Isnin, 28 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Selepas "Halalkan" Tayangan Pornografi, Menteri Dakwa Datuk T Boleh Dilindungi

Posted: 28 Mar 2011 07:00 AM PDT


Bernama melaporkan bahawa trio ''Datuk T'' yang mendedahkan rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes berkaitan dengan pendedahan itu. 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

"Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.
Walhal  dalam hal ini jelas bahawa trio lahanat itu menayangkan klip porno itu kepada pihak tertentu, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan undang-undang dan hukum agama. Malah mereka membuat ugutan politik yang meminta DSAI dan isterinya meletakkan jawatan kerana video yang banyak pihak menganggapnya sebagai hasil rekayasa pihak tertentu.

Nazri sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan trio itu tidak salah jika perbuatan itu tidak mendatangkan keuntungan apabila ditanya oleh sekumpulan wartawan.

P/s:Kalau untuk kepentingan mereka, semua boleh, semua halal!


Isu Fitnah/Manipulasi Twitter/FB: PKR Jawab Tuduhan Susulan Jurublog & Utusan Malaysia

Posted: 28 Mar 2011 05:17 AM PDT

Sila baca jawapan PKR apabila isu ini pertama kali ditimbulkan oleh jurublog UMCO dan Utusan di sini.

Saya petik:
[TVS] SHAH ALAM 28 MAC : Sebaliknya akhbar itu dan blog-blog upahan Umno terus mendakwa kononnya twitter Anwar hanya menunjukkan catatan pada pukul 11.38 malam, kononnya apabila rakaman video lucah itu selesai.

Laporan itu jelas bermotif fitnah semata- mata, kerana, sebagaimana yang diterangkan oleh Rafizi, catatan Twitter di Malaysia adalah sejam lebih awal kerana ia berlandaskan waktu yang dirakam oleh pelayan (server) Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat.

Pelayan (server) berkenaan terikat kepada zon waktu Amerika Syarikat yang diubah ketika musim sejak antara November hingga Mac dan memberi kesan kepada waktu catatan twitter di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Maka disinilah ungkapan manusia merancang namun Tuhan menentukan amat bertepatan. Sesungguhnya kebarangkalian Anwar menggunakan Twitter tentunya tidak diambil kira oleh perancang dan dalang yang cuba mengaitkan beliau kepada rakaman video lucah 21 Februari.

Mereka mungkin berjaya mengupah pelakon ala Anwar yang hebat (namun berperut buncit) tetapi Tuhan menentukan Anwar dapat dibela menerusi catatan di Twitter dan Facebooknya
.

Seperti yang diterangkan oleh Rafizi, semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton video itu tidak mengesan si pelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan Twitter.

Apa yang jelas ialah fitnah Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay digunakan secara licik oleh pucuk pimpinan Umno untuk menggerakkan serangan terbaru terhadap Anwar menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak.

Justeru media arus perdana Utusan Malaysia sekali lagi kelihatan diarah untuk memainkan isu Twitter dan Facebook bagi menguatkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.

Namun kedangkalan dan niat jahat Umno, Utusan dan blog-blog upahan parti itu mengenai Twitter dan Facebook tetap terserlah dan memerangkap diri.

Penjelasan Rafizi hari ini bukan maklumat rahsia. Ia boleh diperolehi daripada sesiapa yang arif mengenai Twitter dan Facebook.

Namun maklumat yang benar hanya akan diperolehi oleh orang yang mencari kebenaran, bukan pihak yang mahu menghalalkan fitnah dengan pembohongan demi pembohongan.

Bagaimanapun persoalan yang masih tinggal adalah sama ada Anwar akan "dibebaskan" oleh polis bersabit video lucah ini.

Mereka yang arif mengenai politik Umno tidak akan terkejut jika fitnah video ini dibiarkan berlarutan dan polis "memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan terperinci."
Pada masa sama, Utusan Malaysia, blog dan media kawalan Umno yang lain akan terus "memerah"  fitnah video seks ini sebaik mungkin dalam perang untuk menghakis sokongan rakyat terhadap Anwar.

Janganlah terkejut, jika pada hari- hari yang menjelang ini, video itu dimuatkan dalam Youtube dan rakyat digesa persetankan bukti Twitter dan Facebook Anwar bahawa rakaman itu adalah fitnah semata- mata.

Siri demostrasi dan tunjuk perasaan oleh Perkasa, Umno dan badan- badan bukan kerajaan akan sekali lagi dianjurkan di seluruh pelosok negara, mendesak Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berundur dari politik.

Malah, jangan tolak kemungkinan Tan Sri Rahim dan Eskay dianugerahkan darjah kebesaran (mungkin oleh Yang di Pertua Melaka) dan diangkat menjadi wira baru Umno sebagai penyelamat bangsa Melayu.  

Umno amat berpengalaman dalam permainan ini. -Edi
P/s: Kedua-dua laporan fasal Twitter/Facebook Anwar Ibrahim ini disiarkan di muka hadapan Utusan. Rupa-rupanya sampah!


Isu Pluralisme: Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Sheikh Taha Jabir al-Alwani Sedia Menjadi Saksi Pihak Anwar Ibrahim

Posted: 28 Mar 2011 03:00 AM PDT

Yusuf al-Qaradawi dan Anwar Ibrahim.

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Dua ulama terkemuka dunia bersedia menjadi saksi bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu pluralisme.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sedang menyiasat ucapan Anwar di London School of Economics tahun lepas kerana didakwa kononnya mempromosi pluralisme.

Menurut Anwar, nampak jelas Jamil tidak memahami maksud pluralisme dan tidak membaca ucapan beliau. "Pluralisme bukan bermakna kita menghina atau merendahkan kekuatan Islam.

Sebaliknya ia adalah fahaman yang mempromosi toleransi dan berbaik-baik antara agama dalam dunia," kata beliau.

Menjawab satu soalan Anwar berkata sekiranya kerajaan ingin mendakwa beliau ke Mahkamah Syariah, itu hak mereka. "Dua ulama terkemuka dunia Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Sheikh Taha Jabir al-Alwani sudah menyatakan kesedian menjadi saksi sekiranya kerajaan mendakwa saya di Mahkamah Syariah," tambah Anwar.

Tindakan Jamil menyiasat Anwar menyerlahkan hipokrasi kerajaan BN kerana sebelum ini Jamil juga menghalang pelaksanaan qazaf dalam kes melibatkan dakwaan Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar.
.P/s: Apa lagi helah ulama dan pemimpin UMCO?


Wanita Libya-Mangsa "Rogol Bergilir-gilir" Ditawarkan Wang dan Rumah untuk Tutup Mulut?

Posted: 28 Mar 2011 01:35 AM PDT


Saya ada siarkan berita fasal wanita ini di sini.

Semalam kebanyakan media melaporkan bahawa Iman al-Obeidi menyerbu Hotel Rixos, Tripoli sambil meminta wartawan yang berada di situ merakamkan pengakuannya dirogol secara bergilir-gilir oleh 15 lelaki yang dikatakan konco Gadaffi. Bukan sahaja dirogol, Iman mendakwa dirinya dikurung selama dua hari dan turut didera semasa ditahan.

Pengakuan Iman walau bagaimanapun dinafikan oleh kerajaan Libya dengan mendakwa wanita itu mabuk dan mungkin mengalami masalah mental. Malah ada juga pegawai kerajaan mendakwa Iman seorang pelacur.

Hari ini media Barat, ABC melaporkan saudara mara wanita tersebut mendakwa kerajaan Gadaffi menawarkan sejumlah wang, malahan sebuah rumah untuk menutup mulut wanita itu. 

P/s: Seperti yang saya tegaskan semalam, berita ini mungkin benar, mungkin juga hanya propaganda Barat untuk mewajarkan serangan di Libya dan mempengaruhi pemikiran rakyat Libya untuk menentang Gadaffi. Boleh jadi benar dia diperlakukan begitu! Saya tidak tahu!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Profesor "Kangkung": Belum Terbukti Bersalah, Sudah Minta Anwar Undur!

Posted: 27 Mar 2011 11:00 PM PDT


Saya petik:
[SH] SHAH ALAM - Sudah sampai masa bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada kancah politik negara.

Itulah pendapat pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nidzammudin Sulaiman berikutan pendedahan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat (PR) itu.

Dr Nidzammudin berkata, meskipun Anwar belum dipastikan terlibat dalam skandal itu, sedikit sebanyak ia akan turut memberi kesan bagi imej dan reputasinya berdasarkan rekod sedia ada termasuk perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung di mahkamah.

"Orang akan jadi muak. Ini tidak kira sama ada beliau bersalah ataupun tidak kerana bagi seorang pemimpin politik, apa yang lebih utama adalah kepentingan rakyat, bukan permainan politik yang berulang-ulang.

"Kerana itu, saya fikir sudah sampai masa bagi Anwar berundur. Jika beliau mahu menjaga namanya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, adalah lebih baik bagi beliau memberi tumpuan kepada isu-isu bukan politik melibatkan kepentingan masyarakat termasuk membimbing generasi muda kerana saya percaya, beliau masih diminati dan dikagumi ramai anak muda," katanya.

Menurutnya, setiap individu termasuk pemimpin besar seperti Anwar ada had tertentu dalam berjuang untuk mempertahankan sesuatu.

P/s: Prof madya ini selalu kita lihat kemunculannya dalam program di Astro Awani terutamanya ketika mengulas sesuatu pilihan raya kecil. Saya pun suka hujahnya pada peringkat awal kemunculan di TV. Namun, sejak akhir-akhir ini, nada hujahnya sudah berubah. Bukan saya tidak suka dia mengkritik pemimpin dan Pakatan Rakyat, tetapi hujahnya ada kala berat sebelah dan tidak dapat diterima akal. Kita boleh terima kritikan dan perbezaan, namun jika mahu memberikan hujah, biarlah bernas dan logik! Sebagai contoh, cuba anda baca hujahnya di atas?

Berkaitan dengan desakan "prof kangkung" ini, hukum mana yang diguna pakai? Orang belum tentu bersalah diminta meletakkan jawatan kerana alasan rakyat sudah muak, permainan politik berulang-ulang. Cuba tanya "prof kangkung" ini, siapa yang merencanakan permainan politik kotor yang berulang-ulang ini? Dalam pada itu, beranikah dia mengkritik orang di balik drama dan konspirasi ini? Tidak nampakkah dia permainan politik kotor musuh PR?

Berdasarkan hujah "bodohnya", mengapa dia tidak minta MP yang kantoi meraba bontot meletakkan jawatan, mengapa dia tidak minta Chua Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Presiden MCA, mengapa dia tidak minta Rahim Thamby Chik meletakkan jawatan, lagi menarik, mengapa tidak minta pemimpin yang kantoi khalwat di PD meletakkan jawatan? Banyak lagi, kalau nak tulis...

Bapa Cari Orang yang Sanggup Bunuh Teman Lelaki Anaknya. Mengapa?

Posted: 27 Mar 2011 06:00 PM PDT


Polis menahan seorang lelaki di California, Amerika Syarikay kerana disyaki mencuba mengupah seseorang untuk membunuh teman lelaki anak gadis remajanya.

Fox5SanDiego.com melaporkan Domingos Oliveira, 50, ditahan Jumaat lalu selepas polis mengeluarkan waran untuk menyelongkar rumahnya di Spring Valley, California.

Pihak polis menerima laporan daripada anak gadis Oliveira yang berusia 19 tahun dan teman lelakinya selepas mereka menemukan beberapa poster memerihalkan hasrat Oliveira itu di sekitar kampus Kolej Grossmont dua minggu lalu.

Poster yang didakwa dibuat dan diedarkan sendiri oleh Oliveira itu menawarkan wang tunai $3,000 (RM9,082) untuk tubuh teman lelaki anaknya sama ada "mati atau hidup".

Menurut polis, poster itu turut memaparkan nama dan foto teman lelaki anak gadis Oliveira yang didakwanya bekas pesalah seksual. Hal itu turut disahkan oleh polis selepas menyiasat rekod teman lelaki anak Oliveira.

Oliveira kini ditahan sementara menunggu siasatan lanjut.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Tiada ulasan: