Selasa, 29 Mac 2011

dollah yankee

dollah yankee


Sultan Selangor 'chamdek' umno

Posted: 29 Mar 2011 05:45 PM PDT

Sultan Selangor dalam diam-diam baik punya telah men 'chamdek' menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin dalam umno. Sebab mereka-mereka ini saja yang dok buat kerja macam tu.

Hanya orang Penang saja yang tau apa itu maksud perkataan 'chamdek', tak percaya?? cuba tanya Norvandri dari blog MiM, dia mesti tau punyalah walaupun dia bukan orang Penang. Kah..Kah..Kah.. 'Chamdek' ni lebih kurang macam pukul anak sindir menantu lahh... atau dengan lain perkataan 'perli'. Tak tau lah pulak kalau menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin serta ketua-ketua dari umno ni boleh terasa atau tidak, maklum lah mereka-mereka ini semua kulit muka pun lebih kurang empat lima inci tebal.

'Chamdek' untuk mereka-mereka dari umno dan nasihat kepada mereka-mereka dari Pakatan Rakyat. Itu yang dapat disimpulkan olih gurkah-gurkah politik di'port' bila Tuanku Sultan Selangor bertitah semasa merasmikan sidang dewan undangan negeri Selangor kelmarin dulu.

'Chamdek' lah macam mana pun dan gurkah-gurkah tengok juga bukan baru dan bukan hanya sultan Selangor tetapi juga lain-lain sultan dan gabenor boleh di-katakan hampir tiap-tiap tahun akan tetap menyentuh isu RASUAH dalam titah dan ucapan mereka semasa merasmikan sidang dewan undangan negeri masing-masing. Gurkah-gurkah juga kata bukan RASUAH SUDAH SEMAKIN PARAH tetapi gurkah-gurkah sudah tukar kepada SIAPA TAK MAHU DUIT?? 

Raja segala raja iaitu Sultan Mizan juga telah bercakap benda yang sama (rasuah) semasa merasmikan sidang dewan rakyat 2011 awal bulan lepas. Rasanya tahun 2010 dan 2009 punya pembukaan sidang dewan juga baginda telah bercakap benda yang sama, RASUAH.

Macam yang kita semua maklum lah, yang dok buat kerja-kerja ni semua adalah mereka yang dalam umno. Bukan ahli-ahli biasa kucing kurap tetapi yang besar-besar lah dan begitu 'menggila'.

Bagi mereka, datanglah sultan punya tok pun nak 'chamdek' pasal rasuah, mereka tak ambil pot, mereka tak hairan, mereka tak hormat. Nak takut dekat MACC?? Kah..Kah..Kah.. kalau boleh mereka nak gelak macam ni dekat SPRM.

Kalau bercakap tentang kehidupan selepas mati tentang rasuah  mungkin mereka akan rasa sedikit takut. Tapi takut tu sekejab sajalah, lepas sultan balik rumah mereka pun lupa.

Secara tak langsung sultan selangor sudah nasihat pemim-pemimpin dari Pakatan Rakyat Selangor supaya jangan tutup mata, bongkar lah cerita rasuah itu bila ada terdengar atau ternampak perbuatan rasuah ini dilakukan olih kawan-kawan, teman-teman atau saudara mara mereka.(Tuanku tak boleh lah kata orang-orang umno, jadi baginda sudah tukar ayat tu kepada kawan-kawan,teman-teman dan saudara mara)


dollah yankee -
Maka teringatlah duit ratusan ribu yang bersepah dirumah pegawai kastam laki-bini bila kediaman mereka diserbu dua tiga yang lepas.

Tiada ulasan: