™ kaasii peecaahhh laaa...® |
- Video Seks, Blogger Umno Tunjukkan Cara Membuatnya
- Hasil keputusan puzzle yang di buat
- Panas - gambar blogger umno minum air kencing setan
- Kisah Juara Raja Lawak - Lagi Fitnah Untuk DSAI
- Isu Video Lucah: Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara
- Program penerangan tentang isu video lucah fitnah 3 oleh Chegu Bard
Video Seks, Blogger Umno Tunjukkan Cara Membuatnya Posted: 29 Mar 2011 06:37 AM PDT Wartawan Harakah adalah mangsa fitnah bloggerUmno selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah Umno. "Jika benar itu gambar saya, saya cabar mereka membuang penutup muka itu," cabar Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakob ekoran laporan blog Umno kononnya wartawan Harakah mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks. Gambar bagi membuktikan pertemuan itu dengan dengan dua orang yang ditutup mukanya kononnya itulah wartawan Harakah yang menonton video itu dan bertemu dengan mereka serta membuat pengakuan itu. Ini caranya yang ditunjukkan blogger Umno, ambil mana-mana gambar tutupkan mukanya dan siarkan. Ini juga cara yang mungkin dilakukan dalam pembikinan video seks yang dikatakan melibatkan Anwar. Ambil video, kemudian tampalkan dengan mana-mana orang yang ingin difitnahkan dan riuhkan di segenap alam. Silapnya yang terboroi mereka pilih. Teknologi sekarang semuanya boleh berlaku asalkan duit! duit!! Umno itu sememangnya karut, apatah lagi dengan bloggernya, takkan pula semakin elok!! |
Hasil keputusan puzzle yang di buat Posted: 29 Mar 2011 05:01 AM PDT Malas nak komen panjang-panjang, malas nak taip banyak-banyak... tengok gambar dekat bawah kemudian jawab soalan dekat bawah gambar... Moral...??? "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (TMQ al-Hujurat [49]:6) nak baca lebih lanjut klik si sini |
Panas - gambar blogger umno minum air kencing setan Posted: 29 Mar 2011 01:52 AM PDT Jom kita main puzzle.... mari kita tengok wajah siapa blogger UMNO yang perjuangkan Melayu... dan dalam blognya slalu menyebut dan memuji kebesaran ALLAH.... nak cari keratan2 yang lain korang klik link2 di bawah.... copy dan cantumkan gambar 2 tersebut.... pastu korang nilai la sendiri bagaimana UMNO tu sendiri.... BAHAGIAN 1 - Gambar blogger UMNO bersantai dengan air kencing syaitan! BAHAGIAN 2 - Gambar Keratan Ke-2 Blogger UMNO Tonggang Arak Di Kala Maghrib !!! BAHAGIAN 3 - Keratan ketiga gambar blogger UMNO solat di kedai arak BAHAGIAN 4 - keratan 4 - PANAS!! PENDEDAHAN BLOGGER UMNO-APCO TOGOK ARAK Terima kasih kepada blogger topen perak atas keatas semua foto untuk pendedahan yang panas nie...... 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia' ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! |
Kisah Juara Raja Lawak - Lagi Fitnah Untuk DSAI Posted: 29 Mar 2011 01:28 AM PDT Saya mendapat maklum tentang senaskhah komik 16-muka surat bertajuk, Kisah Juara Raja Lawak, yang mengandungi imej-imej lucah seorang watak yang kelihatan serupa seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke semua pengundi baru di Lembah Pantai. Komik tersebut telah dihantar melalui sebuah pejabat pos di Shah Alam. Tindakan mengedar komik berniat jahat ini kelihatan seperti suatu kempen untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Ketua Pembangkang kami, dan juga imej seluruh Pakatan Rakyat. Pengedaran pamplet lucah ialah suatu kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah mengedar pamplet lucah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun, atau dikenakan denda, atau kedua-duanya, dan juga Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, atau dikenakan denda, atau kedua-duanya. Saya menggesa PDRM untuk menyiasat aduan ini dengan pantas, adil, dan secara menyeluruh dan memastikan mereka yang bertanggungjawab bermain politik lucah sebegini dibawa ke muka pengadilan. Kegagalan untuk berbuat sedemikian menunjukkan kerajaan persekutuan yang dipimpin BN bersekongkol khususnya berkait dengan video lucah yang dimainkan dengan hebatnya oleh media arus perdana. Saya juga menggesa pihak PDRM untuk menyiasat keempat-empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara 9 Julai 1999 hingga 20 Ogos 1999, berkenaan salah guna kuasa oleh Tun Dr Mahathir dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail seperti yang disebut dalam surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara semalam. Akhir kata, saya menjemput dan mengingatkan semua pimpinan politik tidak mengira kepartian untuk mendokong sebuah budaya politik baru yang menolak politik fitnah dan lucah yang menghancurkan nilai integriti dan manusiawi kita bersama. Rakyat menuntut pimpinan yang berwibawa dan mempertahan etika moral. Janganlah kita menghampakan harapan rakyat. Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia' ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! |
Isu Video Lucah: Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara Posted: 29 Mar 2011 01:06 AM PDT Isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya. Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat. Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri. - Mat Zain bin Ibrahim
Mat Zain bin Ibrahim, SAC II G/5776(Retired), Email: matzainibrahim@gmail.com Kepada, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, IGP, Email: iho@rmp.gov.com 28hb.March 2010
YDH Tan Sri, PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :- Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang. 2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan. Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggungjawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Tan Sri ketika ini. 2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail, Peguam Negara. Diperingkat inilah dijangka akan berlaku, putar belit, manipulasi, penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau. 2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi "pertembungan" di antara Anwar dan Rahim. Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua. LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM 3. Di antara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat (4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan. Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail, ketika itu DPP Kanan, sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut. 3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir, Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau. 3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA. Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri. 4. Untuk makluman Tan Sri, secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu. Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail. 4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah. 5. Wajar saya jelaskan di sini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja. Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 2(1) Emergency (Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999. Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan. 5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi. 5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di"hijacked" oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur. 5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis. 5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan. Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim. 5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri. 6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar. 6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula. 6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar. 6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof, Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan. Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya. Mungkin ini semua adalah "the long arm of coincidences" sahaja. 7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes "prima facie" terhadap beliau. Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4) pertuduhan kesemuanya. Iaitu; 3 (tiga) pertuduhan dibawah Emergency (Essential Powers) Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan. 7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung, setelah Peguam Negara "indemnify" segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik. Ini adalah apa yang terdapat di dalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri. 7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu .Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri, RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat. 7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk "indemnify" kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan. Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah. Apa yang jelas dalam kes Rahim ini, Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya. 8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau, sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup. Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan. Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau. 8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita. Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti. Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja. Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini. 9. Walau bagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya. Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat. Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri. Selamat sejahtera dan selamat maju jaya. Yang ikhlas, Mat Zain Ibrahim 28 March 2011 sumber di sini
|
Program penerangan tentang isu video lucah fitnah 3 oleh Chegu Bard Posted: 29 Mar 2011 12:55 AM PDT Selama 3 hari Chegu Bard berada di kawasan Utara tanah air untuk memberi penerangan tentang isu video lucah fitnah 3, Pada Sabtu malam Chegubard bercaramah di Permatang Pauh bersama Dato Johari Abdul, Guan Eng dan DSAI , walaupun keadaan hulan lebat di anggarkan hampir 5000 penyokong tidak berganjak dari mendengar penerangan dari pemimpin. Pada hari Ahad sebelah petang Chegubard memberi penerangan dan merasmikan penubuhan Keadilan Ranting Kuala Muda di Cabang Kepala Batas. Selepas itu pada sebelah malamnya Chegubard ceramah bersama Bob Lokman di Sg Seluang, Lunas. Sambutan memang amat memberangsangkan kerana isu video lucah menyebabkan rakyat cukup meluat dengan umno yang tidak mahu bincangkan masalah rakyat tentang kenaikan harga barang. Isnin petang Chegubard hadir memberi penerangan di Dewan JKKK Sg Tiram, Bayan Lepas dan selepas itu Chegubard terus ke Sungai Petani untuk bersama dengan Ustaz Ahmad Izzat Shauki (Timbalan Speaker DUN Kedah ) memberi penerangan kepada penduduk di Taman Ria Jaya. Chegubard yang telah didik dalam revolusi reformasi jalanan dan mempunyai pendirian yang tegas tentang prinsip perjuangan antara salah seorang yang telah menonton Video lucah tersebut menyatakan yang beliau yakin dan pasti yang dalam video tersebut bukan Dato Seri Anwar Ibrahim dan mereka yang membuat video tersebut memang berniat jahat dalam konspirasi fitnah yang jijik untuk menjatuhkan DSAI. gambar gambar sekitar program Chegubard boleh ditatap di sini , disini dan di sini DARI ANAK MUDA UNTUK ANAK MUDA 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia' ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan