dollah yankee |
Al Kitab,tajuknya saja sudah mengelirukan. Posted: 19 Mar 2011 01:30 AM PDT Keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang melayu berugama islam. Gurkah-gurkah politik dapat rasa yang orang-orang melayu islam sedang dan akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif. "Apa jaminan yang mereka ada? Apa jaminan yang mereka ada bahawa mereka (masyarakat Kristian) tidak akan menyebarkannya kepada Muslim? "Mereka akan berkata, oh, kami tidak memaksa mereka (Muslim) untuk mengambil kitab itu, mereka sendiri akan mengambil. Jadi mengapa mencetuskan masalah ini?"- Mufti Perak Sebagai rakyat Malaysia terimalah keputusan kerajaan BN ini.... Inilah akibat nya sekiranya sesuatu isu yang sensitif dipolitikkan.... Rakyat jadi berpecah belah... Bercakaran sesama sendiri..... Saya telah mengikuti issue ini untuk beberapa siri. Jelas menunjukkan yang ianya adalah sandiwara politik... yang akhirnya akan mencentuskan perselisihan kaum, bangsa dan ugama (itu yang sedang cuba dimainkan olih segelintir pemimpin dari parti-parti politik)... Gurkah-gurkah politik di'port' kata itu lah POLITIK karung guni.... Bukan kah kerajaan telah meluluskan penggunaan bible didalam Bahasa Melayu dan penggunaan perkataan "Allah" masih belum diputuskan.... Tapi kenapa kerajaan tidak menjelaskan kenapa penggunaan bahasa melayu telah diluluskan kepada rakyat dengan jelas... hanya memberi alasan desakan dari pembangkang...berapa peratuskah suara pembangkang di dalam dewan rakyat ? Cuba lah baca tentang kelohan Mufti Perak tentang perkara ini seperti dalam blog malaysian insider ... "Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat," Di sini jelas yang kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu supaya isu ini dihangatkan dan timbulnya perasaan benci rakyat kepada sesuatu pihak....Andainya berlakulah pertingkahan agama di-negara ini.... Kerajaan BN dan Najib lah yang harus kita penerajang ... dollah yankee - UMNO kata tidak ada masalah, terkawal. Gurkah-gurkah politik kata..memang laa hari ini, esok dan lusa terkawal. Lain tahun? Tahun depan? Lagi 3 tahun? |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan