (Tepco), pengendali reaktor nuklear berkenaan apabila sistem pengurusan krisisnya tidak berkesan apabila berdepan nahas.

Akhbar itu memberi tajuk: "Ini adalah di luar daripada bayangan fikiran kita." - AFP

Tiada ulasan: