DIALOG RAKYAT |
- Badrul mahu hadir sidang DUN Selangor hujung Mac
- Kekayaan terkumpul 40 orang terkaya Malaysia naik AS$11b
- Selangor lancar skim mikro kredit MiMBAR bantu miskin bandar
- Bankrap: Alasan MB ibarat Pak Pandir
- Umno BN restu budaya samseng di Merlimau
- Orang Asli dijamu arak di Galas
- Ustaz Ghani : Pemimpin Umno Remeh Isu Agama, Pentingkan Kebendaan
- 109 Dikenalpasti Lokaliti Wabak Denggi Di Seluruh Negara
- Beng Hock Tidak Mencangkung Di Tingkap- Peguam
- Ummi Perkakas BN : Rakyat Bijak Menilai, Kata Mahfuz
- Selangor Terkini-MB Gesa ADUN Umno Dikenakan Tindakan
- Hadi: Umno letak Islam bawah politik rendahkan martabat agama
- Bekas YDP Selayang didakwa lulus biaya selenggara rumah sendiri
- Ummi Hafilda askar upahan BN, kata PAS
- Anwar: Pemeriksaan doktor aibkan, bahagian sulit diukur
- PEMIMPIN PR GEMPUR MERLIMAU MALAM TADI
- BN AMAL RASUAH SECARA TERANG-TERANGAN
- PRK Kerdau : Calon BN tiada ketokohan cuma tumpang populariti MB
- Pelajar Mesir syukur terima bantuan Kerajaan Negeri
- BN Sarawak mulai gelabah pengaruh PR masuk rumah panjang
- : Lagi isu di PRK Kerdau!
- Kontroversi myBALIKPulau: Kenyataan daripada bekas EXCO Pulau Pinang
- Azizah: Betapa mudahnya Abdullah ditipu dalam isu PKFZ
- Pendekatan elak pertikaian
- Penangan ilmu hitam
Badrul mahu hadir sidang DUN Selangor hujung Mac Posted: 03 Mar 2011 03:25 PM PST BERNAMA PELABUHAN KLANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan hujung Mac ini. Beliau berkata sebanyak 10 soalan telah dikemukakannya untuk dijawab pada persidangan DUN itu nanti. Pada 24 Januari lepas, Badrul Hisham dihalang menyertai persidangan khas DUN Selangor berikutan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong pada 16 Januari lepas dengan alasan ADUN itu gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah. Namun, pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN dan kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong. "Apa yang penting saya membawa hasrat rakyat di Pelabuhan Klang terutamanya dalam bidang pertanian dan saya harap kerajaan negeri akan membantu, jangan ada sekatan," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan jentera membajak kepada Persatuan Pengusaha Sayur-sayuran dan Buah-buahan Pulau Indah (PPSBPI) di sini hari ini. | ||
Kekayaan terkumpul 40 orang terkaya Malaysia naik AS$11b Posted: 03 Mar 2011 03:22 PM PST BERNAMA SINGAPURA – Kekayaan terkumpul 40 orang paling kaya di Malaysia berjumlah AS$62.1 bilion, meningkat sebanyak AS$11.1 bilion (AS$1=RM3.00) berbanding tahun lepas, demikian menurut senarai kekayaan terbaharu yang disiarkan oleh Forbes Asia. Forbes Asia dalam satu kenyataan hari ini berkata gabungan kekayaan itu naik hampir 22 peratus daripada senarai pada 2010. "Sumber kewangan yang lebih baik itu datang daripada sokongan kekukuhan ekonomi negara yang berkembang 7.2 peratus tahun lepas, kadar tertinggi sejak 2000," kata Forbes. Dua tempat teratas pertama masih dipegang oleh Robert Kuok Hock Nien dan Ananda Krishnan. Kuok, 87, menerajui kedudukan pertama sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 orang paling kaya di Malaysia. Kekayaan beliau bernilai AS$12.5 bilion, naik sebanyak setengah billion daripada tahun lepas. Sumber terbesar kekayaannya ialah pegangan beliau dalam Wilmar International, syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia. Ananda, 72, berada di kedudukan kedua dengan kekayaan bernilai AS$9.5 bilion, naik daripada AS$8.1 bilion tahun lepas. Maxis Communications Bhd miliknya merupakan penyedia perkhidmatan telefon selular terbesar di Malaysia. Baru-baru ini beliau telah menjadikan tiga syarikatnya sebagai syarikat persendirian: syarikat penyiaran satelit Astro All Asia Networks plc, syarikat kuasa dan perjudian Tanjong plc, dan pengendali satelit Measat Global Bhd. Di kedudukan No. 3 ialah tokoh yang meraih untung paling besar tahun ini dari segi dolar, Puan Sri Lee Kim Hua. Balu jutawan kasino Tan Sri Lim Goh Tong yang berusia 81 tahun itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang berada dalam senarai tahun ini. Saham Genting miliknya melonjak apabila operasi syarikat di Singapura yang beroperasi di Pulau Sentosa dibuka, meningkatkan nilai bersih kekayaan keluarga itu sebanyak AS$2.7 bilion kepada AS$6.6 billion dari tahun lepas. Tan Sri Lee Shin Cheng, yang membangunkan IOI Group menjadi satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar dunia, turun satu anak tangga ke tempat keempat dengan nilai bersih AS$5 bilion, meningkat AS$400 juta daripada tahun lepas. Perintis syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes, yang dipilih sebagai Ahli Perniagaan Terbaik Asia 2010 Forbes, berada di kedudukan ke-20 tahun ini, turun satu tangga daripada tahun lepas meskipun kekayaannya meningkat kepada AS$470 juta daripada AS$330 juta tahun lepas. Satu-satunya hartawan baharu yang menduduki senarai tahun ini ialah Chia Song Kun di kedudukan ke-24 dengan kekayaan AS$400 juta. Harga saham QL Resources Bhd, syarikat makanan laut, pengeluaran telur dan minyak sawit miliknya, mencatatkan kenaikan berganda sejak tahun lepas. Datuk Tony Tiah Thee Kian di kedudukan ke-35 merupakan satu-satunya orang yang kembali semula berada dalam senarai selepas tercicir tahun lepas, apabila sahamnya dalam TA Enterprise Bhd pulih semula. Kekayaan beliau bernilai AS$170 juta. Tidak semua yang mencatatkan prestasi baik kerana terdapat tiga orang yang menyaksikan kekayaan mereka berkurangan, diterajui oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang berada di kedudukan kesembilan. Beliau yang memiliki Berjaya Group, menyaksikan kekayaannya merosot kepada AS$1.25 bilion daripada AS$1.6 bilion tahun lepas. Taikun kayu balak Tan Sri Tiong Hiew King merupakan satu-satunya orang yang dalam senarai tidak menyaksikan sebarang perubahan dalam kekayaannya. Harta beliau masih bernilai AS$1.2 bilion dan berada dikedudukan ke-10 dalam senarai. Tahun ini, minimum bersih bernilai AS$125 juta diperlukan untuk layak memasuki senarai, naik daripada AS$110 juta tahun lepas. Bilangan bilionair dalam senarai itu kekal tidak berubah daripada tahun lepas sebanyak 10 orang. Senarai 10 orang paling kaya Malaysia ialah: 1) Robert Kuok Hock Nien (AS$12.5 bilion); 2) Ananda Krishnan (AS$9.5 bilion); 3) Puan Sri Lee Kim Hua (AS$6.6 bilion); 4) Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$5 bilion); 5) Tan Sri Quek Leng Chan (AS$4.8 bilion); 6) Tan Sri Teh Hong Piow (AS$4.7 bilion); 7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay (AS$2.7 bilion); 8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (AS$2.5 bilion); 9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (AS$1.25 billion); dan 10) Tan Sri Tiong Hew King (AS$1.2 bilion). | ||
Selangor lancar skim mikro kredit MiMBAR bantu miskin bandar Posted: 03 Mar 2011 03:21 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER PELABUHAN KLANG — Kerajaan Negeri Selangor hari ini melancarkan sistem mikro kredit miskin bandar (MiMBAR) bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka. MiMBAR adalah terbuka kepada penduduk kawasan bandar di Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan, di mana pemohon layak mendapat pinjaman maksimum RM5,000. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapan pelancaran MiMBAR di sini hari ini berkata buat permulaan sejumlah RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi tabung itu yang antaranya bertujuan membantu usahawan kecil. "Ini penting bagi memastikan miskin bandar di Selangor diberi persediaan untuk keluar daripada garis kemiskinan negeri iaitu memiliki pendapatan isi rumah bulanan melebihi RM1,500." Beliau berkata menjelang 2020, 90 peratus daripada Selangor akan menjadi kawasan bandar di mana barangan keperluan harian kebanyakannya perlu dibeli dan ini memerlukan ekonomi isi rumah yang kukuh. Abdul Khalid berkata kejayaan skim ini bergantung kepada kepatuhan peminjam untuk membayar balik pinjaman yang diterima mereka. | ||
Bankrap: Alasan MB ibarat Pak Pandir Posted: 03 Mar 2011 04:58 AM PST
| ||
Umno BN restu budaya samseng di Merlimau Posted: 03 Mar 2011 04:51 AM PST
| ||
Orang Asli dijamu arak di Galas Posted: 03 Mar 2011 04:46 AM PST
| ||
Ustaz Ghani : Pemimpin Umno Remeh Isu Agama, Pentingkan Kebendaan Posted: 03 Mar 2011 04:45 AM PST TVS NEWS SHAH ALAM : Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin berpandangan memang sesetengah pemimpin Umno dilihat memandang remeh isu berkaitan Islam dalam melebarkan sayap politik masing-masing. | ||
109 Dikenalpasti Lokaliti Wabak Denggi Di Seluruh Negara Posted: 03 Mar 2011 04:43 AM PST TVS NEWS KUALA LUMPUR 3 MAC : Sebanyak 109 lokaliti wabak demam denggi dikesan di 30 daerah seluruh negara untuk tempoh 20 hingga 26 Februari lalu, dengan sembilan daripadanya kawasan panas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican berkata, enam kawasan panas itu ialah Selangor, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu di Johor. | ||
Beng Hock Tidak Mencangkung Di Tingkap- Peguam Posted: 03 Mar 2011 04:40 AM PST TVS NEWS KUALA LUMPUR : Peguam yang bertindak bagi Majlis Peguam, Christopher Leong hari ini cuba menolak teori bahawa pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mencangkung di ambang tingkap sebelum melompat hingga menyebabkan kematiannya selepas ditahan dan disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahun lalu. | ||
Ummi Perkakas BN : Rakyat Bijak Menilai, Kata Mahfuz Posted: 03 Mar 2011 04:37 AM PST TVS NEWS Malah ujarnya, Umno-BN sudah kehilangan keyakinan rakyat sehingga terdesak menurunkan Ummi Hafilda yang dianggap sebagai alat, memandangkan beliau tidak ada kredibiliti untuk berkempen pada pilihanraya kecil berkenaan. "Nampaknya Umno dalam keadaan yang sangat terdesak. Umno sudah tidak dapat kepercayaan rakyat sehingga mereka membawa orang luar daripada pimpinan parti mereka untuk meyakinkan rakyat tentang apa-apa yang didakwa selama ini. "Jadi mereka bawa orang seperti Ummi Hafilda dan sebagainya. Untuk nak menimbulkan keyakinan rakyat kepada Umno. Jadi jelas bahawa dari segi kepimpinan Umno, sudah tak dapat lagi kepercayaan rakyat di negara ini,"ujar Mahfuz. Mengulas lanjut mengenai kewibawaan Ummi Hafilda, Mahfuz menegaskan, rakyat lebih mengenali Ummi yang selama ini terkenal dengan peribadi angkuh, sombong serta rendah akhlaknya. "Mereka terpaksa bawa orang yang biarpun akhlaknya dipersoalkan seperti Ummi Hafilda ini, orang yang korup pemikiran dan korup akhlaknya. Dia hanya semata- mata berdasarkan kepada ganjaran yang diberikan oleh Umno. Umno sanggup bayar berapa banyak pun asal boleh membantu umno mengembalikan keyakinan. Umno boleh bayar APCO, Umno boleh bayar juga kepada Umi Hafilda,"tambah Mahfuz. Beliau turut menyorot peristiwa di mana konspirasi menjatuhkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang turut disertai Ummi Hafilda serta pemimpin Umno yang jelas menampilkan ummi sebagai 'askar upahan' mereka. "Saya percaya bahawa, bila mereka mengheret Umi Hafilda bermakna ini mengingatkan orang kepada isu satu ketika dahulu, iaitu isu di awal kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Maknanya orang ingat itu satu konspirasi jahat termasuk kalangan pemimpin Umno. "Ini menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa Umno sanggup buat apa saja untuk memburuk dan memfitnah orang bagi kepentingan politik mereka,"tambah Mahfuz. Malam tadi kempen pilihanraya Kecil DUN Merlimau menyaksikan kehadiran Ummi Hafilda yang berkempen bagi pihak BN. Seperti kebiasaannya, Ummi sekali lagi melemparkan tohmahan dan memfitnah Ketua Umum PKR dan abangnya sendiri, Azmin Ali dalam ceramahnya di Kampung Chinchin Hulu, Melaka. | ||
Selangor Terkini-MB Gesa ADUN Umno Dikenakan Tindakan Posted: 03 Mar 2011 04:35 AM PST TVS NEWS SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menghantar sepucuk surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi menggesa satu tindakan undang-undang diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus yang secara terbuka mengaku memiliki dan mengedar akhbar tanpa permit, Selangor Terkini. | ||
Hadi: Umno letak Islam bawah politik rendahkan martabat agama Posted: 03 Mar 2011 04:33 AM PST JASIN — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Umno merendahkan martabat agama Islam apabila lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding agama dalam sistem pentadbiran negara. Tegas Presiden PAS itu, Islam yang merupakan agama rasmi negara sepatutnya diberikan keutamaan bukan sekadar digunakan apabila perlu. "Islam merupakan agama rasmi tapi ia tidak dijadikan kuasa, kuasa Islam (di Malaysia) hanya sekadar tengok anak bulan, bila ada orang mati bagi duit, ajar orang mengaji di masjid... inilah kerja pejabat agama. "Islam tidak diberikan kuasa, sepatutnya politik di bawah Islam bukan Islam di bawah politik . . . Islam menyatukan politik supaya pemimpin-pemimpin ada perhitungan antara dosa dan pahala," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Chinchin sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini malam tadi. Ini merupakan ceramah pertama Hadi semenjak kempen pilihan raya kecil kawasan Merlimau berlangsung. Kata Hadi, Islam tidak mengasingkan antara politik dengan agama seperti mana yang dilakukan Umno. "Kita tak diajar untuk asingkan politik dan Islam, apa yang diajar Umno adalah politik tiada dalam Islam . . . politik tiada dalam Islam. "Pada hal kita diajar (dalam Islam) kalau nak berjalan kena langkah dengan kaki kanan, nak makan dengan tangan kanan, baca doa, siapa yang ajar semua ini? Agama yang ajar bukan Umno," katanya. Ahli Parlimen Marang itu menegaskan sikap Umno yang tidak mementingkan Islam dalam sistem pentadbiran negara telah melemahkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi. "Ini yang melemahkan kedudukan Islam, politik Umno boleh rasuah, tipu rakyat, berlakon, buat maksiat bila hujung bulan ada duit buat umrah. "Ini yang kita nak ajar supaya orang faham politik Islam, inilah beza PAS dengan Umno," kata Hadi. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin. Menurut Hadi, Umno tidak layak untuk menunjukkan model Islam terutamanya kepada orang bukan Islam kerana parti Melayu terbesar itu telah banyak melakukan penyelewengan termasuk rasuah. "Umno amalkan rasuah, politik wang... inilah politik suku agama suku, ini PAS tidak boleh. "Jadi Umno tak boleh tunjukkan model Islam kepada orang bukan Islam," katanya. | ||
Bekas YDP Selayang didakwa lulus biaya selenggara rumah sendiri Posted: 03 Mar 2011 04:30 AM PST BERNAMA SHAH ALAM — Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Bakaruddin Othman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dakwaan menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri kira-kira sembilan tahun lepas. Bakaruddin, 57, yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dituduh di hadapan Hakim Asmadi Hussin. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang dengan menggunakan jawatannya sebagai Yang DiPertua majlis perbandaran itu untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500. Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya sendiri di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Oktober 2001 di mana dia mempunyai kepentingan langsung. Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Ketua Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa meminta ikat jamin bernilai RM8,000 dikenakan terhadapnya. Asmadi kemudianya menetapkan jaminan RM8,000 dan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan kes itu pada 4 April ini. Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu dipenjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. | ||
Ummi Hafilda askar upahan BN, kata PAS Posted: 03 Mar 2011 04:27 AM PST TERKINI JASIN— PAS menyifatkan Ummi Hafilda Ali sebagai "askar upahan" Barisan Nasional (BN) kerana membantu parti itu dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Ummi Hafilda, adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, tampil menyampaikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil di Kampung Chinchin Hulu di sini malam tadi. Dalam ceramahnya, Ummi Hafilda menggesa pengundi di Merlimau agar menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. "Ini politik kotor yang digunakan Umno-BN untuk mempengaruhi pengundi, ini pilihan raya kecil antara calon dengan calon . . . ia tak tumbangkan kerajaan (negeri). "Saya jemput dia (Ummi Hafilda) ceramah banyak lagi, saya suka kalau dia mari banyak lagi . . . apa kesan dia sebagai askar upahan untuk tarik pengundi? Dia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar . . . saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan," kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman pada sidang media di Markas PAS di sini. Ummi Hafilda pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Anwar yang juga Ketua Umum PKR, 13 tahun yang lalu. Kata Halim, tindakan Ummi Hafilda membantu kempen pilihan raya kecil BN menunjukkan beliau tidak matang dalam berpolitik. "Ini pilihan raya kecil, saya nasihatkan Ummi Hafilda kalau nak impak yang lebih besar di pilihan raya umum . . . Anwar tak bertanding sini, apa kena mengena dengan Anwarnya? "Tiada kaitan pun dengan Azmin, ini adalah kempen yang kebudak-budakan, ia juga tak beri kesan pun pada kita. Tak isu pun, di sini isu tempatan banyak . . . Ummi Hafilda ini, kes sedang bicara di mahkamah buat apa dia bangkitkan," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Merlimau. Tegas Halim, Ummi Hafilda seolah-olah dipergunakan untuk memburukkan kepimpinan Anwar dan juga Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP. "Sebab itu saya kata tak berapa masak cara politik Ummi Hafilda, mesti ada orang guna dia . . . saya nasihat kalau nak guna, guna di pilihan raya umumlah bukan pilihan raya kecil . . . tiada kesan. "Ini adalah satu taktik yang tidak masak dalam pilihan raya kecil, kalau kita buka rasuah kerajaan melaka dan tak ada integriti ketua menteri itu ada kesan. "Datuk Seri Anwar sekarang sedang dibicara, jadi kita serah kepada mahkamah sahaja, tak tahu kalau Ummi Hafilda ini nak jadi hakim saya tak tahulah," katanya. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin. Dalam sidang media itu juga, Halim mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam seolah-olah merestui kempen ala samseng yang digunakan BN untuk menakut-nakutkan pengundi. "Apa yang berlaku selama ini jelas menampakkan budaya samseng masih diamalkan Umno-BN, inikah budaya Umno-BN? "(Mohd) Ali Rustam tak boleh kawal seolah-olah dia merestuinya, sepatutnya dia kawal tapi nampaknya perkara itu masih lagi berlaku...budaya samseng ini direstui Ali Rustam," katanya. | ||
Anwar: Pemeriksaan doktor aibkan, bahagian sulit diukur Posted: 03 Mar 2011 04:26 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dipaksa oleh polis agar menjalani pemeriksaan perubatan yang cukup mengaibkan ketika ditahan satu malam pada 16-17 Julai 2008. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata polis telah membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 8 malam, 16 Julai untuk pemeriksaan perubatan oleh dua pakar iaitu Dr Jayaindran Sinadorai dan Dr Ee Boon Leong. Anwar (gambar) mendakwa pemeriksaan itu satu pengalaman mengaibkan kerana diminta menanggalkan pakaian dan bahagian-bahagian sulitnya diukur. "Selepas bahagian atas saya diperiksa, mereka minta saya menanggalkan pakaian, untuk mengukur bahagian sulit," kata beliau dengan merujuk kepada pemeriksaan ke atas zakar dan dubur. "Tiada alat dimasukkan kerana saya tidak bersetuju dengan tindakan itu," kata Anwar. Ahli politik berusia 63 tahun itu berkata, kedua-dua doktor it memaklumkannya bahawa mereka mahukan sampel DNA dan juga mahu mengambil sampel badan dan rambut daripadanya. Anwar juga menjawab soalan-soalan berkaitan dengan "tuduhan liwat." Malah Anwar berkata beliau juga enggan memberikan hospital sebarang sampel atas nasihat peguam-peguamnya. "Berdasarkan pengalaman peribadi, saya ada bukti sampel dicuri dari HKL pada 1998," kata Anwar yang merujuk kepada kes liwat pertama. Ketike memberi keterangan semasa perbicaraan dalam perbicaraan hari ini, Anwar juga mendakwa tidak diberitahu alasan beliau ditahan pada 16 Julai 2008 oleh polis yang bersenjatakan semi automatik di tengah jalan semasa ke rumahnya di Segambut dari Putrajaya. Beliau berkata peguamnya Sankara Nair dan pegawai penyiasat telah mengaturkan untuk beliau hadir di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pada hari yang sama. Sankara, yang turut memberikan keterangan hari ini berkata, Anwar telah menghadiri sesi pertemuan dengan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), kini SPRM, pada sebelah pagi berhubung dakwaan berkaitan dengan insiden mata lebam 1998. Anwar berkata beliau menuju ke rumahnya dari pejabat BPR di Putrajaya untuk menyegarkan diri tetapi diserbu oleh beberapa kereta polis yang tidak berlambang dan komando yang bersenjatakan separa automatik. Anwar mempertahankan bahawa sepanjang masa beliau ditahan dan dibebaskan tidak langsung diberitahu mengenai sebab ditahan. "Hanya selepas saya pergi ke bilik mesyuarat, Jude merujuk kepada tuduhan (yang dikenakan). Tetapi alasan ditahan tidak diberikan. "Jude berkata ditahan di bawah 112, tetapi tiada alasan tahanan diberikan," kata Anwar di mahkamah hari ini. Sankara, yang hadir ketika ditahan juga senada dengan Anwar. "Pegawai polis tidak memberikan alasan ditahan," kata peguam itu yang tetap mempertahankan pendiriannya meskipun ditanya berkali-kali oleh ketua pendakwa raya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. | ||
PEMIMPIN PR GEMPUR MERLIMAU MALAM TADI Posted: 02 Mar 2011 09:47 PM PST Suara Merlimau
Kesepakatan kepimpinan jentera Pakatan Rakyat semakin terserlah apabila masing-masing menggempur secara serentak lokasi ceramah kelompok di PRK Merlimau malam tadi. Walaupun hanya mengadakan ceramah kelompok tetapi kehadiran ramai penduduk menjadikan ia seperti ceramah umum apatah lagi mereka begitu berminat mendengar penjelasan isu-isu semasa yang disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Antara pemimpin yang hadir termasuklah : Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, YB Zuraidah Kamaruddin, YB Dr.Hatta Ramli, YB Nasir Mustaffa, YB Ng Sue Lim, YB Khoo, YB Dato' Dr.Hassan Ali, YB Dr.Halimah Ali, YB Nurul Izzah, Mat Sabu, Bob Lokan, Ust Abd.Ghani Abd.Rahman dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Lokasi yang diterjah oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat secara bergilir-gilir malam tadi ialah di Kg.Chinchin, Kg.Permatang Serai dan Kg.Merlimau Pasir. Momentum sambutan rakyat semakin baik dan dijangka peningkan sokongan undi terhadap calon Pas Yuhaizat Abdullah akan pasti melonjak naik dalam masa sehari dua ini. | ||
BN AMAL RASUAH SECARA TERANG-TERANGAN Posted: 02 Mar 2011 09:38 PM PST Suara Merlimau JASIN: Umno BN secara terang-terangan melakukan rasuah politik pada pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dengan menjanjikan pelbagai bantuan kepada pengundi yang memilih mereka. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam bahawa bantuan hanya diberikan kepada pengundi yang menyokong Umno BN. "Kenyataan itu menunjukkan amalan rasuah politik yang diamalkan dalam pemilihan Umno, diamalkan juga pada pilihan raya. "Mengikut amalan demokrasi, Tengku Abdul Rahman dahulu, bila pilihan raya beliau cuti dari jawatan Perdana Menteri dan turun berkempen sebagai Presiden Umno. "Di negara lain pun begitu juga sebab pilihan raya ini parti dengan parti yang bertanding, bukan parti bertanding dengan kerajaan," kata beliau ketika ditemui di majlis minum petang bersama jentera dari Selangor di Kampung Chinchin petang semalam. Diminta mengulas mengenai kenyataan Ali Rustam "PAS jangan bermimpi untuk menang di Merlimau", beliau mengingatkan Ketua Menteri itu bahawa tidak ada kerajaan yang kekal berkuasa selama-lamanya. "Orang Islam diajar mimpi ada betul dan ada yang salah. Nabi Yusuf pernah bermimpi dan mimpi dia betul. "Islam mengajar mimpi ini satu juzuk daripada ilham yang Tuhan beri. Ada mimpi dari syaitan,ada mimpi betul dan kita tak tahu. Bila berlaku barulah kita tahu. "Orang Islam diajar tak ada kerajaan yang kekal.Kerajaan yang kekal hanyalah kerajaan Allah Taala. "Kerajaan Firaun tak kekal, kerajaan Nabi Sulaiman pun tak kekal.Kerajaan Nabi Muhammad SAW pun tak kekal," katanya. Beliau sebaliknya yakin sokongan terhadap PAS akan bertambah pada PRK kali ini. Namun tegasnya, ianya haruslah disokong dengan perjalanan pilihan raya yang adil dengan PAS diberikan ruang yang sama seperti BN untuk berkempen. "Kita yakin sokongan bertambah walaupun pilihan raya yang tidak seimbang. Kempen pas terhad berbanding BN yang boleh menggunakan media arus perdana, TV3, RTM masuk ke setiap buah rumah. "Ini adalah jentera kerajaan yang tak patut digunakan.Kalau nak guna kena bagi peluang kepada kita juga,jangan BN sahaja," katanya. | ||
PRK Kerdau : Calon BN tiada ketokohan cuma tumpang populariti MB Posted: 02 Mar 2011 09:36 PM PST PASPB TEMERLOH - Pas mendakwa pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau keliru kerana poster Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob lebih banyak daripada poster calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad. Pangarah Pilihan Raya Pas DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini menimbulkan tanda tanya kepada pengundi siapa yang bertanding di kawasan berkenaan. Menurutnya, Pas telah membuat bantahan berhubung isu itu dan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengambil tindakan. "Ia kedengaran melucukan, tetapi jika dibiarkan akan menimbulkan tanda tanya terutama pengundi golongan warga emas. "Adakah calon BN ini tidak dikenali ramai sehingga terpaksa menumpang populariti Menteri Besar?" katanya pada sidang media di Markas Pas, semalam. Tinjauan Sinar Harian mendapati sepanjang jalan Temerloh-Jerantut terdapat poster Adnan diletakkan antara poster calon BN. Menurutnya, poster terbabit mempunyai persamaan penuh dengan poster calon BN dari segi saiz dan rupa. "Ini bercanggah dengan Akta Pilihan Raya dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengundi di DUN Kerdau. | ||
Pelajar Mesir syukur terima bantuan Kerajaan Negeri Posted: 02 Mar 2011 09:26 PM PST "Saya bangga jadi anak Pulau Pinang" - sebab kerajaan PR perintah, jika BN perintah jangan harap la PASPB GEORGETOWN - Seorang pelajar yang menuntut di Mesir bersyukur dengan sumbangan RM2,000 daripada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan Pusat Urus Zakat (PUZ). Sumbangan itu adalah bagi meringankan beban keluarga menampung kos tiket penerbangan 318 pelajar untuk pulang ke Mesir bagi meneruskan pengajian yang tertangguh berikutan krisis yang berlaku di negara itu, baru-baru ini. Pelajar Tahun Satu jurusan perubatan di Universiti Iskandariah, Mas Adil Mas Rosemal Hakim, 18, terharu dengan sumbangan itu dan akan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk menyambung semula pengajian yang tertangguh sebelum ini. "Saya bangga jadi anak Pulau Pinang kerana dihargai walaupun sumbangan yang diterima ini tidak banyak. Namun sekurang-kurangnya menunjukkan Kerajaan Negeri prihatin terhadap kami yang dalam kesusahan. "Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan menghabiskan pengajian saya selama lima setengah tahun ini dengan cemerlang," katanya yang sedang menyiapkan sebuah buku mengenai kejadian yang menimpanya ketika krisis di Mesir dahulu. Ibunya, Dr Hazariah Abu Hassan, 53, terharu dengan sumbangan itu dan menganggap Kerajaan Negeri, PUZ dan Maipp prihatin masalah yang dihadapi keluarga penuntut, terutama soal kewangan. Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk memberi bantuan kepada penuntut dari Pulau Pinang bagi membolehkan mereka pulang ke Mesir untuk menyambung pelajaran yang tergendala. "Kita mahu meringankan bebanan keluarga pelajar selain membantu pembelian tiket pulang ke Mesir," katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada penuntut, semalam. | ||
BN Sarawak mulai gelabah pengaruh PR masuk rumah panjang Posted: 02 Mar 2011 09:24 PM PST WarkahDaily Jika tidak takut, kenapa perlu merayu kepada penduduk rumah panjang agar menjauhi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang mulai mendapat perhatian di kalangan penduduk berkenaan. | ||
Posted: 02 Mar 2011 09:22 PM PST Dzulkefly Ahmad Selepas dua hari berkempen Menteri Besar tentunya telah menyesal membuat cabaran bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau. Kenyataan tersebut kini ternyata meleset. Sidang Akhbar semalam telah kami mula dedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Beliau masih belum menjawab apa-apa dakwaan kami. Kami akan terus mengkisahkan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri seumpama tuntutan saman bernilai RM 63 juta oleh syarikat Seruan Gemilang Makmur yang telah pun diarah bayar oleh mahkamah. Semacam telah jatuh ditimpa tangga kerajaan Adnan Yaakob kini berdepan pula dengan saman dari dua buah syarikat lagi iaitu Spag'n Plantation Sdn. Bhd (RM 209 juta) dan Upayapada (M) Sdn Bhd (RM 24 juta). Kesemua saman ini melibatkan kes pembalakan. Sidang ahkbar hari ini kami terus mendedahkan pelbagai perlakuan salah guna kuasa pemimpin UMNO/BN Pahang khususnya dalam tempoh berkempen di PRK N28 Kerdau ini serentak menggambarkan betapa tertekannya UMNO berhadapan dengan rakyat yang lebih matang dan bermaklumat. Tidak mudah menggula-gula rakyat kini, kecuali pengundi yang tidak terdedah selain dari maklumat media perdana Barisan Nasional. Kempen kami telah membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam arus pembangunan negara. Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan terdahulu dari PRK ini, maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat tertekan untuk meyakinkan pengundi di Kerdau supaya menyokong calon mereka. Buat pengetahuan semua, janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil Sanggang pada tahun 2000 bagi membekalkan air bersih di kampong orang Asli Paya Sendayan gagal ditunai sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air tiga hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka. Sesungguhnya bekalan air bersih bukan sahaja tidak ada di kampung orang asli bahkan 10 kampung tradisi di pinggir sungai pun tak tergendala bekalan air bersihnya termasuk Kampung Galok, Galok Kecil, Telok Santong, Desa batu Purun, Paya Perak, Paya Sendayan, Dingkir, Kerai, Pulau Pasir Mandi dan Batu Sawar. Najib dan Adnan buat apa selama ini? Ingatkan hanya pedalaman Sarawak dan Sabah sahaja yang tidak ada bekalan air bersih! AstaghfirulLah! Inilah tradisi membela rakyat. Terima Kasih UMNO/BN! Justeru kerana itu, maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi rakyat oleh pimpinan tertinggi UMNO/BN apabila Perdana Menteri sendiri melakukannya di hadapan umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa "Saya bukanlah hendak membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN), saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu". Ya lah, dah tak buat kerja selama hari ini, mestilah segera hendak menangi hati-budi pengundi. Maka berikan sogokan mee-segera. Sampai Qiyamatlah orang Kerdau dan orang Kulau Krau bahkan Pahang di takok ini, kalau bersedia disogok dan dikelabui mata mereka dengan segala "sogokan" rasuah ini. Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau "You help me, I help you!". Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak sogokan tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, demikian juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau. Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar Najib dan Shahrizat dengan slogan "Mengakhiri Zaman Miskin". Bolehkah begitu sahaja? Mudahnya. PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh pihak SPRM dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1954). Rakyat wajar memilih calon PAS bagi mengejutkan pemimpin UMNO/BN dari tidur mereka yang terlalu lama. Mereka akan melutut kepada rakyat sebaik sahaja PAS menang dan rakyat akan terbela. Itu resipi mujarabnya untuk UMNO/BN yakni kalahkan mereka! Dewan Pemuda PAS negeri telah membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya. Adnan masih percaya PAS ketandusan modal untuk berkempen? Pepatah Bahasa Inggeris ada menyebut: "Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangan baling batu". Anda silap Adnan! Anda cari nahas sendiri. *Tulisan ini dipetik daripada blog Dzulkefly Ahmad (gambar kanan), ahli parlimen Kuala Selangor. | ||
Kontroversi myBALIKPulau: Kenyataan daripada bekas EXCO Pulau Pinang Posted: 02 Mar 2011 09:20 PM PST MERDEKA REVIEW 1. myBALIKPulau, sebuah risalah terbitan Arts-ED (Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang), iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang berdedikasi dalam mempromosi seni dalam bidang pendidikan, baru-baru ini telah dikritik oleh Muhammad Farid Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong dan juga oleh beberapa kumpulan Melayu sejak awal bulan Februari tahun ini. Banyak laporan polis telah dibuat dan penyiasatan polis juga sedang dijalankan. Mereka telah mendakwa bahawa risalah tersebut mengandungi fakta sejarah dan illustrasi yang tidak benar yang mana telah menghina kaum Melayu. Mereka turut menekankan bahawa Kerajaan Negeri semasa bertanggungjawab menerbitkan risalah myBALIKPulau. 2. Saya, (Toh Kin Woon, gambar kiri) sebagai Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk Pendidikan ingin membuat beberapa penjelasan berkenaan dengan Arts-ED dan risalah, myBALIKPulau. 3. Arts-ED yang dilancarkan pada tahun 1999 adalah salah satu inisiatif di bawah Majlis Perundingan Pendidikan Pulau Pinang (PECC) yang mana saya telah memegang jawatan Pengerusi sejak 1997 di mana Majlis tersebut ditubuhkan sehingga 8 Mac 2008. Antara projek lain adalah termasuk menghadapi kesukaran pembelajaran; promosi pendidikan lanjutan (seumur hidup); pendidikan pra-sekolah; pendidikan pengajian tinggi; mempromosi minat dalam pembelajaran sains dan matematik dan pendidikan vernakular. Semenjak penubuhan PECC, Institut Kajian Sosio-Ekonomi dan Alam Sekitar (SERI) telah dilantik sebagai urusetia. Matlamat utama Arts-ED adalah mempromosikan pendidikan seni secara tak formal dengan menerapkan elemen inovatif dan kreatif. Walaupun bukan secara eksklusif, projek-projek Arts-ED telah dibiayai oleh PECC melalui pemberian peruntukan oleh Kerajaan Negeri yang dahulu. 4. Antara kesenian yang dipromosikan adalah persembahan teater jalanan, alunan muzik, fotografi dan apresiasi sejarah menerusi jejak warisan dan sejarah lisan. Ia berharap untuk meningkatkan kesedaran murid-murid berumur 10 hingga 19 tahun akan sejarah Pulau Pinang yang kaya melalui pendekatan apresiasi kelebihan warisan negeri. 5. Dua buah projek di bawah Pendidikan Warisan telah dikenalpasti untuk diluluskan pembiayaan dan perlaksanaan semasa tempoh saya memegang jawatan Pengerusi PECC. Ia terdiri daripada Anak-Anak Kota yang telah berjaya dilaksanakan di bandar George Town dan myBALIKPulau yang telah dilancarkan oleh saya pada tahun 2006 di Balik Pulau. Risalah myBALIKPulau yang mana merupakan hasil (output) projek warisan yang telah dilaksanakan di Balik Pulau turut menerima pembiayaan daripada Majlis Tindakan Pelancongan Pulau Pinang dan DiGi semasa pemerintahan Kerajaan Negeri yang dahulu. 6. Menerusi kebanyakan aktivitinya, Arts-ED bermatlamat untuk mempromosi pembelajaran menggunakan pendekatan seni seperti persembahan teater, fotografi, lukisan, bengkel, penyelidikan dan dokumentasi, lawatan sambil belajar ke kawasan senibina bersejarah dan wawancara bersama rakyat berkenaan dengan hasil kraftangan dan penempatan manusia yang lama. Kerja mereka telah dan masih menggunakan pendekatan kreatif yang mengalakkan pembelajaran di kalangan orang muda tanpa mengira batasan latarbelakang sama ada bangsa atau agama. 7. Saya terkejut dan tidak bersetuju dengan pandangan Muhammad Farid dan beberapa kumpulan Melayu yang menekankan bahawa isi kandungan risalah myBALIKPulau menerapkan tulisan dan illustrasi yang menghina Melayu. Saya sendiri telah meneliti risalah tersebut dan tidak menemui sebarang maklumat yang menyokong dakwaan mereka. Di sebaliknya, ia adalah sebuah dokumen yang telah diselidik secara teliti oleh anak-anak muda yang berbakat yang terdiri daripada pelbagai komuniti etnik berdasarkan sejarah lisan asal usul mereka. 8. Mereka dan terutamanya Janet Pillai serta keseluruhan ahli kumpulannya di Arts-ED seharusnya disanjungi atas hasil usaha yang indah ini. Sememangnya, Janet Pillai dan ahli-ahli kumpulannya telah menampilkan komitmen dan minat yang mendalam dalam mempromosikan seni dalam pendidikan di kalangan pelbagai bangsa yang mana telah diperakui oleh ahli-ahli PECC. Setelah bekerjasama dengan Janet dalam PECC, saya berani menyatakan bahawa tahap seni di Pulau Pinang telah ditingkatkan hasil usaha Janet dan ahli kumpulannya di Arts-ED. Perkara ini adalah suatu yang tidak mungkin berhasil jika kita hanya semata-mata bergantung kepada sistem sekolah yang berunsur formal yang telah mengenepikan aspek seni dalam pembelajaran. UNESCO telah turut memperakui kerja Janet sehingga mempelawa beliau untuk mengadakan bengkel di peringkat serantau untuk memberi latihan dalam pendidikan seni. 9. Secara kesimpulan, saya ingin menegaskan bahawa projek myBALIKPulau adalah sebuah projek apresiasi warisan yang merangkumi jejak warisan, fotografi dan sejarah lisan yang telah dilancarkan dan dibiayai oleh PECC dibawah pimpinan kerajaan negeri yang dahulu (lama) serta dilaksanakan oleh pelajar-pelajar sekolah daripada pelbagai kumpulan etnik. Kerajaan Negeri semasa (kini) langsung tidak terlibat dalam projek ini. Saya, sebagai bekas Pengerusi PECC, sangat berbangga akan hasil usaha Arts-ED yang diterajui oleh Puan Janet Pillai dan juga usaha jawatankuasa yang lain seperti kesukaran pembelajaran, pendidikan pra-sekolah, pembelajaran lanjutan (seumur hidup), pendidikan penggalakan sains dan matematik, pendidikan Cina dan Tamil serta pendidikan pengajian tinggi. PECC yang telah beroperasi lebih daripada sedekad tahun telah menjana dan merealisasikan banyak idea disebabkan komitmen dan minat yang mendalam ahli-ahlinya. 10. Saya berpendapat bahawa mereka yang telah mendakwa Arts-ED dan Kerajaan Negeri semasa (kini) telah menghina Melayu menerusi penerbitan myBALIKPulau adalah tidak berlaku adil terhadap yang telah menawarkan khidmat secara sukarela untuk pembangunan pendidikan di Pulau Pinang. Mereka turut telah menyakitkan hati ramai para pelajar (anak-anak muda) yang telah bertungkus-lumus dalam penerbitan myBALIKPulau. Penyertaan para pelajar dalam projek ini adalah atas dorongan dan motivasi serta tidak lebih daripada keinginan sebenar untuk menimba ilmu. Mereka tidak berniat untuk mempersendakan mana-mana komuniti. *Kenyataan media oleh Toh Kin Woon, bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi (1995-2008). | ||
Azizah: Betapa mudahnya Abdullah ditipu dalam isu PKFZ Posted: 02 Mar 2011 09:13 PM PST MERDEKA REVIEW Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir. Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy (gambar bawah) atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri. Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Mahathir Mohamad. Kebanyakan dari mereka yang "tertipu" masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini. Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negara. Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak diterima akal. Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan. *Kenyataan media oleh Wan Azizah Wan Ismail (gambar kiri) selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat. | ||
Posted: 02 Mar 2011 09:11 PM PST SINAR HARIAN ONLINE SEKINCHAN – Sesi temu bual bersama calon ketua blok yang bakal dilantik memberi nilai tambah untuk mengelakkan berlaku pertikaian dalam kalangan petani di masa depan. :Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata, sesi temu bual itu adalah untuk mengenal pasti calon ketua blok adalah petani yang mengusahakan sawah padi di kawasan diwakili mereka. "Temu bual ini penting supaya tidak timbul pertikaian petani lain tentang kelayakan ketua blok yang dilantik pada masa depan. "Kita hendak tahu peranan dan keberkesanan amanah yang diberikan terhadap sawah yang dikawal selia serta masalah berbangkit," katanya. Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual bersama 67 calon ketua blok melibatkan 32 blok, dekat sini. Difahamkan, sesi temu bual itu juga adalah medium untuk membuat pengesahan penerimaan calon ketua blok selepas dicadangkan ketua kampung masing-masing dan dipanjangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran. Menurut Suee Lim, pemerintahan sebelum ini melakukan proses lantikan ketua blok tanpa ada sesi temu bual dan tidak terbuka seperti mana yang dilakukan pada masa ini. "Sebelum ini, pelantikan ketua blok adalah mereka yang condong menyokong parti politik tertentu dan mereka yang dilantik juga tidak sesuai dan kurang memainkan peranan serta amanah yang diberikan dalam menjaga kawasan diwakili. "Menyedari situasi itu, kita memilih kaedah temu bual dengan matlamat calon ketua blok yang dilantik dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada petani," katanya. Menurutnya, menjadi tugas utama ketua blok memantau selia sistem pengairan dan saliran sawah padi serta pengagihan baja kepada petani dalam kawasan. "Keluhan petani tentang saliran rosak, air tidak sampai ke dalam kawasan sawah antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian dalam menangani masalah petani. "Apa yang kita harapkan, tugas dan amanah yang diberikan kepada ketua blok digalas dengan penuh dedikasi dalam memastikan matlamat perwujudan ketua blok itu berkesan sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan permasalahan yang wujud," katanya. | ||
Posted: 02 Mar 2011 09:07 PM PST SINAR HARIAN ONLINE SUNGAI LANG TENGAH ( SELANGOR ) - Biarpun amalan ilmu hitam dianggap tidak lagi berlaku di zaman serba canggih ini, insiden di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lang Tengah, kelmarin menafikannya. Kisah enam kubur penduduk dikorek individu tidak dikenali menggemparkan sebahagian besar penduduk di sini. Tiga kubur kanak-kanak dan selebihnya dewasa dikorek rakus tanpa diketahui motifnya, menimbulkan kebimbangan penduduk. Rata-rata mendakwa, kejadian seumpama itu adalah kali pertama berlaku dan menyifatkan kes tersebut amat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berwajib agama. Kata mereka, melihat kepada keadaan kubur terbabit, mereka tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan amalan ilmu hitam. Menyedihkan, kian kafan si mati dibiar berselerakan di atas kubur. Sementara itu, Pejabat Agama Daerah mengesahkan perbuatan berkemungkinan ada kaitan amalan khurafat dan polis yang dimaklumkan kejadian tersebut bersedia membantu pihak berwajib agama dan penduduk menyiasat kes tersebut. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |