DUNIACACAMARBA |
- [Gambar-18SX] Jurugambar CUN Berbogel di Kawasan Awam, New York. Gila!
- Raja Sesumpah Ezam PENAKUT?
- [Video] Wanita Dakwa Dirogol Bergilir-gilir 15 Konco Gadaffi
- Anak Biri-biri + Anjing
- Senat Mexico Sokong Orang Curang
- 1Malaysia Sudah Kena Tipu, Taib Mahmud Pertahan Kerusi DUN Balingian
[Gambar-18SX] Jurugambar CUN Berbogel di Kawasan Awam, New York. Gila! Posted: 27 Mar 2011 06:29 AM PDT
Berita menarik daripada DM. Biasanya, jurugambar merakamkan aksi/ragam manusia atau fenomena alam, atau apa-apa sahaja. Namun jurugambar cun bernama Erica Simone mempunyai pendapat yang berbeza. Dia membuat keputusan untuk berbogel - menangkap gambar sendiri - di jalan/kawasan awam sekitar New York. Gadis berusia 25 tahun itu tidak segan untuk berbuat demikian atas alasan seni. Bercakap kepada pihak DM, "Pada mulanya, hal itu seperti, 'Bolehkah saya melakukannya?' 'Saya menyukai idea itu, namun tidak ada keberanian untuk melakukannya- Saya bukan exhibitionist sepenuhnya." "Namun, saya berjaya melakukannya pada hari pertama di West Village dan saya tidak ditangkap oleh pihak berkuasa." Kesemua 20 keping gambar bogel yang dirakamkan di sekitar New York itu merupakan sebahagian daripada material pameran terbaharu Simone, iaitu Nue York: Self-Portraits of a Bare Urban Citizen yang bakal dilancarkan bulan depan di Galeri Dash, Tribeca. Maaflah, berita fasal kegilaan jurugambar ini terlalu panjang. Saya tidak mahu menterjemah lanjut fasal kegilaannya. Saya yakin akhbar tempatan akan menterjemahkannya nanti. Anda boleh baca butiran lanjutnya kemudian.
P/s: Dunia akhir zaman tuan-tuan! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||||
Posted: 27 Mar 2011 05:26 AM PDT Saya dengar berita di Awani tadi. Cerita fasal Raja Sesumpah Ezam yang mengeluarkan kenyataan bahawa dia TIDAK BERMINAT untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Katanya, tiada perancangan untuk bertanding biarpun BN menawarkannya menjadi calon untuk mewakili parti itu. Walaupun tidak mahu bertanding, Ezam menegaskan bahawa dia akan membantu BN merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Saya tidak mahu mengulas panjang fasal Raja Sesumpah ini. Saya cuma pelik kerana tatkala MP Katak sedang hebat membodek Najib untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, Si Raja Sesumpah ini pula sebaliknya. Adakah dia hanya hebat berkata-kata tetapi takut untuk berhadapan dengan rakyat? Raja Sesumpah seorang yang penakut? Dia melalak di media dan di lapangan ceramah memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin dan Pakatan Rakyat, namun tidak mahu bertanding dalam pilihan raya. Jika dakwaannya benar, dan setiap dakwaannya itu diterima oleh rakyat khususnya di Selangor, tempat yang lazim kelihatan dia dan puak UMCO mengadakan ceramah, mengapa takut untuk bertanding dalam pilihan raya? P/s: Kalau tidak ada "telor" mengaku sahajalah! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||||
[Video] Wanita Dakwa Dirogol Bergilir-gilir 15 Konco Gadaffi Posted: 27 Mar 2011 03:15 AM PDT Seorang wanita Libya mendakwa dirinya dirogol secara bergilir-gilir, dikencing, didera, dan dihina oleh 15 lelaki yang didakwanya konco Gadaffi, selama dua hari. Iman al-Obeidi mendakwa konco Gaddafi itu menahannya di suatu sekatan jalan raya sebelum dia diikat dan kemudiannya didera dan dirogol oleh mereka lapor DM. Semasa membuat dakwaan itu, mukanya kelihatan calar-balar dan luka. Dia mendakwa ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pemberontak dari Bandar Benghazi. Semasa sidang media itu, Iman turut menyelak kainnya untuk menunjukkan kesan cedera pada kakinya. Dia yang membuat sidang akhbar di Tripoli di depan wartawan media asing menceritakan dakwaannya sebelum sidang media itu dihentikan oleh pegawai kerajaan yang kemudian menahannya. Kedatangan pegawai kerajaan itu menimbulkan sedikit kekecohan. Dalam kejadian itu, kamera milik CNN dirampas dan dipecahkan oleh kumpulan yang menyokong kerajaan. Ketika dibawa pergi, Iman menyatakan "Sebaik sahaja saya dibawa pergi, mereka akan memenjarakan saya." Jurucakap kerajaan Moussa Ibrahim memberitahu media bahawa penyiasat mendapati wanita itu mabuk dan berkemungkinan mengalami masalah mental. P/s: Dalam hal ini, kejadian dan dakwaan ini boleh jadi suatu bentuk propaganda Amerika Syarikat dan kumpulan pemberontak, boleh jadi juga dakwaan wanita itu benar! Video: * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||||
Posted: 27 Mar 2011 01:45 AM PDT Pakar-pakar veterinar menyatakan bahawa perkara yang terjadi adalah suatu yang mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai suatu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam. Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya Xian, Wilayah Shaanxi, tengah China. Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama dengan anjing-anjing lain. "Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut apabila melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying. Kini, ladangnya dikunjungi oleh penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu. Mengulas tentang kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza. "Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, anak biri-biri itu ganjil," katanya. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||||
Senat Mexico Sokong Orang Curang Posted: 27 Mar 2011 12:30 AM PDT Berita AFP melaporkan bahawa Senat Mexico memansuhkan undang-undang menipu pasangan yang menetapkan perbuatan itu sebagai suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun. Sebanyak 69 Senator kecuali seorang yang tidak hadir, mengundi untuk membatalkan hukuman orang yang melakukan hubungan luar nikah mengikut kanun jenayah, menurut dokumen Senat. Di bawah undang-undang sebelum ini, individu yang bersalah melakukan seks luar nikah akan dihukum penjara dua tahun dan digantung hak sivil mereka sehingga enam tahun. Undian terbaharu dikatakan sebagai cara mengutuk penafsiran jenayah lama yang membenarkan lelaki melayan wanita umpama memiliki harta, kata senator dari sayap kiri, Pablo Gomez semasa perbahasan. Perubahan itu diluluskan di Dewan Rendah Kongres Nasional dan dihantar ke Presiden Felipe Calderon untuk ditandatangani. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||||
1Malaysia Sudah Kena Tipu, Taib Mahmud Pertahan Kerusi DUN Balingian Posted: 26 Mar 2011 11:50 PM PDT 1Malaysia kena tipu... Saya petik:
P/s: Taib Mahmud, dua hari sebelum DUN Sarawak dibubarkan, mengumumkan bahawa dia akan mengundurkan diri selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak. Semua dimaklumkan bahawa KM Sarawak paling lama berkuasa itu tidak akan menawarkan diri untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas PRN ini, malah membayangkan pengundurannya daripada politik. Sudah tentulah pengumuman itu membuatkan orang Sarawak berasa lega. Tiba-tiba semalam Taib Mahmud mengumumkan bahawa dia akan mempertahankan Kerusi DUNnya. 1Malaysia kena gebang! Jika Taib Mahmud masih ADUN walaupun bukan sebagai KM, apa bezanya Sarawak semasa dan selepas Taib Mahmud sebagai KM? Tidak terbayangkah anda bahawa KM baharu yang bakal dilantik (jika BN masih berpeluang memerintah) itu hanya BONEKA Taib Mahmud? Pusing macam mana pun. macam itu jugalah! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan