[BO] Kuala Terengganu - Seorang lagi mangsa fitnah 'Pegawai ADUN Khalwat' , Mohd Hassan Husin, 49, dari Kampung Gemuruh, Bukit Payung yang membuat laporan polis terhadap sebuah pengendali laman web "darul ehsan today" yang memaparkan gambarnya sebagai tertuduh kes khalwat berlaku di Bukit Toman, Marang, 12 Mac lalu.
Buletinonline dimaklumkan, gambar beliau yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak pada tarikh tersebut telah dimanipulasikan.
Mohd Hassan mendakwa malu dengan fitnah yang tidak berasas itu dengan sewenang-wenangnya menyiarkan gambar pada laporan berita tidak benar.Katanya, dengan tersebar luas berita dan gambar tersebut telah menjejaskan reputasi serta dipandang serong oleh masyarakat umum.
"Ini memalukan saya, dengan mereka meletakkan gambar saya pada laporan berita yang ditangkap kerana kesalahan khalwat itu.
"Orang ramai yang mengenali saya akan membuat andaian bahawa saya yang terlibat dengan kesalahan tidak bermoral dan dipandang serong oleh masyarakat," jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis tersebut. Beliau mahu pihak polis segera menyiasat bagaimana gambar tersebut dirakam dan diperolehi oleh pihak pengendali laman web berkenaan.
Screenshot dari blog kaki fitnah!
Menurut Mohd Hassan, laporan berita berunsur fitnah itu sengaja dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung dan dirinya dengan PAS.
"Gambar saya itu diambil ketika program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak, 12 Mac lalu. Saya hanya duduk suka-suka sahaja di atas sebuah motosikal.
"Jadi dia guna gambar ini seolah-olah orang yang ditangkap khalwat itu adalah saya. Nama saya sebenarnya, Mohd Hassan Husin, 49, dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang ditangkap berkhalwat (Mohd Din Jusoh) itu yang berusia 52 tahun.
"Saya tinggal di Kampung Gemuruh sedangkan suspek sebenar (Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung," ujarnya.
P/s: Akhirnya, selepas jurublog pro-UMCO bermaharajalela "memfitnah", seorang daripada mangsa mereka bangun menentang mereka.
Yang lain bila lagi mahu mengheret kaki fitnah ini ke mahkamah?
Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi didakwa melakukan 13 aksi seksual dengan gadis bawah umur berusia 17 tahun, 'Ruby Stealer Heart' seperti yang dipetik oleh AFP daripada pihak pendakwa.
Siasatan terhadap tiga jaringan pelacuran yang didalangi oleh orang yang ada kaitan dengan Berlusconi mendedahkan bahawa 33 orang perempuan termasuk Ruby terlibat dalam suatu pesta seks. Dalam pesta itu, gadis-gadis itu didakwa "menyentuh dan disentuh" secara seksual oleh Silvio Berlusconi.
PM Itali berusia 74 tahun itu menghadapi perbicaraan yang berasingan bermula 6 April atas tuduhan membayar untuk mendapatkan perkhidmatan seks dengan Ruby - nama sebenarnya El Karima Mahroug - dan kemudian menggunakan kuasanya untuk menutup perbuatannya itu. Berlusconi menafikan semua tuduhan yang dilbacakan kepadanya.
Hasil siasatan juga mendapati parti yang diadakan di vila Berlusconi melibatkan "pemakaian topeng, aksi melucutkan pakaian, dan tarian erotis" dan PM Itali itu didakwa memilih "satu atau lebih wanita untuk melakukan hubungan intim."
Saya kira akan ada akhbar yang akan menterjemah artikel ini nanti, jadi tidak perlulah saya menulis lanjut fasal hal ini.
P/s: Seburuk-buruk Itali, PMnya boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Seteruk-teruk kelakuan PM Itali, dia mahu ke mahkamah untuk membersihkan namanya. Itu poin saya menyiarkan kes ini. Anda bandingkan di Malaysia yang sistem kehakimannya didakwa kononnya terbaik di rantau ini! Bekas PMnya takut ke mahkamah, tetapi berani menuduh dan menulis. Ada juga orang yang memegang jawatan itu terpalit dengan pelbagai macam dakwaan serius, namun sehingga kini masih belum dibersihkan! Alahai!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
[BH] GEMAS: Polis menahan seorang guru lelaki sekolah kebangsaan di sini, Jumaat lalu kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan Tahun Enam.
Guru berumur 20-an itu dipercayai melakukan perbuatan itu dua kali dengan kejadian pertama pada 8 Mac lalu.
Guru terbabit menjemput dua murid perempuan ke rumahnya kira-kira jam 3 petang untuk menyusun jadual waktu.
Selepas selesai, seorang daripada murid disuruh pulang untuk menukar pakaian bagi menyertai kegiatan kokurikulum.
Ketika tiada orang lain di rumah, guru terbabit mencium pipi dan leher mangsa, meramas buah dada serta meraba kemaluannya.
Kejadian kedua berlaku keesokan hari apabila guru sama menjemput enam murid ke rumah dan dijamu minuman serta kek. Ketika kejadian, isteri guru terbabit tiada di rumah kerana bekerja.
Perbuatan guru itu terbongkar apabila rakan mangsa menceritakannya kepada guru tuisyen yang kemudian melaporkan kejadian itu di Balai Polis Gemas, Jumaat lalu.
P/s: Tidak habis-habis kes cikgu berahi kepada murid.
Penduduk kawasan Parit Laman, Sri Medan, Batu Pahat digemparkan dengan penemuan seekor ular sawa dengan berat dianggarkan melebihi 100 kilogram dan berukuran 4 meter sedang berlingkar dalam keadaan kekenyangan di sebuah kebun, kelmarin. Difahamkan ular sawa batik atau nama saintifiknya 'Python Neticulatus' berkenaan baru sahaja menelan seekor babi hutan berdasarkan keadaan perutnya yang sebesar tong gas, lapor Berita Harian.
[TMI] KUALA LUMPUR, 16 Mac — Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat menyatakan pendiriannya mempertahankan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil mendakwa sebarang paksaan agar beliau menyerahkan sampel DNA merupakan pencabulan prinsip utama undang-undang.
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang kelihatan bersungguh-sungguh mendesak Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau adalah sebahagian daripada episod terancang bermotifkan politik jahat dan khianat.
"Baik pihak pendakwaan mahupun NGO-NGO picisan yang bersungguh mendesak ini, kelihatan tidak faham akan prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
"Dalam mana-mana kes mahkamah, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak tertuduh itu bersalah berdasarkan bukti yang jelas melampaui sebarang keraguan dan bukannya meminta atau mencipta bukti," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam kes Anwar, kata Shamsul Iskandar, beliau tidak perlu mengemukakan hatta secebis bukti sekalipun kerana beliau sendiri telah mempunyai alibi yang kukuh untuk menyatakan bahawa tidak terlibat dalam dakwaan penuduh.
Katanya, apa yang berlaku dalam kronologi kes fitnah kedua ke atas Anwar ini lebih bersifatkan pembunuhan karakter paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara.
"Anwar dinafikan akses ke atas pelbagai dokumen, malah pihak peguambela sendiri terhalang daripada menjalankan pelbagai ujian bebas ke atas bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh pendakwa.
"Isu DNA ini berterusan dimainkan agar dengan mudah pihak pendakwaan memalitkan tuduhan ke atas Anwar," kata beliau lagi.
Shamsul Iskandar berkata percanggahan fakta sejak awal perbicaraan menunjukkan bahawa kes liwat kedua dihadapi Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, langsung tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas dan fakta yang kukuh, ditambah pula dengan kredibiliti penuduh yang jahanam.
Malah Shamsul Iskandar berkata tindakan pendakwaan bertentangan dengan Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948.
Tambahan pula kata Shamsul Iskandar, pembocoran awal hujahan pihak pendakwaan dalam permohonan jahat mereka untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA membuktikan lagi hujah bahawa "usaha membunuh karakter beliau dilakukan secara terancang" oleh pihak pendakwaan dan media massa di bawah telunjuk Umno-BN.
"Angkatan Muda PKR dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk Datuk Seri Anwar tunduk kepada desakan-desakan bebal yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak.
"Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap prinsip asas undang-undang itu sendiri dan menjadikannya sebagai seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan tidak bermasalah," katanya.
Shamsul Iskandar juga berkata pihaknya yakin dan percaya bahawa kelompongan kes ditambah dengan kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula 1998.
P/s: Mencipta bukti! Saya ngeri dengan istilah ini. Anda masih tidak nampak lagi?
Apa agenda Zaid Ibrahim dan KITA di Selangor? Menurut laporan FMT, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di bawah pimpinan Zaib Ibrahim akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam pilihanraya umum akan datang. KITA juga akan bertanding disemua 22 kerusi Parlimen Selangor. Hal ini disahkan oleh Penyelarasnya,S Kottapan.
Menurut Kottapan, KITA akan meletakkan 28 calon Melayu; Cina (18) dan India 10 orang di peringkat DUN.
"Saya sedang mencari calon yang berwibawa, yang mempunyai peluang menang untuk bertanding atas tiket KITA di Selangor.
"Mereka yang berminat termasuk bekas pemimpin PKR boleh berhubung dengan saya.
"Saya diberi tanggungjawab oleh Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim untuk memilih mereka yang layak untuk menjadi calon kerusi DUN.
"Bagi kerusi Parlimen calon akan dipilih sendiri oleh Zaid," kata Kottapan.
KITA bukanlah parti yang mempunyai pengaruh yang kuat untuk memenangi pilihan raya, namun usaha mereka meletakkan calon di setiap kerusi DUN dan Parlimen di Selangor jelas menunjukkan bahawa mereka mahu memecah undi PR dan seterusnya memberikan kelebihan kepada BN-UMCO untuk merampas semula negeri terkaya di Malaysia. Dengan program SSDE yang dianjurkan oleh UMCO Selangor sehingga kini, maka jelaslah perancangan UMCO mahu merampas Selangor daripada pemerintahan PR pada PRU-13.
P/s: Bagi penyokong Zaid sewaktu dia dalam PKR, sila buka mata luas-luas.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Saya baca berkali-kali berita di Utusan hari ini. Tajuknya: Subsidi hanya untuk golongan perlu. Anda baca, sudah tentu anda faham maksud artikel ini. Mudah sahaja untuk memahaminya. Kerajaan Najib mahu mengurangkan lagi subsidi atas alasan subsidi hanya untuk golongan sasaran.
Jika begitu hasrat PM Najib, kerajaan seharusnya menarik semula semua keistimewaan/kemudahan yang diberikan kepada menteri-menteri. Biarlah mereka menggunakan setiap sen duit yang diterima untuk membayar kos pembantu rumah, perabot, pemandu, bil utiliti, kemudahan melancong, pakaian, dan sebagainya. Keistimewaan ini samalah juga dengan konsep subsidi. Apa perlunya mereka yang "mengemis" undi rakyat pada pilihan raya akhirnya menjadi tuan kepada rakyat dan menikmati pelbagai macam keistimewaan?
Saya petik sedikit berita dan ucapan Najib yang dibacakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Dengan mengambil contoh mengenai bekalan air, jelasnya, harga sumber itu tidak boleh disubsidi secara meluas kerana ia membabitkan kos rawatan di samping keperluan mewujudkan kesedaran kepada rakyat bahawa bahan itu adalah terhad.
Justeru, beliau meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu bekalan serta harga air kerana perkara itu kini menjadi topik yang hangat dibincangkan di seluruh dunia.
"Jika kita semua memahami bahawa sumber (air) adalah terhad dan kita mahu perkhidmatan (mengenainya) diperbaiki, kita perlu sedia membayar harganya.
"Oleh itu, subsidi (air) perlu ditujukan kepada golongan sasaran dan bukannya secara meluas bagi memastikan bekalannya boleh bertahan lama."
Kias Najib, rakyat Malaysia di bawah kerajaan BN mungkin tidak akan merasa subsidi air sampai bila-bila. Bil air akan meningkat dari semasa ke semasa kerana kononnya untuk menanggung kos rawatan dan sebagainya. Tanggung kos rawatan yang tinggi atau kos membayar gaji lanun air yang sangat tinggi? Khabarnya gaji CEO syarikat air mencecah jutaan ringgit setahun. Kenyataan ini jelas.
Yang lawaknya, Najib memberikan alasan bahawa sumber air terhad dan untuk memastikan sumber ini tahan lama dan berkekalan, hanya golongan tertentu perlu diberi subsidi. Apa kaitan subsidi dengan kuantiti sumber bekalan air? Adakah dengan memberikan subsidi kepada semua rakyat akan menyebabkan air habis di Malaysia? Apakah yang membuatkan pemberian subsidi kepada golongan tertentu boleh menyebabkan sumber air di Malaysia akan berkekalan sampai bila-bila?
Walhal bagi memastikan sumber air berkekalan, kerajaan seharusnya memastikan sumber tadahan air tidak diceroboh, memastikan sungai dan tasik tidak dicemari sisa kimia, mencipta teknologi untuk menapis air laut, dan sebagainya. Tiada kaitan dengan soal memberikan subsidi kepada rakyat yang menyebabkan sumber air tidak boleh bertahan lama.
Anda faham maksud saya?
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau."
Video:
Saya tidak mahu komen kata-kata Fat Lady Of Malaysia (FLOM) ini. Lihat komen-komen yang tertera di Youtube.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Saya tahu sesetengah pembaca mengutarakan pendapat bahawa HM menyiarkan cerita ini semata-mata untuk menarik perhatian pembeli. Dari satu segi mungkin saya bersetuju, namun dari satu segi lagi, kisah ini bukanlah sesuatu yang direka-reka untuk tujuan kormesial semata-mata. Kisah ini dan ribuan kisah yang tidak dikongsikan dalam media benar-benar berlaku.
Sebalik mempersoal kesahihan dan tujuan akhbar menyiarkan berita ini, bukankah lebih baik anda bertanya pada diri sendiri: adakah anak/adik/kakak/abang/anak saudara/sepupu saya berperangai begitu?
Saya petik:
[HM] Berikut kisah dua pelajar yang 'dahaga di awal usia'.
KES 1 - ADILAH, 13:
"SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.
Ketika itu teman lelaki 'cinta monyet' saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.
Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.
Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.
Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas. Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.
Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.
Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.
Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.
Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.
Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.
Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana 'kesilapan' pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.
Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.
Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.
Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.
Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.
Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.
Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.
Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.
KES 2 - RAHMAN, 15:
"SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.
Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).
Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.
Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.
Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.
Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.
Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.
Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).
Dalam keluarga, ayah memang 'sporting'. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.
Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.
Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang 'senior' beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.
Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.
Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).
Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.
Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.
Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.
Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar 'bekerja'. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.
Di rumah saya, 'line tak clear'. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.
Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.
Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.
Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.
Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.
Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan