Era Pasca |
- VIDEO NAJIB DEPAN FELDA BERLAGAK COOL dan BERANI
- SEMUA ORANG ADA SEJARAH SENDIRI
- Surat Terbuka Buat Rosmah Mansor Dari Ahli UMNO
- 4 sebab k’jaan harus mansuh ISA
VIDEO NAJIB DEPAN FELDA BERLAGAK COOL dan BERANI Posted: 08 Mar 2011 02:04 AM PST |
SEMUA ORANG ADA SEJARAH SENDIRI Posted: 07 Mar 2011 10:21 PM PST |
Surat Terbuka Buat Rosmah Mansor Dari Ahli UMNO Posted: 07 Mar 2011 07:23 PM PST Seekor babi datang kepadaku dan berkata,"Kenapa kamu enggan menjadi sepertiku?". Aku diam tertikam. Bisu seketika. Kemudian bibirku terukir senyum."Kamu diciptakan sebagai babi dengan seketul otak, dan aku diciptakan sebagai manusia dengan secebis akal" ujar hatiku berbisik halus kemudian berlalu pergi tanpa kata. Rentetan dari Surat Terbuka Buat Rosmah Mansur Assalamualaikum Datin Seri Rosmah Mansur, isteri PM Datuk Seri Najib Razak,Datin, ini adalah rentetan dari "Surat Terbuka untuk Datin Seri Rosmah Mansor" yang dinukilkan adik Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Baru berusia 19 tahun adik ni, Datin Seri. Iya, Datin Seri. Sepertimana Muhammad Muizzuddin bin Zaini, saya tidak ingin menghina atau menjatuhkan kredibiliti Datin Seri sebagai FIRST LADY OF MALAYSIA. Tujuan saya hanya menegur dan membetulkan apa yang silap. Saya rakyat bawahan. Berpendapatan sekadar cukup makan sebagai seorang lelaki yang punya tanggungjawab kepada keluarga. Tidak aktif dalam politik. Cuma mendaftar sebagai ahli UMNO, parti yang saya percaya boleh menyatukan dan menyatakan hasrat golongan bawahan. Saya petik kata-kata dalam buku Tan Sri Zainudin Maidin (Buku "Surat Dari Mahathir) "UMNO adalah parti orang kampung". Dalam maksudnya Datin Seri. Banyak perkara yang ingin saya sentuh, namun dengan rendah diri saya ringkaskan kata-kata dan mencoretkannya seindah bahasa agar naluri Datin Seri tersentuh dan sedar apa yang silap apa yang benar. Baca lagi >> DISINI |
4 sebab k’jaan harus mansuh ISA Posted: 07 Mar 2011 05:47 PM PST Dengan kepetahan berhujah dan mengeluarkan beberapa potong ayat suci al-Quran, pengajaran daripada sirah Nabi Muhammad SAW, dan kaedah fiqhiyyah yang digarisi ulama, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib menggariskan empat sebab utama mengapa ISA dan penahanan tanpa bicara seharusnya dimansuhkan oleh kerajaan. "Penahanan tanpa bicara (adalah) salah satu perkara yang tidak boleh pertahankan. Ini kerana semua piagam antarabangsa dan semua agama mengutuk sekeras-kerasnya penahanan tanpa bicara," kata Saari yang pernah dua kali ditahan di bawah ISA pada 1999 dan 2001. Ketka berhujah dalam debat bertajuk ISA: Haram atau Halal? anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), beliau menegaskan ISA bercanggah dengan amalan dan arahan yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Saari berkata, sewaktu dalam tahanan, beliau pernah menghantar hujah-hujahnya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengapa akta kontroversi itu perlu dimansuhkan. Kemudian, tambahnya, selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau juga berjumpa dengan mufti-mufti di Malaysia untuk mengetahui berhubung kedudukan perkara tersebut. "Sehingga hari ini tidak ada jawapan. Syabas kepada PEWARIS (Majlis Permuafakatan Ummah) yang menyatakan ISA ini dibenarkan dalam Islam sebelum majlis fatwa dan mufti-mufti membuat keputusan," kata Saari. Beliau juga menarik perhatian kira-kira 80 hadirin di majlis debat tersebut yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dengan mengimbau amalan Rasulullah SAW yang mengamalkan prinsip perbicaraan dan penghakiman sebelum menjatuhkan hubungan. Kaedah fiqhiyyah Saari memberi contoh bagaimana kisah baginda menyoal siasat Hatib bin Baqa'ah (seorang sahabat) yang membocor rahsia kepada kaum Quraisy bahawa Rasulullah SAW akan memasuki kota Mekah. "Pada prinsipnya, ada pendengaran iaitu pertuduhan didengar kepada umum. Pada zaman Rasulullah SAW, tidak ada hukuman sebelum perbicaraan," katanya. Selain itu, Saari juga berhujah dengan kaedah fiqhiyyah untuk menjustifikasikan bagi memansuhkan akta kontroversi itu. Menurut Islam, terdapat satu keadah fiqhiyyah yang berbunyi, "al-dharrar yuzalu bil-syara" yang bermaksud kemudharatan itu ditolak oleh syarak, kata Saari. Katanya, akta tersebut membawa kemudaratan kepada orang yang dituduh dan keluarga mangsa terbabit "Penahanan tanpa bicara di bawah akta tersebut adalah satu tindakan yang zalim kerana hak-hak individu untuk membela diri dirampas sehingga tidak berpeluang untuk membukti seseorang itu tidak bersalah. "ISA juga membawa kemudaratan kepada si isteri dan anak-anak tertuduh yang terpisah dengan si suami atau bapa. Peluang bela diri "Mereka menghadapi tekanan perasaan, (rasa) terpisah, takut, kecewa dan marah," kata Saari yang telah menulis beberapa buah buku mengenai kisah pengalamannya di Kamunting. Beliau juga mendakwa tahanan ISA turut diperlakukan dengan penyeksaan seperti dipukul dan dibelasah. Mengulas lanjut mengenai pandangan Islam terhadap ISA dan penahanan tanpa bicara ini, Saari berkata, Islam memberi peluang kepada yang dituduh untuk membela diri. "Sekiranya beliau (tertuduh) tidak mampu untuk mengupah peguam, maka orang ramai atau baitulmal harus menanggung untuk membela dirinya. "Tidak boleh dihukum sehingga diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri… sehingga tidak ada seorang pun yang tidak dibela," katanya sambil menyentuh kuasa penuh menteri untuk menahan seseorang selama dua tahun yang menurutnya akan, mungkin atau bakal memudaratkan negara. Piagam hak asasi manusia Oleh itu, kata Saari, Islam melarang mengambil keputusan untuk menahan sebelum tertuduh sebelum mereka dibuktikan kesalahan dan dibicarakan di mahkamah. Selanjutnya, sebab ketiga penolakan akta ini, tegas Saari, ialah penahanan tanpa bicata ini telah ditolak daripada empat mazhab utama dalam Islam,iaitu Hanafi, Maliki, Syafiie dan Hanbali. "Mereka bersepakata menolak tentang perkara tersebut," kata Saari. Tambahnya, ISA juga ditolak kerana ia bercanggah dengan piagam hak asasi manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas peperangan dunia kedua. "Pada tahun 1981, telah diluluskan satu piagam alternatif iaitu deklarasi Islam sedunia tentang hak asasi…kedua-dua piagam tersebut tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara," kata Saari. " (Oleh itu) ISA adalah haram kerana ia bercanggah dengan al-Quran, amalan Rasulullah SAW, Khulafa' Rasyidin, imam-imam mazhab dan bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh masyarakat antarabangsa," katanya. Sumber : MalaysiaKini http://www.malaysiakini.com/news/103973 |
You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan