DIALOG RAKYAT |
- Dr Pornthip mohon pengawal peribadi
- Caj insurans tak masuk akal, BNM digesa ambil tindakan tegas
- Isu fatwa: Nik Aziz kurang senang tuduhan Harussani
- Antara Harussani Dan Chua Jui Meng
- Mahathir Diktator Demokrasi
- ALAHAI HARUSSANI, TOLONG AJAR PAS BOLEH?
- Tiga bukti Umno kuda tunggangan MCA, MIC
- Berapa harga sebenar pengkhianatan MP KEADILAN?
- Pemimpin Umno gelisah judi itu haram?
- Pelajar Semakin Ganas, Nak Letupkan Sekolah Pula
- Anak Taib Mahmud Gemar Bersosial, Isteri Tuntut Fasakh
- P/raya Sarawak penentu nasib Pakatan Rakyat?
- Keluar PR jika tidak puas hati: Anwar
- Pemuda Umno selar bekas naib pengerusi Suhakam
- Khalid akui 'jengkel' dengan pelantikan Khusrin
- Pegawai SPRM dakwa polis cuba kaitkannya
- Unit FLOM di bawah JPM tidak wujud, kata Nazri Aziz
- Doktor: Saiful dakwa dadanya diramas
- Rasuah: Pembantu hakim, k'tangan penjara didakwa
- Permohonan cabar pengharaman '1Funny Malaysia' 27 April
- Exco: Tiada pengharaman loteri di Terengganu
- Seluar dalam diambil dari rumah teman wanita Saiful
- Umno Selangor sedia hadapi pilihanraya umum
- Najib dan Mubarak: Persamaan yang ketara
- Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan
Dr Pornthip mohon pengawal peribadi Posted: 10 Mar 2011 03:22 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Pakar Patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, yang bakal memberi keterangan kepada suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock, akan diawasi oleh pengawal peribadi sepanjang berada di negara ini. Setiausaha suruhanjaya itu Datuk Saripuddin Kasim hari ini berkata ia dilakukan hasil permohonan Pornthip sendiri. Katanya Pornthip juga memohon supaya tarikh beliau memberi keterangan dipinda iaitu dari 16-17 Mac ke 18 hingga 20 April. "Berhubung permohonan menjadualkan semula tarikh memberi keterangan, suruhanjaya telah meminta Dr Pornthip menimbang semula tarikh lebih awal iaitu sebelum minggu pertama bulan April 2011, malah suruhanjaya bersedia menjalankan prosiding pada hari minggu. "Ini berikutan suruhanjaya perlu menyelesaikan tugasan sebelum atau pada 25 April 2011," kata Saripuddin dalam satu kenyataan. Pornthip mengemukakan kedua-dua permohonan itu hari ini menerusi syarikat peguam Tetuan Malik Imtiaz. Pada inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini, Pornthip dipanggil memberi keterangan sebanyak dua kali. Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Suruhanjaya dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka'' berhubung kes itu. Dalam prosiding hari ini, Foong memutuskan supaya penyiasat persendirian, Michael Leslie Squires, mendapatkan diari siasatan daripada pegawai SPRM berhubung siasatan terhadap Teoh. Foong berkata tiga pakar psikiatri iaitu perunding forensik psikiatri Hospital Permai Johor Dr Bada''iah Yahya, pakar perunding psikiatri Kementerian Kesihatan Dr Nor Hayati Ali dan Pengarah Hospital Permai Johor Dr Benjamin Chan, akan menemui keluarga Teoh pada 21 dan 22 Mac ini sekiranya keluarga itu setuju untuk ditemubual. Prosiding disambung pada Isnin. | ||
Caj insurans tak masuk akal, BNM digesa ambil tindakan tegas Posted: 10 Mar 2011 03:19 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini digesa supaya masuk campur untuk menangani isu caj insurans yang "tidak masuk akal" dan manipulasi pembelian insuran pihak ketiga oleh syarikat-syarikat insurans. Isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi di Dewan Rakyat, dan kali ini BNM digesa mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas. Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat-syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat-syarikat terbabit demi kepentingan rakyat. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar yang tidak masuk akal dan tinggi untuk pembelian insurans pihak ketiga yang biasanya dibeli oleh pemilik kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas. "Pakcik saya beli insurans kereta, tetapi bila kenderaan itu sudah lebih 10 tahun, syarikat (insurans) tidak mahu terima (pembelian insurans). Malah bagi kenderaan yang lebih 10 tahun, insuransnya lebih tinggi daripada kereta baru, saya minta BNM tengok masalah ini," tegasnya ketika membahaskan titah ucapan Yang diPertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Beliau berkata keadaan itu menyebabkan banyak rakyat di luar bandar yang biasanya menggunakan kereta-kereta lama merasa tidak adil. "Apakah tidak boleh Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans yang baru dan boleh menerima insurans pihak ketiga ini dengan harga yang berpatutan, jangan terikat dengan syarikat yang ada sekarang," katanya, menyarankan penubuhan syarikat insurans 1Malaysia. Menyokong perbahasan Mohamed, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), pula menyarankan kerajaan mengkaji operasi semua syarikat insurans dengan mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau operasi mereka. "Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah peniagaan insurans. Semua kalau boleh mahu diinsuranskan tetapi apabila ada berlaku sesuatu dan tuntutan dibuat, berpuluh tahun baru diselesaikan," katanya. Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) pula mendakwa pengguna kini terpaksa membayar sehingga RM200 untuk mendapatkan liputan insurans (insurance coverage) untuk kenderaan lama mereka berbanding hanya RM70 hingga RM80 sebelum ini. Syarikat insurans juga turut mewajibkan pemilik kenderaan untuk membeli pelbagai insuran tambahan lain termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans bagi penumpang dan caj loading sebelum boleh membeli pelindungan insurans pihak ketiga bagi kenderaan mereka, dakwanya. "Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini. "BNM ini butakah...takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Kenapa kerajaan boleh tidak ada solution untuk menyelesaikan perkara ini sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya. Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat truk penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk tambahan caj loading. "Ini puncanya dan mereka ini wajar dikawal...ambil tindakan tegas untuk mengawal ''rip-off'' yang berlaku sudah berpuluh tahun ini dan pihak-pihak yang bergandingan untuk mendapatkan ''rip-off'' tersebut," katanya. Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa BNM untuk mengawal syarikat-syarikat berkenaan memandangkan walaupun sudah ada arahan supaya syarikat itu tidak memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan, namun perkara itu masih berleluasa. | ||
Isu fatwa: Nik Aziz kurang senang tuduhan Harussani Posted: 10 Mar 2011 03:17 AM PST KUALA LUMPUR — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kurang senang dengan tulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ekoran penyataan "undi PAS masuk syurga", kata Setiausaha Akbarnya Ahmad Fadhli Shaari. Selain Nik Aziz (gambar), jelas Ahmad Fadhli, barisan kepimpinan negeri Kelantan turut melahirkan rasa kurang senang apabila Harussani mengaitkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kenyataan "undi PAS masuk syurga." Ekoran tulisan Harussani dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu, pejabat Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan daripada Mufti Perak itu. Bagaimanapun, menurut Ahmad Fadhli sehingga kini Harussani masih belum membalas surat rasmi tersebut yang telah dihantar. "Kita minta surat untuk mohon penjelasan mengenai tulisan beliau (Harussani) yang kata Nik Aziz cakap 'undi PAS masuk syurga', kita bukan nak jumpa beliau. "Kita telah hantar surat rasmi untuk mohon penjelasan, kalau beliau tidak mahu jelaskan kami juga mahu surat rasmi daripada beliau... kita hantar melalui surat, jadi kita mahu beliau balas juga melalui surat... bila kita sudah terima surat daripada beliau baru kita akan keluarkan kenyataan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kata beliau, sebarang kenyataan terbaru akan dikeluarkan sebaik sahaja menerima surat balas daripada Harussani. "Apa-apa kenyataan yang akan dikeluarkan nanti berdasarkan surat dari beliau tapi setakat hari ini kita masih belum menerima surat balas dan kita masih menunggu surat balas dari Mufti Perak. "Kita di sini kurang senang dengan tulisan Mufti Perak yang mengaitkan Menteri Besar dengan 'undi PAS masuk syurga', jadi kita harap beliau respons surat yang kita hantar," katanya. The Malaysian Insider semalam memetik Harussani yang menegaskan beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Nik Aziz berhubung tulisan responsnya menyentuh isu "undi PAS masuk syurga". Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam. Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam. | ||
Antara Harussani Dan Chua Jui Meng Posted: 10 Mar 2011 03:13 AM PST Oleh ramziredang "Dalam ucapan di Karnival Penang Harmoni, Chua Jui Meng ada menyatakan,"PAS lain dengan Umno yang saya kenal. Mereka memperjelaskan kekeliruan sehingga ramai bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat dapat merasai kelainan berbanding berkawan dengan Umno. Sementara di Perak pula, Harussani berkata "sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Nik Aziz tetap menggunakan hukum agama yang mengelirukan umat Islam". Secara ringkasnya walaupun ucapan dari dua orang yang berbeza, tetapi tersirat maksud bahawa PAS dan UMNO adalah berbeza. Chua Jui Meng menyatakan UMNO mengelirukan orang bukan Islam sementara Harussani menyatakan PAS mengelirukan orang Islam. Chua jui meng tidak pernah selama ini, cuba memahami Islam dan juga tidak pernah diberi gambaran sebenar tentang Islam. Sehingga dia berada dalam kelompok pembangkang, berkawan dengan PAS, barulah dia mengenali Islam dengan pandangan yang sebenarnya. Kalaupun tidak sepenuhnya pandangan yang sempurna, sekurang kurangnya dia menyedari bahawa sisi Islam yang di bawa UMNO adalah pincang. Dia baru menyedari bahawa selama berkawan dengan UMNO, dia seolah olah menganggap Islam yang dibawa UMNO yang tidak banyak berbeza dengan orang bukan Islam (dalam soal arak dan judi misalnya) adalah islam yang sebenarnya. Kini PAS benar benar menjelaskan kekeliruan orang bukan Islam, tentang betapa mulianya Islam yang selama ini disembunyikan dengan cara beragenda oleh UMNO. Lantaran itu mereka akan beranggapan jika orang Islam kembali kuat kepada penghayatan Islam yang sebenarnya, maka orang Islam akan menjadi ekstrem. Kedua dua orang yang berbeza ini, harussani dan Chua jui memang lama berkawan dan bergelumang dengan UMNO. Sangat menghairankan bila mereka berbeza kesimpulan. Pandangan Harussani berbeza dari Chua Jui Meng. Jika Chua Jui Meng melihat Islam yang dibawa PAS lebih baik dari UMNO, Harussani pula mempunyai pandangan yang sebaliknya. Harussani melihat Islam yang dibawa PAS lah yang beragenda, sementara Islam yang dibawa UMNO adalah sebenarnya. Harussani melihat Islam yang dibawa PAS membawa pecah belah, menggunakan agama dengan tujuan politik dan tidak dihayati semulia mulianya. Sementara Chua Jui Meng pula melihat Islam yang dibawa PAS lebih dapat diterima semua bangsa dan agama. Lantaran itulah dia menyebut tentang 'kekeliruan masyarakat bukan Islam'. Jika diberi peluang berucap tentu sahaja Chua akan memberi penjelasan kepada orang 'bukan Islam' tentang kebaikan PAS. Sementara Harussani pula akan menerangkan kepada 'orang Islam' tentang keburukan PAS. Jelaslah apa yang berlaku dari kedua dua peristiwa di atas ada hikmah yang sangat besar di sisi Allah s.w.t. Mahasuci Allah Yang Maha Agung yang menzahirkan dua peristiwa yang berbeza ini, kefahaman di hati orang bukan Islam dan ketidakfahaman dihati orang Islam yang dipanggil ulama. Alangkah baiknya jika kedua dua mereka bertemu dan melontarkan persoalan masing masing. Chua jui Meng boleh bertanya kepada Harussani macamana dia boleh keliru dengan PAS dan harussani pula boleh tanya macamana chua jui meng boleh keliru dengan UMNO. Chua jui meng mungkin boleh menjawab dengan mudah bahawa dia telah betul betul menyelami kedua dua UMNO dan PAS, sementara harussani akan termenggu sendiri binggung dengan persoalan dirinya. Imam al-Ghazali menyebut dalam kitab Bidayatul Hidayah beliau: Sifat Ulamak dunia, " Dan orang yang ketiga ialah orang yang telah berpengaruh syaitan atasnya. maka dijadikan Ilmunya perantaraan untuk menimbun harta-benda dan berbangga-bangga dengan pengaruh dan jadi mulia dengan sebab banyak pengikut dan menipu ia dengan ilmunya akan segala tipuan, kerana mengharap berhasil segala hajat nya pada dunia. Dalam masa yang sama tersemat dalam hatinya merasa bahwa ia disisi Allah mempunyai kemuliaan dan kedudukan, kerana dia sudah bergaya dengan gaya ulamak , dan berasmi dengan adat ulamak pada uniform , tingkah-laku dan cara berbicara, padahal dia dengan zahir dan batinnya serentak telah melompat kepada dunia belaka. Maka inilah orang yang termasuk dalam golongan orang yang binasa dan orang kurang akal yang terpedaya. Kerana harapan untuk bertaubat telah putus darinya. Sebab pada sangkaannya dia sudah tergolong dikalangan orang yang baik-baik. Tetapi dia lalai dari memerhatikan firman Allah " Hai orang yang beriman , mengapa kamu katakan suatu perkara padahal kamu tidak lakukannya?". Dan dia sudah termasuk dalam status yang disabdakan Nabi s.a.w " Ada sesuatu yang lebih daku bimbangkan atas kamu lebih dari Dajjal. maka sahabat bertanya " Apakah itu Ya Rasulullah?". Sabdanya "Ulama yang jahat". | ||
Posted: 10 Mar 2011 03:08 AM PST Oleh Mohd sayuti Omar Sepanjang pembacaan saya mengenai Dr Mahathir Mohamad hanya dua perkara saja yang beliau mengaku (bersalah), pertama gagal membangunkan Kampung Baru, Kuala Lumpur dan kedua gagal mengubah sikap orang Melayu. Selain daripada itu Mahathir berjaya melaluinya. Orang yang menandang Mahathir dengan mata sebiji akan berpuas hati dengan Mahathir dan akan mengangungkan bekas PM keturunan asal Krala, India itu setinggi bangunan KLCC. Orang tidak tahu Mahathir menipu dalam politik, memperdayakan banyak orang untuk menjadi kerbau dan lembu pawah kepadanya. Selama 22 tahun jadi PM, dalam tempoh selama itu Mahathir melakukan apa saja yang dia suka. Mahathir adalah si diktator demokrasi di Malaysia. Dengan kuasa yang mengakar tunjang beliau melakukan apa saja. Dengan politik perangkap dan memerangkap dan mencagarkan projek (wang) beliau utuh mempergunakan penyokongnya untuk menjadi hantu dan syaitan. Orang yang memuja Mahathir hari ini adalah orang yang menerima jasa dan kebendaan rasuah dari Mahathir. Sokongan dan pemujaaan itu diteruskan oleh anak cicit penerima rasuah Mahathir hingga ke hari ini. Saya atau sesiapa tidak menerima rasuah Mahathir akan membenci Mahathir dari sudut-sudut yang boleh dibencikan. Misalnya mengenai usaha dan pengorbanan Mahathir untuk agama, untuk menyatukan Melayu atau membantu orang miskin. Di zaman Mahathir negara kaya, tetapi rakyat miskin. Inilah yang hendak diatasi oleh Najib apabila PM itu mengumumkan berbagai projek rakyat yang belum pasti akan dicapai dalam masa terdekat. Hari ini Mahathir terloncat-loncat bercakap mengenai kuasa Melayu akan hilang, apakah dia tahu semasa dia jadi PM apa yang dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan Melayu. Ramai orang tidak tahu punca kenapa Pas ditendang dari BN ialah atas cadangan dan desakan Mahathir! (Saya akan cerita kemudian versi Mahathir cadang agar Pas dipecat dari BN ini. Selama ini orang ingat Hussein Onn yang bersalah). Kerana kehebatan - lama berkuasa dengan menggunakan tipu daya yang licit, orang percaya Mahathir jujur dan ikhlas. Mahathir tidak berbohong dan tidak menipu. Memang orang Melayu akan mempercayai kepada orang kaya dan berkuasa daripada orang miskin yang jujur dan papa. Mahathir memahami psikologi ini terus meliwat bangsa Melayu. Tetapi hakikatnya adakah Mahathir begitu, ikhlas, jujur dan baik? Kerana beliau sudah tua bukan alansan untuk tidak menghina Mahathir. Selagi dia bercakap maka kita akan bercakapan mengenai dirinya. Walaupun Mahathir sudah tidur di liang lahad kejahatan dan kebejatannya akan dituturkan kalau tidak kuat pun perlahan. Dalam memoirnya beliau turut menceritakan perihal Tengku Razaleigh Hamzah. Katanya anak raja itu tiak dapat jadi PM kerana tidak sabar. Kata Mahathir kalau Tengku Razaleigh sabar, sudah pasti dia akan ganti Musa menjadi TPM, bila Musa berhenti? Betul ke begitu dan ikhlaskah Dr Mahathir ke atas Tengku Razaleigh? Saya tidak percaya samalah dengan beliau tidak percayanya beliau kepada Tengku Razaleigh. Kalau Mahathir ikhlas terhadap Razaleigh dia boleh membantu dan menebusnya. | ||
ALAHAI HARUSSANI, TOLONG AJAR PAS BOLEH? Posted: 10 Mar 2011 03:07 AM PST MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut. Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan. "Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi," katanya. Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi? Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan? Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen? Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut? Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya. wfauzdin.blogspot.com | ||
Tiga bukti Umno kuda tunggangan MCA, MIC Posted: 10 Mar 2011 03:00 AM PST PASPB Pertama, beliau pada satu kenyataan media hari ini, berkata Umno setiap kali persempadanan semula, bertindak menambah kerusi di negeri lain yang mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen. Walaupun 1,001 tohmahan dilempar dan disogok kepada rakyat khasnya orang Melayu untuk membenci dan curiga terhadap PAS, beliau membawa bukti kedua dengan berkata, Umno juga menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, walaupun Umno ketika itu mencatat kemenangan besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang. "Umno juga menyerahkan kerusi Parlimen Raub dan Kuantan kepada MCA walaupun sekian lama bertanding di kawasan berkenaan.Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain (MCA dan MIC)? Bukankah ini menunjukkan Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam BN?" katanya. Nasruddin juga kesal kerana Umno BN mengadu domba dengan mengajak orang Melayu menolak perjuangan PAS atas alasan 'PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno'. "Kenapa Umno BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula, UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC? "Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab 'Dia pukul aku, dia yang menangis; dia fitnah aku, dia yang mengadu'. "Orang tua-tua pernah bisik, Umno macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga," katanya. Nasruddin turut mengajak umat Islam menghayati sejarah Rasulullah saw yang mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan bukan Islam demi mempertahan hak dan menentang kezaliman. | ||
Berapa harga sebenar pengkhianatan MP KEADILAN? Posted: 10 Mar 2011 02:55 AM PST Dah didedahkan, Gobala yang bayar tanah RM 1.4 jutaPASPBJika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang? Mengajukan pertanyaan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti dan terbukti mampu menjelaskan hutan bernilai RM1.4 juta. "Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini? "Kalau, 'nilai' Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal," soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan. Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta. "Dari mana sumbernya? Siapakah yang 'bermurah hati' menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?" katanya. Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya 'bertanya khabar' kepada Gobalakrishnan berikutan kemampuannya membuat bayaran RM1.4 juta dalam satu transaksi Saifiuddin juga mengulangi pendirian betapa pengkhianatan pemimpin KEADILAN keluar parti termasuk Ahli-ahli Parlimen,didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh jika kekal dalam parti. "Dek dorongan inilah ramai yang tewas. Ralatnya, mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Selain Gobalabrishnan, Ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamed Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri keluar parti dengan pelbagai alasan. Sebaliknya, pelbagai laporan menunjukkan tindakan mereka bersandarkan faktor kewangan termasuk membayar hutang masing-masing. | ||
Pemimpin Umno gelisah judi itu haram? Posted: 10 Mar 2011 02:50 AM PST WarkahDaily Muhyiddin Yassin "Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama di negara ini yang mengharamkan judi. PAS juga, katanya kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam. Menurutnya, mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka. Tambahnya, PAS juga yakin kenyataan Muhyiddin itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian di negara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihan raya. Katanya, beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan. "Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi," ujarnya. Sehubungan itu, ujarnya PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi di negara ini dan meminta maaf kepada penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi. PAS juga, tambahnya memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa mereka. "Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja," ujarnya. PAS, tegasnya menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi di negara ini. "Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang," katanya. | ||
Pelajar Semakin Ganas, Nak Letupkan Sekolah Pula Posted: 10 Mar 2011 02:47 AM PST SABAH DAILY Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan 'bom' buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam. | ||
Anak Taib Mahmud Gemar Bersosial, Isteri Tuntut Fasakh Posted: 10 Mar 2011 02:42 AM PST Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian. | ||
P/raya Sarawak penentu nasib Pakatan Rakyat? Posted: 10 Mar 2011 02:36 AM PST
Seandainya 9 Mac 2008 menandakan permulaan era baru politik Malaysia, dan menjadi pembuka tirai zaman "tsunami politik"; maka hari ini adalah hari terakhir selepas genap tiga tahun "tsunami" berlaku. Apa yang berlaku menjelang ulang tahun ketiga ini adalah kekalahan teruk Pakatan Rakyat dalam dua pilihan raya kecil, malah UMNO mencapai prestasi yang lebih baik daripada PRU tahun 2004 di Kerdau. Sebaik sahaja PRK melabuh tirai, DAP terus membantah pengharaman penjualan tiket perjudian oleh kerajaan PAS di Kelantan, mendedahkan kontradiksi dalaman PR. Justeru itu, apakah ia penghujung "zaman tsunami" mulai esok, atau apakah pergolakan yang berlaku sepanjang tiga tahun ini sekadar riak air yang bakal kembali tenang tanpa meninggalkan kesan? Sejauh manakah impak tsunami politik 8 Mac 2008 terhadap perkembangan sejarah kita? Apakah PR bakal kembali kepada bentuk asalnya selepas PRU yang akan datang? Kita perlu membuat penilaian dalam konteks sejarah yang lebih luas, dan bukannya tertumpu kepada apa yang berada di depan mata sahaja - barulah jawapan yang lebih jelas diperolehi. Samuel P. Huntington mengibaratkan "pendemokrasian" sebagai ombak, kerana ada pasang dan surutnya fikrah demokrasi. Ia bukan sahaja berlaku di luar dunia, malah Malaysia juga tidak terkecuali. Sistem dua parti Pada awal pembentukan Tanah Malaya (Malaysia), Barisan Sosialis (SF) dan Malaysian Solidarity Covention (MSC) yang didominasi PAP pernah cuba untuk membentuk pakatan yang melangkaui batas etnik untuk menentang Perikatan (yang didominasi UMNO). Namun, SF hanya wujud untuk dua penggal, berpecah kerana isu bahasa; sementara MSC pula wujud hanya sekelip mata, menghembus nafas terakhirnya selepas Singapura diusir dari Persekutuan Malaysia. Perubahan yang menggoyah kuasa UMNO hanya berlaku selepas tragedi 13 Mei 1969, zaman Dasar Ekonomi Baru yang mencapai kemuncaknya hingga mencetus pergelutan kuasa antara pimpinan tertinggi dalam UMNO. Peluang pertama untuk pertukaran kerajaan wujud pada tahun 1990. Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) diusir oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari UMNO. Kuli cuba memimpin dua barisan pembangkang melalui Semangat 46. Salah satu daripadanya adalah Gagasan Rakyat yang dibentuk bersama DAP; dan satu lagi adalah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang ditunjangi PAS. Ini kerana DAP dan PAS pantang duduk sebumbung ketika itu. Gagasan Rakyat akhirnya terbubar sebelum PRU tahun 1995, malah APU dibubuh noktah setelah Kuli kembali ke pangkuan UMNO, setahun selepas PRU tahun 1995. Namun, hanya selepas dua tahun, pergelutan kuasa tercetus lagi dalam UMNO. Kali ini, gelombang Reformasi muncul, dan Parti KeADILan Nasional (kini PKR) mengisi kekosongan Semangat 46. Berbeza dengan dahulu, KeADILan tidak bersaing dengan UMNO untuk menjuarai wacana nasionalis Melayu, sebaliknya mendukung politik berbilang kaum. DAP dan PAS pula bersepakat secara terbuka, dan akhirnya terbentuklah Barisan Alternatif. Namun demikian, dua tahun kemudian, BA terkubur dalam sejarah selepas DAP meninggalkan PAS kerana tidak berpuas hati dengan dasar Islamnya - tinggal sesetengah anggota PAS yang ada kalanya ditemui menyarung jersi yang mempunyai logo empat parti politik itu. Dari makna teknikalnya, PR ditubuhkan pada 1 April 2008, merupakan jalinan pakatan antara PKR, DAP dan PAS selepas pilihan raya umum. Dari makna sebenarnya, PR adalah versi "BA" yang diperbaharui. Momentumnya berasal daripada gelombang Reformasi - menentang pemerintahan Mahathir yang autokratik; tetapi pada masa yang sama memberi manfaat kepada sekta kuasa Mahathir dalam UMNO yang lama, dan ingin menyekat pembaharuan beransur-ansur oleh Abdullah Ahmad Badawi. Seandainya dilihat dalam konteks sejarah, wujud tiga kemungkinan untuk Pakatan Rakyat dalam PRU yang akan datang. Pertama, seperti kejayaannya menafikan majoriti dua pertiga parlimen BN, PR menyempurnakan tugas yang gagal dicapai oleh Gagasan Rakyat, APU pada tahun 1990, juga BA pada tahun 1999, iaitu berjaya untuk menukar kerajaan. Kedua, PR berpijak di tempat asal, mengekalkan kira-kira satu pertiga kerusi Dewan Rakyat, dan kuasa kerajaan di beberapa negeri. Ketiga, PR kehilangan pengkalannya, dengan masa depan yang malap, malah mencetuskan kontradiksi dalaman dan antara parti, mengulangi nasib tiga pakatan pembangkang sebelum ini. Jatuh bangun dalam 16 PRK Selepas keputusan PRK Merlimau dan Kerdau, rata-rata menganggap BN telah kembali berkuasa di gelanggang yang pernah mereka tumpas sebelum ini. Jadi, ia sememangnya memberangsangkan semangat BN untuk berdepan dengan PRU yang akan datang, dan PR mungkin gagal menangkis kemaraan tersebut. Pada hakikatnya, pilihan raya kecil adalah pilihan raya pertengahan yang mencerminkan perubahan suara rakyat. Namun demikian, disebabkan ia bukan berlangsung serentak di seluruh negara, maka ia turut memperlihatkan unsur tempatannya. Seandainya PRK ini berlangsung di kawasan MCA atau Gerakan, hampir pasti BN akan kecundang. Untuk memahami perubahan hasrat rakyat melalui PRK dengan lebih sempurna, kita perlu mengkaji keputusan pilihan raya yang lalu di kawasan tersebut. Selain Sarawak, kawasan DUN dan parlimen di seluruh negara tidak disempadankan semula sejak tahun 2003. Jadi kita boleh bandingkan keputusan PRK PR dengan keputusan PRU tahun 2004 (kemuncak BN), dan PRU tahun 2008 (kemuncak pembangkang, sewaktu "tsnami politik"). Dari rajah di atas, kekencangan PR menyusuli tsunami telah menjadi lemah ketika PRK Penanti pada 31 Mei 2009. Walaupun mungkin menggerunkan BN sebelum ini, sehingga tidak mengambil bahagian dalam PRK buat kali pertamanya. Namun, PR telah kembali ke paras asalnya semasa PRK Manek Urai, dengan kemenangan yang tipis. Permatang Pasir adalah kawasan kuat PAS di Pulau Pinang, malah berada dalam lingkungan kawasan parlimen Anwar Ibrahim, maka prestasi tahun 2008 dikekalkan. PRK selepas ini, melainkan keajaiban yang muncul di Sibu, PR sebenarnya berlegar antara dua kemuncak, iaitu prestasi PRU pada tahun 2004 dan 2008. Sesungguhnya kegagalan PR di Kerdau dan Merlimau menunjukkan kelemahan PR di kawasan desa, tetapi ia tidak cukup untuk menggambarkan keadaan seluruh negara. Seandainya ada lagi PRK sebelum genap tiga tahun Dewan Rakyat bersidang, malah kebetulan di kawasan Cina, maka PR mungkin dapat mengembalikan semangatnya, sebagaimana dalam PRK Sibu. Sememangnya PRK sukar diduga, tetapi sudah pasti pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat. Jadi, pilihan raya Sarawak bakal menjadi peluang terakhir PR untuk menaikkan semangatnya. Sarawak penentu kemenangan dan kekalahan? Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, pembangkang memenangi 9 kerusi daripada 71 kerusi, prestasi pembangkang yang terbaik sejak tahun 1987. SUPP menjadi MCA di Sarawak, dan menjadi pentanda pertama tsunami politik pada tahun 2008. Kini, pemerintahan Taib Mahmud (gambar kanan) yang telah memunggah kekayaan dari bumi kenyalang untuk 30 tahun dibandingkan dengan Mubarak di Mesir. Isu tanah adat bumiputera mungkin menjadi arus yang menderas di bawah untuk menumbangkan BN, dari kalangan kaum asal. Meskipun jentera pembangkang agak lemah, namun masih berkemungkinan menembusi beberapa kawasan. Di kawasan bandar pula, angin yang kencang bertiup di kawasan majoriti Cina. SUPP mungkin tenggelam di selatan Sarawak (sekitar Kuching), dan pertarungan sengit di kawasan pertengahan Sarawak (sekitar Sibu) - mungkin mengulangi keputusan PRK Sibu. SUPP hanya mungkin menang di bahagian utara Sarawak (sekitar Miri). Dalam keadaan sedemikian, DAP dijangka merangkul 10-14 kerusi, dan PKR mungkin berjaya merampas kira-kira 10 kerusi. Seandainya PR bekerjasama untuk merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi, biarpun mungkin belum cukup untuk menafikan dua pertiga, namun tetap menggemparkan. Maka Taib Mahmud semestinya berdepan dengan tekanan untuk berundur, dan tercetusnya pergelutan kuasa yang baru. Paling penting, seandainya kuasa kerajaan negeri BN di Sarawak tergugat, maka ia bukan lagi "deposit tetap" untuk BN dalam PRU akan datang. Semangat PR akan teruja, dan tekanan itu beralih kepada BN. Justeru itu, biarpun BN kekal berkuasa, namun PR masih mampu mengekalkan kerusinya yang hampir satu pertiga dalam Dewan Rakyat. Namun demikian, seandainya PR kecundang dalam suasana sebegini, dan hanya memperolehi kira-kira tiga hingga lima kerusi DUN Sarawak? Bukan sahaja PR Sarawak akan menemui ajal, malah Najib Razak mungkin mengambil kesempatan untuk mengadakan PRU. Jika itu berlaku, maka PR di peringkat persekutuan mungkin mengulangi nasib BA, hilang dari pentas politik selepas PRU - dan pertukaran kerajaan mungkin ditunda lapan atau 10 tahun kemudian. Mengapa dikatakan Sarawak bakal menjadi penentu kemenangan atau kekalahan PR? Ini kerana seandainya harapan untuk menawan Putrajaya berkecai, maka ketiga-tiga parti politik akan kembali kepada asasnya, lantas mencungkil kontradiksi antara tiga parti. Apakah pengharaman perjudian oleh PAS adalah reaksi spontan terhadap kekalahan PRK yang berturut-turut? Jikalau BN kekal kukuh di Malaysia Timur, PAS yang hilang harapan untuk menawan Putrajaya akan menekankan dasar islamnya - untuk selamatkan dirinya. Adakah DAP akan kompromi dengan keadaan itu? Jadi, apakah manifesto yang ingin diketengahkan PR ketika itu? Apakah mungkin PR tidak kalah? Apakah PR Sarawak jelas dengan kepentingan dirinya? Seolah-olah tidak. Dalam saat-saat DUN Sarawak akan dibubar bila-bila sahaja, DAP dan PKR masih tegang kerana Dominique Ng - rundingan pengagihan kerusi yang belum diselesaikan. Sementara itu, PKR juga bermasalah dengan SNAP. Malah, rundingan manifesto bersama pun belum bermula! Seandainya mereka terus melengah-lengahkannya, maka terpaksalah kita bersedia untuk menunggu 8 atau 10 tahun lagi, untuk pertukaran kerajaan persekutuan! *Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 8 Mac 2011. | ||
Keluar PR jika tidak puas hati: Anwar Posted: 10 Mar 2011 02:29 AM PST SINAR HARIAN KOTA SARANG SEMUT - Mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak berpuas hati sekiranya tidak dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang 'dialu-alukan' untuk keluar dari PR kerana pakatan itu hanya memerlukan calon yang sanggup berkorban. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin PR yang dikenal pasti bermasalah dan tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digugurkan bagi memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berkebolehan dan diterima rakyat. Menurutnya, PR memandang serius usaha memenangi PRU akan datang demi membawa perubahan kepada rakyat sebagaimana dinikmati rakyat Mesir dan Tunisia setelah pemimpin diktator mereka dijatuhkan. "Lebih baik mana-mana pemimpin yang ada kepentingan diri keluar dari PR dengan segera kerana kita memerlukan gerak kerja yang kukuh dan sentiasa yakin dengan keupayaan pakatan ini untuk menentang pemerintahan zalim UMNO dan BN. "Pada masa sama, saya juga menuntut semua ahli PR lebih berani menyampaikan wadah perjuangan pakatan itu kepada umum di samping tidak meremehkan usaha yang dilakukan pucuk kepimpinan parti masing-masing dalam usaha menawan Putrajaya," katanya sewaktu menyampaikan ceramah sempena pemerintahan tiga tahun PR di Kedah di Kota Sarang Semut, semalam. Anwar turut mendedahkan terdapat pemimpin PR yang dibayar sebanyak RM1.4 juta untuk keluar dari parti masing-masing di samping cuba melaga-lagakan keutuhan hubungan tiga parti utama PR iaitu PKR, Pas dan DAP. "Saya sudah menyerahkan segala bukti itu kepada Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution untuk disimpan sebelum menunggu masa yang sesuai untuk didedahkan," katanya. Anwar juga meluahkan keazaman PR untuk berusaha dan berikhtiar dengan sedaya upaya untuk memperbaiki prestasi pakatan itu di kawasan Dewan Undangan Negeri( DUN) dan Parlimen yang tewas pada PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu. "Kita mesti bersungguh-sungguh untuk menghadapi PRU yang akan datang memandangkan ianya peluang terbaik untuk menukar pemerintah sebagaimana berlaku di beberapa negara di Timur Tengah," katanya. | ||
Pemuda Umno selar bekas naib pengerusi Suhakam Posted: 10 Mar 2011 02:27 AM PST BERNAMA Pemuda Umno Sabah menyifatkan kenyataan bekas Naib Pengerusi Suhakam Tan Sri Simon Sipaun bahawa "kehidupan di Sabah sebelum Malaysia adalah baik" sebagai tidak adil dan jahil mengenai sejarah Malaysia. Ketuanya Azman Ruslan berkata kenyataan itu juga boleh dianggap sebagai mempersoalkan keputusan ikhlas Sabah untuk menyertai pembentukan Malaysia. "Sebagai seorang bekas pegawai tinggi kerajaan di negeri ini, Sipaun (kiri) sepatutnya lebih arif dan memahami latar belakang dan sejarah pembentukan Malaysia. "Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah bahawa pendapat rakyat (ketika itu) di Borneo Utara dan Sarawak telah diambil kira dan disahkan menerusi Suruhanjaya Siasatan Cobbold sebelum cadangan Persekutuan Malaysia dimuktamadkan. "Malahan presiden Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (Unko), Donald A Stephens (kemudiannya Tun Mohd Fuad Stephens), dipilih pengerusi Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC)," katanya kepada Bernama, di Keningau hari ini. Antara objektif MSCC ialah mengumpulkan dan mendapatkan pandangan dan pendapat berhubung penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Brunei, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Memetik laporan Suruhanjaya Cobbold, Azman berkata Unko telah menyatakan bahawa keselamatan paling terjamin untuk masa depan bekas negara jajahan British di Asia Tenggara ketika itu "bergantung kepada kesediaan mereka untuk sama-sama membentuk Malaysia." Azman berkata Unko, parti politik pertama di Sabah juga menyatakan bahawa kecuali Malaysia dibentuk, mungkin terdapat 'tuntutan' ke atas wilayah-wilayah di Borneo daripada pihak lain. Dalam kenyataan yang dibuat pada satu seminar anjuran Barisan Bersatu Borneo pada Sabtu dan diterbitkan dalam akhbar harian tempatan, Sipaun berkata kehidupan di Sabah dianggap lebih baik dalam banyak aspek sebelum Malaysia dibentuk berbanding dengan sekarang. Sipaun, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah juga dipetik sebagai berkata apa yang boleh dikatakan mengenai kesatuan politik antara wilayah-wilayah di Borneo dan Malaysia adalah "palsu kerana kedua-dua rantau mempunyai amat sedikit, jika pun ada, persamaan." Azman berkata kenyataan itu "jelas tidak menghormati pengasas-pengasas Malaysia", terutama allahyarham Tun Mohd Fuad, yang merupakan "Huguan Siou" atau pemimpin agung pertama kaum Kadazandusun. "Dunia terus bergerak sejak Malaysia ditubuhkan kira-kira 48 tahun lepas. Kenapa pula sekarang perlu memberitahu rakyat Sabah yang menyertai Persekutuan Malaysia adalah satu 'kesilapan'," katanya. | ||
Khalid akui 'jengkel' dengan pelantikan Khusrin Posted: 10 Mar 2011 02:25 AM PST Salhan K Ahmad & Regina Lee Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata hubungan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor dengan penjawat awam dalam pentadbiran negeri kini telah bertambah baik. Begitu juga hubungannya dengan setiausaha kerajaan negeri yang baru dilantik – Datuk Mohammed Khusrin Munawi. Proses pelantikan Mohammed Khusrin mencetus pergeseran di antara kerajaan Selangor dan persekutuan kerana didakwa membelakangkan kuasa menteri besar. Tambahnya, beliau menentang pelantikan Mohammed Khusrin bukan atas sebab peribadi tetapi kerana ia melibatkan soal prinsip. Khalid berkata, beliau berasa kesal kerana sebelum ini beliau telah diundang untuk menyampaikan pandangannya di Institut Tabdbiran Awam Negara berhubung soal tataurus negara. Masih jengkel Namun melihat kepada perkembangan yang berlaku, semua pandangan yang diberikan ketika beliau mengetuai Permodalan Nasional Berhad itu nampaknnya "tidak berhasil." Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, Khalid mengakui bahawa beliau masih berasa jengkel dengan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri. "Jika seorang jurulatih sebuah pasukan tidak boleh memilih pemainnya sendiri, bagaimana pasukan bola sepak itu boleh membentuk pasukan yang kuat dan kompetitif,. "Jadi itulah asasnya. Walaupun undang-undang tidak membenarkannya, kita tidak boleh belakangkan menteri besar sebab dia adalah sebahagian daripada pasukan," katanya yang menyifatkan perkembangan yang berlaku itu sebagai sesuatu yang "tidak boleh diterima." Khusrin masih baru Namun, beliau kini menganggap Mohammed Khusrin sebagai salah seorang daripada pasukannya dan beliau berhasrat supaya semua anggota pasukannya itu bekerjasama demi kepentingan negeri itu. Ditanya mengenai prestasi yang ditunjukkan Mohammed Khusrin, Khalid berkata bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu "masih baru" dalam jawatan sebagai setiausaha kerajaan negeri. "Tapi seperti penjawat awam berdedikasi yang lain, dia menunjukkan usaha untuk memperbaiki dirinya... Dia menyiapkan tugasanya dan dia laporkan kepada saya mengenai apa yang dia mahu lakukan," kata Khalid lagi. Katanya, beliau gembira apabila para penjawat awam di Selangor dapat memberikan kerjasama yang baik dengan pasukannya. Tambahnya, perkara itu boleh dilihat dalam proses negeri itu membentuk satu program pembangunan tiga tahun yang akan dilancarkan pada 25 Mac. Katanya lagi, program Agenda Selangor Untuk Rakyat (ARUS) itu dibentuk melalui perbincangan di peringkat bawah. Beliau menjelaskan, kerajaan negeri telah menjalankan sebanyak 12 pertemuan sejak pertengahan tahun lalu bagi mendapatkan input untuk program berkenaan. Selain penjawat awam, pertemuan itu juga melibatkan kehadiran ketua-ketua pihak berkuasa tempataan, ketua kampung dan ahli majlis. "Apabila kita bermesyuarat, mereka juga ambil bahagian dalam perbincangan. Jadi ia merupakan hubungan dua hala yang baik. Ini penting untuk memastikan anda menjalakankan pelaksanaan," katanya. "Anda boleh lihat bahawa ianya dikumpulkan menjadi satu laporan yang mengambil kira pandangan, cadangan dan juga aduan oleh masyarakat Selangor," katanya lagi. | ||
Pegawai SPRM dakwa polis cuba kaitkannya Posted: 10 Mar 2011 02:23 AM PST MALAYSIA KINI Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Ashraf Mohd Yunus berkata pihak polis cuba mengaitkannya dengan kes kematian Teoh Beng Hock. Bercakap pada Suruhanjaya Diraja hari ini, katanya, polis menyoal siasatnya pada 18 Julai 2009, dua hari selepas Teoh dijumpai mati. "Saya disoal seolah-olah saya membunuhnya," kata Mohd Ashraf, apabila peguam SPRM, Datuk Muhammad Shafee Abdullah menyoalnya berhubung soalan-soalan yang diajukan kepadanya. Mohd Ashraf berkata beliau dapat menyelami perasaan itu memandangkan Teoh adalah orang awam. Katanya, beliau pernah melalui siasatan dengan pihak polis berhubung kematian Teoh tetapi boleh menghadapinya dan tidak marah cuma beliau erasa letih. Beliau berkata demikian selepas ditanya beberapa kali oleh pengerusi Teoh juga diminta menunggu beberapa jam selepas itu. Foong:" Jika kamu dalam keadaan Teoh malam itu, di mana kamu datang pukul 6 petang, tunggu kamu dan Arman Alies (penyiasat SPRM), semak dokumen dan juga tunggu sampai 5 pagi, boleh kamu rasa keadaan dia?" Mohd Ashraf:"Tidak boleh." Foong: "Tetapi tadi (semasa disoal Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah) kamu beritahu kamu pernah disoal siasat? Mohd Ashraf: "Saya hanya rasa letih, tidak marah sebab itu arahan polis supaya bekerjasama." Foong: "Itu kamu yang diberi latihan untuk menyisat tetapi Teoh orang biasa yang diminta masuk ke bahagian siasatan kali pertama, apa rasa dia, ditahan beberapa jam?" Mohd Ashraf:"Itu boleh rasa." Foong: "Kalau kamu Teoh, apa kamu akan rasa." Mohd Ashraf: "Jika begitu kita akan rasa tertekan." Di awal prosiding, Mohd Ashraf memberitahu suruhanjaya itu bahawa beliau dan eberapa pegawai SPRM lain disoal siasat oleh pihak polis selama 12 jam pada 17 Julai.Mohd Ashraf, yang merupakan saksi ke-20, berkata bahawa sepanjang berkhidmat selama lima tahun, beliau telah mengikuti beberapa kursus dan dilatih selama enam bulan sebagai penyiasat. Bagaimanapun beliau hanya didedahkan cara menyiasat saksi dan suspek selama dua jam sahaja bagi tempoh latihan enam bulan itu dan tidak diberitahu kemungkinan-kemungkinan saksi mahu membunuh diri. Menceritakan mengenai sembilan aduan yang dibuat oleh beberapa suspek terhadapnya, Mohd Ashraf berkata beliau tidak pernah dikenakan tindakan oleh SPRM berhubung aduan itu. Katanya antara aduan itu adalah berkaitan cara penyiasatannya sama ada menggunakan tangan, menampar atau menggunakan apa-apa objek. Ditanya oleh Foong sama ada beliau mengasari suspek, Mohd Ashraf berkata: "Tidak." Katanya Teoh juga banyak berdecap (kerana kehairanan) ketika soal siasat itu tanpa memandang ke arahnya. Ketika di pantri pula, katanya, Teoh tidak memandang wajahnya ketika diberikan air dan gelas. Prosiding disambung esok. | ||
Unit FLOM di bawah JPM tidak wujud, kata Nazri Aziz Posted: 09 Mar 2011 10:54 PM PST Hazlan Zakaria Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul. "Saya ingin menjelaskan soalsan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010 Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan. Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011. Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara. Kos lawatan Rosmah lebih RM134,000 Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri. "Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM," katanya lagi. Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan. Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri. | ||
Doktor: Saiful dakwa dadanya diramas Posted: 09 Mar 2011 10:50 PM PST Hafiz Yatim Doktor keempat dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa berlaku penetrasi dalam kejadian liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi. Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu. Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital. Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya. Bahan pelincir Dr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya. Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan. Menjawab soalan peguam Karpal Singh, Dr Razuin menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum. Katanya, dia juga mencatatkan dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat. "Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008. Namun menurut Dr Razuin, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu. Sebelum itu, pendaftar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberitahu mahkamah bahawa kereta Audi 'WMK 6' didaftar atas nama Anwar. Menurutnya lagi kereta Perdana V6 automatik pula dimilik oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Manakala kereta Toyota Harrier pula didaftarkan atas nama Omar Malik. Terdapat sebuah lagi kereta - WNK5251 - yang dimiliki oleh Chan Wai Hong. Ahmad juga, dalam keterangannya berkata, pemilik kenderaan lain termasuk Nik Mohd Nik Hassan. | ||
Rasuah: Pembantu hakim, k'tangan penjara didakwa Posted: 09 Mar 2011 10:45 PM PST BERNAMA Seorang pembantu hakim dari Mahkamah Tinggi Seremban bersama rakannya, kakitangan Jabatan Penjara Seremban dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM2,000 untuk menghilangkan fail kes mahkamah. Pembantu hakim itu, Mohd Tarmidzi Zulkapli, 27, dan Adi Lala Rahim Mansah, 26, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Ar Robah, Taman Desa Anggerik, Senawang pada 19 September 2008 dengan menerima suapan dari Mohd Azam Azhari Juhari. Tertuduh telah diminta untuk menghilangkan fail mahkamah yang mengandungi kes rogol melibatkan Azam. Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh perbicaraan pada 7 April depan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) dan dihukum di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak melebihi lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000. Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. | ||
Permohonan cabar pengharaman '1Funny Malaysia' 27 April Posted: 09 Mar 2011 10:36 PM PST BERNAMA Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 27 April depan untuk mendengar hujahan dalam permohonan semakan kehakiman oleh portal berita Malaysiakini.com dan seorang penerbit buku kartun politik untuk mencabar keputusan menteri dalam negeri mengharamkan penjualan dua buku. Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu selepas mengadakan perjumpaan dengan peguam K Shanmuga dan Peguam Kanan Persekutuan Noorhisham Ismail di dalam kamar. Bercakap kepada pemberita Noorhisham berkata kedua-dua pemohon memerlukan masa untuk membalas afidavit jawapan yang difailkan oleh responden. Sepatutnya permohonan itu didengar hari ini. Shanmuga mewakili pemohon, MKINI Dotcom Sdn Bhd dan syarikat penerbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd, manakala Noorhisham mewakili responden, iaitu menteri dalam negeri dan timbalannya. Pada 8 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada MKINI Dotcom, yang mengendalikan Malaysiakini dan Sepakat Efektif, bagi pihak Zulkiflee SM Anwarul Haque, seorang kartunis politik dengan nama pena 'Zunar' untuk mencabar keputusan pengharaman dua buku -- '1 Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'. Dalam permohonan yang difailkan pada 26 Julai tahun lalu, MKINI Dotcom berkata buku versi Inggeris, '1 Funny Malaysia', diterbitkan oleh Malaysiakini pada November 2009 di mana hampir semua kartun dalam buku itu disiarkan dalam web Malaysiakini dari Oktober 2006 hingga November 2009, adalah kompilasi kartun yang dihasilkan oleh Zunar yang mengandungi kartun-kartun politik berbentuk sindiran atau satira mengenai isu polilik Malaysia dan pentadbiran. Dalam permohonannya, syarikat penerbitan itu berkata buku versi Bahasa Melayu 'Perak Darul Kartun', diterbitkan pada November 2009 dan menyiarkan kartun politik oleh beberapa artis tempatan yang dipimpin oleh Zunar. Mereka berkata pada 25 Mei tahun lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri bagi pihak menteri telah mengeluarkan perintah melarang penerbitan, produksi, penjualan, pengedaran atau pemilikan dua buku itu dengan alasan ianya memudaratkan ketenteraman awam. MKINI berkata kartun dalam buku itu telah diterbitkan di lamanweb berkenaan lebih dua tahun dan buku itu telah berada di pasaran selama tiga bulan sebelum dirampas. Sepakat Efektif pula mendakwa buku 'Perak Darul Kartun' telah berada di pasaran selama enam bulan sejak November 2009 dan mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai buku itu mengancam ketenteraman awam. Pemohon menuntut antara lainnya perintah membatalkan pengharaman buku itu dengan alasan pengharaman itu tidak sah kerana melanggar Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan juga bertentangan dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. | ||
Exco: Tiada pengharaman loteri di Terengganu Posted: 09 Mar 2011 10:33 PM PST MALAYSIA KINI Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw. "Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi," kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam. Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup. Ditanya, sama ada beliau bermaksud kerajaan negeri akan meluluskan permohonan seumpama itu, Toh berkata beliau tidak dapat menjawap soalan itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan. Berdasarkan prosedur, kerajaan negeri atau majlis tempatan akan menimbangkan semua permohonan, katanya. "Kita sepatutnya fokus pada situasi di Kelantan. DAP perlu sendiri jelaskannyanya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang seharusnya mengheret kerajaan negeri Kelantan ke mahkamah," kata Toh. Beberapa pemimpin MCA dan Gerakan telah berulang-kali mendesak DAP menjelaskan pendiriannya berhubung keputusan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang menyerbu dua premis yang menjual tiket loteri secara tersembunyi. Premis perjudian telah diharamkan sejak PAS menawan negeri itu pada 1990. Isu ini menjadi sesuatu yang hangat kepada Pakatan Rakyat kerana MCA dan Gerakan menggunakannya bagi memaparkan bahawa PAS cuba mengekang kebebasan bukan Islam. | ||
Seluar dalam diambil dari rumah teman wanita Saiful Posted: 09 Mar 2011 10:30 PM PST Hafiz Yatim Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung pagi tadi dengan mahkamah mendengar keterangan dari pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira. Menurut Pereira, pada jam 8.30 petang 29 Jun 2008, beliau pergi ke rumah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Bandar Utama dan mengambil sehelai seluar hitam, sehelai seluar jenama Levi dan sehelai kemeja tangan panjang berwarna hijau. Sebelum itu, Pereira memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil KY gel jenama Johnson and Johnson ketika Saiful berada di hospital. Katanya, penahanan itu bagi membolehkan beliau menyambung sesi keterangan Anwar pada keesokan harinya. "Saya tahan kerana siasatan saya masih belum selesai. Ada beberapa soalan saya perlu tanya. Kami ada arahan tidak boleh rekod pada waktu malam," katanya. Menurut Periera, sesi pada keesokan harinya diteruskan berkaitan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian mengarahkannay merujuk kepingan gambar untuk mengecam individu-individu yang hadir ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 termasuk Anwar dan pengadu Saiful Bukhari Azlan. Periera adalah saksi terakhir pendakwaraya. | ||
Umno Selangor sedia hadapi pilihanraya umum Posted: 09 Mar 2011 10:28 PM PST Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, pengundi memberi sokongan kepada calon BN. PETALING JAYA: Umno Selangor telah bersedia menghadapi pilihanraya umum, kata Ketua Penerangan, Syukor Idrus hari ini. "Jentera kita telah bersiap sedia, cuma tunggu dewan dibubarkan. Umno berada dalam keadaan merampas terbaik untuk merampas semula Selangor. "Dan kita yakin akan menang ke atas Pakatan Rakyat kali ini," katanya. Katanya, berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, pengundi memberi sokongan kepada calon BN. Selangor ditawan Pakatan Rakyat selepas gabungan parti pembangkang itu menang kali pertama dalam pilihanraya umum 2008. Syukor berkata, sejak Selangor diperintah Pakatan Rakyat pelbagai masalah berlaku kepada rakyat negeri itu. Katanya, Kumpulan Darul Ehsan terpaksa meminjam wang kerajaan negeri berjumlah RM13 juta setahun untuk memberi subsidi air. Manakala wang kerajaan negeri pula digunakan untuk membiayai kegiatan parti politik Pakatan Rakyat. "Banyak projek yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya ujmum lalu tidak dillaksanakan. "Buku Jingga hanya gimik sahaja, nama Selangor tidak ada dalam buku tersebut," katanya. | ||
Najib dan Mubarak: Persamaan yang ketara Posted: 09 Mar 2011 10:25 PM PST Najib menggunakan cara-cara yang sama dengan Mubarak dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa BN - Naib Presiden PKR. PETALING JAYA: Terdapat persamaan yang luar biasa antara pemerintahan autoritarian selama 30 tahun di Mesir oleh Presiden Hosni Mubarak dan pemerintahan menindas selama 53 tahun oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) ke atas Malaysia. "Najib menggunakan cara-cara yang sama dengan Mubarak dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa BN keatas negara kita," kata Naib Presiden PKR N Surendran dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut beliau, antara persamaannya adalah: pergantungan kerajaan atas suatu sistem polis yang agam untuk menumpaskan pihak Pembangkang; kawalan ketat ke atas media cetak dan television serta tahanan tanpa bicara yang bermotifkan politik. "Persamaan lain ialah keadaan darurat berdekad yang tidak dibatalkan; sistem kehakiman yang berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan serta pilihan raya yang tidak bebas ataupun adil," katanya. Beliau berkata, seperti Mubarak dan Parti Demokratik National (NDP), Najib dan BN telah secara konsisten menggunakan apa-apa cara, walaupun jahat, untuk terus kekal berkuasa. "Tetapi yang amat ketara katanya, kedua-dua Mesir dibawah pemerintahan Mubarak dan Malaysia dibawah Najib, dari masa ke semasa mengheret pesaing politik ke Mahkamah untuk menghadapi tuduhan jenayah yang direka-reka," terang beliau. Ujar Surendran, "objektifnya adalah untuk menghancurkan pesaing politik secara politik dan peribadi, dan oleh demikian menghapuskan ancaman kepada pemerintahan mereka. "Rejim-rejim yang tidak bertoleransi dengan pasti akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak memperduli kedaulatan undang-undang," jelas beliau. Katanya lagi, dalam penganiayaan kehakiman yang sekarang berlangsung ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Najib dengan ketara mencerminkan Mesir semasa di bawah Mubarak. "Serangan mempergunakan sistem kehakiman ke atas Anwar yang ingin membawa perubahan dimulakan oleh pemerintah kuku besi mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 1998. Dr Mahathir baru-baru ini katanya, menerbitkan sejilid memoirnya yang menipu dan tidak wajar bagi seorang bekas perdana menteri. "Lebih satu dekad kemudian, Kerajaan Najib menggunakan taktik yang sama sahaja," ujar beliau. Beliau berkata, Mubarak dengan terkenalnya menggunakan mahkamah Mesir untuk memenjarakan Ayman Nour, pemimpin Parti El Ghad (Parti Esok). Ayman Nour adalah seorang pemimpin pembangkang yang utama dan merupakan pesaing Mubarak dalam pilihanraya Presiden tahun 2005. "Berikutan suatu perbicaraan yang rata-rata dikecam dan farsa, Ayman Nour dipenjarakan selama lima tahun dengan kerja berat. Persamaan dengan pendakwaan Anwar yang sekarang berlangsung adalah amat ketara," terangnya. Rakyat Malaysia katanya, bersama dengan dunia, berasa girang melihat pemergian penzalim Mubarak dan kemenangan rakyat Mesir. "Sekarang, kita mengalu-alukan hari yang cemerlang apabila rakyat Malaysia mengakhiri pemerintahan membazir, lembap dan menindas BN dan pemimpinnya Najib. "Pemerintahan BN yang mencerminkan pemerintahan Mubarak ke atas Mesir, mesti berakhir. Untuk kebaikan negara, BN perlu disingkirkan," ujar beliau. | ||
Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan Posted: 09 Mar 2011 04:24 PM PST
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan