Kelab Greenboc |
- Kawasan Loji Nuklear Fukushima Disytihar Darurat
- Berjuta Penumpang Keretapi Bawah Tanah Di Tokyo Kandas
- 'Menang Atau Mati' - Kata Penentang Ghaddafi
- Tempias Tsunami: Rumah Bergoyang Di Kampung Gajah
- Mahathir Penipu - Ku Li
- Kes Rumah Hilang: Maklumat Tak Cukup, Polis Sukar Siasat
- 8 Terkorban Dalam 2 Kemalangan Di Gerik
- [Bergambar & Video] Korban Gempa Jepun Dijangka Melebihi 1,000 Orang
- Tsunami Datang Lagi. Ada Berita Baikkah Untuk Rakyat Malaysia?
- Waspada: Ubat Herba Antara Punca Sakit Buah Pinggang
- Amacam Sampai Boleh Ada 3 Profail DNA Di Dubur Saiful?
- Geng Samun Kereta Mewah Tepi Jalan Tumpas
- [Bergambar & Video] China Dilanda Gempa Bumi - 25 Maut, 250 Cedera
- [Bergambar & Video] Gempa Bumi 8.9 Gegar Jepun, Tsunami 6 Meter
Kawasan Loji Nuklear Fukushima Disytihar Darurat Posted: 12 Mar 2011 12:00 AM PST Tokyo: Pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas dilanda gempa pada ukuran 8.9 skala Richter semalam. Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu. Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu. Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, berlaku pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan hari ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan. Agensi berita Kyodo News pula melaporkan sehingga kini 398 ditemui mati manakala 805 lagi masih hilang. Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan kematian akibat lemas. Sekurang-kurangnya 124 gegaran pada ukuran 5 skala Richter berlaku selepas gempa kuat 8.9 skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter semalam. |
Berjuta Penumpang Keretapi Bawah Tanah Di Tokyo Kandas Posted: 11 Mar 2011 11:00 PM PST Tokyo: Berjuta penduduk di bandaraya Tokyo terkandas jauh dari rumah mereka petang semalam berikutan gempa bumi kuat melanda Jepun sekali gus mencatatkan rekod melumpuhkan sistem keretapi bawah tanah di ibu negara berkenaan. Siren kedengaran di Tokyo, helikopter rangkaian televisyen berlegar di ruang udara manakala penduduk kelihatan bergegas ke kedai runcit 24 jam di bandaraya itu untuk mendapatkan bekalan sandwich dan mi cawan segera. Kebanyakan penduduk yang sebelum itu melarikan diri dari bangunan pejabat mendapati diri mereka terkandas jauh dari keluarga malah tidak dapat menghubungi mereka disebabkan sistem telefon bimbit tidak dapat menampung panggilan yang banyak. "Saya tidak tahu bagaimana untuk pulang ke rumah," kata seorang wanita berusia 18 tahun di luar stesen keretapi bawah tanah Ginza. Beliau menerangkan bagaimana tanah liat bertaburan di sekelilingnya di sebuah pusat beli belah apabila gempa bumi kuat melanda pada waktu tengah hari. Kerajaan menggunakan pembesar suara dan siaran televisyen untuk menggesa penduduk supaya terus berada di tempat kerja mereka berbanding mengambil risiko untuk berjalan pulang berikutan lebuh raya menuju ke tengah bandaraya terputus manakala hotel mendapat tempahan penuh. "Tolong jangan paksa diri anda untuk pulang ke rumah kerana tiada pengangkutan tetapi terus berada di pejabat atau tempat lain yang selamat," kata satu nasihat kecemasan yang disiarkan penyiar awam, NHK. "Hari sudah malam," kata penyiar NHK berikutan suasana gelap yang sejuk melanda seluruh negara. "Jika penduduk yang tinggal jauh cuba untuk melintasi sempadan wilayah dengan berjalan kaki pada waktu malam, mereka mungkin menjadi mangsa kepada kemalangan kedua." Wilayah Tokyo yang membabitkan Yokohama dan kawasan sekitar Kanto adalah kawasan kediaman bandar terbesar di dunia dengan lebih 30 juta penduduk, kebanyakan mereka berulang alik beberapa jam setiap hari. Landasan keretapi Sistem Metro Tokyo dan Japan Railway masih lagi ditutup selepas beberapa jam gempa bumi kuat menggegarkan bangunan di seluruh bandar raya terbabit. Jepun berada dalam Lingkaran Api Pasifik manakala Tokyo terletak dalam satu daripada kawasan yang amat berbahaya. Bandar raya itu berada di antara persimpangan tiga pentas benua Eurasian, Pasifik dan Laut Filipina yang bertentangan antara satu sama lain, mewujudkan tekanan seismik paling besar. Jawatankuasa Penyelidikan Gempa Bumi kerajaan memberi amaran bahawa peluang sebanyak 70 peratus bagi gempa bumi dengan kekuatan 8 pada skala Richter akan melanda dalam masa 30 tahun di Kanto. – AFP |
'Menang Atau Mati' - Kata Penentang Ghaddafi Posted: 11 Mar 2011 10:38 PM PST AL BAYDA: 'Menang atau mati', itulah slogan pemimpin pergerakan penentang pemerintahan Muammar Gaddafi di Libya semalam. "Kami adalah bangsa yang melawan, kami tidak akan mengaku kalah. Kami akan teruskan hingga semua kawasan di negara ini merdeka," kata bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel. Mustafa juga berkata: "Libya sudah bebas tetapi Gaddafi mesti letak jawatan," katanya yang disambut tepukan gemuruh. Mereka juga menjerit akan terus ke Tripoli untuk menjatuhkan pemerintah. "Mungkin ada anggota bekas rejim di sini. Musuh masih boleh meletakkan pengintip di kalangan anda. Jangan hirau mereka hingga memusnahkan revolusi kita. Rejim lama sudah tiada lagi. Berhenti musnahkan bangunan yang kini milik kita," kata Abdel Jalil. Mustafa membuat ucapan ringkas itu di tengah bandar Al Bayda yang dikuasai penentang, berhampiran sebuah pejabat keselamatan yang sudah hangus. Tentera menyokong Gaddafi mengebom kubu penentang di beberapa kawasan timur negara itu sejak Rabu lalu, terbaru di Ajdabiya. Di TRIPOLI, pihak berkuasa Libya menuduh al-Qaeda kelmarin cuba menyeludup 37 juta pil penahan sakit ke dalam negara itu untuk mengubah minda golongan muda supaya menyertai pemberontakan menentang Gaddafi. Mahmoud Ali, yang berkata beliau adalah ketua jabatan anti-dadah Libya, berkata pihak berkuasa memintas penghantaran Tramadol dari Dubai dan dibeli oleh sekumpulan pengedar dadah Libya yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda. Pihak berkuasa Libya menunjukkan wartawan kotak dadah yang dirampas termasuk satu dengan imej ular Raja Tedung. "Sasarannya ialah pengagihan dadah di kalangan golongan muda menerusi penyeludup dadah," kata Abdel Haqim Giniwa, seorang lagi pegawai anti-dadah, kepada sidang media. "Terima kasih kepada kerja keras pasukan keselamatan, kuantiti dadah ini dipintas. Ia mungkin menyebabkan gangguan sosial dan ekonomi." Katanya, dadah itu disembunyikan dalam kontena yang dikenal pasti untuk perabot, peralatan sukan dan jubin. Gaddafi mendakwa, penunjuk perasaan yang menentang pemerintahannya dirasuk oleh al-Qaeda manakala susu dalam minuman Nescafe mereka diletakkan dadah mengkhayalkan. Di VIENNA, Austria melebarkan senarai pembekuan aset semalam untuk memasukkan pegawai atasan di Pihak Berkuasa Pelaburan Libya (LIA) yang mungkin kerana kemungkinan ada kaitan dengan lingkungan dalaman Gaddafi. Tindakan ke atas timbalan ketua LIA, Mustafa Zarti, yang memiliki pasport Austria mengikuti sekatan antarabangsa ke atas keluarga dan sekutu Gaddafi. Satu perintah bank pusat diterbitkan dalam warta rasmi menggambarkan Zarti sebagai pembantu rapat rejim di Libya. Dia juga eksekutif atasan dalam National Oil Corp Libya, ketua kumpulan minyak dan stesen minyak Tamoil, dan timbalan pengerusi First Energy Bank di Bahrain. Zarti, 40, dipanggil untuk disoal oleh pihak berkuasa Vienna kelmarin dan kemudian dibebaskan, penyiar ORF melaporkan, memetik Menteri Dalam Negeri, Maria Fekter sebagai berkata. Austria sudah mengambil langkah membekukan aset dikaitkan dengan kepemimpinan Libya itu, namun Zarti bukan berada dalam senarai asal Bank Nasional Austria didedahkan selepas sekatan diguna pakai Kesatuan Eropah (EU) minggu ini. – Agensi |
Tempias Tsunami: Rumah Bergoyang Di Kampung Gajah Posted: 11 Mar 2011 09:37 PM PST Kampung Gajah: Ratusan penduduk di lima kampung di daerah ini panik selepas ribut persis puting beliung menerbangkan atap serta menyedut dinding puluhan rumah penduduk yang diperbuat daripada kayu, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kebanyakan penghuni rumah berehat apabila angin kencang disusuli hujan lebat melanda kampung Teluk Memali, Kampung Pulau Juar, Kampung Raja, Kampung Biak, Kampung Teluk dan Kampung Bandar Tua. Penduduk Kampung Biak, Osman Dauna, 84, berkata dia dan keluarga berada di dapur apabila terdengar deruan angin kuat disusuli hujan lebat. Menurutnya, ribut itu terlalu kencang hingga menyebabkan rumahnya bergoyang seakan mahu terangkat. "Dalam keadaan cemas itu, saya terkejut apabila dahan durian sebesar pemeluk tumbang lalu menghempap bucu anjung rumah. "Bagaimanapun, tiada kecederaan berlaku kerana kami sempat mencari perlindungan," katanya. Seorang lagi penduduk, Mohamad Abdullah, 54, berkata sekurang-kurangnya 20 rumah di enam kampung terbabit rosak teruk akibat kejadian ribut berkenaan. Menurutnya, ribut yang pertama kali itu berlaku menyebabkan atap zink kebanyakan rumah penduduk kampung tertanggal dan terbang. "Bumbung rumah saya diterbangkan ribut sebelum air hujan melimpah masuk. Hampir seluruh perabot dan perkakas rumah dibasahi hujan. "Ribut itu turut menyebabkan puluhan pokok durian dan mempelam tumbang, termasuk menghempap talian elektrik dan telefon," katanya. Wakil Pejabat Daerah Kampung Gajah, Noor Samsul Mustafa yang melawat ke tempat kejadian berkata, ribut menerbangkan hampir semua bumbung dan atap zink rumah penduduk di enam kampung terbabit. Menurutnya, bencana itu turut menyebabkan tiga rumah penduduk dihempap pokok mempelam di Pulau Juar dan dua rumah ditimpa dahan durian di Kampung Biak dan Kampung Bandar Tua. "Semua kerosakan akan dibaiki segera manakala atap rosak diganti baru," katanya. -hm |
Posted: 11 Mar 2011 07:32 PM PST Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai "menipu secara politik". Dalam memuji "kejujuran intelektual" Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik. "Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular," katanya. Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini. "Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'. "Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis. Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru. "Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987," kata Tengku Razaleigh. -mk |
Kes Rumah Hilang: Maklumat Tak Cukup, Polis Sukar Siasat Posted: 11 Mar 2011 07:08 PM PST Kangar — Polis sukar untuk menyiasat kes kehilangan sebuah rumah di Kampung Bakau dekat sini kerana maklumat lengkap penyewanya tidak diperolehi. Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin, pemilik rumah pusaka berusia 60 tahun itu, Zuria Ali, 30, gagal memberi maklumat lengkap mengenai penyewa rumah tersebut. "Penyewanya sudah lama tiada, dipercayai sejak banjir besar melanda Perlis pada November tahun lalu. Sementara pihak yang mencuri juga belum dikenal pasti," katanya kepada Bernama. Tapak rumah berkenaan adalah milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs). Suri rumah tersebut yang kini menetap di Kampar, Parak terkejut apabila diberitahu Khamis lalu bahawa rumah pusaka milik arwah ibunya yang disewakan kepada individu tertentu lesap dinding dan bumbungnya dan hanya tinggal tapak rumah sahaja. Beliau yang kemudiannya pulang mendapati rumah itu benar-benar hilang. Zuria berkata rumah itu telah lama didirikan di atas tanah PKENPs namun tiada pihak memaklumkan mengenai sebarang pengambilan tanah di situ. "Saya terkilan kerana rumah itu hilang bersama perkakas di dalamnya," katanya. Beliau berharap polis dapat meneruskan siasatan bagi mengenal pasti pencuri rumah tersebut kerana beliau turut kehilangan pelbagai harta pusaka milik arwah ibunya di rumah itu. Jurucakap PKENPs pula berkata tanah tersebut memang milik perbadanan itu tetapi ia tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak merobohkan premis itu kerana belum ada perancangan pembangunan di tapak itu. "Sekiranya PKENPs ingin mengambil alih tanah tersebut, kami akan memaklumkan kepada pemilik rumah terlebih dahulu dan kerja merobohnya hanya boleh dilakukan oleh MPK (Majlis Perbandaran Kangar)," katanya. Satu sumber berkata kes kehilangan rumah boleh berlaku kerana kini banyak rumah yang dibina oleh ibu bapa terpaksa ditinggal tanpa penghuni dan dipantau setelah ibu bapa tersebut meninggal dunia. Anak-anak mereka telah berhijrah ke tempat lain termasuk yang bekerja dan menetap di bandar-bandar besar. "Dengan ketiadaan penghuni, ada pihak yang turut mengambil peluang seperti mencuri bumbung zink rumah untuk dijual termasuk oleh golongan penagih dadah," katanya. — Bernama |
8 Terkorban Dalam 2 Kemalangan Di Gerik Posted: 11 Mar 2011 05:00 PM PST Ipoh – Lapan orang termasuk tiga beranak maut dalam dua kemalangan yang berlaku pada jarak kira-kira 40 kilometer dalam tempoh tidak sampai 24 jam di Lebuh Raya Gerik-Jeli kira-kira 220 kilometer dari sini. Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari di Kilometer 53, Lebuh Raya Gerik-Jeli semalam, tiga beranak antara empat mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan. Tiga sekeluarga yang terbunuh ialah Wan Sariwani Zainal, 35, dan dua anak lelakinya Mohamad Imran Haziq Zainuddin, 3, dan Mohamad Izuan Hanif, 9. Bagaimanapun, suami Sariwani, Zainuddin Omar, 35, yang memandu kereta Perodua Alza dan anak sulung mereka, Iqbal Hakim, 13, pula mengalami kecederaan parah. Turut terbunuh dalam kemalangan itu, seorang warga emas, Khadijah Ahmad, 76, yang menaiki Toyata Wish. Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, tiga beranak itu mengalami kecederaan parah di kepala dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut beliau, kejadian itu berlaku semasa keluarga yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan dalam perjalanan menghala arah Gerik.-kosmo
|
[Bergambar & Video] Korban Gempa Jepun Dijangka Melebihi 1,000 Orang Posted: 11 Mar 2011 04:14 PM PST Tokyo - Korban mangsa akibat gempa di Jepun, diramalkan akan melebihi 1,000 orang. Ini disebabkan keadaan di kota yang parah terkena gempa masih di dalam porak poranda. Proses menyelamatkan mangsa hingga kini masih terus berlanjutan. Polis sebelumnya menemukan mayat korban di Kota Miyagi hingga mencapai 300 orang. Angka korban tersebut disebabkan terkena sapuan gelombang tsunami, demikian diberitakan pejabat berita Kyodo, Sabtu (12/3/2011). Tsunami yang dimulai dengan gempa berkekuatan 8.9 skala richter (SR) ini dikabarkan menyapu apapun yang dilaluinya di wilayah timur laut Jepun. Sementara kira-kira tiga ribu warga dipindahkan dari sebuah pusat penyedia eletrik tenaga nuklir (PLTN) di Prefektur Fukushima. Namun tidak ada kebocoran radiasi selesai PLTN tersebut digoncang oleh gempa terbesar selama 140 tahun yang terjadi di Jepun. Gempa dahsyat ini mengundang simpati dari negara-negara lain. Mereka bersiap untuk memberikan bantuan kepada negara yang kekuatan ekonominya berada di bawah China ini. Salah satu yang menyatakan kesediaannya untuk membantu Jepun adalah Amerika Syarikat. Presiden AS Barack Obama mengatakan negaranya bersiap sedia untuk membantu memberikan bantuan kemanusiaan kepada Jepun. |
Tsunami Datang Lagi. Ada Berita Baikkah Untuk Rakyat Malaysia? Posted: 11 Mar 2011 02:32 PM PST Tahun 2004. Amat ngeri untuk mengingatinya. Lebih ngeri daripada Tragedi 13 Mei, Rusuhan Baling, Rusuhan Natrah dan lain-lain. Tak ada sesiapa pun (mungkin kalau ada cuma sebilangan) yang menjangkakan tsunami akan melanda Malaysia. Ingatkan Malaysia ini selamat, aman, makmur, kaya-raya. Rupa-rupanya tak terlepas juga daripada bencana alam. Nah, bukankah ini suatu bukti mudah bahawa kita sentiasa berada dalam genggaman Allah? "Maha Suci Allah yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu..."- Surah al-Mulk ayat 1 Dan apakah yang berlaku selepas daripada itu? Petunjuk daripada tsunami 2004 itu, lanskap politik Malaysia rupa-rupanya mengalami perubahan. Pilihanraya 2008 menyaksikan "tsunami" berlaku dimana keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen. BN gagal untuk mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS. Semua kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique. Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga "dirobek" sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua pertiga. Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua kerusi DUN. Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka itu, menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai Tsunami. Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang kuasa dua pertiga di parlimen dan mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969. Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah. Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada pilihanraya tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang. Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN pertama yang menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga, tulis Amin Iskandar secara sinis. Keputusan pilihanraya umum 2008 juga menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut. Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama bertanding dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar. Manakala Zainuddin Maidin yang menjadi Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di Shah Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad. Mengapakah ini terjadi? BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen. Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita. Tambahan lagi apabila wujudnya "watak-watak jahat" seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004. Dan kini amaran tsunami datang lagi. Memberi peringatan kepada UMNO BN di bawah pemmerintahan Najib bahawa rakyat bakal melakukan perubahan lagi terhadap lanskap politik di negara ini. Jika dahulu UMNO BN pernah mentertawakan pembangkang yang berhasrat untuk menghapuskan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, kerana kelihatan ia seperti mustahil berlaku, tetapi pilihanraya 2008 menyaksikan UMNO BN benar-benar kehilangan majoriti dua pertiga itu. Begitu juga jika sebelumnya UMNO BN mempersendakan Projek Tanjung tajaan DAP, tetapi pilihanraya 2008 benar-benar menjadi kenyataan malah UMNO BN menderita bukan sahaja kehilangan Pulau Pinang, malah kehilangan Selangor, Perak, Kedah di samping gagal menawan Kelantan. Najib kemudian dengan cara yang tidak demokratik merampas Perak. Menggunakan segala jentera kerajaan termasuk Polis, PDRM, SPR, SPRM, Peguam Negara dan sekalian agensi kerajaan pusat untuk menekan dan menindas kerajaan-kerajaan negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Segala tipu daya dan muslihat digunakan untuk memenangi pilihanraya-pilihanraya kecil dengan SPR menjadi kuda tunggangan paling hebat. Dan kini loceng amaran berbunyi lagi. Tsunami kini menggegar negara Jepun, tempias kecilnya kini dirasai di pantai Kuala Terengganu yang terdedah di hadapan Laut Cina Selatan. Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun di Jepun, yang melanda timur laut negara itu tengah hari ini (waktu Malaysia), meragut 59 nyawa dengan angka kematian dijangka terus meningkat. Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran loji penapisan gas asli di Tokyo. Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan "kemusnahan besar" di bahagian timur laut Jepun. Laporan Reuters menyebut sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami. Itu di Jepun. UMNO BN sepastinya mengharapkan tsunami itu tidak datang menimpa Malaysia. Itu harapan mereka. Tetapi tiada siapa tahu perancangan dan pekerjaan Allah s.w.t. Apakah Najib akan terus angkuh dan sombong untuk melakukan pengkhianatan terhadap federalisma dan akan terus menekan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti mengebas wang royalti Kelantan disamping cuba membuli kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat? Kita katakan: Silakan. Ketawakanlah kami seperti mana kamu pernah tertawakan kami sewaktu kami menyatakan kami akan hapuskan majoriti dua pertiga UMNO BN di Dewan Rakyat. Tsunami akan datang lagi untuk mengajar kamu-kamu dari UMNO BN untuk ayuh bungkus dari Putrajaya bagi memberi laluan kepada pemerintah baru Malaysia - semestinya dari Pakatan Rakyat! -GB
|
Waspada: Ubat Herba Antara Punca Sakit Buah Pinggang Posted: 11 Mar 2011 07:03 AM PST Alor Setar - Masyarakat di negara ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ubat-ubat herba yang dijual di pasar atau kaki lima kerana dikhuatiri mengandungi racun yang boleh menyebabkan sakit buah pinggang. Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Marzukhi Md Isa berkata penyakit buah pinggang bukan terjadi dengan sendiri tetapi antaranya disebabkan pemakanan ubat herba yang dijual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Sebenarnya dalam ubat herba yang dijual itu mempunyai banyak racun yang kita tidak tahu, mungkin kita selesa makan ubat itu, tapi tanpa kita sedari ubat itu menjadi penyebab sakit buah pinggang. "Masyarakat jangan terlalu mudah terpengaruh dengan herba-herba yang dijual kerana ia akan mendatangkan penyakit, ada ubat-ubat herba itu berdaftar dengan KKM tetapi ia tidak mendapat kelulusan KKM, itupun perlu diambil berat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalan Sihat Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 Peringkat Negeri Kedah di sini Jumaat. Selain itu, katanya cara hidup masyarakat sekarang juga mendorong kepada sakit buah pinggang. "Cara pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan mereka mendapat kencing manis, dan secara tidak langsung ia turut melibatkan sakit buah pinggang dan jantung," kata Marzukhi. Beliau berkata di Kedah terdapat 1,159 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di 35 pusat dialisis pada 2009. "Daripada jumlah itu, sebanyak 1,116 pesakit menggunakan mesin dialisis manakala 43 pesakit lagi menggunakan kaedah Peritoneum Peritoneal Dialisis (PPD) iaitu memasukkan air dalam perut selama empat hingga lima jam dan selepas itu perlu dikeluarkan semula untuk membuang toksin racun dalam badan tanpa menggunakan mesin hemodialisis," katanya. Beliau berkata terdapat antara 3,000 hingga 4,000 pesakit baru yang menjalani dialisis setiap tahun. "Kita jangkakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia mengalami sakit buah pinggang. Jadi, saya seru kepada masyarakat supaya menjalani cara hidup sihat untuk kesejahteraan hidup," katanya. -- BERNAMA |
Amacam Sampai Boleh Ada 3 Profail DNA Di Dubur Saiful? Posted: 11 Mar 2011 06:11 AM PST Tiga profail DNA keliling dubur, Saiful enggan komen Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karpal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa. Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim. Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur. Karpal: Adakah awak pergi tandas? Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun. Karpal: Tandas, di mana? Saiful: Ada beberapa. Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan? Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu. Semasa diperiksa semula oleh Yusof, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya. Yusof kemudiannya membuat dua permohonan kepada mahkamah. Pertama, beliau mahu semakan ke atas penghakiman perbicaraan dalam perbicaraan. "Ketika itu, kita tidak tahu alasan. Kami mempunyai waran, apa yang dica(tat) dalam waran adalah pertuduhan," katanya. Permohonan keduanya, pihak pendakwaan mahu mahkamah memaksa Anwar membekalkan sampel DNA untuk tujuan profailing. Bagaimanapun permintaan itu dibantah oleh Karpal. Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin ini. |
Geng Samun Kereta Mewah Tepi Jalan Tumpas Posted: 11 Mar 2011 05:14 AM PST Kuala Lumpur – Taktik penyamun kereta mewah dengan cara langgar dan kebas akhirnya lumpuh dengan tertangkapnya 11 suspek dalam Ops Lejang Elite. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, kesemua suspek berusia antara 20 dan 35 tahun itu dipercayai aktif di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini, melibatkan lebih 10 kes samun kereta mewah. Katanya, lapan kenderaan bernilai kira-kira RM1 juta, termasuk Toyota Alphard, BMW, Mitsubishi Air Trek, Honda Civic dan Toyota Altis, turut dirampas. Polis percaya masih terdapat ahli sindiket itu yang masih bebas dan pihaknya akan terus memburu kumpulan terbabit. Menurutnya, melalui operasi sama di Johor, polis menahan lima orang dan merampas dua kenderaan. "Modus operandi kedua-dua sindiket itu sama, mengekori mangsa dan melanggar kereta dari belakang di kawasan sunyi. "Apabila mangsa keluar untuk berunding, suspek bertindak mengacu senjata seperti parang dan kayu untuk menakutkan mangsa, kemudian melarikan kereta itu," katanya pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini, semalam. Menurutnya, suspek selalunya bertindak antara dua hingga empat orang ketika melakukan samun itu dan turut melarikan barangan berharga milik mangsa. Menurutnya, dalam perkembangan berasingan, polis berjaya melumpuhkan sindiket menyeludup kereta ke negara jiran dengan tertangkapnya enam suspek di Perlis hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Bukit Kayu Hitam. Katanya, sejak 2009, kira-kira 100 kes samun kereta mewah melibatkan kira-kira RM10 juta, dilaporkan "Berdasarkan siasatan, kebiasaannya kereta mewah itu diseludup ke luar negara antaranya, Dubai dan Afrika Selatan. "Polis akan siasat sama ada terdapat 'orang dalam' syarikat perkapalan terlibat dalam kegiatan ini," katanya. Menurutnya, bagi kereta kurang berjenama, sindiket menggunakannya untuk kegiatan jenayah seperti samun atau meleraikan komponennya bagi dijual sebagai alat ganti. Berikutan itu, beliau menasihati orang ramai berhati-hati ketika berhadapan dengan senario dilanggar kenderaan lain dari belakang. Menurutnya, jika berlaku kemalangan, orang awam dinasihatkan segera ke balai berhampiran. Sementara itu, seorang ahli perniagaan yang tidak mahu identitinya dikenalkan, dedahkan pengalamannya disamun tiga lelaki di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), bulan lalu. Menurutnya, ketika dalam perjalanan dari USJ ke rumahnya di Shah Alam, pada tengah malam, dia dilanggar kereta dari belakang. "Saya keluar dari kereta dan seorang daripada mereka meminta maaf dalam keadaan mabuk. "Tiba-tiba seorang lagi acu parang ke leher saya sebelum melarikan kereta, telefon bimbit dan dompet saya," katanya. -SH
|
[Bergambar & Video] China Dilanda Gempa Bumi - 25 Maut, 250 Cedera Posted: 11 Mar 2011 03:34 AM PST Beijing: Gempa bumi memusnahkan lebih 1,000 rumah dan pangsapuri di barat daya China berdekatan sempadan Myanmar mengakibatkan sekurang-kurangnya 25 terbunuh dan menyebabkan 250 cedera, kata kerajaan hari ini. Gambar kejadian itu menunjukkan gempa bumi yang melanda semalam menunjukkan bangunan melambung dan tingkat bawah retak teruk. Polis, anggota boomba dan askar bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan orang ramai yang terperangkap termasuk seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam bangunan empat tingkat, kata stesen China Central Television. Bahagian sebuah pasaraya dan hotel turut roboh manakala laluan tepi jalan menyaksikan ramai yang mengalami kecederaan diberikan selimut dan diberikan payung bagi melindungi daripada terik matahari. Kementerian Hal Ehwal Awam negara itu berkata, 25 orang terbunuh di wilayah Yunnan membabitkan daerah Yingjiang. Dalam pada itu, kira-kira 250 orang mengalami kecederaan termasuk 134 cedera parah, kata kementerian itu dalam pengumuman menerusi laman web. - AP |
[Bergambar & Video] Gempa Bumi 8.9 Gegar Jepun, Tsunami 6 Meter Posted: 11 Mar 2011 02:39 AM PST Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8. Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini. Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh. Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami. Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki). Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia. Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup. Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami. Sebuah kapal besar "disapu" ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK. Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama. Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai. Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini. Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi. |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan