Isnin, 14 Mac 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Hidup Lagi Dia Ni

Posted: 13 Mar 2011 06:48 PM PDT

Santai


JAKARTA - Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.

Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut.

Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat.

"Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun..

* Sumber koSmo! Online
-ijoks2009-
Di dunia selamatlah,di akhirat tentu tak selamat punya,kecuali jika dia sempat bertaubat(memeluk Islam)


Cari N3 lama-lama disini

Gunu Berapi Pula Meletup

Posted: 13 Mar 2011 05:39 PM PDT



TOKYO: Sebuah gunung berapi di Jepun barat daya meletup semula selepas dua minggu sepi, memuntahkan debu dan batu setinggi empat kilometer ke udara.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada letupan itu berpunca daripada gempa bumi besar berukuran 8.9 magnitud yang melanda utara negara itu Jumaa lalu. Gunung Berapi Shinmoedake setinggi 1,421 meter yang mengalami letupan paling kuat 52 tahun lalu, mula meletup Januari lalu. Pihak berkuasa mengeluarkan amaran melarang orang ramai mendekai seluruh kawasan gunung berkenaan. - AP

 -ijoks2009-
Marilah kita ummat Islam jadikan peristiwa di jepun itu suatu peringatan agar sama-sama mendekatkan diri dengan Allah dan berusaha melaksanakan tuntutan Islam secara syumul pada diri dan negara.

Seperti mana yang kita ketahui dalam hadis Rasulullah s.a.w pernah menceritakan tanda2 kecil sebelum kiamat, antaranya banyak berlaku pembunuhan, mengharapkan mati kerana musibah yang dahsyat, keinginan agar dirinya seperti orang yang mati dan berandai dia sudah mati kerana dahsyatnya petaka yang dihadapi, ramai meninggal dunia tiba-tiba, maut kerana gempa atau wabak, lelaki sedikit daripada perempuan, wanita berpakaian tetapi telanjang, melebarnya pelacuran di jalan dan munculnya penyokong orang zalim daripada kalangan petugas keselamatan yang mendera manusia.

Tandanya kiamat lain ialah munculnya alat muzik, arak, perzinaan, riba, pemakaian sutera halal bagi lelaki, terbenamnya sebahagian bumi dengan segala di atasnya, muncul perubahan bentuk tubuh dan bermaharajalela fitnah.

Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 1 dan 2 yang bermaksud: "Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu sesuatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa yang mengerikan) itu, setiap ibu melupakan anak yang disusukannya, dan perempuan mengandung gugurkan anaknya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, pada hal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan."

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: