ILHAM NAJMI |
GABEM tambah satu lagi Produk untuk orang Melayu Posted: 22 Mar 2011 11:46 PM PDT Baca link di bawah (Klik) Terbongkar - Rahim Tamby Chik salah seorang dalangnyaRahim Tambi Chik - Pengerusi GABEMPengerusi GABEM hebat.. 5 tahun selepas dilantik menjadi Pengerusi berjaya mengeluarkan produk baru.. Video porno ahli politik. Tahniah. Rupanya orang melayu mengikut kaca mata Pengerusi Gabem hanya boleh dimajukan melalui pengeluaran video porno. Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) adalah sebuah entiti yang ditubuhkan oleh pucuk pimpinan negara untuk memperjuangkan pelaksanaan Agenda Ekonomi Melayu Bumiputera.
Penubuhan GABEM secara rasmi telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 6 Jun 2006 (06-06-06) di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Kuala Lumpur. Serentak dengan itu, YAB Perdana Menteri telah melantik YBhg. Tan Sri Rahim Tamby Chik, sebagai Pengerusi GABEM serta diikuti dengan perlantikan 24 Ahli Majlis Perundingan GABEM dan 24 Ahli Majlis Pemuafakatan GABEM. GABEM ditubuhkan sebagai satu langkah parti pemerintah d untuk mencapai hasrat Kerajaan meningkat dan menambah lebih ramai lagi bilangan usahawan Bumiputera di bawah dasar Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Generasi Baru(MPPB) agar kekayaan negara dapat dijana dan dinikmati secara adil dan saksama oleh semua kaum di negara ini. GABEM bekerjasama rapat dengan Kerajaan, GLC's, ahli-ahli politik, pemimpin-pemimpin Badan-badan Ekonomi Melayu, profesional dan para akademia Melayu untuk memajukan ekonomi bangsa. YAB Perdana Menteri telah bersetuju supaya GABEM menumpukan kepada Lima Matlamat Utama GABEM berikut:
VISI Melayu Berprestasi Tinggi Dalam Ekonomi MISI Memperkasa dan Memartabatkan Ekonomi Melayu Menuju Malaysia Maju 2020 |
You are subscribed to email updates from SUHAIMI MD SAAD To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan