Selasa, 29 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PENGARAH JKR SABAH JANJI PALSU?

Posted: 29 Mar 2011 04:23 AM PDT


Oleh: MAIL MATHEW

PENGERUSI Tenom Chinese Chamber of Commerce (TCCC), Datuk Teo Ming Chung kini mengulangi gesaannya yang pernah dilakukannya sekitar Julai, 2010 berhubung keuzuran Jambatan Tenom Lama atau lebih dikenali Jambatan Tun Mustapha kepada Jabatan Kerjaraya Sabah; namun sehingga kini tidak ada tanda-tanda jambatan tersebut diselenggarakan.

Katanya, beliau kesal kerana janji Pengarah JKR akan mengusahakan peruntukan berjuta ringgit untuk menyelenggarakan jambatan tersebut, malangnya janji itu tidak tepat kerana sehingga sekarang nampaknya terus senyap sahaja.

"Pengarah JKR datang ke sini memeriksa keadaan jambatan tersebut dan dia memberitahu saya yang JKR akan berusaha dapatkan peruntukan untuk menyelenggara jambatan itu. Tetapi sampai sekarang tiada apa-apa mereka lakukan," kata beliau sebagai mengulas kenyataan pegawai itu pada 23 Julai 2010 yang memberi jaminan bahawa pihak JKR Sabah akan mengambil tindakan serius selepas kenyataan Teo terpampang di dalam media yang melaporkan bahawa jambatan tersebut mengalami keuzuran serius dan perlu diperiksa seterusnya diselenggarakan.

Bagaimana pun Datuk Teo yang telah mengintai janji tersebut hampir setahun lamanya merasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap sikap yang ditunjukkan oleh JKR Sabah kerana tidak ada satu pun tindakannya dibuat selepas itu yang disifatkannya seolah-olah sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

BERAT….Jambatan usang ini turut dilalui lebih 100 lori balak sehari sedangkan tiang jambatan telah mengalami runtuhan tebing sehingga dinaiki air Sungai Padas.

Dalam pada itu, Teo menegaskan bahawa, ramai rakyat di kawasan Kemabong dan Melalap bimbang akan keselamatan mereka ketika melalui jambatan tersebut yang dibina lebih 30 tahun lalau (dibina ketika era kerajaan USNO), namun sepanjang usia itu ia tidak pernah diselenggarakan.

Tambahnya lagi, sedangkan kenderaan yang menggunakan jambatan tersebut bukan sahaja tertumpu kepada kenderaan kecil daripada Sipitang, Sarawak dan Brunei malah ia turut dilalui kenderaan besar bermuatan tinggi seperti lori pengangkut balak.

"Ini soal keselamatan rakyat. Kita pernah dikejutkan satu trajedi mengerikan pernah berlaku suatu ketika dahulu di jambatan Mandahan yang turut mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa apabila jambatan roboh ketika kenderaan melintas (jadi), kita harus sedar semua itu sebelum terkena," tambah Teo dengan wajah serius.

Jambatan Tenom Lama yang dibina ketika era kerajaan USNO sekitar tahun 1970-an sering menjadi tohmahan rakyat di kawasan Kemabong dan Tenom kerana sejak ia dibina, ketahanan fizikal jambatan itu tidak pernah diuji mahupun diselenggara.

AJAIB, JPN TAWAR NO MYKAD BARU?

Posted: 29 Mar 2011 04:17 AM PDT


Oleh: BERNAMA

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin menolak satu permohonan bagi mengetepikan saman kecuaian oleh seorang pemandu teksi yang mendakwa bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama bagi individu berbeza.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng membuat keputusan itu, di kamar selepas mendengar hujah, bagi mengetepikan permohonan yang difailkan oleh bekas dan Ketua Pengarah JPN pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan.

Peguam Yusfarizal Yusoff dan Mohamad Zaid Daud mewakili plaintif Mohammad Daud Salleh dan peguam kanan persekutuan Suhaila Haron mewakili keempat-empat defendan.

Yusfarizal memberitahu pemberita bahawa mahkamah mendapati wujud tindakan yang berasas untuk saman itu dibicarakan dan tidak diketepikan.

Beliau berkata mahkamah bersetuju dengan hujahnya bahawa penduaan kad pengenalan itu telah menimbulkan masalah kepada Mohammad Daud.

Yusfarizal berkata mahkamah menetapkan 24 April untuk pengurusan kes saman itu supaya defendan dapat memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman itu.

Pada 4 Jan, Mohammad Daud, 42, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan itu selepas mendapati JPN telah mengeluarkan kad pengenalan kepada orang lain dengan nombor yang sama beberapa tahun lalu.

Katanya, apabila beliau pergi ke JPN bagi menggantikan kad pengenalan lamanya kepada MyKad pada 2005, beliau terkejut apabila jabatan itu memberitahu bahawa ada orang lain telah mengambil MyKadnya dengan nama dan nombor yang sama. Selepas itu, JPN mengeluarkan MyKad dengan nombor yang baru kepadanya.

MyKad baru tidak selesaikan masalah

Bagaimanapun, MyKad yang baru itu tidak menyelesaikan masalahnya apabila beliau menerima beberapa saman trafik bagi sebuah kereta bukan miliknya dan diikuti dengan lebih banyak panggilan dari bank untuk pembayaran semula pinjaman kereta dan beliau menafikan ada membuat pinjaman sedemikian.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohammad Daud berkata beliau enggan menerima MyKad itu kerana beliau telah menggunakan kad pengenalannya yang lama untuk semua transaksi termasuk bank dan sijil kelahiran anaknya dan begitu juga dengan sijil nikahnya.

Katanya, MyKad baru dengan nombor baru tidak akan menyelesaikan masalahnya kerana pihak ketiga masih menggunakan nombor kad pengenalannya dan namanya.

Dalam samannya, Mohammad Daud menuntut agar JPN membatalkan kad pengenalan pendua dan membuat satu pengisytiharan bahawa beliau mempunyai hak ke atas kad pengenalan lamanya.

Beliau juga menuntut ganti rugi teladan dari JPN berhubung kecuaian jabatan itu mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama kepada orang yang berbeza sehingga menyebabkan beliau menghadapi masalah kerana ada individu lain menggunakan kad pengenalan lamanya.

Kes Shuhaimi disebut semula 25 April

Posted: 29 Mar 2011 04:15 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM-Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 25 April depan untuk sebutan semula kes Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang didakwa menerbitkan artikel mengandungi ayat-ayat menghasut di laman blognya pada 30 Dis tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Edmund Bon yang mewakili Shuhaimi, 42.

Bon memohon satu tarikh sebutan semula bagi membolehkan pihaknya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi selewat-lewatnya Jumaat ini untuk memohon satu deklarasi bahawa Akta Hasutan 1948 bercanggah dengan Artikel 5,8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Bon bagaimanapun memaklumkan bahawa pihaknya telah menyerahkan surat kepada mahkamah pada 25 Mac lepas memohon agar kes itu disebut pada sebelah petang berikutan Shuhaimi perlu menghadiri pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dirasmikan oleh Sultan Selangor.

"Kami telah memohon secara lisan kepada mahkamah di peringkat awal kes bahawa saya tidak dapat hadir pada prosiding pagi kerana perlu hadir pembukaan Sidang DUN. Kita hantar surat pada minggu lepas tetapi mungkin disebabkan hakim telah bertukar surat tidak sampai.

"Ini seakan-akan memberi imej jika saya tidak dapat hadir (sidang DUN) maka pihak tertentu akan cakap saya tidak hormati sultan," katanya.

Sebelum itu, pertuduhan dibacakan semula kepada Shuhaimi memandangkan kes itu pada tarikh lepas telah disebut di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar.

Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di blognya yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) yang baru.

Teng : ‘Saya sekadar patuh perintah mahkamah, benarkan badrul bersidang’

Posted: 29 Mar 2011 04:11 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM– Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim membenarkan Ahli DUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah untuk menghadiri Sidang DUN Selangor bermula hari ini sementara menunggu permohonan mengenepikan keputusan mahkamah bersabit status beliau sebagai wakil rakyat.

Teng berkata, tiada alasan untuk beliau ingkar dengan perintah mahkamah yang diserahkan oleh peguam Badrul kepadanya Rabu lalu, namun tetap dengan pendirian untuk membuat rayuan.

"Pada minggu lepas apabila saya memberi taklimat kepada pihak akhbar, masa itu saya belum lagi menerima perintah mahkamah daripada peguam beliau. Selepas taklimat saya disiarkan di akhbar, perintah tersebut telah disampaikan.

"Jadi memandangkan saya telah mendapat perintah tersebut, maka sementara menunggu perbicaraan permohonan saya untuk mengenepikan keputusan mahkamah sebelum itu dan juga sementara menunggu tarikh rayuan, maka perintah mahkamah itu kami hormati," jelas Teng kepada media selepas menghadiri perasmian Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kedua Belas 2011.

Teng sebelum ini, mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang selepas mendapati Badrul tidak hadir sidang DUN selama enam bulan, bermula 15 Julai 2010 hingga 16 Januari lalu.

Pada 18 Februari, hakim Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan Badrul diiktiraf masih berhak memegang jawatan sebagai wakil rakyat daerah itu sekaligus mengenepikan keputusan Speaker Selangor.

Badrul memenangi kerusi itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum keluar Parti Keadilan Rakyat pada 29 Oktober 2009.

Ditanya wartawan tentang kelibat Badrul pada perasmian sidang DUN Selangor di bangunan Sultan Salehuddin Idris Shah pagi tadi, Teng berkata beliau masih belum menyemak laporan kedatangan.

"Saya tidak pasti sebab saya pun belum lihat lagi daftar kehadiran. saya belum dapat laporan lagi sebab pagi tadi sudah sibuk dengan persiapan," ujar beliau lagi.

Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kedua Belas 2011 yang berlangsung hari ini hingga 5 April nanti akan membincangkan usul yang dikemukan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tumpuan utama termasuk rang undang- undang kebebasan informasi yang telah melalui bacaan kali kedua dan akan dibawa keperingkat jawatankuasa pilihan untuk dibahaskan.

Antara lain termasuk rang undang-undang pembekalan tambahan daripada pihak kerajaan, pindaan perhutanan, dan saraan ahli dewan undangan negeri turut akan dibincangkan dalam dewan.

Sultan Selangor : Pembangunan ekonomi Selangor membanggakan

Posted: 29 Mar 2011 04:08 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa gembira baginda atas pencapaian cemerlang ekonomi Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekaligus menjadikan negeri ini penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Beta maklum bahawa ekonomi negara kini kembali berada di landasannya dan mengikut sumber Bank Negara Malaysia, kadar pertumbuhan bagi tahun 2010 dicatatkan berjumlah 7.2%. Meskipun perlahan, ia cukup untuk memberi harapan dan petunjuk bahawa pilihan dasar yang diambil adalah tepat. Lebih menggembirakan Beta ialah fakta bahawa negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan jumlah 21%." titah baginda.

"Pada tahun 2010, jumlah pelaburan industri bernilai RM 10.64 billion dengan 325 projek industri berteknologi tinggi diluluskan. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 47 projek berbanding jumlah projek pada tahun 2009." titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-empat Sidang Dewan Negeri Selangor kali ke-2, di Shah Alam.

Bertitah lebih lanjut, Sultan Sharafuddin berkata Selangor sebagai negeri maju pastinya akan menjadi tumpuan rakyat negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan dan seterusnya membantu menjana ekonomi negeri," titah baginda lagi.

Oleh kerana itu, baginda mengarahkan agar seluruh jentera pentadbiran negeri bekerja lebih kukuh bagi meningkatkan kepekaan dan kelancaran pengurusan untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

"Sebagai negeri maju yang mendapat banyak hasil, Program Merakyatkan Negeri Selangor (MES) perlu diperhebat ke peringkat seterusnya. Beta berharap Fasa Ketiga Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) iaitu sistem kredit mikro untuk kumpulan sasar di kawasan luar bandar dan pedalaman serta untuk masyarakat miskin di bandar dan pedalaman serta untuk masyarakat miskin di bandar akan segera digerakkan." titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, Kerajaan Negeri Selangor maju perlu diterjemahkan dengan erti kata sebenar agar rakyat menerima limpahan sebenar kekayaan negeri Selangor yang melimpah ruah.

"Beta difahamkan bahawa sebanyak RM 50 juta akan disalurkan di bawah Skim Kredit Mikro dengan nama SKIMSEL di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan untuk kumpulan sasaran pertama dan peruntukan sebanyak RM 20 juta yang akan disalurkan di bawah Skim Kredit Mikro Miskin Bandar (MIMBAR Selangor) untuk kumpulan sasaran kedua." titah baginda.

Justeru baginda berharap Selangor berjaya mencapai sasaran kutipan hasil cukai pada tahun ini, di mana peningkatan hasil tersebut mampu memberi perubahan yang positif kepada negeri dan juga rakyatnya.

"Beta gembira dengan pencapaian peningkatan hasil cukai dan urus niaga berkaitan tanah yang meningkat dari kadar 75% ke 80% daripada keseluruhan hasil negeri. Beta berharap sasaran kutipan hasil sebanyak RM 152 juta pada tahun ini dapat direalisasikan." titah baginda.

Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan program-program yang dirancang dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Antara Program MES yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Bekalan Air Percuma sebanyak 20 meter padu, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.

Usaha murni kerajaan negeri Selangor dengan mewujudkan program sedemikian agar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat disamping dapat mengekalkan status negeri maju dan terus disegani.


Orang Melayu Juga Adalah Pendatang!

Posted: 29 Mar 2011 04:02 AM PDT

Staff Berita Semasa

Chong Eng (Video) Orang Melayu Juga Adalah Pendatang!
Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa. Dan inilah yang menjadi asas pembentukan Malaysia semenjak dari 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain pada masa itu.Kita juga sering diingatkan untuk tidak membuat kenyataan berbaur rasis yang akan mengganggu gugat keharmonian, serta tidak mempertikaikan hak-hak penduduk asal yang sudah termaktub sejak sekian lama.

Namun, kenyataan dari Adun DAP Bukit Mertajam, Chong Eng, yang mengatakan bahawa "melayu juga adalah pendatang", sedikit sebanyak menggangu emosi sesetengah pihak.

Kenyataan beliau di atas sememangnya boleh menaikkan api kemarahan kaum melayu. Lebih-lebih, kenyataannya yang kami kira, adalah kurang bijak dan jumud sama sekali.Mungkin Adun DAP ini kurang membaca sejarah tanah melayu, jadi tidak mustahil kenyataannya mengenai melayu juga adalah pendatang, adalah bukan berdasarkan dari hasil penyelidikan yang teliti.

Adakah Adun DAP ini telah lupa bahawa sejarah tanah melayu sudah pun bermula dari abad ke 14 lagi melalui kesultanan melayu melaka? Atau mungkin juga dia sudah lupa sebelum itu juga, sudah wujud penempatan di tanah yang dikenali Malaysia ini sejak abad ke-2 lagi di Lembah Bujang, Kedah?

Mungkin juga dia sudah lupa, kedatangan kaum Cina dan India di tanah melayu adalah berasal dari dasar yang diperkenalkan oleh British? Kami pasti ramai daripada anda lebih pandai dalam menjelaskan ketuanan melayu ini.Kongsikan pendapat bernas anda disini.

Tangguh sidang sekat Adun Pakatan ke Sarawak?

Posted: 29 Mar 2011 03:57 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim menyokong kenyataan Adun Tronoh, Sivakumar yang mengatakan penangguhan sidang Dun Perak ada kaitan dengan usaha untuk menghalang Adun Pakatan Rakyat untuk turun berkempen di Sarawak.

Beliau yang juga Adun Titi Serong menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Speaker Dun Perak, Ganesan yang menangguhkan tarikh persidangan dari 5 April kepada 12 April.

Baginya, penangguhan itu menimbulkan banyak persoalan yang tidak terjawab serta boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi yang berbeza, apalagi Ganesan tidak memberikan sebab yang terperinci dan munasabah sebab penangguhan tersebut.

"Jangkaan lain saya ialah adakah mungkin penangguhan itu ada kaitan dengan isu yang dikatakan bahawa ura-ura Dun Perak akan dibubarkan secara berasingan akan menjadi kenyataan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Selain itu, beliau melihat sangat tidak munasabah tempoh yang panjang yang telah diperuntukkan selepas notis awal hampir sebulan lepas namun tarikh sidang tersebut tidak mampu dilaksanakan sesuai perencanaan awal.

"Seingat saya inilah kali pertama sidang Dun ditangguhkan di Perak selepas Pakatan Rakyat berkuasa di Perak pada Mac 2008 dan selepas BN merampas kuasa pada Februari 2009," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

'SPRM tiada keperluan waran rampas barang bukti'

Posted: 29 Mar 2011 03:55 AM PDT


BERNAMA

Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengeluarkan apa-apa waran ketika mengambil beberapa dokumen termasuk komputer dan komputer riba di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 15 Julai 2009.

NONETimbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata tiada keperluan untuk menyediakan waran ketika mengambil barang-barang berkenaan daripada Teoh di pejabat itu.

Mohd Shukri menjelaskan, kebiasaannya SPRM tidak mengeluarkan sebarang waran untuk mendapatkan dokumen atau bahan-bahan bukti terutama di pejabat-pejabat kerajaan kerana tindakan itu nampak tidak berhemah.

"Sekiranya waran dikeluarkan terhadap pejabat kerajaan, tindakan itu nampak agak kasar dan kebiasaannya pihak SPRM akan membuat surat untuk mengambil dokumen dan barang bukti yang ada di pejabat itu sekiranya diminta," katanya ketika disoal pengerusi suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Tanpa waran

Bagaimanapun, tindakan SPRM mengambil barang-barang berkenaan tanpa waran mematuhi prosedur dan amalan di bawah Seksyen 31 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mohd Shukri, yang juga saksi ke-25 suruhanjaya itu berkata, sekiranya seseorang saksi itu enggan untuk menyerahkan dokumen kepada SPRM, ia akan dianggap pelanggaran mengikut Seksyen 48 (C) dan Seksyen 30 (10) akta tersebut.

azlanKetika disoal bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bagaimana beliau (Mohd Shukri) mempunyai pengetahuan mengenai kes membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Mohd Shukri berkata:"Saya dimaklumkan oleh SPRM siasatan telah dijalankan ke atas kawasan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berhubung penyalahgunaan wang peruntukan di kawasan itu".

"Dalam kes membabitkan Ean, saksi yang terlibat adalah Teoh," kata Mohd Shukri yang bertugas di SPRM sejak 1 Sept 1984, dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah.

Tempoh seminggu

Sementara itu, Foong memberitahu pada prosiding hari ini, suruhanjaya akan memberikan masa selama seminggu kepada Mohd Shukri untuk menyediakan jawapan kepada beberapa soalan yang telah dikemukakan terhadapnya.

"Suruhanjaya akan memberi kepada kamu proses rakaman prosiding ini untuk kamu meneliti semula kesemua soalan-soalan untuk kamu menyediakan jawapan bagi memudahkan prosiding suruhanjaya," katanya.

Foong berkata, antara jawapan yang diperlukan termasuk Perintah Tetap yang diguna pakai oleh SPRM, kaedah yang digunakan untuk menemu bual atau menyoal siasat saksi dan latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai SPRM untuk penyiasatan.

NONETeoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T Selventhiranathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, yang antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh, selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.


Mampukah Taib Mahmud terus bertahan?

Posted: 29 Mar 2011 03:53 AM PDT

Salhan K Ahmad

Pilihan raya negeri Sarawak bakal berlangsung pada 16 April dan perhatian utama kini tertumpu kepada ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib membayangkan bahawa beliau akan bersara selepas pilihan raya tersebut diadakan namun beliau masih belum menyatakan tempoh masa yang tepat untuk berbuat demikian.

Malah, beliau juga tidak menamakan siapakah pemimpin yang akan menggantikan beliau untuk mengetuai pentadbiran negeri itu walau telah berkali-kali menyatakan bahawa beliau akan berundur.

Abdul Taib sebelum ini sekadar berkata, beliau mahu membentuk satu pasukan untuk mentadbir Sarawak daripada kader pemimpin didikannya terlebih dahulu sebelum berundur.

Di satu segi, Abdul Taib dapat mengelak daripada dilihat sebagai seorang pemimpin yang sudah berada di hujung karier politiknya apabila bertindak demikian.

Langkah itu juga mungkin akan membolehkan Abdul Taib mengelak daripada terus menerima asakan supaya berundur, sama ada dari Pakatan Rakyat mahupun daripada BN sendiri.

Namun tindakan Taib itu dikhuatiri akan memberi kesan ke atas kepercayaan pengundi untuk memilih BN semula dalam pilihan raya kali ini.

Tangkis dakwaan

Teka-teki pada masa ini adalah sama ada Abdul Taib akan kekal sebagai ketua menteri negeri itu selepas 30 tahun berkuasa.

Lebih-lebih lagi, Abdul Taib perlu berdepan dengan dakwaan demi dakwaan berhubung rasuah yang didakwa turut melibatkan anggota keluarganya.

Ini boleh dilihat melalui laporan di ruang Internet seperti laman web Sarawak Report yang giat memperincikan dakwaan berkenaan.

Abdul Taib telahpun memulakan usaha untuk menjelaskan dakwaan berkenaan melalui satu kempen bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya dan empayar perniagaan keluarganya.

Dalam satu wawancara video yang dimuatkan di portal Youtube, Abdul Taib antara lainnya menjelaskan mengenai modal permulaan untuk perniagaan hartanah anak perempuannya, Jamilah.

Empayar perniagaan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada itu didakwa bernilai jutaan ringgit.

Penjelasan itu disasarkan kepada pengundi daripada kumpulan muda yang berpendidikan dan mempunyai akses kepada media baru. Pemerhati politik melihat, kumpulan pengundi ini lebih berani untuk melawan status quo.

Bagaimanapun, majoriti pengundi Sarawak berada di kawasan pedalaman yang masih belum banyak diliputi dengan perkhidmatan Internet.

Isu rasuah dalam kempen

Pemimpin daripada kem Pakatan pasti akan menggunakan isu dakwaan rasuah seperti itu dalam kempennya, namun ada pemerhati yang beranggapan bahawa dakwaan berkenaan tidak akan memberi kesan yang banyak dalam pilihan raya kali ini.

Majoriti masyarakat Dayak di kawasan pedalaman ini dikatakan lebih banyak terpengaruh dengan isu yang lebih praktikal seperti sara hidup dan bukannya isu 'abstrak' seperti rasuah.

Malah, ada pula di kalangan masyarakat berkenaan yang beranggapan bahawa seseorang pemimpin sememangnya patut terdiri daripada golongan kaya agar dapat menyalurkan bantuan kepada mereka.

Pandangan itu sendiri dipupuk oleh Abdul Taib, seperti yang dinyatakannya semalam ketika merasmikan satu majlis pecah tanah untuk membina sebatang jalan di Kuching.

Dalam laporan laman The Borneo Post itu Abdul Taib menyeru masyarakat yang bakal menerima manfaat daripada pembinaan jalan sepanjang 13.5 kilometer itu supaya tidak mengundi pembangkang.

Abdul Taib antara lainnya dilaporkan berkata, pengundi berkenaan akan menikmati kemajuan sekiranya mengundi BN.

Maka tidak hairanlah jika kalangan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak itu berpandangan bahawa mereka perlu bersikap patuh kepada kerajaan.

Dilema Dayak pada pilihan raya Sarawak

Posted: 29 Mar 2011 03:51 AM PDT

Aidila Razak

Agama dan pembangunan dijangka menjadi perkara pokok apabila pengundi bumiputera Sarawak membuat keputusan mereka dan keluar mengundi pada pilihan raya negeri negeri pada 16 April ini.

NONEBagi ahli politik sains Sarawak, James Chin, tindakan pihak berkuasa merampas dan menahan Alkitab Injil dan mengecop buku suci penganut Kristian pasti mempengaruhi corak pengundian mereka.

"Isu Injil adalah isu yang besar, khususnya kepada penganut Kristian. Masyarakat bumiputera adalah hampir separuh daripda penganut Kristian di Sarawak," katanya.

Menurut Chin, kebanyakan Orang Ulu, Iban dan Bidayuh, yang dirangkumkan sebagai bangsa Dayak adalah beragama Kristian dan agama berperanan besar dalam kehidupan seharian mereka.

Separuh daripada 56 kerusi majoriti bumiputera terdiri daripada pengundi Dayak manakala separuh lagi pula terdiri daripada majoriti Melayu-Melanau yang kebanyakan mereka beragama Islam. Bagaimanapun sesetengah kaum Melanau juga beragama Kristian.

"Jika seseorang mubaligh atau paderi mengambil pendirian aktivis, beliau boleh mempengaruhi pendapat. Beliau tidak perlu berkhutbah kepada jemaahnya siapa yang patut mereka undi tetapi hanya menghantar isyarat memberitahu cerita dalam bentuk kiasan," kata pensyarah Universiti Monash itu.

NONEKatanya, perkara itu tidak dilakukan pada pilihan raya negeri Sarawak 2006 tetapi dilihat ketika pilihan raya kecil parlimen Sibu di mana rampasan Alkitab menjadi punca kemenangan DAP.

Rakan penganalisis politik dari Sarawak, Jeneri Amir juga bersetuju isu Alkitab adalah panas dan telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat bumiputera Kristian.

Namun beliau tidak pasti sama ada isu itu mampu merungkai propaganda yang disebarkan sejak berdekad-dekad yang lalu dan juga amalan politik naungan dan takut yang disematkan itu.

Dr Jeneri Amir, UNIMASMenurut pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak itu, dalam beberapa kes lalu, jalan-jalan menunju ke rumah panjang di mana penduduknya menyokong pembangkang telah tidak diturap manakala mentol dikeluarkan dari tiang lampu.

"Ada yang takut dihukum. Mereka tahu harga yang perlu dibayar... rumah panjang akan jadi susah. Bagi tuai rumah, elaun bulanan RM800 juga mungkin hilang," katanya sambil menambah masyarakat berkenaan amat bergantung kepada bantuan kerajaan.

Namun katanya, seperti paderi, tuai rumah, aktivis tempatan dan pemimpin akar umbi mempunyai pengaruh politik dan corak pengundian di kalnagan masyarat tersebut.

NGO Kristian 'keras', PEMBELA ugut tarik diri

Posted: 29 Mar 2011 03:49 AM PDT

MALAYSIA KINI

Sebuah gabungan pertubuhan Islam hari ini mengugut untuk menarik diri daripada sebuah jawatankuasa persefahaman agama sekiranya NGO Kristian terus berkeras dalam isu melibatkan naskhah Injil dalam berbahasa Melayu.


Satu kenyataan gabungan pertubuhan itu menyebut, NGO Kristian berkenaan perlu menggunakan "saluran perbincangan" melalui Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) bagi mengutarakan isu berkenaan.

"Kami menegaskan, jikalau mereka berterusan hendak mengambil pendekatan konfrontasi dan (tindakan) keras, kami mungkin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada jawatankuasa tersebut," kenyataan itu dipetik.

PEMBELA juga mendakwa, kenyataan yang telah dikeluarkan NGO berkenaan berhubung isu tersebut telah mengguris hati umat Islam.

"Provokasi dan pelanggaran berterusan terhadap perasaan dan sensitiviti umat Islam ini akan mencetuskan ketegangan dan mengundang reaksi daripada kelompok Islam yang mungkin sukar dikawal dan dibendung oleh sesiapa," menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu dipercayai berhubung tindakan kerajaan meluluskan supaya kitab Injil yang ditahan itu dilepaskan pada pertengahan bulan ini.

Tindakan itu diambil setelah menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk tuntutan daripada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

PEMBELA juga berkeras bahawa kerajaan tidak seharusnya membenarkan naskhah berkenaan diedarkan kerana tindakan itu antara lainnya melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu kalimah Allah.

Selain itu, tindakan itu juga bertentangan dengan larangan oleh mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah.

"Keputusan awal kerajaan sudah merupakan suatu kompromi yang sebenarnya sudah melampaui peruntukan-peruntukan ini.

"Oleh itu sikap keras dan degil pihak Kristian terhadap keputusan awal kerajaan ini adalah sangat-sangat mendukacitakan

"Apatah lagi jika diambil kira, kitab Al-Quran sendiri dikawal cetakan dan sebarannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Ini adalah prosedur biasa dan menuduhnya sebagai suatu kesalahan besar yang mencemar kesucian kitab Injil adalah suatu tuduhan yang liar dan tidak bertanggungjawab," kenyataan itu dipetik.

Video seks: Alibi Twitter Anwar terus dibahas

Posted: 29 Mar 2011 03:45 AM PDT

MALAYSIA KINI

Perbahasan berhubung alibi Datuk Seri Anwar Ibrahim - dalam isu rakaman video seks - melalui laman sosial Twitter dan Facebook terus rancak dibahaskan.


orange book forum klscah 250111 rafizi ramliPengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli (kiri) hari ini mengemukakan hujah meliputi aspek teknikal bagaimana penentuan masa laman popular itu ditentukan - yang didakwanya gagal difahami oleh media milik Umno.

"Saya dengan sengaja meninggalkan penerangan mengenai kenapa pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di laman Facebook pada 21 Februari 2011 itu, untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia, media perdana dan blogger Umno mengkaji dengan lebih mendalam demi kebenaran.

"Saya menjangkakan mereka tidak akan berusaha memahami bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi, sebaliknya akan terus memfitnah dan menggunakan perkara itu," katanya.

Berikut ringkasan hujah-hujah Mohd Rafizi:

1. Anwar membuat sembilan pesanan di akaun Twitter yang turut dipamerkan di Facebook bermula jam 10:38 malam, 21 Februari lalu. Pesanan itu menunjukkan mustahil beliau pelaku dalam video yang didakwa.

NONE2. Pesanan yang dipaparkan di Twitter sejam lebih cepat berbanding di Facebook pada 21 Februari. Ia boleh diterangkan melalui konsep daylight time saving dan bagaimana kedua-dua laman itu berfungsi.

3. Facebook mempamerkan waktu tempatan kerana ia mengikut masa komputer semasa akaun dibuka. Twitter pula mengikut masa dalam pelayannya di San Francisco, Amerika Syarikat. Masa setiap pesanan Twitter harus ditambah perbezaan masa mengikut zon masa dunia.

4. Penggunaan amalan perubahan jam mengikut daylight saving - yang perlu diubah setiap Mac dan November - memberi kesan kepada perbezaan masa antara zon-zon dunia. Apabila jam diubah di Amerika Syarikat, masa di pelayan laman Twitter juga berubah.

5. Pada musim sejuk (November hingga Mac), perbezaan masa antara San Francisco dan Malaysia adalah 16 jam. Setiap pesanan dalam tempoh itu,Twitter secara automatik mengira waktu di tempat asal berdasarkan perbezaan itu.

6. Sehubungan itu, pesanan yang dibuat pada jam 10:40 malam di Malaysia pada 21 Februari bersamaan 7:40 pagi di San Franciso (waktu Malaysia tidak mengikut daylight saving). Pelayan Twitter akan menambah 16 jam, yang menyebabkan ia dipamer 11:40 malam (satu jam cepat).

7. Apabila jam diubah semula bermula hari Ahad kedua bulan Mac (mengikut daylight saving) perbezaan masa Malaysia dan San Francisco menjadi 15 jam. Maka, pesanan yang di Twitter mempamerkan masa yang seragam dengan masa tempatan.

8. Oleh itu, masa yang ditunjukkan oleh Facebook (yang menggunakan masa tempatan) adalah masa tepat dan tidak dipengaruhi oleh perubahan akibat daylight saving.

Agihan kerusi Pakatan: 23 kerusi masih buntu

Posted: 29 Mar 2011 03:41 AM PDT


MALAYSIA KINI

Pakatan Rakyat Sarawak telah berjaya mengagihkan 48 daripada 71 kerusi dewan undangan negeri Sarawak.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang mengesahkan DAP akan bertanding di 15 kerusi, sementara PAS diberi lima kerusi pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.

NONE"Kita berjaya memberikan keputusan muktamad tentang pembahagian kerusi pilihanraya ini di antara Pas, DAP dan PKR. DAP bertanding di kerusi majoriti pengundi Cina, 15 kerusi. PAS, lima dan yang lain itu PKR tetapi ada rundingan, pagi tadi antara pimpinan Snap dengan YB Azmin, petangnya disambung pula oleh YB Tian Chua," katanya.

Anwar juga berkata rundingan antara PKR dan Snap pula tidak akan melibatkan kerusi yang telah diperuntukkan kepada PAS dan DAP, dan PKR juga tidak akan berkompromi dalam hal ini.

Menurutnya lagi, semua keputusan kerusi dan pembahagiannya dilakukan oleh pimpinan negeri tersebut dan tugas jawatankuasa pusat parti hanya mengesahkan maklumat yang diterima dari Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak.

Tambah beliau, memandangkan keputusan dibuat oleh pimpinan parti maka pengumuman serta penetapan calon dan kerusi juga akan dibuat oleh parti masing- masing dan akan diumumkan di Sarawak nanti.

"Kita di sini hanya mengesahkan perundingan di peringkat negeri, pandangan dari DAP negeri, PAS negeri dan PKR negeri. Maka pengumuman itu wajar dilakukan di peringkat negeri," kata Anwar.

NONETimbalannya, Azmin Ali pula mengesahkan PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi manakala rundingan masih berlangsung berhubung tuntutan bertindih di 23 kerusi dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Daripada jumlah berkenaan, katanya, tiada pertikaian bagi empat kerusi yang dituntut oleh Snap itu.

Adalah dipercayai rundingan juga berlangsung antara DAP dan PKR berhubung kemungkinan pertukaran kerusi.

'PKR juga perlukan kerusi majoriti Cina'

Posted: 29 Mar 2011 03:36 AM PDT


Kuek Ser Kuang Keng
Walaupun PKR, DAP dan PAS telah dimuktamadkan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri Sawarak, namun PKR masih berharap dapat bertukar kerusi pada saat akhir dengan DAP.

PKR mahu bertanding satu kerusi di tiga bandar terbesar di Sarawak - Kuching, Sibu dan Miri.

Masyarakat Cina merupakan pengundi majoriti di kerusi dalam kawasan bandar, dan kerana itu, DAP mahu bertanding di sebahagian kerusi terbabit.

DAP hanya bersetuju PKR bertanding kerusi Senadin di Miri and Padungan di Kuching. PKR mahukan kerusi Dudong di Sibu, tetapi DAP enggan memberi laluan.

tian chua 03 240505Naib presiden PKR Tian Chua menjelaskan bahawa PKR perlu mengekalkan kehadiran minimumnya di kawasan bandar majoriti Cina bagi mencerminkan agenda kepelbagaian budaya parti itu.

Beliau menganggap keputusan semasa akan menjejaskan pembangunan PKR sebagai sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum di Malaysia.

Pada masa yang sama , tambahnya, ia mengukuhkan lagi persepsi
bahawa DAP adalah penduaan MCA atau SUPP.

Chua menegaskan bahawa - walaupun PKR mengiktiraf kekuatan DAP di kawasan bandar majoriti Cina dan di kubu tradisinya - parti tersebut juga patut memperluaskan pengaruhnya di kawasan bukan majoriti Cina.

"Sejak tahun lepas, kami telah menggalakkan DAP supaya berkembang dan bertanding di kawasan di mana penduduk asal merupakan kumpulan majoriti.

"Kami bersedia berjasama dan menyokong DAP supaya mereka boleh berkongsi kerusi majoriti bukan Cina dan benar-benar menonjolkan parti itu sebagai parti pelbagai kaum."

Bagaimanapun, semasa rundingan malam Ahad lalu, kepimpinan DAP Sarawak tidak bersetuju, dakwa Chua.


Pegawai SPRM: Saksi wajib kerjasama dalam siasatan rasuah

Posted: 29 Mar 2011 03:34 AM PDT

BERNAMA

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan Hishamuddin Hassim berkata saksi yang terlibat dalam penyiasatan, wajib bekerjasama dan badan itu mempunyai kuasa untuk menyiasat.

Beliau memberitahu suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini bahawa saksi terikat dengan Seksyen 47 Akta SPRM (obligasi disisi undang-undang untuk memberi maklumat) dan mereka tidak boleh mengelak daripadanya.

Katanya SPRM juga merujuk kepada Pekeliling Am Sulit Bilangan 1/84 yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk mendapatkan maklumat daripada saksi di agensi dan badan kerajaan manakala bagi badan korporat pula, pegawai SPRM akan memohon kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya atau Penolong Kanan Pesuruhjaya.

Walaupun mempunyai kuasa dalam undang-undang, pegawai SPRM tetap mempraktiskan cara berhemah dalam mendapatkan maklumat, kata Hishamuddin yang merupakan Timbalan Pengarah SPRM Selangor semasa kejadian yang menimpa Teoh pada 16 Julai 2009.

Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

"Sepanjang saya berkhidmat, saya tidak pernah menghadapi masalah dengan pegawai kerajaan. Dalam SPRM kita guna cara berhemah. Ada juga badan korporat yang meminta notis kebenaran Timbalan Pendakwa Raya dan kita akan memohonnya dan tidak menghadapi masalah untuk mendapatkannya (notis)," katanya.

Ditanya Pengerusi Suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, bagaimana sekiranya saksi enggan bekerjasama, Hishamuddin berkata kakitangan kerajaan tidak boleh ingkar sepertimana peruntukan undang-undang dan timbalan pendakwa raya boleh mengeluarkan notis tetapi ia bergantung kepada situasi kerana kes rasuah tidak sama seperti kes rogol dan bunuh.

Hishamuddin berkata kuasa siasatan dalam kes membabitkan Teoh diberi kepadanya oleh timbalan pendakwa raya secara lisan dan dimaklumkan oleh Pengarah Bahagian Perundangan.

Beliau bagaimanapun tidak melihat surat kebenaran tersebut.

Menceritakan siasatan yang dilakukan oleh Pegawai Penyiasat SPRM Selangor Mohd Anuar Ismail, saksi itu berkata beliau mengarahkan Mohd Anuar melakukan siasatan di pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Kembangan dan ADUN kawasan Kampung Tunku pada 15 Julai 2009.

"ADUN adalah kakitangan kerajaan dan mereka termaktub dengan perintah pekeliling yang meminta mereka bekerjasama dan disebabkan itu pegawai SPRM boleh menyoal saksi yang terlibat," katanya.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T S Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, yang antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner, yang turut menjalankan siasatan, membuat keputusan terbuka.


Azmin tuntut Hisham dan polis minta maaf

Posted: 29 Mar 2011 03:29 AM PDT

MALAYSIA KINI

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menghantar surat tuntutan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dua pegawai tinggi polis, menuntut mereka meminta maaf secara terbuka ekoran gangguan ke atas satu ceramah malam Jumaat lalu.

NONEDalam surat bertarikh 28 Mac 2011, peguam N Surendran - yang
bertindak bagi pihak Azmin - mendakwa polis secara secara mala fide (dengan niat jahat), menyalahi undang-undang dan tanpa alasan munasabah, menyerbu, menganggu dan menamatkan ceramalh tersebut.

"Adalah dianggarkan lebih 50 anggota polis, termasuk FRU (Unit Simpanan Persekutuan) terlibat dalam tindakan serbuan ini," kata Surendran yang juga naib presiden PKR.

"Polis juga menggunakan kekerasan yang keterlaluan di mana anak guam kami ditolak dan terjatuh pada masa tersebut. Beberapa orang yang hadir juga telah ditangkap oleh polis secara salah," tambahnya.

Salinan surat tersebut turut dihantar kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan OCPD Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin.

Empat tuntutan

Surendran menyenaraikan "kesalahan serius" yang telah dilakukan oleh polis - pencerobohan jenayah, intimidasi jenayah, serangan dan gangguan - dan menyifatkan serbuan tersebut sebagai 'bermotif politik'.

"Kami telah diarahkan untuk membuat tuntutan (kepada pihak polis) dalam tempoh 48 jam dari tarikh surat ini, iaitu:

1. Membekalkan nama dan nombor kesemua anggota polis yang terlibat dalam serbuan tersebut.

2. Nama dan pangkat pegawai polis yang mengetuai dan/atau memberi arahan semasa tindakan serbuan tersebut.

3. PDRM meminta maaf secara terbuka atas terma-terma yang akan ditetapkan oleh Azmin; dan

4. PDRM memberi akujanji bertulis tidak akan mengulangi tindakan yang menyalahi undang-undang seperti itu.

Surendran berkata, sekiranya pihak polis gagal berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, maka anakguamnya merizab haknya untuk menuntut gantirugi keterlaluan, relif lain serta kos melalui prosiding mahkamah.

Ceramah di Gombak itu, yang disampaikan oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah diganggu oleh polis yang turut menahan tiga orang.

Polis telah memanggil Azmin untuk merakamkan kenyataannya, yang dijadualkan esok.

Ketua Wira tinggalkan PERKASA

Posted: 29 Mar 2011 03:25 AM PDT

Salhan K Ahmad

Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta.

Katanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya.

Arman berkata, beliau telah lama berkira-kira untuk meletakkan jawatan kerana PERKASA tidak berjaya mengetengahkan isu yang diperjuangkannya.

Isu itu termasuk kuota 30 peratus untuk Bumiputera dan juga hak istimewa dalam Model Ekonomi Baru.

Walaupun telah meletak jawatan, Arman menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli seumur hidup PERKASA.

Arman yang dilantik ke jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu berkata, beliau akan menemui presidennya Datuk Ibrahim Ali berhubung peletakan jawatannya itu.

"Saya tidak ada dendam atau apa-apa kekesalan terhadap mana-mana pemimpin PERKASA.

"Saya amat menghormati Datuk Ibrahim Ali yang saya anggap sebagai bapa saya sendiri," katanya.

azlanArman yang juga ahli Umno berkata, beliau telah berkira-kira untuk meletak jawatan sejak lebih dua bulan lalu.

Dalam pada itu beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau bertindak demikian kerana tidak menerima projek daripada PERKASA.

"Bukan kata ada orang lamar saya dengan berjuta-juta. Itu semua fitnah.

"Kalau saya gila jawatan, saya tidak akan letak jawatan," kata Arman lagi sidang media di sebuah restoran di ibu negara petang ini.

Ditanya lanjut, Arman berkata beliau menyerahkan kepada anggota jawatankuasanya sama ada akan turut meletak jawatan.

Izzah buat laporan 'kartun lucah' bapanya

Posted: 29 Mar 2011 03:21 AM PDT

Abdul Rahim Sabri

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah komik yang memaparkan kartun lucah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai aksi.


NONEMenurut Nurul Izzah, komik 16 halaman bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" yang mempersendakan Anwar - yang juga bapanya - dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta imej beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang ini.

Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.

Dalam aduannya, Nurul Izzah berkata pengedaran komik tersebut adalah satu kesalahan mengikut seksyen 292 dan 499 Kanun Keseksaan.

"Pengedaran pamplet lucah adalah satu kesalahan di bawah seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjaara tiga tahun atau dikenakan denda, atau kedua-duanya.

NONE"Dan juga seksyen 499 yang boleh dihukum di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Nurul Izzah mengesyaki komik tersebut dihantar melalui pos kepada lebih ramai lagi pengundi baru di kawasan parlimennya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat aduan beliau "dengan pantas, adil dan menyeluruh".

Dalam laporan polis itu juga, Nurul Izzah mengesyaki komik tersebut dihantar melalui pos kepada lebih ramai lagi pengundi baru di kawasan parlimennya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat aduan beliau "dengan pantas, adil dan menyeluruh".

Katanya, ia bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab bermain politik lucah di bawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

Ditanya selepas itu, bila dan bagaimana beliau mendapatkan komik tersebut, Nurul Izzah berkata, beliau menerimanya semalam daripada seorang pengundi baru.

Menjawab soalan, Nurul Izzah berkata, beliau tidak pasti berapa ramai pengundi yang menerima komik tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan medianya, Nurul Izzah menggesa semua pimpinan politik - tidak mengira parti mereka - supaya mendokong sebuah politik baru yang menolak politik fitnah atau lucah.

Katanya, politik tersebut menghancurkan nilai integriti dan manusiawi.

"Rakyat menuntut pimpinan yang berwibawa dan memepertahankan etika moral. Janganlah kita menghampakan harapan rakyat," katanya.

Nurul Izzah bagaimanapun enggan menunjukkan kandungan komik itu kepada pemberita, kerana tidak mahu pihak dituduh "mempromosikan gambar lucah".

Dalam laporan polisnya itu, Nurul Izzah turut menggesa polis menyiasat empat aduan polis bapanya berhubung dakwaan salahguna kuasa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohomad dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, seperti yang disebut dalam surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim - bekas pegawai penyiasat tragedi mata lembam Anwar - kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

Laporan polis itu bertarikh antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999.

Pilihan raya Sarawak pengukur kepimpinan Najib

Posted: 29 Mar 2011 03:20 AM PDT

DAP dan SUPP akan bersaing di kawasan bandar untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina.

PETALING JAYA: Pilihan raya negeri Sarawak akan menjadi kayu pengukur kepada Barisan Nasional (BN) sama ada program tranformasi yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak diterima atau ditolak.

Keputusan pilihan raya itu akan menjadi asas sama ada pimpinan Najib sebagai perdana menteri boleh diterima rakyat atau sebaliknya, kata penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Zainal Kling.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 16 April manakala hari penamaan calon pula ialah 6 April.

Ketika dihubungi hari ini, Prof Zainal berkata, jika BN menang 90 peratus dari 71 kerusi, kemungkinan besar pilihan raya umum mengejut akan diadakan.

"Kerana pilihan raya negeri Sarawak boleh dijadikan penanda aras yang terbaik berbanding dengan pilihan raya kecil," katanya.

Menurutnya, BN dijangka akan terus memerintah Sarawak dan berpendapat lawan sebenar mereka ialah DAP dan bukannya PKR.

Beliau berkata, parti komponen BN, SUPP akan bersaing dengan DAP bagi mendapat sokongan pengundi kaum Cina terutama di kawasan bandar manakala, PKR akan menguji politik Sarawak dengan membangkitkan isu rakyat negeri itu yang tertindas.

"Mereka (PKR) hanya sebagai "pengacau" yang mahu memecahkan undi di kawasan majoriti Dayak. Kerusi majoriti Dayak adalah saingan antara PKR dengan komponen BN seperti Parti Rakyat Sarawak (PRS) tetapi pengundi dijangka menyokong PRS berdasarkan rekod sebelum ini.

"Hasrat PKR itu dapat dilihat dengan pelantikan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian seorang berketurunan Dayak, bekas pemimpin SNAP. SNAP bukan parti kaum Dayak tetapi pelbagai kaum seperti PKR juga.

"Tetapi dijangka akan berlaku anjakan majoriti pengundi muda kaum Dayak dari PRS tetapi tidak sampai ke tahap memenangkan PKR ," katanya.

Prof Zainal menegaskan, PAS tidak akan memberi saingan kepada BN kerana parti Islam itu hanya mempunyai sokongan di kawasan pengundi Melayu sahaja.

Hanya parti bertanding boleh pasang bendera

Posted: 29 Mar 2011 03:15 AM PDT

BERNAMA

Parti yang tidak bertanding tidak boleh mengambil kesempatan memasang logo dan bendera parti mereka bersama-sama parti bertanding.


SIBU: Hanya calon parti yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini sahaja yang dibenarkan memasang logo, bendera serta sepanduk di kawasan yang ditandingi mereka, demikian ditegaskan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata parti yang tidak bertanding tidak boleh mengambil kesempatan memasang logo dan bendera parti mereka bersama-sama parti bertanding.

"Hanya calon parti yang bertanding membayar deposit bagi pemasangan poster, banner (sepanduk) dan bendera. Oleh itu, parti lain tidak boleh sewenang-wenangnya tumpang pasang bahan kempen," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya Zon Sibu di sini.

Sebagai contoh, beliau berkata sekiranya calon DAP bertanding di satu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) tidak dibenarkan memasang bendera, poster serta sepanduk masing -masing walaupun dalam satu pakatan pembangkang.

"Hanya sekiranya di kalangan parti itu, mereka turut bertanding dan meletakkan calon mereka. Bagaimanapun, sekiranya calon parti yang bertanding hendak letak gambar pemimpin mereka di samping poster calon, itu tidak menjadi masalah," katanya.

"Sebagai contoh, katakan calon DAP bertanding di kawasan itu, selain poster calon DAP, mereka hendak letak poster Lim Kit Siang (pemimpin veteran DAP), itu dibenarkan, tetapi mereka tidak boleh letak poster Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali PKR turut bertanding di kawasan yang sama," katanya.

Mengenai rayuan Parti Cinta Malaysia (PCM) memohon dibenarkan menggunakan logo parti mereka dalam pilihan negeri kali ini, Wan Ahmad berkata SPR akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk meneliti rayuan berkenaan.

PCM telah mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai sebuah parti politik tetapi tidak mendaftarkan logo parti mereka dengan SPR bagi membolehkan parti itu menggunakan logo mereka dalam mana-mana pilihan raya.

Pada pilihan raya negeri 2006, calon PCM bertanding sebagai calon bebas.

Calonnya Gabriel Adit AK Demong, yang merupakan penyandang kerusi mengalahkan calon BN daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan calon Snap dengan majoriti 549 undi.

Wan Ahmad turut meminta mereka yang berminat untuk bertanding pada pilihan raya negeri kali ini mendapatkan set borang pencalonan awal dan tidak menunggu sehingga ke saat-saat akhir.

"Banyak borang set pencalonan boleh didapati di pejabat SPR Negeri. Selain itu, mereka juga boleh beli set borang pencalonan daripada pegawai pengurus pilihan raya kawasan masing-masing. Jangan tunggu saat-saat akhir dan salahkan SPR, kata tak cukup borang," katanya.

Penamaan calon pilihan raya negeri ke-10 ini ditetapkan pada 6 April manakala hari pengundian diadakan pada 16 April.


JPN bersubahat dengan Umno cipta “pengundi hantu”

Posted: 29 Mar 2011 03:13 AM PDT

Kad pengenalan ini diberi kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang, khususnya di Selangor.


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor digesa memantau aktiviti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran dakwaan bahawa agensi kerajaan itu mengeluarkan kad pengeluaran kepada warga asing di luar waktu pejabat.

Ketika membuat gesaan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata, beliau mempunyai bukti yang sahih di mana JPN bersubahat dengan para pemimpin Umno cawangan Sepang dalam perkara ini.

"Kad pengenalan ini diberi kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, khususnya di Seangor," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu memantau aktiviti ini dan saya mempunyai maklumat tentang lokasi dan siapa (dalam Umno) yang terlibat serta kegiatan kad pengenalan ini dibawa keluar selepas waktu pejabat."

"Namun, kita akan turut memantau aktiviti ini, di mana kad pengeluaran dibawa keluar masuk dalam negeri ini kerana semata-mata Umno hendak mendapatkan undi dari warga asing bagi menjamin kuasa politik mereka.

"Usaha ini dilakukan memandangkan rakyat tempatan tidak lagi menyokong mereka," katanya, ketika berucap membahaskan titah ucapan Sulan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut Azmin, "pengundi hantu" ini juga turut dikesan di Hulu Kelang.

"Di rumah ibu saya di Hulu Kelang, walaupun beliau tinggal seorang tapi dalam rumah ada lapan "penunggu", sebahagiannya ada bangsa Cina dan India," ujar beliau.

"Pengundi hantu" diistilahkan sebagai orang yang sudah meninggal dunia tetapi di"hidupkan semula" oleh Umno untuk menjadi pengundi.

200 penduduk Kuantan berhimpun aman di Parlimen esok

Posted: 29 Mar 2011 03:10 AM PDT

Mereka akan menyerahkan petisyen "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" bagi membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth).


KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penduduk Kuantan dijangka hadir di Parlimen esok untuk menyerahkan memorandum bagi menghalang pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, Pahang.

Memorandum disertai petisyen "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" yang ditandatangani penduduk Kuantan itu akan diserahkan kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri pagi esok.

Memorandum itu antaranya menyatakan luahan penduduk yang khuatir akan ancaman risiko radiasi apabila kilang milik sepenuhnya syarikat perlombongan dan memproses kimia daripada Australia, Lynas Corporation Ltd itu dijangka siap dibina pada hujung tahun ini.

Loji pemprosesan sejenis bijih besi, Lathanide yang mengeluarkan 0.05 peratus Thorium pada setiap sekilogram sisa buangan yang terhasil itu mengandungi radioaktif dan karsinogen (boleh menyebabkan punca barah) turut mendatangkan risiko kepada industri pelancongan sekitar Balok
dan Cherating.

Memorandum itu merupakan salah satu kempen kesedaran yang diusahakan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sejak dua minggu lalu kepada penduduk tentang risiko pendedahan radiokatif yang dihasilkan kilang tersebut.

"Hampir 90 peratus sambutan positif diterima daripada penduduk bandar Kuantan yang mahu pembinaan loji tersebut dihentikan serta merta.

"10,000 tandatangan sudah dikumpulkan, penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur serta kanak-kanak akan berhimpun secara aman diperkarangan luar Parlimen untuk mengedarkan risalah serta lencana kepada ahli Parlimen dan Menteri meminta supaya nyawa dan kesihatan mereka tidak dipertaruhkan," katanya kepada FMT di sini hari ini.

Katanya, 10 orang wakil daripada penduduk akan dibenarkan masuk ke dalam bangunan Parlimen menyerahkan sendiri memorandum tersebut.

Menjangkakan halangan daripada pihak polis, Fuziah berharap agar perhimpunan aman ini dapat berjalan lancar serta hasrat penduduk Kuantan menyuarakan bantahan kepada Perdana Menteri dapat dipenuhi.

"Mereka ini hanya orang awam biasa dan bukannya penyokong yang agresif. Walau apa pun halangan esok, saya yakin penduduk sudah bersedia," katanya.

Cabar tinggal BN: MCA terus perang dengan Nazri

Posted: 28 Mar 2011 10:50 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Kemarahan pimpinan MCA terhadap Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya belum berakhir walaupun Naib Presidennya, Datuk Ng Yen Yen berkata, parti tidak mencadangkan agar Nazri meletakkan jawatan.

Hari ini, ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok mencadangkan agar Nazri menyertai DAP ekoran dakwaannya DAP adalah parti pelbagai kaum.

Loh yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA dalam kenyataan medianya hari ini berkata, penyertaan Nazri sesuai kerana DAP masih belum mempunyai suara Melayu yang cukup.

Loh menyertai rakan-rakannya dalam MCA menyerang Nazri ekoran temubual khas Nazri dengan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Nazri menyelar MCA yang terus-terusan menyalahkan Umno
ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Dia juga mencabar MCA tinggalkan BN jika tidak berpuashati dengan Umno daripada terus-terusan memukul Umno setiap waktu.

Nazri juga memberikan amaran kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek agar jangan berlagak seumpama hero Cina yang cuba menaikkan reputasinya dengan memperlekehkan Umno.

Dia juga mempermainkan Chua ekoran DVD seksnya dengan berkata, dia telah tidak diterima oleh pengundi kerana 'alat sulitnya' telah terdedah kepada umum.

"... ia telah dilihat oleh semua orang, awak fikir pengundi wanita akan sokong dia," kata Nazri dalam wawancara dengan Nanyang itu.

Dalam wawancara itu juga, Nazri berkata, MIC sepatutnya menyerahkan kesemua enam kerusi DUNnya di Perak selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

PAS tanding 5, DAP 15 kerusi di Sarawak

Posted: 28 Mar 2011 10:47 PM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, : Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP.

"...selebihnya itu (kerusi) Keadilan dan kita sampai tengahari tadi masih ada rundingan dengan SNAP," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan, Idris Ahmad, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga hadir pada mesyuarat sebelum itu bagaimanapun terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan.

"Nama-nama kerusi dan calon itu serah kepada parti masing-masing dan akan diumumkan di Kuching.

"Pandangan kita tak perlu umum di sini kerana kita hanya dapat input dari negeri. Kita hanya mengesahkan perundingan di negeri," kata Anwar lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan rundingan PAS dengan PKR dan DAP selesai.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak berada di sana sejak minggu lalu bagi urusan perbincangan kerusi tersebut.

"Kita sekarang sedang memantau persiapan kita di semua kerusi yang kita bertanding di sini," katanya.

Kenapa kementerian tidak cermat pilih teks sastera

Posted: 28 Mar 2011 10:45 PM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mempersoal sikap tidak cermat Kementerian Pelajaran dalam memilih teks sastera sebagai rujukan pelajar tingkatan lima sehingga mencetuskan ketegangan di antara kaum.

Merujuk novel Interlok yang mencetuskan rasa tidak puas hati kaum India kerana penggunaan beberapa perkataan yang didakwa menghina kaum mereka, Salahuddin berkata, jika kementerian bijak membuat keputusan, perkara sebegini tidak akan berlaku.

"Dalam isu Interlok ini kenapa Kementerian Pelajaran tak cermat dalam memilih hasil karya ini. Ada banyak lagi karya sastera mengenai perpaduan yang ditulis sasterawan yang layak dijadikan teks di sekolah.

"Kenapa pilih novel yang boleh mencetuskan perbahasan walaupun itu karya sastera yang membuatkan kita resah hari ini," kata beliau dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Tanpa menafikan hak seorang sasterawan untuk berkarya mengikut disiplin ilmu yang dipegang, beliau berkata kementerian tidak seharusnya meminta penulis novel tersebut menarik balik perkataan yang terkandung di dalamnya.

"Saya percaya dan yakin dengan disiplin ilmu. Saya percaya karya yang dihasilkan karyawan negara kita, setiap orang berhak mempertahankannya.

"Tapi ketidakcermatan ini bermula dari awal. Kenapa hari ini ada panel kaji Interlok dan kemudiannya minta seniman negara tarik balik perkataan di dalamnya.

"Ini bukan disiplinnya. Mengikut disiplin ilmu, kalau kita tak bersetuju dengan sesuatu karya, tulis buku yang lain. Bukan minta tarik balik perkataan yang boleh menjejaskan kredibiliti sasterawan negara," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Menyentuh mengenai subjek sejarah yang akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata teks sejarah itu harus ditulis tanpa ada usul penipuan fakta.

Teks ini, katanya perlu disediakan oleh panel bebas yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

"Bagaimana penyediaan teks sejarah itu? Dari mana ia harus bermula? Siapa panel yang bertanggungjawab untuk menggubal atau menyediakan teks sejarah yang bakal dijadikan bahan untuk seluruh pelajar khususnya bagi mereka yang akan mengambil SPM sebagai subjek wajib lulus.

"Sejarah mesti ditulis dengan adil, tepat dan betul supaya setiap rakyat dapat suatu pengetahuan yang akan membentuk minda dan emosi.

Tambahnya, teks sejarah yang sedia ada lebih mengagungkan tokoh barat dan mengenepikan pejuang-pejuang tulen dalam memerdekakan negara.

"Buku teks dahulu banyak mengagungkan tokoh-tokoh penjajah. Tapi apabila kita belajar secara khusus tentang sejarah kita akan mendapati kebanyakan fakta memang tidak adil.

"Sebagai contoh kemerdekaan negara tidak hanya bermula pada tahun 1946 tapi jauh lebih awal dari itu," katanya.

Tambahan pula katanya, dunia hari ini menyediakan pelbagai teknologi yang membolehkan segala fakta didapati di mana-mana sahaja.

"Keluasan ilmu hari ini tidak boleh disembunyikan. Manusia boleh acess dengan hujung jari sahaja.

"Jangan nafikan mana-mana golongan yang memberi sumbangan besar ke arah kemerdekaan negara," katanya.

Tiada ulasan: