Khamis, 24 Mac 2011

Era Pasca

Era Pasca


VIDEO SEX ANWAR > UMNO NAK LARIKAN DIRI LA PULAK...

Posted: 23 Mar 2011 08:01 PM PDT

kantoi sudah...

1) ZUL KULIM : 110 persen yakin itu Anwar
2) Ummi Dara : yakin itu anwar dan ada lagi 18 video
3) NAZRI : Tayang video sex tak salah
4) NAJIB : Bukan Polis Dalang tayang video ini

5) Datuk Trio : Ini lah perangai ANWAR kalau korang tinggalkan ANWAR dan lompat masuk BN kite g jumpa Najib
6) Datuk Trio : Mengaku depa yang rancang, dan salah seorang dari mereka pelakon sindri

7) Blogger UMNO : ngeee... BISU!


korang nengok orang2 yang terlibat kat atas nih.. agak2 persamaan mereka nih ialah UMNO tak? dan agak2 korang dalam 7 orang tu sape Mastermind nye?

baca berita depa nak larikan diri plak.. hahaha... lantak korang lah...

Video seks: Jangan kaitkan pengakuan tiga 'Datuk T' dengan Umno

Pemimpin-pemimpin Umno menjauhkan diri mereka selepas Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama dua yang lain mendakwa mereka adalah "Datuk T" — bertanggungjawab atas pendedahan rakaman video seks, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

"Kami parti dengan tiga juta orang ahli, jika seorang atau dua menggunakan hak mereka untuk memawa perkara ini, tiada apa yang kami boleh lakukan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

"Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini)," kata Ahli Parlimen Padang Rengas.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan.

"Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini.

Beliau juga meminta ketiga-tiga lelaki berkenaan agar membuat aduan polis agar siasatan boleh dijalankan mengikut undang-undang negara.

Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim Thamby di sebuah hotel di sini petang ini.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Shuib telah menjelaskan kepadanya bahawa beliau hanya dijemput oleh Abdul Rahim dan bertindak atas kemahuan sendiri.

"Jika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis eksekutif akan datang, maka kami akan membincangkan. Sebenarnya beliau ada tanya pada saya banyak kali mahu meletakkan jawatan sebagai bendahari (Perkasa),' kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini ketika ditanya sama ada Perkasa akan mengambil tindakan ke atas Shuib.

Ibrahim menambah untuk berlaku adil kepada Shuib dan Anwar, perkara itu harus disiasat oleh suruhanjaya diraja.

"Anwar telah dituduh tetapi belum ada bukti lagi. Tetapi jika Shuib dan yang lain mendakwa benar, maka mereka harus dihargai kerana mendedahkan kebenaran," katanya lagi. -TMI

'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita'
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.

"Jadi jangan bangkitkan isu yang bukan pokok. Pembangkang selalu mendakwa ini semua kerja BN... kamu ada masalah dalam parti sendiri, selesaikanlah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, dengan mengatakan BN mengambil tindakan sebegitu, ia sebenarnya menggambarkan apa yang boleh dilakukan pembangkang.

Daripada memberikan masa kepada ahli politik bagi membersihkan dirinya, Nazri mendesak 'Datuk T' segera membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.

"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya. -mk

PELAKON VIDEO LUCAH NIH RUPA MACAM ANWAR kate ZOL KUL0M!

Posted: 23 Mar 2011 05:00 AM PDT

aku tak tau la ada gak orang kata sama,... aku nengok tang cermin mata jer sama... tang dagu pun lain...

leh ke post sebelum pada yang tak tau citer nih... :P

sib baik porn star ni ngan datuk Trio (pornstar + Rahim Tambichik + bendahari PERKASA) dah ngaku... selain tu die ngaku perut die bincit tak? hahah.. kalau tak ngaku ape ler nak jadik ngan dorang nih... ini misti tetibe leh takut ngan ALLAH dan tak takut NAJIB lagi.. hahaha

korang bandingkan lah same ke tak?
kahkahkahkah

Nampaknya puak UMngok begitu terdesak dan mereka telah mengupah orang yang berwajah serupa dengan Anwar Ibrahim untuk melakun dalam video lucah untuk merosakkan nama baik Anwar Ibrahim.

Seems like UMNGOK is so desperate they recruited Mr. Lookalike(Former Bodyguard-turned crony of Megat Junid) here to be Bolehwood's PORN stand-in to taint Opposition leader, DSAI.

nanti korang jangan2 simpan... dah baca korang tolong aku share yer.. bende baik camnih baik di sebar untuk bersihkan nama Anwar.. tak rugi pun pahala nanti pandailah ALLAH beri.... :)

Sayfool bila nak ngaku plak? ngee..ngee.. ZOL KUL0M yang yakin 110persen ANWAR dalam video tu bile nak mohon maaf dan tarik balik keyakinan bangang dia tu?

Tiada ulasan: