Era Pasca |
- PENGAKUAN BOB LOKMAN ketika ZAMAN ARTIS dan Chua Jui Meng Zaman MCA
- KERDAU......
- BOB LOKMAN SUDAH BERUBAH PUN UMNO HINA
- STYLE TERBARU UMNO KEMPEN! UMNO MEMANG MUHALAZAH!!
- UMNO ANGGAP MARUAH ORANG SETARAF TIN SARDIN?
- PRK Merlimau: Pengundi Merlimau Mewakili Suara 28 Juta Rakyat Malaysia
- SAH DNA ANWAR ADALAH LELAKI Y - BERSEDIAKAH KITA!?
PENGAKUAN BOB LOKMAN ketika ZAMAN ARTIS dan Chua Jui Meng Zaman MCA Posted: 02 Mar 2011 03:02 AM PST BOB LOKMAN di pages milik beliau "Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah" "Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf," korang renung2kan... Pengakuan Chua Jui Meng "Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong Pas, sebab Pas nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti orang Cina kena bersunat, tak boleh makan kerbau pendek." "Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf, saya taubat," katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir. Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada Pas dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada Pas sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu. pada aku mudah! UMNO IS DEAD MAN!!! |
Posted: 01 Mar 2011 11:46 PM PST |
BOB LOKMAN SUDAH BERUBAH PUN UMNO HINA Posted: 01 Mar 2011 10:13 PM PST Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media memburukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat. Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik. Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau. Laporan tersebut antara lain menyebut PAS tidak serius dalam kempen di Kerdau sehingga menggunakan artis dan menyiarkan visual petikan Bob Lokman sedang menyanyikan sebuah lagu di ceramah PAS. "Dulu TV3 puja Bob Lokman, tapi setelah dia masuk PAS, kita tengok mereka cuba hina pulak. "Bob memang dalam bidang seni, jadi dia gunalah kebolehan dia untuk sedarkan rakyat kembali kepada kebenaran melalui cara seni, tapi TV3 tak siar penuh ucapan dia," katanya kepada Harakahdaily. Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu ketika perogram Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS, anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedah. Dalam majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri. Sejak berita Bob Lokman menyertai PAS tersebar secara meluas, beliau kini sering dijemput berceramah dalam program anjuran parti-parti dalam Pakatan Rakyat. "Kita harap Bob teruskan perjuangan, dan kita yakin ramai lagi artis akan berada di pentas Pakatan Rakyat pada masa akan datang," katanya. Bob Lokman memang berani! |
STYLE TERBARU UMNO KEMPEN! UMNO MEMANG MUHALAZAH!! Posted: 01 Mar 2011 08:34 PM PST Sebuah banner palsu tertera lambang PAS dengan tulisan "PAS Melaka menyokong penuh fahaman plurisme agama Dato' Seri Anwar Ibrahim" dilihat diletakkan di Politeknik Merlimau dan Merlimau Pasir oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan nama PAS sebagai salah satu taktik meraih undi gaya "hit and run". Laporan di facebook Sinar Harian menjelaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya Pas Pusat, Idris Ahmad menafikan bahawa PAS sengaja meletakkan banner itu untuk meraih undi. Sebaliknya jelas sekali banner ini adalah fitnah yang hanya akan memburukkan nama PAS [Facebook]. Di bawah ini pula satu lagi banner fitnah yang sengaja diletakkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan PAS yang bertulis "UNDI PAS MASUK SYURGA". Namun begitu Pemuda UMNO Malaysia sengaja mencetuskan provokasi meskipun sudah mengetahui berita yang sebenar, Halaman Facebook Pemuda UMNO Malaysia memaparkan semula gambar di atas kemudian mempersoalkan semula dengan menulis "PAS MELAKA MENYOKONG PENUH FAHAMAN PLURALISME?" rujuk sini [FB Pemuda UMNO M'sia] Sudah tahu ini adalah perbuatan fitnah, namun Pemuda UMNO Malaysia terus menyebarkannya untuk mengelirukan dan membebalkan para peminat di halaman facebooknya source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/fitnah-terbaru-di-prk-dun-merlimau.html#ixzz1FQu1Y0tj |
UMNO ANGGAP MARUAH ORANG SETARAF TIN SARDIN? Posted: 01 Mar 2011 05:31 PM PST NAJIB jangan ingat semua orang lapar dan menunggu untuk disuap. Rakyat di Kerdau punyai maruah, apatah lagi bagi orang-orang Cina yang kebanyakan mereka lebih tahu berdikari. Diberitakan penduduk-penduduk di kawasan Kerdau telah menerima `ang pau' selepas Tahun Baru Cina. Saya petik berita dari Malaysiakini semalam ; " BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan. Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk. Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka. "Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya. Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi. Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin." (Malaysiakini). Sampai bila Bn mahu menganggap rakyat seperti ayam daging yang diberi makan sehingga gemuk, kemudiannya akan disembelih? Lebih malang lagi terdapat rakyat yang suka menjadi ayam daging dan majoritinya Melayu pula. Jika ini lah sikap kita yang begitu mudah diperbodohkan oleh mereka, sampai bila pun kita tidak akan senang. Hanya iman dan takwa sahaja yang boleh mengawal nafsu kita yang terliur dengan umpanan mereka. Tugas PAS dan PR memang berat di dalam mana-mana pilihanraya. Kita berhadapan dengan manusia yang kebanyakannya memilih kesenangan dunia yang sementara. Namun, kita masih mempunyai masa untuk mengubah nasib mereka ini. Kita wajib mengasihani mereka yang dulu, kini dan mungkin akan selamanya menjadi ayam daging kepada sang Penguasa. Selamatkan mereka dari memakan pemberian rasuah walaupun hanya satu tin sardin. /wfauzdin.blogspot.com |
PRK Merlimau: Pengundi Merlimau Mewakili Suara 28 Juta Rakyat Malaysia Posted: 01 Mar 2011 10:39 AM PST Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr. Siti Mariah Mahmud menggesa penduduk Merlimau menamatkan mitos bahawa kononnya Merlimau sebagai kubu kuat UMNO BN dengan menolak mereka pada 6hb Mac nanti. Beliau berharap penduduk Merlimau yang akan menghadapi pilihanraya kecil ini akan membuat satu kejutan yang akan mengubah senario dan lanskap politik tanahair melalui pilihanraya umum ke 13 akan datang. Beliau membuat seruan tersebut di dalam satu ceramah sempena kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau di Jalan Pahlawan, Merlimau malam tadi. Menurut Dr Siti Mariah, negara kita menghadapi penyakit yang kronik setelah diperintah oleh UMNO BN selama 53 tahun dan gejala-gejala penyakit tersebut dapat dirasai sepanjang masa melalui pelbagai masalah yang timbul akibat sistem pemerintahan UMNO BN yang korup. "Apa yang kita lihat dan kita rasai ialah simptom ataupun gejala, walhal penyakit yang sebenar lebih jauh ke dalam," ujarnya. Justeru pengubatan terhadap segala simptom penyakit tersebut hendaklah dengan mengubati penyakit tersebut di akar umbinya - iaitu dengan menukarkan sistem pemerintahan UMNO BN yang telah berkuasa selama 53 tahun itu. Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Abdullah Sani Hamid pula membidas kenyataan Tun Dr Mahathir yang telah menuduh TG Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sebagai pemecah-belah orang-orang Melayu. "Siapa yang sebenarnya melucutkan kuasa raja-raja melalui pindaan perlembagaan di dalam tahun 1993 kalau bukan Mahathir sendiri?" Soal Abdullah Sani. "Nak cakap pasal perpaduan Melayu sedangkan rekod pemerintannya sendiri penuh lumpur dan najis di dalam soal perpaduan Melayu," tambahnya. Beliau menyeru kepada pengundi-pengundi di Merlimau supaya membuat perubahan pada tanggal 6 Mac ini dengan mengundi calon pakatan Rakyat iaitu Tn Hj Yuhaizad Abdullah. Beliau menyatakan pengundi-pengundi di DUN Merlimau bukan sekadar mewakili suara penduduk Merlimau tetapi mewakili suara 28 juta rakyat Malaysia untuk membawa perubahan di dalam lanskap politik negara. Beliau turut menggesa dan merayu supaya penduduk Merlimau memberikan undi mereka kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada hari mengundi Ahad ini. Kelab GB |
SAH DNA ANWAR ADALAH LELAKI Y - BERSEDIAKAH KITA!? Posted: 01 Mar 2011 08:53 AM PST Seorang pegawai Polis telah memberi keterangan bahawa DNA pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim pada barang-barang itu sama dengan DNA air mani pada lelaki yang telah mengaku diliwat oleh Anwar. Anwar menghadapi hukuman hingga 20 tahun di dalam penjara jika disabitkan bersalah kerana melakukan liwat dengan bekas pembantunya itu. Pihak pendakwaan cuba mengaitkan Anwar dengan DNA yang dijumpai pada pembantunya. Read more »(baca selanjutnya...) |
You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan