Era Pasca |
- SIAPA PILIHAN HANGPA! PILIH ANTARA 2 PEREMPUAN INI....
- ANWAR PERLU BERSUPAH ATAU TIDAK?
- INI KOMPEM GENG SONGKOK TINGGI..
SIAPA PILIHAN HANGPA! PILIH ANTARA 2 PEREMPUAN INI.... Posted: 15 Mar 2011 03:22 AM PDT kahkahkah korang pilih la mana sorang nak jadik FLOM korang... Aku bab nih takleh sembang banyak pasai Jambatan Perdana Menteri dah buat pilihan dah... haha aku layan lagu lagi bagus... |
ANWAR PERLU BERSUPAH ATAU TIDAK? Posted: 14 Mar 2011 08:24 PM PDT "Dari tahun 1998 apabila dakwaan salah laku seks liwat terhadap Dato seri Anwar Ibrahim mula timbul hingga membawa kepada pemecatan beliau dari UMNO dan kerajaan,desakan dan cabaran supaya beliau bersumpah dengan nama Allah SWT menafikan tuduhan tersebut telah pun kedengaran dari pihak UMNO ketika itu. Seingat 13 tahun dahulu Dato Ibrahim Ali yang ketika itu berjawatan MT UMNO meminta supaya Anwar Ibrahim bersumpah dan beliau akan membela Anwar sekiranya Anwar bersumpah namun apabila Anwar melafazkan sumpah di satu ceramah di Batu Pahat tiada pula seorangpun pemimpin UMNO membelanya ketika itu. Walaupun sudah bersumpah ketika itu Anwar tetap dihadapkan ke makamah dan didakwa seterusnya menerima hukuman atas kesalahan meliwat dengan masuk penjara selama 6 tahun.Namun 2004 di era zaman PM Pak Lah Anwar telah dibebaskan oleh makamah terhadap rayuan beliau.Ini bermakna jelas Anwar tidak bersalah sama sekali atas dakwaan meliwat.Namun di pihak yang memusuhinya khusus UMNO tetap mendakwa bahawa Anwar memang seorang peliwat. Ketika itu sejumlah besar pemikiran orang Melayu kebanyakkan mula berubah serta yakin bahawa Anwar tidak bersalah dan memang beliau dianiaya dan difitnah oleh pihak tertentu.Bermulalah kemunculan Anwar kembali ke arena politik negara yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Pemimpin Melayu yang dilihat berani dan berkarisma ini akan menggegarkan semula lanskap politik negara. Malangnya tuduhan liwat ini muncul semula pada tahun Jun 2008 dan dalam tahun yang sama juga UMNO-BN mengalami prestasi terburuk dalam PRU-12 apabila mengalami kekalahan teruk iaitu gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi parlimen dan kehilangan 5 buah negeri yang jatuh ke tangan gabungan PAS.DAP dan PKR yang kite dijenamakan sebagai Pakatan Rakyat PR. Anwar dituduh meliwat pekerjanya sendiri iaitu Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di ibu negara.Sekali lagi negara dan juga dunia digemparkan dengan isu dakwaan liwat 2 ini.Ia menjadikan satu berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysua khususnya orang Melayu/Islam.Bagi pihak Anwar, beliau mendakwa bahawa dakwaan ini direkacipta bagi menghalangnya bertanding PRK apabila tempoh larangan bertanding tamat. Lagi mengejutkan apabila sehari sebelum hari pengundian PRK Permatang Pauh diadakan Saiful Bukhari Azlan telah melakukan sumpah laknat dengan menggunakan nama Allah serta memegang Al-Quran di dalam masjid di ibu negara bagi meyakinkan bahawa kejadian liwat terhadap dirinya memang benar berlaku.Orang Melayu/Islam menjadi kebingunggan dengan sumpah laknat yang dilakukan oleh si penuduh ini.Para ahli ulama juga menjadi mangsa keadaan dalam memberikan pandangan samada sumpah tersebut sah atau tidak dan adakan ia mengikut tuntutan Islam.Alim ulama juga bertentangan pendapat dalam isu sumpah laknat ini. Namun di pihak UMNO mereka sudah tentunya percaya dan yakin sumpah Saiful itu benar dan menepati tuntutan Islam dan wajib percaya Anwar memang meliwat Saiful.Maka cabar mencabar pon berlakulah sehingga ke hari ini mendesak supaya Anwar bersumpah laknat bagi menafikan bahawa beliau tidak bersalah.Namun Anwar dilihat tidak melayannya desakan-desakan tersebut dan menggunakan fatwa pengerusi ulama sedunia yang juga sahabat karib beliau iaitu Dr Yusuf Al Qardawi bahawa tiada keperluan untuk Anwar bersumpah. Walaupun Anwar menolak desakan bersumpah namun beliau telah membawa kes ini di ke makamah syariah dan mendakwaSaiful pula di bawah undang-undang kazaf.Yangmenjadi pelik ia telah ditolak pula oleh pihak kerajaan walaupun ia jelas boleh dibicarakan dan kebetulan kedua-kedua mereka adalah Islam.Tetapi ia bulat-bulat di tolak oleh UMNO dan hanya tertumpu pada sumpah yang dilakuakn Saiful dan masih mahukan Anwar juga bersumpah.Dikalangan pemimpin UMNO sehingga kini mahukan beliau bersumpah bagi membersihkan nama beliau. Di sini Anwar selaku yang dituduh serta pemimpin Melayu Islam dalam PR perlu mengetahui akan sikap sejumlah pemikiran orang Melayu yang menganggap sumpah ini satu perkara yang berat tidak tidak boleh dipermainkan.Pada mereka jika seseorang itu bersumpah dalam menyatakan kebenaran di pihaknya maka dia perlu dipercayai walaupun tiada kesahihan bahawa orang yang bersumpah itu benar-benar jujur.Dalam masyarakat Melayu sumpah ini memang menjadi tradisi dan pegangan sehinggakan ia salah satu penyebab pemikiran sejumlah Melayu itu masih sempit dan mundur dalam menilai sesuatu perkara yang benar atau salah.Orang Melayu memang gemar bersumpah dalam menyelesaikan sesuatu krisis samada dalam masyarakat mahun hal dalam keluarga.Jadi bagi orang Melayu orang yang sumpah laknat ini wajib dipercayai dan tidak perlu lagi diselidik samada dia benar atau salah dan itulah sumpah itu dijadikan mainan serta kesempatan dalam mengelakkan menghadapi hukuman atas kelsalahan yang dilakukan. Oleh itu isu sumpah ini menjadi satu cabaran besar bagi Anwar dan pemimpin Islam PR dalam menjelaskan bahawa bagaimana sumpah itu dilakukan dan pada keadaan mana ia boleh digunakan mengikut kehendak dan tuntutan Islam.Kerana jelas pemikiran sejumlah umat Melayu telah dimanipulasi dengan cerita sumpah laknat ini tanpa mencari bukti-bukti serta nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam mencari satu jalan penyelesaian apabila berhadapan dalam masalah tuduh-menuduh dalam maksiat ataupun jenayat. Yang jelas sumpah laknat bukanlah menjadi keutamaan.Salah atau betul bukan persoalannya tetapi jelas nama Allah itu sedang dipermainkan. Persoalannya adakah jika Anwar melakukan sumpah laknat akan menjadikan kes liwat yang sedang dibicarakan sekarang akan dibatalkan dan adakah para pemimpin UMNO yang mendesakan beliau bersumpah akan membela Anwar sekiranya Anwar bersumpah?Rumusannya desakan tersebut dilihat satu sikap kebodohan dan bermotifkan politik yang hilang pertimbangan oleh si pencabar ini. Jika kite mengamati dari sudut ilimiah berkenaan isu sumpah ini ia akan lebih memburukkan keadaan dan seperti nama Allah SWT mudah dipermainkan dalam menafikan sesuatu dakwaan maksiat atau jenayah.Yang jelas orang bukan Islam dilihat menjadi keliru akan isu sumpah ini dengan menganggap dalam Islam amat mudah untuk menafikan kesalahan dengan hanya menyebut nama Allah maka seseorang itu akan tidak bersalah.Secara tidak langsung persepsi orang bukan Islam terhadap Islam akan menjadi negatif dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.Adakah mereka yang mendesak Anwar bersumpah memikirkan akal hal ini? Oleh itu kita sebagai umat Islam yang mungkin tahu atau mempunyai ilmu pengtahuan yang lebih tentang perkara sumpah laknat serta kandungan hukum-hukumnya haruslah menjelaskan kepada mereka yang agak kurang tau atau memang tiada pengetahuan akan perkara ini.Sumpah bukan perkara mainanan kerana ia bakal mencemarkan nama Islam dengan sendirinya. Apabila umat Islam sendiri kurang arif dalam ilmu pengtahuan berkenaan dengan Islam maka mereka mudah dikelirukan pemikiran mereka apabila berhadapan dengan sesuatu krisis atau konflik.Pihak-pihak yang berkepentingan memang mencari peluang dalam isu sumpah ini dalam memanipulasi keadaan terhadap pemikiran umat Melayu bawahan terhadap isu sumpah ini.Jadikan isu ini sebagai titik tolak bagi kita untuk berusaha mendalami ilmu pengetahuan tentang Islam.WallAllahuaalam" Oleh anak_muara |
INI KOMPEM GENG SONGKOK TINGGI.. Posted: 14 Mar 2011 06:12 AM PDT geng songkok tinggi nih lebih islam dari orang islam sindri... baca berita, DNA, Sumpah Laknat dan Qazaf Tengahhari semalam dalam berita baik TV3 mahupun lain-lain media, riuh rendah dengan berita tentang sekumpulan manusia yang mendakwa mewakili NGO atau NGOk mengadakan demonstrasi meminta Anwar memberikan sample DNAnya kepada Mahkamah. Ada juga yang sedikit bodoh meminta agar Mahkamah tidak bersikap 'double standard' dalam membicarakan tuduhan yang dikenakan keatas DS Anwar Ibrahim dengan memberikan keistimewaan kepada DS Anwar Ibrahim. Sedangkan selama ini kita telah melihat sikap 'double standard' oleh pihak Mahkamah yang jelas lebih memihak kepada Saiful dan tiada sebarang keistimewaan yang diberikan kepada Anwar hinggakan segala urusan beliau samada di dalam mahupun di luar negeri bergantung kepada hari perbicaraan. Dan menurut pengerusi NGOk itu lagi Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat.- sepenuhnya sila baca di SINI Demo oleh kumpulan NGOk ini sebenarnya telah berlaku atau diadakan di tiga tempat iaitu di hadapan HQ PKR di Selangor, di perkarangan Komtar dan juga di hadapan Masjid Seberang Jaya.. Agak menghairankan kenapa tiba-tiba muncul kumpulan NGOk itu meminta Anwar menyerahkan DNA kepada Mahkamah sedangkan itu adalah tugas pasukan pendakwaraya dalam membuktikan bahawa DNA Anwar telah berada didalam jubur Saiful. Adalah satu tindakan yang bodoh jika Anwar memberikan DNAnya kepada pihak Pendakwaraya, kerana kita tahu tugas mereka ialah membuktikan bahawa Anwar bersalah jadi mereka akan menggunakan apa saja cara bagi membuktikan DNA Anwar memang berada didalam jubur Saiful. Kenapa pihak pendakwaraya tidak mahu membandingkan DNA yang mereka temui didalam jubur Saiful yang disyaki sebagai DNA Anwar dengan DNA atau data dari DNA yang telah pihak berkuasa perolehi ketika menahan Anwar secara sah dalam kes liwat yang pertama dulu? Sejauh mana kita yakin terhadap pihak pendakwaraya bahawa mereka tidak akan menyalahguna atau memanipulasi DNA baru Anwar yang dituntut diserahkan oleh kumpulan NGOK itu jika Anwar menyerahkan DNAnya? Selain meminta Anwar menyerahkan DNA kumpulan NGOk itu juga telah mencabar Anwar agar bersumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Saiful bagi mengatakan kononnya beliau telah diliwat tetapi mengapa mereka iaitu kumpulan NGOk itu tidak melakukan demonstrasi ketika permohonan Anwar untuk mengadakan perbicaraan kesnya itu di Mahkamah Syariah melalui Qazaf ditolak? Antara Qazaf dan Sumpah laknat itu didalam Islam Qazaf seharusnya diutamakan kerana ianya bersandar kepada hukum-hukum Allah bukannya 'Sumpah Laknat' yang hanya lebih kepada kepercayaan atau budaya orang-orang melayu semata-mata.. lagipun 'Sumpah Laknat' yang dilakukan oleh Saiful itu sendiri dipertikaikan oleh ramai ulama. Kata TG NIk Aziz "Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tatapi bukanlah dengan memegang kitab suci Al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika mereka bersumpah." "Tidak perlu bersumpah atau bermubalahah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam. Kaedahnya dalam kes ini adalah orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti dalam Mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud" kata Mufti Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Harussani Zakaria. Kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya pula "Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an, menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan qazaf adalah menyalahi hukum syarak." Manakala kenyataan yang agak keras dari Ustaz Dr. Badrul Amin pula berbunyi "Apa maknanya bersumpah dengan Al-Quran jika yang bersumpah itu tidak beriman dengan Al-Quran. Rujuk kes Rafidah Aziz yang sanggup bersumpah dengan Al-Quran mengatakan kononnya beliau tidak terlibat dengan rasuah AP sedangkan seluruh dunia mengetahuinya. Apa maknanya bersumpah dengan nama Allah jika seseorang itu tidak takut dengan Allah?" Kesemua kata-kata di atas adalah ulasan Ulama dan Ustaz tersebut mengenai isu 'Sumpah Laknat' Saiful ketika Munajat 2008. Jadi nasihat siapa yang seharusnya Anwar terima dalam hal sumpah laknat ini? Desakan dari NGOk yang jelas tidak faham kewajaran 'Sumpah Laknat' itu atau nasihat dari Ulama? Entahlah… mungkin kumpulan NGOk itu mengadakan demo setelah mereka percaya apa yang ditulis oleh penulis upahan UMNO dibawah ini.. Anwar lelaki Y? — Awang Selamat 13 MAC — Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terus menjadi perhatian ramai. Pertama, pendedahan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoir beliau yang dilancarkan baru-baru ini. Rakyat Malaysia tidak harus melepaskan peluang membaca A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir. Panas, menarik dan berani. Pada Awang ia dokumen yang cukup penting untuk dijadikan rujukan. Antara kandungannya Dr Mahathir mengulangi pendirian bahawa keputusan memecat Anwar pada 1998 adalah tepat. Beliau beri hujah dan paparkan cerita mengapa keputusan itu diambil termasuk salah laku seks bekas timbalannya itu. Sesungguhnya majoriti rakyat dan pelbagai pihak mengambil keputusan yang tepat untuk tidak menyokong Anwar atas sebab yang sama. Awang sudah lama berpendirian beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri atas faktor integriti dan moral. Puluhan pemimpin dan ribuan ahli PKR yang meninggalkan beliau juga mengambil langkah yang tepat. Kedua, Anwar sekali lagi menjadi tumpuan dalam kes perbicaraan liwat. Kali ini berkaitan keengganan beliau untuk memberi sampel ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA). Persoalannya mengapa beliau enggan berbuat demikian? Anwar tidak perlu takut kalau beliau bukan "lelaki Y" yang DNAnya dikenalpasti pada Mohd Saiful Bukhari Azlan. Malah Anwar akan beruntung kalau DNAnya tidak sepadan dengan "lelaki Y" kerana ia akan memberi peluang bagi membersihkan namanya. Sepatutnya sudah lama Anwar tampil dengan rela memberikan DNA apatah lagi beliau selalu melaung- laungkan mendukung keadilan dan kebenaran. Taktik beliau memberikan alasan untuk tidak memberikan DNA hanya menebalkan lagi tanggapan bahawa beliau takut kepada kebenaran yang akan terbukti nanti. Malah beberapa bekas pemimpin PKR mendakwa, keengganan Anwar berbuat demikian kerana mahu melindungi rahsia besar yang belum meletup. Ia bukan sahaja melibatkan kes Saiful yang mengadu diliwat tetapi turut mempunyai kaitan hubungannya dengan seorang anggota keluarga pemimpin kanan PKR. Awang musykil mengapa Anwar yang menggambarkan beliau pemimpin hebat dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, takut untuk diadili sepenuhnya. Bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri sekiranya tidak berani bersumpah laknat dan kini mengelak memberikan sampel DNA? Aneh. Kaedah bersumpah cara Islam ditolak, secara saintifik juga dinafikan. Maka memoir Dr Mahathir dan isu DNA mengukuhkan lagi hakikat siapa sebenarnya Anwar. Insya Allah, apa sekalipun misteri dan rahsia yang disembunyikan, akan terlerai jua akhirnya. Lidah Rasmi UMNO |
You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan