[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekeras-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.
Ketika itu Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.
"Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.
"Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.
"Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang," kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, "Saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu."
Dalam buku berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.
Tengku Razaleigh Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.
Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak "Team B" yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai "Ku Li", membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.
"Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri," tulis Dr Mahathir.
"Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya," katanya lagi.
P/s: DSAI sudah nafi, kini Ku Li pula menafikan tulisan memoir Tun M. Adakah memoir Tun M ini memoir fitnah atau semua orang yang terlibat mahu menafikan "kebenaran" memoir tersebut?
Kalau tonton video sahaja memang agak sukar untuk kita meneka kejadian malang ini. Berdasarkan laporan AsiaOne, klip video itu memaparkan model Israel yang dipatuk oleh seekor ular sawa dan video itu menjadi sensasi di Youtube sejak beberapa hari ini.
Model bernama Orit Fox sebenarnya berposing dengan ular sawa tersebut untuk satu sesi fotografi. Namun, ular sawa itu secara tiba-tiba mematuk dada model itu sehingga hampir-hampir memutuskan puting buah dadanya. Ouuuchhh!
Dalam klip video ini, Fox kelihatan menangis kesakitan dan kedengaran juga suara latar lelaki menjerit-jerit semasa kejadian itu. Seorang lelaki yang tidak dikenali pula kelihatan membantu model tersebut.
Video dengan judul White-haired demon woman provokes python and has breast tragically bitten ini disiarkan di sebuah laman sesawang di China, Youku. Video ini telah ditonton lebih 450,000 kali pada hari pertama video itu disiarkan.
Ouuuchhh!
Video:
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Saya tahulah gambar-gambar ini adalah gambar lama, bagaimana pula dengan gambar FB (gambar kecil) yang jelas mendedahkan rambut dan dada? Cermin diri dan iman dahulu, baru komen tentang orang!
Sinar Harian melaporkan bahawa kira-kira 20 ahli Pas Kuala Kedah membuat laporan polis berhubung dengan kenyataan seorang pemimpin NGO yang menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Mohammad.
Laporan terhadap Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin itu dibuat di Balai Polis Anak Bukit, di sini, kira-kira jam 2 petang, semalam.
Setiausaha Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, kenyataan Farhana dalam artikel bertajuk 'Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?' yang disiarkan sebuah akhbar mingguan 6 Mac lalu berniat jahat dan cuba menjejaskan imej Nik Abdul Aziz sebagai tokoh politik dan agama sejak hampir lima dekad lalu.
Menurutnya, kenyataan itu memberikan gambaran seolah-olah Nik Abdul Aziz dan juga ahli Pas adalah golongan sesat yang perlu dibanteras seperti pengikut Ayah Pin di samping menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam di negara ini.
"Kenyataan ini telah memfitnah Tuan Guru Nik Aziz sebagai orang yang mengangkat diri ke tahap yang suci dan tidak boleh ditegur seperti Ayah Pin.
"Sepanjang lebih 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, Tuan Guru Nik Aziz sentiasa membuka pintu untuk berbincang dengan pelbagai pihak bagi tujuan mencari kebenaran dan dakwaan ke atas beliau adalah berbaur hasutan."
Keratan akhbar yang dimaksudkan.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
[Mstar] TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.
Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.
Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.
Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.
Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.
Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.
Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.
[MK] Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa.
Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.
Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.
Karpal: Adakah awak pergi tandas? Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.
Karpal: Tandas, di mana? Saiful: Ada beberapa. Karpal:Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan? Saiful:Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.
Semasa diperiksa semula oleh Yusof, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya.
Yusof kemudiannya membuat dua permohonan kepada mahkamah. Pertama, beliau mahu semakan ke atas penghakiman perbicaraan dalam perbicaraan.
"Ketika itu, kita tidak tahu alasan. Kami mempunyai waran, apa yang dica dalam waran adalah pertuduhan," katanya.
Permohonan keduanya, pihak pendakwaan mahu mahkamah memaksa Anwar membekalkan sampel DNA untuk tujuan profailing. Bagaimanapun permintaan itu dibantah oleh Karpal.
Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin ini.
P/s: Sayfool sudah kantoi dan akan kantoi lagi selepas ini!
Sebelum kes ini dibicarakan, timbul cakap-cakap bahawa ada dalang yang merancang Drama Liwat II. Malah, Anwar juga mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut. Nama-nama yang didakwa sebagai dalang pada peringkat awal kes ini akhirnya dinyatakan oleh saksi terakhir pihak pendakwa.
Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu lapor Malaysia Kini.
Pengadu, Sayfool dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.
Namun, Sayfool menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar.
Jude ketika menjawap soalan daripada peguam bela utama, Karpal Singh bersetuju bahawa polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu. Karpal: Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008?
Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.
P/s: Adakah Rosmah dan geng akan dipanggil untuk memberikan keterangan? Berdebar!
Pelik bin ajaib. Mengapa Sayfool jumpa Rosmah, sedangkan dia sepatutnya melaporkan terus kepada polis? Apa istimewanya kes Sayfool sehingga dia diberi peluang bertemu dengan Rosmah dan Ezam. Bahkan, Sayfool turut berjumpa dengan Najib walaupun PM mendakwa pertemuan itu untuk tujuan memohon biasiswa (walhal Si Sayfool ini tidak habis belajar). Lagipun, sanggupkah Najib berjumpa dengan puluh ribuan pelajar yang mahu memohon biasiswa?
Ada lagi yang masih ragu-ragu bahawa kes ini konspirasi politik?
[MK] Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini diasak oleh peguambela Karpal Singh dengan cara yang sama beliau mengendalikan siasatannya dalam kes dakwaan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pereira, adalah saksi ke-25 dan terakhir pihak pendakwaan.
Perbicaraan hari ini hangat apabila pegawai polis yang berpengalaman dalam siasatan lebih 20 tahun itu berkata beliau sebelum ini telah memberi keterangan di mahkamah sebanyak lima hingga 10 kali termasuk kepada inkuiri Suhakam.
Akuinya, beliau adalah juga pegawai yang terlibat dalam kes kontroversial yang membabitkan lima peguam yang mewakili beberapa individu yang menyalakan lilin di luar balai polis Brickfields ditangkap.
"Pegawai penyiasat adalah ASP Ho. Saya adalah pegawai yang bertanggungjawab tidak memberikan akses kepada peguam berjumpa dengan anak guam mereka."
Pereira berkata pada inkuri Suhakam yang diadakan tahun lalu, beliau telah memberikan keterangannya, namun tidak diterima kerana berlaku sedikit percanggahan. Karpal: Apa sedikit percanggahan? Saya tak mahu ugut awak. Ini percanggahan serious?
Pereira: Ya.
Karpal: Jangan bohong apabila mengambil sumpah di mahkamah!
Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian tampil membuat bantahan manakala Pereira berkeras menafikan beliau menipu ketika inkuri Suhakam itu.
Karpal kemudian bertanya, "Apa penemuan inkuiri itu?" Tetapi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencelah dan ingin tahu relevan soalan Karpal itu.
Karpal berkata ia bagi membuktikan kredibiliti saksi dan hakim membenarkan pihak pembelaan meneruskan soalannya itu.
Karpal kemudian meminta Pereira membaca laporan inkuri Suhakam itu.
Pereira:DSP Jude Pereira pada inkuiri tidak memberi keterangan yang boleh diterima kerana beliau tidak berkata benar dan mempunyai 'hilang ingatan'.
Inkuiri Suhakam ketika itu dipengerusikan oleh pesuruhjayanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang juga seorang peguam terkemuka.
Karpal mahu laporan itu ditandakan sebagai bahan bukti tetapi dibantah oleh Yusof yang mencadangkan ia ditandakan sebagai ID (identification). Zabidin membenarkan bantahan itu dan laporan berkenaan ditandakan sebagai ID.
Menyambung keterangannya, Pereira mengakui tiada waran tangkap yang dibawa oleh pegawai yang menangkap pada kejadian itu.
"Namun, waran itu wujud," katanya.
"Saya difahamkan arahan dibuat oleh (Mohd) Bakri Zinin untuk membuat tangkapan. Saya tidak tahu mengapa."
Berbalik kepada kes Anwar, Pereira berkata di IPK KL, pegawai polis Supt Ahmad Taufik Abdullah hanya menyempurnakan waran tangkapan itu pada jam 2.40 petang.
"Saya ambil keterangan Anwar pada jam 2.45 petang dan ini berlarutan hingga 5.40 petang."
Menurut Pereira, Anwar adalah suspek dalam kes berkenaan.
Karpal kemudian bertanya kepada saksi sama ada beliau memahami peraturan lokap.
"Seseorang yang ditahan mesti dikurung selepas jam 6 petang," kata Karpal.
Pereira berkata dia memahami peraturan itu - iaiatu seseorang tidak boleh dibawa keluar dari lokap selepas jam 6 petang.
Karpal: 6 petang hingga 6 pagi - suspek tak boleh dikeluarkan kerana ia waktu rehat. Pereira: Betul. Karpal: Kenapa anwar tidak diletak dalam lokap seperti dalam peraturan kerana dia adalah suspek. Pereira: Anwar belum masuk lokap. Saya tak setuju.
P/s: Saksi telah didakwa oleh satu inkuiri tidak bercakap benar. Adakah dalam kes yang penuh dengan kontroversi ini, saksi ini akan bercakap benar?
Saya petik sedikit berita yang memerihalkan sokongan Pakar Perlembagaan UKM, Prof Dr Rohimi Shapiee terhadap pelaksanaan saman ekor. Saya semak di laman UKM, profesor ini diperihalkan sebagai pakar undang-undang antarabangsa dan undang-undang tanah, tidak pula dinyatakan pakar dalam Perlembagaan. Apa-apapun, berita tersebut menyatakan:
Pemilik kenderaan terima notis tetapi gagal jelas bayaran boleh disenarai hitam
[BH] KUALA LUMPUR: Tindakan polis mengeluarkan saman ekor dan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan adalah sah di sisi undang-undang, kata pakar Perlembagaan, Prof Dr Rohimi Shapiee.
Beliau yang juga pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, setiap saman yang dikeluarkan polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, tindakan saman itu bertujuan memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan supaya lebih bertanggungjawab dan berdisiplin ketika memandu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak tertentu yang meminta mangsa saman ekor mengabaikan saman itu dengan alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan.
"Tidak mungkin polis atau JPJ mengeluarkan sesuatu saman yang tidak termaktub dalam akta atau bertentangan Perlembagaan. Jika ada pihak yang menggalakkan orang ramai tidak membayar saman, itu memang berniat nakal dan terang-terangan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.
"Undang-undang bertujuan mendisiplinkan pemandu... tetapi jika ada orang yang menyuruh pesalah trafik tidak membayar saman, itu perbuatan yang bertentangan undang-undang," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas tindakan badan bukan kerajaan (NGO) menggelarkan diri mereka Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan walaupun tempoh promosi pembayaran berakhir semalam...Baca lanjut di sumber berita.
Mudah sahaja hujah profesor undang-undang ini. Mudah, mudah, mudah! Adakah anda berpuas hati dengan hujahnya? Apa kes duluan atau peruntukan undang-undang yang boleh menyokong hujahnya? Hanya menyebut dan bersandar pada Akta Pengangkutan Jalan 1987? Huraikanlah peruntukan undang-undang itu dan kaitkannya dengan saman ekor. Kalau setakat memberikan logik akal, saya pun boleh jadi profesooor!
Bagaimana jika seorang datuk tua berusia 85 tahun yang hanya memiliki motor "kapcai" uzur DIFITNAH oleh saman ekor dengan mendakwa beliau memandu melebihi had laju di Lebuh Raya Utara-Selatan dengan menunggang motosikal berkuasa 500cc, agak-agaknya apa hujah profesooorr ini? Adakah profesoooor ini masih mengatakan bahawa saman ekor yang kontroversi ini mengikut lunas-lunas undang-undang?
Bagaimana pula apabila ada orang yang hanya memiliki motosikal boleh dikenakan saman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar seperti yang boleh anda baca di sini? Adakah saman ekor ini mengikut lunas-lunas undang-undang? Sebenarnya, ada banyak kes anggota masyarakat yang DIFITNAH oleh saman ekor. Anda google-lah di internet.
Saya cadangkan sesiapa yang menghadapi masalah dengan saman ekor membaca artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini. Artikel tersebut ditulis oleh Zulhazmi Shariff. Rasa-rasanya beliau bukan profesooor, tetapi hanya Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Hujahnya mungkin lebih berasas daripada logik akal dalam berita BH yang saya pautkan di atas. Tolong perhatikan perenggan yang saya merahkan.
[HD] Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
P/s: Hujah siapa yang mahu anda terima? Semalam, YB Mahfuz kata KASE akan bantu mangsa fitnah saman ekor. Jadi, sesiapa yang mahu bantuannya dan KASE, silalah berhubungan dengan mereka.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
[HM] KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.
Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.
"Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan," katanya.
Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.
"Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk 'ditemu duga' sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.
"Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh," katanya.
Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.
"Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya," katanya.
Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.
"Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.
"Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan," katanya.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.
"Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk," katanya. - Junaidi Ladjana
P/s: Malang! Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran patut risau/kaji fasal hal ini, bukannya menyibuk fasal PR dan sebagainya. Banyak sangat salah laku pelajar sekolah di Malaysia, adakah KPI Muhyiddin sebagai menteri masih boleh dibanggakan?
[DM] Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.
Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.
Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.
Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.
Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: 'Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.
Dr. Frumkin — yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.
Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.
Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.
Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.
Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.
Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA – satu 'kod bar' genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.
Ahli sains ini telah membina 'perpustakaan' yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis.
Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari 'perpustakaan' untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.
Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.
Mereka memberi amaran: 'Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh.
Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.
'DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.'
Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:
'Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.'
'Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.'
Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: 'Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.
'DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.' - Fiona Macrae (Terjemahan: Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan