Kelab Greenboc |
- Bas Ekspres Terbalik, 12 Selamat
- Masih Bertudung, Marshanda Akan Dirikan Rumahtangga
- Muhyiddin Jahil Tentang Islam, Perlu Bertaubat
- Kereta Telekom Rempuh Treler, 2 Maut 1 Parah
- Pulangkan Interlok: Tindakan Polis Siasat Pelajar Dikecam
- Bapa Rasuah UMNO Cuba Serang Nik Aziz
- Lagi Kereta Terbakar, Pelajar Kolej Rentung
- Ahli Parlimen BN Tak Mahu Ambil Iktibar Dari Protes Di Timur Tengah
- Jimmy Hanya Tinggal Bersama Isteri 20 Hari Selepas Nikah
- Bangunan Di Menara Jam Besar Mekah Terbakar
- Penolong Penguasa SPRM Seperti Cuba Lindungi Sesuatu.. Semua Dijawab "Tak Ingat"
- Benarkah Anwar Dibekalkan 4 Wanita Untuk Seks?
- Wah, Dia Dah Berkahwin Dengan 29 Wanita!
- Chua Jui Meng Kini Dapat Bezakan Mana Permata Mana Kaca
Bas Ekspres Terbalik, 12 Selamat Posted: 09 Mar 2011 01:00 AM PST Seramai 12 penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik mencemaskan apabila bas yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu itu terbabas lalu terjunam ke dalam parit sedalam dua meter dalam satu kemalangan di Kilometer 38, Jalan Pakoh Jaya, Kuala Terengganu ke Kota Bharu berhampiran Felda Belara, Kuala Nerus, semalam. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Khazahari Che Mat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 pagi dan bas ekpress yang dipandu oleh Md Amin Mohamad, 40, itu dikatakan hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan. "Pemandu bas itu hilang kawalan ketika tiba di jalan selekoh lagi iaitu 25 meter jarak dari lokasi kejadian dan bergesel dengan sebuah kereta Perodua lalu terjunam ke dalam parit yang terletak kira-kira 30 meter dari jalan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam. |
Masih Bertudung, Marshanda Akan Dirikan Rumahtangga Posted: 09 Mar 2011 12:30 AM PST Tiga tahun menyulam cinta, sudah cukup buat aktres sinetron popular Indonesia, Marshanda mengambil keputusan berkahwin pada usia muda dengan kekasihnya, Ben Kasyafani. Malah, pasangan sejoli itu khabarnya akan bernikah pada April ini. Mesra dengan panggilan Chacha, gadis yang baru berusia 22 tahun itu berkata tarikh tepat untuk majlis ijab kabul antaranya dan Ben hingga kini masih belum diputuskan. Ini kerana mereka berdua sibuk dengan karier lakonan masing-masing. "Namun tidak dinafikan kami sudah membuat perancangan untuk majlis pernikahan ini. Bagaimanapun, sehingga kini kami belum mendapatkan tarikh yang sesuai. "Justeru, kami tidak boleh membuat pengumuman lagi hingga keputusan muktamad dibuat. "Apapun, keluarga Ben memang sudah melamar saya. Bahkan, kami berdua juga secara jujurnya kini bersiap sedia untuk bergelar suami isteri. Cuma, tarikh pernikahan belum diperoleh dan kemungkinan besar majlisnya berlangsung tahun ini juga. "Bertepatan dengan kehendak agama, mengapa perkara yang baik seperti ini (perkahwinan) hendak ditangguhkan lama-lama. "Saya juga berharap apa yang kami hajatkan untuk melayari kehidupan bersama akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. "Saya tidak bimbang bergelar isteri pada usia muda kerana sudah bersedia dan hubungan kami pun direstui keluarga. "Ben juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan semestinya ia tiada paksaan atau kami terburu-buru. "Kami juga memilih majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. Majlisnya tidak mahu terlalu mewah dan ikut kemampuan. Bagi kami, yang paling utama majlis akad nikahnya," kata Marshanda ditemui media Indonesia di Jakarta Selatan, baru-baru ini. Bintang sinetron Sejuta Cinta Marshanda yang kini disiarkan TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang itu beraksi di samping bekas kekasihnya, Baim Wong dan bakal suami, Ben. Dalam sinetron itu cintanya dan Baim mendapat halangan keluarga. Senario seorang gadis menjadi rebutan tiga jejaka agak sinonim dengan kebanyakan sinetron Indonesia. Malah, selalunya 'cinta pertama' akan berjaya dan dengan rela pencinta kedua dan ketiga mengundur diri demi kebahagiaan si kekasih. Begitu juga dengan jalan cerita Sejuta Cinta Marshanda yang mengetengahkan percintaan dua darjat antara pemuda kaya, Delvin lakonan Baim dan gadis golongan sederhana, Marshanda. Turut membintangi sinetron itu Ashraf Sinclair dan Alice Norin. Sementara itu, Ben pula ketika ditemui media Indonesia di lokasi penggambaran kuiz, Katakan Kataku, baru-baru ini turut memaklumkan majlis resepsi pernikahannya dan Marshanda bukanlah pentas menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sebagai selebriti. Katanya, ia majlis biasa-biasa saja yang mana bersesuaian dengan situasi serta kemampuan mereka. Ujar Ben, apa yang penting semua tetamu yang hadir merasakan kegembiraan pernikahan itu. Malah, apa yang bermakna buat mereka tentunya doa. "Apapun, busana pernikahan dan segala yang berkaitan pernikahan kami berdua sudah dipersiapkan namun bagaimana perjalanan adatnya belum difikirkan lagi. Di pihak lelaki, saya lebih senang dan selesa mengikut sebelah Chacha saja. "Terpulanglah, jika Chacha mahu ikut adat Minangkabau. Saya tiada masalah memenuhi keinginannya kerana saya juga berasal dari Palembang. Kami sama-sama dari Sumatera, jadi rasanya tidaklah terlalu susah untuk menjalankan adat itu," katanya. Menyentuh soal persiapan majlis resepsi pernikahan itu, Ben berkata, mereka lebih selesa memilih untuk menguruskan sendiri. Setakat ini, katanya, mereka dibantu oleh keluarga dan rasanya ia sudah cukup. Menurutnya, mereka mungkin tidak menggunakan perancang perkahwinan. Ben berkata, dia sendiri sentiasa mengawasi persediaan untuk majlis bersejarahnya dengan Marshanda. Bagaimanapun, katanya dia dan Marshanda selesa membuat keputusan bersama. Ujarnya lagi, Marshanda mempunyai lebih banyak keinginan untuk memilih. Apapun, Marshanda dilaporkan membuat keputusan bertudung ketika meraikan ulang tahunnya yang ke-21, tahun lalu. Kata Marshanda, hasrat itu muncul selepas terbaca satu hadis dan diterima baik Ben. -hm PROFIL NAMA: Marshanda Irwan Yusuf PANGGILAN MESRA: Chacha AGAMA: Islam ASAL: Jakarta, Indonesia TARIKH LAHIR: 10 Ogos 1989 USIA: 22 tahun KELUARGA: Anak sulung daripada tiga beradik KARIER: Aktres sinetron, penyanyi SINETRON: Antaranya Bidadari, Puteri Yang Terbuang, Keluarga Mata Hatiku, Kisah Sedih Di Hari Minggu, Kisah Kasih Di Sekolah, Kisah Kasih Di Sekolah II, Adam Dan Hawa, Manis Dan Sayang, Benci Bilang Cinta, Sejuta Cinta Marshanda ALBUM SOLO: Bidadari, Marshanda (2005) ALBUM KOMPILASI: Allah Yang Kucintai (2002), Best of Female Idol, Broken Heart, Now And Forever, Dua Belas Lagu Islamik Terbaik FILEM: Pendidikan Bahasa Inggeris dan Petualang 100 Jam STATUS: Bujang KEKASIH: Ben Kasyafani USIA: 28 tahun Ulasan GB Sebagai ikutan anak muda, langkah Marshanda untuk mengenakan tudung adalah satu langkah terpuji. GB sudah menulis sebab-sebab beliau memakai tudung di SINI. Allah mencintaimu juga, kerana kamu juga ada di dalam kompilasi album berjudul Allah Yang Kucintai, lantaran itu dibalasnya cintamu itu dan diberikan petunjuk melalui mimpi tentang hampirnya kiamat. Artis negara kita.... ada yang bagus tetapi ramai juga yang tenggelam di dalam arus glamour sehingga melupakan Dia. Maka sebab itu agaknya sekejap pakai tudung sekejap buka. Bagamaina hendak maraih cinta Allah jika sudah sedemikian jadinya? |
Muhyiddin Jahil Tentang Islam, Perlu Bertaubat Posted: 08 Mar 2011 11:30 PM PST PAS menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukkan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi loteri di negeri Serambi Mekah itu. "Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama di negara ini yang mengharamkan judi. PAS juga, katanya kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam. Menurutnya, mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka. Tambahnya, PAS juga yakin kenyataan Muhyiddin itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian di negara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihan raya. Katanya, beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan. "Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi," ujarnya. Sehubungan itu, ujarnya PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi di negara ini dan meminta maaf kepada penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi. PAS juga, tambahnya memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa mereka. "Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja," ujarnya. PAS, tegasnya menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi di negara ini. "Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang," katanya. -HD
Ulasan GB Ini bukan kali pertama Muhyddin Yassin menyerlahkan kejahilannya terhadap hukum-hukum Islam. Di dalam PRK Tenang, Muhyddin sewaktu menjawab soalan pemberita mengenai isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina, beliau berkata begini: "Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. "Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang. GB telah mengulas begini: Begitu ketara kenyataan Muhyiddin Yassin yang menakutkan bukan Islam terhadap "Negara Islam" dengan menyebut tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka. |
Kereta Telekom Rempuh Treler, 2 Maut 1 Parah Posted: 08 Mar 2011 10:23 PM PST Kluang: Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang lengkap beruniform maut, manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung treler membawa muatan pasir di Kilometer (KM) 76, Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam. Gambar: KENDERAAN yang dipandu Jasni remuk selepas bertembung treler membawa muatan pasir di Kilometer (KM) 76, Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam. Dalam kemalangan jam 8 pagi berhampiran Kampung Gajah itu, Abdul Malik Abdullah, 49 dan Abdul Wahab Jaafar, 51, dalam perjalanan menghadiri kursus di pusat bandar, menaiki Proton Saga BLM yang dipandu rakan mereka Jasni Samad, 51. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad berkata, Jasni dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung treler yang menghala ke Mersing. "Abdul Malik dan Abdul Wahab meninggal dunia di tempat kejadian manakala Jasni parah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Mayat Abdul Wahab yang duduk di kerusi penumpang depan dan Abdul Malik yang tersepit dalam kereta berkenaan dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. "Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat dan rawatan. Bagaimanapun, pemandu treler yang berusia 41 tahun tidak mengalami kecederaan serius" katanya. |
Pulangkan Interlok: Tindakan Polis Siasat Pelajar Dikecam Posted: 08 Mar 2011 09:18 PM PST Interlok: Polis siasat pelajar tak sah, Putrajaya digesa adakan inkuiri Tindakan polis menyoal siasat tiga pelajar tanpa kehadiran ibu bapa atau peguam hanya kerana memulangkan novel Interlok, yang menjadi kontroversi sekarang kepada pengetua mereka, adalah tidak sah, kata pemimpin Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga pelajar SMK Kuala Kubu Baru terbabit disoal siasat oleh polis bandar itu semalam selama 10 jam. "Soal siasat dijalankan tanpa kehadiran ibu bapa atau peguam. "Mengejutkan, pihak berkuasa polis atau sekolah tidak memaklumkan ibu bapa mereka bahawa pelajar berkenaan disoal siasat oleh polis," kata Naib Presiden PKR N Surendran dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Katanya, pihak berkuasa sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu seolah-olah menggerakkan dan bekerjasama dalam insiden pelajar berkenaan disoal siasat kerana memulangkan novel Interlok. "Kami dengan keras mengecam polis menyoal siasat kanak-kanak ini dan layanan yang diberikan kepada mereka. "Soal siasat ini amat bertentangan dengan undang-undang kerana tiada kesalahan dilakukan oleh mereka," kata beliau. Novel Interlok kini digantung sementara jawatankuasa khas sedang mengkaji untuk membuat pindaan yang diperlukan. Malah menurut aktivis sosial dan peguam ini, proses soal siasat itu bertentangan dengan undang-undang memandangkan mereka dinafikan akses kepada ibu bapa mereka atau peguam. "Pada hakikatnya, sekurang-kurangnya salah seorang daripada kanak-kanak telah dinafikan kebenaran untuk menelefon ibu bapanya meskipun merayu untuk berbuat demikian," kata Surendran. "Kami menggesa kerajaan dan Kementerian Pelajaran mengambil tindakan segera untuk mengelakkan kejadian seumpama itu pada masa depan dan mengadakan inkuiri segera berhubung perkara tersebut," katanya lagi. Kata beliau, pihaknya mahu tindakan segera diambil ke atas pegawai-pegawai polis terbabit. "Tindakan disiplin tegas harus diambil ke atas mana-mana guru yang terlibat dalam insiden ini. "Kami menggesa kerajaan menghormati hak kanak-kanak dan bertindak selari dengan standard antarabangsa hak dan perlindungan kanak-kanak," katanya. Mengikut laporan media tiga pelajar tingkatan lima mendakwa mereka diheret ibu pejabat polis Kuala Kubu Baru dan disoal siasat selama 10 jam selepas mengambil keputusan memulangkan novel Interlok kepada pengetua mereka Jumaat lalu. Kata laporan itu, pada awalnya, tujuh pelajar SMK Kuala Kubu Baru bercadang memulangkan buku teks sekolah mereka kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungannya tetapi dihalang oleh guru disipilin yang kemudian mencaci mereka. "Semua tujuh daripada kami berjalan dengan tenang ke bilik guru besar apabila guru disiplin menahan kami dan mengeluarkan kata-kata yang melukakan perasaan kami," kata seorang daripada pelajar di ibu pejabat Parti Hak asasi hari ini. Menurut pelajar, guru disiplin didakwa menuduh mereka sengaja menimbulkan masalah di sekolah itu dan mengeluarkan kata-kata yang menghina mereka. Menurut mereka, semalam pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Baktiar Md Rashid, yang juga seorang pegawai polis, membawa tiga pelajar yang terbabit itu ke balai polis untuk disoal siasat tanpa kebenaran ibu bapa mereka. -TMI |
Bapa Rasuah UMNO Cuba Serang Nik Aziz Posted: 08 Mar 2011 08:30 PM PST Lagi pemimpin Umno 'serang' Nik Aziz Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'diserang' oleh pemimpin BN, khususnya dari Umno. Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat. Katanya, kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan parti Islam itu semakin kehilangan sokongan rakyat. Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008. Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen. Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas". Mohd Ali yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah. Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini. "Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya. BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi. -mk
Ulasan GB Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka jangan lupa bahawa beliau telah dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno kerana didapati terlibat dengan politik wang (rasuah). Beliau yang amat dikenali satu ketika sebagai Bapa Rasuah UMNO cuba menggambarkan kemenangan BN di PRK Merlimau sebagai satu kemenangan yang kononnya sahih, bersih, telus dan ikhlas - sedangkan apa yang berlaku ialah rasuah yang berleluasa tatkala kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau sehingga ada laporan polis dibuat membuktikan pembelian undi memang berlaku di dalam PRK berkenaan. Tak cukup sekadar memperalatkan semua jentera kerajaan, UMNO BN terus melacurkan sistem pilihanraya untuk mencapai kemenangan. Hal tersebut berlaku kerana SPR yang menjalankan kerja secara senget sebelah, memejamkan mata terhadap gejala rasuah apabila ia dilakukan oleh BN. Namun satu hari nanti, BN akan hancur lebur tanpa serangan sesiapa kerana ia akan reput dengan sendiri kerana hukum alam akan berjalan - kemenangan yang diperolehi secara penipuan dan rasuah adalah kemenangan yang rapuh dan kerajaan Melaka seluruhnya bakal binasa lantarannya. |
Lagi Kereta Terbakar, Pelajar Kolej Rentung Posted: 08 Mar 2011 07:00 PM PST Kuching: Seorang pelajar kolej mati rentung setelah gagal keluar daripada kereta-nya yang terbakar, sejurus selepas kemalangan yang berlaku awal pagi semalam. Gambar: Kenderaan mangsa yang terbakar setelah merempuh pokok, dengan mangsa masih terperangkap di dalammya. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 pagi semalam di Jalan Song, di sini, kereta yang dipandu mangsa yang dikenali sebagai Liu Hui Ping, 23, hendak membuat satu pusingan menuju ke arah Taman BDC, ketika tiba di kawasan lampu isyarat Jalan Song. Bagaimanapun mangsa hilang kawalan ketika hendak membuat pusingan menye-babkan ia melanggar seba-tang pokok, sebelum ber- pusing beberapa kali di tengah jalan. Insiden tersebut menye-babkan kereta mangsa terbakar. Pengguna jalan raya lain yang menyaksikan kemalangan tersebut turut berhenti dan cuba membantu mangsa namun gagal untuk menghampiri kerana api yang merebak dengan cepat. Orang awam juga ternampak kelibat mangsa yang masih tidak dapat keluar daripada keretanya, lalu menghubungi pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta hos-pital. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Tabuan Jaya berkejar ke tempat kejadian bersama sebuah jentera pemadam api. Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, api sudah marak membakar seluruh kereta dengan mangsa masih terperangkap di dalamnya. Pasukan bomba terpaksa mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang sudah rentung, sebaik api dapat dipadamkan sepenuhnya. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. Ketika ditemui di hospital semalam, teman wanita mangsa mendakwa mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah di Jalan Song setelah menghantarnya pulang di Jalan Green. Awal sebelum kejadian itu, kira-kira jam 9 malam, mangsa dan teman wanitanya serta rakan-rakannya telah pergi menonton wayang sebelum mereka singgah untuk minum di sebuah pusat hiburan di Batu Tiga pada jam 11 malam hingga 1 pagi. Menurut ahli keluarganya, mangsa merupakan anak ke-dua daripada tiga adik ber-adik, yang terdiri daripada seorang kakak dan seorang adik perempuan. -borneopost |
Ahli Parlimen BN Tak Mahu Ambil Iktibar Dari Protes Di Timur Tengah Posted: 08 Mar 2011 06:30 PM PST Ahli Parlimen BN selar tindakan pembangkang samakan pergolakan di Arab Tindakan pembangkang yang cuba menyamakan pergolakan politik di negara Timur Tengah dan Afrika Utara dengan Malaysia diselar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyifatkan tindakan pembangkang itu sebagai tidak rasional dan tidak waras, berkata pergolakan di negara berkenaan berlaku disebabkan pemimpin yang bersifat autokratik dan kuku besi. "Kita tak boleh nak samakan keadaan mereka dengan Malaysia kerana kita di sini mempunyai empat negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang melalui pilihan raya iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. "Oleh itu, tindakan cuba menyamakan situasi di negara-negara terbabit dengan Malaysia adalah tidak rasional," katanya. Beliau berkata demikian ketika mencelah pada sesi membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong oleh Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat hari ini. Bung Mokhtar berkata, hakikatnya, kerajaan sentiasa memantau permasalahan rakyat tanpa mengira ideologi politik masing-masing. Apa yang dilakukan pembangkang, katanya hanya memikirkan kuasa semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang turut menyelar tindakan itu pula berkata, pembangkang hanya tahu menghasut rakyat terutama golongan muda supaya membenci kerajaan walaupun pada masa sama mereka menikmati segala kemudahan disediakan. "Pembangkang juga pada pilihan raya kecil yang lalu menghasut anak-anak kecil dan pemuda untuk mengutuk kerajaan, memburukkan kerajaan dan menafikan sumbangan kerajaan. "Mereka cuba mengambil pendekatan seperti mana berlaku di negara-negara luar sedangkan negara kita aman makmur, ini yang menyedihkan," katanya. Menurutnya, pergolakan di negara Timur Tengah dan Afrika Utara adalah disebabkan faktor politik dan ekonomi. "Dari segi politik, Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara serta mengamalkan pemilihan pemimpin yang telus (menerusi pilihan raya) manakala dari segi ekonomi pencapaian kita jauh lebih tinggi daripada negara-negara terbabit," katanya. - BERNAMA Ulasan GB Apa yang nyata dari ucapan ahli-ahli parlimen BN di Parlimen semalam menjelaskan kepada kita beberapa perkara: Pertama mereka (ahli-ahli parlimen BN) tidak mahu dan mereka takut rakyat akan mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Timur Tengah untuk menolak segala kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim-rejim pemerintah negara-negara tersebut ke atas rakyatnya. Kedua: Ahli-ahli parlimen BN tersebut menuduh pembangkang cuba menyemarakkan hasutan ke atas rakyat dan Ketiga: Ahli-ahli parlimen BN cuba berdalih menyatakan apa yang berlaku di negara luar tidak sama dengan keadaan di negara ini. GB berhujjah begini: Kita ingin menyatakan bahawa fenomena "protes" rakyat akan berlaku tidak kira dimana sahaja (tidak terhad di Timur Tengah) apabila rakyat merasakan mereka ditindas dan dizalimi oleh pihak kerajaan. Malah rakyat Malaysia lebih dahulu pernah menyatakan protes mereka terhadap kerajaan BN daripada rakyat-rakyat Mesir, Tunisia, Libya, Bahrain, Oman dan lain-lain apabila rakyat negara ini pernah bangkit dengan perhimpunan Bersih (Gelombang Kuning), PPSMI, protes SYABAS dan lain-lain. Lansung tiada kena-mengena dengan tunjuk perasaan di Timur Tengah dan Afrika. Bung Mokhtar menyatakan: Kita tak boleh nak samakan keadaan mereka dengan Malaysia kerana kita di sini mempunyai empat negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang melalui pilihan raya iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Benar, tetapi jangan lupa kerajaan BN terus-terus menyiksa dan menzalimi kerajaan-kerajaan negeri tersebut bermula dengan merampas secara tidak sebuah kerajaan negeri yang ditegakkan dengan pilihan rakyat di Perak, merampas royalti Kelantan secara haram, kerajaan pusat cuba pula menimbulkan pelbagai karenah dan masalah untuk menekan dan menindas kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di samping ugutan-ugutan pihak polis, SPRM terhadap kerajaan-kerajaan berkenaan. Diperburukkan lagi dengan perjalanan Suruhanjaya Pilihanray [SPR] yang tidak bebas dan berkecuali apabila bertindak melampau dengan membiarkan pihak parti kerajaan memperalatkan agensi dan institusi awam diperalatkan oleh BN di dalam pilihanraya disamping mereka sendiri berusaha untuk melakukan kerja-kerja kospirasi secara sistematik untuk memenangkan BN dengan memanipulasi daftar pemilih dan undi pos. SPR akan mencari setiap inci kesalahan walau betapa kecil pun dilakukan oleh parti pembangkang tetapi membiarkan apa jua kesalahan sebesar mana pun yang dilakukan oleh BN. Kesemuanya itu adalah bom jangka yang tak perlukan sebarang hasutan, tetapi akan meletup sendiri disebabkan oleh tindakan-tindakan kerajaan UMNO BN sendiri yang mencari penyakit itu. Hukum alam dan catatan sejarah menyatakan bahawa rakyat akan tetap bangun satu hari, menentang segala kezaliman dan tirani pihak berkuasa sekalipun ia cuba ditekan dengan apa cara sekalipun oleh kerajaan. |
Jimmy Hanya Tinggal Bersama Isteri 20 Hari Selepas Nikah Posted: 08 Mar 2011 04:40 PM PST Doakan terbaik buat saya' SHAH ALAM: "Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga," kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan. Terdahulu, Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mendapati penyerahan saman untuk kedua-dua permohonan dikemukakan Jimmy kepada Nursuhaila tidak sempurna. Saharuddin berkata, tindakan Nursuhaila melantik peguam juga bukan bukti dia menerima saman berkenaan. "Mahkamah memberi peluang kepada Nursuhaila hadir di mahkamah bagi memfailkan pembelaan dalam kes itu," katanya. Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu. Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini. Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil lima bulan dan tinggal di rumah keluarganya. Sementara itu, peguam syarie mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika ditemui berkata, butiran lanjut berhubung permohonan perintah kembali taat dan nusyuz hanya akan diketahui apabila kes berkenaan dibicarakan. "Permohonan ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya isteri kembali mentaati suami. Secara tersirat ada beberapa perkara yang suami arahkan kepada isterinya untuk dipatuhi," katanya. Pada prosiding semalam, Jimmy hadir memakai kemeja merah dan bersongkok, manakala Nursuhaila tidak kelihatan sehingga prosiding sebutan selesai. Desas-desus keretakan perkahwinan pasangan itu mula diperkatakan akhir tahun lalu apabila media melaporkan pengacara program Itu Dia di Astro Ria berdepan masalah rumah tangga. Bagaimanapun, keesokan harinya Jimmy menafikan berita itu dan menyifatkan gosip semata-mata. Jimmy memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila ketika itu disahkan mengandung empat minggu. Bagaimanapun, kelibat Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 11 Januari lalu, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinannya. Artis itu yang dihubungi memberitahu dia enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati keluarga mentua di samping mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka. -hm Ulasan GB Mutakhir ini masalah rumahtangga kerap berlaku. Banyak juga laporan perceraian dan krisis rumahtangga dilaporkan akibat dari pelbagai masalah seperti "kecurangan" suami atau isteri. Malah dengan kewujudan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit dengan fasiliti penghantaran sms juga menyumbang kepada gejala yang meretakkan hubungan suami-isteri apabila ia dijadikan alat untuk berhubungan dengan "kekasih gelap". Moralnya dari kisah di atas: Tanpa mengira sesiapa, rumahtangga boleh ranap jika kita tidak berwaspada dan tiada kejujuran untuk menjaga rumahtangga sendiri secara bersama daripada syaitaniah yang sentiasa cuba memporak-perandakan masjid yang telah dibina. |
Bangunan Di Menara Jam Besar Mekah Terbakar Posted: 08 Mar 2011 02:53 PM PST Satu kebakaran besar berlaku di salah satu menara gedung King Abdul Aziz Endowment - rumah menara jam tertinggi di Makkah pada Selasa lepas. Kebakaran itu membuatkan jamaah umrah di Masjidilharam yang sedang melakukan tawaf dan sa'i menjadi panik. Kebakaran tersebut telah mengakibatkan bekalan elektrik terputus di sekitar Masjidil Haram selama lebih dari satu jam, satu sumber mengatakan kepada Arab News. Tidak ada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu. Petugas pemadam kebakaran bergegas ke lokasi dan orang ramai telah dikeluarkan dari bangunan dengan bantuan anggota masyarakat. Pertahanan Awam juga memotong sambungan elektrik ke menara sebagai sebahagian dari usaha untuk mencegah api dari merebak. Beberapa saksi menyatakan mereka melihat asap tebal mengepul keluar dari bangunan. Menurut laporan awal, api bermula di ruang generator. Namun elektrik kembali menyala setelah api berjaya dipadamkan. Leftenan Kolonel Ali Al-Muntashri, jurucakap Pertahanan Awam, menyatakan pihaknya menghantar pasukan penyelamat 15 dan 10 pasukan bantuan pertama ke lokasi kebakaran. Namun tak ditemukan mangsa luka atau cedera serius yang lain. Penyelidikan telah dilakukan untuk mengenalpasti punca kebakaran berlaku, katanya. Perusahaan Elktrik Saudi juga menghantar lima pasukan untuk mengatasi masalah itu. |
Penolong Penguasa SPRM Seperti Cuba Lindungi Sesuatu.. Semua Dijawab "Tak Ingat" Posted: 08 Mar 2011 06:54 AM PST Suruhanjaya Siasatan yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock menegur penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Ashraf Mohd Yunus (gambar) kerana tidak memberi kerjasama yang baik ketika memberi keterangan berhubung kes membabitkan setiausaha politik kepada exco Selangor itu. Seorang anggota panel suruhanjaya itu, Datuk T.Selventhiranathan, yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan, berpendapat tindakan Mohd Ashraf itu lebih bersifat selektif kerana kebanyakan soalan yang dikemukakan kepadanya gagal dijawab. "Saya lihat awak mengalami selektif memori... ini adalah kes penting. Mana mungkin seseorang yang terlibat dalam kes sebegini tidak ingat. Awak lebih banyak menyatakan tidak ingat. Saya harap saksi-saksi dapat membantu," katanya pada prosiding siasatan hari ini. Isu ini timbul apabila Mohd Ashraf, 27, iaitu saksi ke-20, tidak dapat menjawab kesemua soalan yang diajukan oleh pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud mengenai kelulusan peruntukan yang ditandatangani oleh Teoh yang menggunakan cop anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah. Bagaimanapun, Mohd Ashraf tidak dapat mengingatinya dengan berkata: "Saya tak ingat, sebab suara Teoh perlahan tetapi apabila kami meminta alamat e-mail Teoh, dia menulis di atas kertas. "Saya tidak mengingat sebab banyak soalan diajukan oleh Arman," katanya yang menjalankan siasatan untuk membantu pegawai SPRM Arman Alies. Perkara itu turut disokong bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang kelihatan kesal dan kecewa dengan tindakan Mohd Ashraf yang enggan memberi kenyataan sewajarnya. "Kenapa tak ingat... ini perkara penting kita tak mahu tunding jari kepada sesiapa. Kita hendak yang benar tapi kamu menjadikan perkara ini sebagai ''anti-klimaks''. Kalau benda yang penting kamu tidak ingat adakah kamu memerlukan 20 minit untuk mengingat kembali?" kata Abdul Kadir. Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Siasatan itu, kemudian menangguhkan prosiding selama 30 minit untuk membolehkan Mohd Ashraf meneliti kesemua fail dan dokumen dalam kes siasatan Teoh. Dalam prosiding hari ini, Mohd Ashraf turut disindir oleh Awang Armadajaya yang bertanyakan kepada beliau adakah tugasnya sebagai pegawai penyiasat tidak penting dan beliau berkata: "Saya ditugaskan untuk membantu sahaja." Hakim Foong kemudiannya menegaskan sebagai penolong, beliau berperanan sepertimana pegawai penyiasat dan seharusnya mengetahui tugas-tugas sebagai pegawai penyiasat. Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Suruhanjaya itu turut dianggotai Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka'' berhubung kes itu. Prosiding disambung esok. — Bernama |
Benarkah Anwar Dibekalkan 4 Wanita Untuk Seks? Posted: 08 Mar 2011 05:24 AM PST Memoir Mahathir: Anwar didakwa dibekal empat wanita untuk seks KUALA LUMPUR, 8 Mac - Tun Dr Mahathir Mohamad dalam autobiografi yang dikeluarkan hari ini mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998. Bekas perdana menteri itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa. Dr Mahathir menulis bahawa mereka dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar. Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007. "Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri. "Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks," tulis Dr Mahathir dalam memoir bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", yang pertama sejak bersara pada Oktober 2003. "Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu. Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi. "Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian," tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno. "Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita," katanya. Dr Mahathir juga mengulangi bahawa beliau buat pertama kali diberitahu mengenai aktiviti homoseksual Anwar pada awal 1990-an oleh ketua polis ketika itu Tun Haniff Omar. Katanya, beliau diberikan buku berjudul "50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri", tetapi menolaknya kerana ia berunsur "sensasi" hanya untuk mendapatkan duit. Kata Dr Mahathir, pada 1997, Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, menghantar surat kepadanya dengan dakwaan khusus mengenai tingkah laku liwat Anwar. Anwar dipecat pada September 1998. "Polis meneruskan pemantauan ke atas aktiviti timbalan perdana menteri memandangkan ia adalah amalan biasa mereka. Meskipun saya minta mereka hentikannya, saya ragu-ragu mereka akan berbuat demikian. "Kali ini mereka ada bukti termasuk gambar dan pengakuan mereka yang terlibat," kata beliau dalam buku terbarunya setebal 809 halaman. Kini, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua terhadapnya. -TMI
Ulasan GB Siapa yang benar? Kita tidak menolak dan tidak pula mengiyakan kerana kita tidak tahu kebenarannya. Kita berdoa lagi serupa dengan doa-doa dahulu, sebelum kita mengiya atau menidakkan episod terbaru ini sebagai fitnah: 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Berdoa sedemikian lebih utama daripada mengikut persangkaan kita semata-mata. Muga Allah beri petunjuk yang sebenarnya kepada kita semua dan selamatkan kita dari siksaanNya. |
Wah, Dia Dah Berkahwin Dengan 29 Wanita! Posted: 08 Mar 2011 03:52 AM PST Besut - Umurnya kini sudah menjangkau 90 tahun, dan sekali imbas, tiada apa-apa istimewa mengenai warga emas ini. Namun, bila dia membuka cerita pernah berkahwin dengan 29 wanita, nyata dia bukan calang-calang orang. Abdullah Awang Besar, 90, atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh memberitahu, dia berkahwin pertama kali ketika berusia 14 tahun, selepas sebulah berkhatan. Sejak itu, berkali-kali lagi Ayah Loh bertemu jodoh, menggenggam tangan kadi dan naik pelamin, hinggalah mencecah angka 29. Dia mula 'rancak' berkahwin ketika umur 40 hingga 50 tahun, dan ketika itu kebanyakan isterinya adalah anak dara sunti berusia 20-an. Hasil perkahwinannya sebanyak 29 kali, Ayah Loh dikurniakan tujuh anak, dua daripadanya sudah meninggal dunia. "Kalau ikutkan hati memang mahu kahwin lagi. Tetapi tidak terdaya kerana sudah tua sangat," luah warga emas, Abdullah Awang Besar, 90, yang pernah berkahwin dengan 29 wanita. Penghuni Pondok Agama (Pondok Paku) itu memberitahu, dia melangsungkan pernikahan dengan isteri pertama ketika berusia 14 tahun, selepas sebulan berkhatan. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh atau Pak Ngah Dollah mula memasuki pondok itu kira-kira lima tahun lalu, tidak lama selepas berpisah dengan isteri terakhirnya, dari Seberang Jertih. "Dahulu mas kahwin murah biasanya sekitar RM52 sahaja untuk kahwin dengan anak dara. Biasanya bila bercerai baru saya berkahwin lain. "Tetapi pernah juga saya ada tiga isteri sekali gus, memandangkan isteri tua tidak mahu berpisah. Namun, akhirnya semua bercerai," katanya yang masih sihat tanpa menghidap sebarang penyakit, malah penglihatannya juga jelas dan tidak menghadapi masalah pendengaran. Menurutnya, walaupun berkahwin ramai, tetapi dia hanya memperoleh tujuh cahaya mata. Dua daripadanya, hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama, sudah meninggal dunia hasil. Isterinya pertamanya, Habsah Abdullah juga telah meninggal dunia. Abdullah berkata, kebanyakannya dia berkahwin untuk tempoh sebulan hingga setahun, bergantung terhadap perangai isterinya, malah dia pernah berkahwin tiga kali dalam setahun. "Sekarang empat anak saya menetap di Kuantan, Pahang dan yang sulung tinggal di Kampung Telaga Nibong, Besut," katanya yang pernah bekerja sebagai pekerja biji timah dengan sebuah syarikat Inggeris di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang pada 1 Januari 1951. Menurutnya, dia rancak berkahwin silih berganti ketika usianya mencecah 40 hingga 50 tahun, dan sebahagian besar isterinya adalah anak dara berusia bawah 20 tahun. "Dahulu Ayah Loh nakal sikit. Hendak buat macam mana, kadang kala orang gilakan Ayah Loh. Malah kalau ada yang berkenan, Ayah Loh akan pergi minta dengan keluarga perempuan itu dan pasti tidak ditolak," ceritanya cuba menyembunyikan ilmu yang penuh di dadanya. Malah katanya, ada dalam kalangan wanita yang pernah dikahwininya sanggup menawarkan diri tidur bersama madu dalam satu kelambu, tetapi ditolaknya kerana bertentangan dengan agama. -SH |
Chua Jui Meng Kini Dapat Bezakan Mana Permata Mana Kaca Posted: 08 Mar 2011 02:33 AM PST PAS Amal Islam Sebenar, Umno Mengelirukan Kepala Batas: Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng mengakui PAS mengamalkan Islam tulen berbanding Umno yang banyak mengelirukan agama itu menyebabkan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tidak berminat mendekati Islam. PAS, kata beliau banyak mengajar dirinya lebih dekat dengan Islam dan merasai ada kelainan bila mana mengadakan perbincangan atau pertemuan dalam Pakatan Rakyat. "PAS lain dengan Umno yang saya kenal. Mereka memperjelaskan kekeliruan sehingga ramai bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat dapat merasai kelainan berbanding berkawan dengan Umno," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR ketika berucap dalam Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi. Turut berucap ialah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Mohamad Sabu. Beliau turut memuji langkah PAS memperjelaskan isu penggunaan kalimah Allah sehingga ada yang pergi ke gereja untuk tujuan berkenaan tetapi sebelum ini tidak pernah terjadi demikian. Natijahnya kata beliau, PAS bukan sahaja dapat merapatkan jurang dengan masyarakat bukan Islam apabila tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS tetapi juga individu bukan Islam tidak bimbang lagi dengan dasar Islam yang didokongi PAS. "Dulu memang orang bukan Islam takut PAS kerana bimbangkan terlalu ekstrem, rupa-rupanya tidak, Umno pula dianggap parti asabiah kerana terlalu mengagung-agungkan kemelayuannya," kata beliau pada malam terakhir pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri yang berlangsung selama 10 hari itu. Justeru itu, katanya kebanyakan kepimpinan Umno lebih suka melakukan rasuah, pecah amanah dan tidak mempedulikan penyelewengan untuk melonjakkan nama sendiri bagi memastikan kedudukan terjamin sedangkan PAS terbukti berjaya mempamerkan kejayaan hasil kerjasama dengan bukan Islam dalam PKR dan DAP. Lagipun, ujarnya Kelantan di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri berjaya membawa contoh sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan dapat meningkatkan kemajuan. Ianya, kata beliau tidak seperti mana yang diwar-warkan oleh Umno dan BN kononnya jika memerintah mengikut cara Islam, negeri boleh bankrap dan pembangunan ketinggalan. Ulasan GB Tahniah Datuk Dr Chua Jui Meng, akhirnya anda dapat melihat perbezaan PAS dan UMNO, sekalipun masing-masing mengakui mereka Melayu & Islam, tetapi orang luar dapat menilai yang mana permata yang mana kaca. |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan