BRIGED MP SEGAMBUT |
- KAH KAH KAH..SELUAR DALAM DIRUMAH TUNANG?..
- INILAH UNTUNGNYA JADI KRONI UMNO
- AWRANGAN TERLAMPAUKAH INI....?
- Mahfuz: Jangan bayar kompaun saman ekor!
KAH KAH KAH..SELUAR DALAM DIRUMAH TUNANG?.. Posted: 10 Mar 2011 03:01 AM PST Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung pagi tadi dengan mahkamah mendengar keterangan dari pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira. NONEMenurut Pereira, pada jam 8.30 petang 29 Jun 2008, beliau pergi ke rumah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Bandar Utama dan mengambil sehelai seluar hitam, sehelai seluar jenama Levi dan sehelai kemeja tangan panjang berwarna hijau. Katanya, Saiful ada bersamanya dapabila dia menunjukkan barang-barang tersebut. Barang-barang dikenal pasti oleh saksi di mahkamah. Hadirin kedengaran ketawa ketika seluar dalam Saiful ditunjukkan pada mahkamah. Pereira berkata, sehelai lagi seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful, yang telah dicuci. Katanya, ketika itu seluar dalam itu lembab. Sebelum itu, Pereira memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil KY gel jenama Johnson and Johnson ketika Saiful berada di hospital. Beliau mengesahkan gel tersebut di mahkamah ketika ditunjukkan kepadanya. Sementara itu, Periera memberitahu mahkamah prosedur rakaman lisan oleh polis hanya boleh dirakamkan sebelum jam 6 petang, justeru menyebabkan Anwar ditahan semalaman di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. NONEKatanya, penahanan itu bagi membolehkan beliau menyambung sesi keterangan Anwar pada keesokan harinya. "Saya tahan kerana siasatan saya masih belum selesai. Ada beberapa soalan saya perlu tanya. Kami ada arahan tidak boleh rekod pada waktu malam," katanya. Menurut Periera, sesi pada keesokan harinya diteruskan berkaitan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian mengarahkannay merujuk kepingan gambar untuk mengecam individu-individu yang hadir ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 termasuk Anwar dan pengadu Saiful Bukhari Azlan. Periera adalah saksi terakhir pendakwaraya. |
INILAH UNTUNGNYA JADI KRONI UMNO Posted: 09 Mar 2011 11:15 PM PST Megat Junid peroleh rakannya projek 'jambatan bengkok', kata pengawal peribadi Oleh Shazwan Mustafa Kamal March 09, 2011 KUALA LUMPUR, 9 Mac – Bekas menteri pusat Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah membantu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memperoleh hak untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai "jambatan bengkok" 13 tahun lalu. Pengawal peribadi Allahyarham Megat Junid, Mohamad Mahti Abdul Rahim memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia pertama kali mengetahui tentang projek itu apabila bekas menteri berkenaan menyerahkan satu surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada Shazryl pada 1998. "Pada satu hari tahun 1998, Datuk Eskay bertemu dengan Tan Sri Megat. Datuk Eskay sangat gembira apabila Tan Sri Megat menyerahkan sepucuk surat daripada EPU kepada Datuk Eskay. "Hanya selepas itu, saya mengetahui yang Datuk Eskay memperoleh projek membina jambatan Johor-Singapura bagi menggantikan Tambak Johor," kata Mohamad Mahti di mahkamah hari ini. Katanya, Megat Junid menganggap Shazryl sebagai "keluarganya" manakala anak lelaki Megat Junid dan isteri Shazryl adalah rakan kongsi perniagaan industri automotif. "Mereka sangat rapat. Datuk Eskay melawat rumah atau pejabat Tan Sri Megat dua atau tiga kali dalam seminggu," kata Mohamad Mahti, yang menjadi pengawal peribadi Megat Junid dari 1984 hingga 2000. Dia memberikan keterangan pada hari pertama kes sivil berkaitan pemerolehan projek membina jambatan itu. Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka. Awal hari ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan defendan untuk mengetepikan kes itu atas alasan adanya isu yang perlu didengar. Mahkamah menetapkan tiga hari untuk mendengar kes itu. Megat Junid yang meninggal dunia pada Januari 2008 pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Idea pembinaan "jambatan bengkok" digerakkan oleh Dr Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Dalam kenyataan tuntutan, plaintif menuntut bahawa Yahya, yang merupakan pengarah eksekutif dan pemegang saham utama Merong Mahawangsa, telah mendapatkan bantuannya untuk memperoleh projek itu daripada kerajaan dan bagi memperoleh dana asing RM640 juta. Beliau mendakwa defendan kedua telah mendapatkan bantuannya atas hubungan baiknya dengan kerajaan. Shazryl berkata, defendan kedua menawarkan RM20 juta sebagai ganjaran atas khidmatnya tetapi bayaran itu tidak dijelaskan langsung. Sehubungan itu, plaintif menuntut RM20 juta daripada kedua-dua defendan, faedah, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Bagaimanapun kenyataan pembelaan Yahya menafikan yang beliau menggunakan hubungan baik plaintif dengan kerajaan dan Megat Junid memandangkan ia bertentangan dengan "dasar awam, tidak bertamadun dan haram." Perbicaraan di hadapan Hakim V.T. Singham disambung esok. |
AWRANGAN TERLAMPAUKAH INI....? Posted: 09 Mar 2011 09:20 PM PST Buku Mahathir cabar imej Anwar, Pakatan hadapi 'perang persepsi' Oleh Shannon Teoh dan Clara Chooi March 10, 2011 KUALA LUMPUR, 10 Mac — Dakwaan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai salah laku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi memoirnya menolak Pakatan Rakyat ke dalam "perang persepsi" mengenai kewibawaannya selaku perdana menteri sedang menanti. Malah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga berkata mereka kini perlu bekerja keras untuk menangkis dakwaan bekas perdana menteri yang digariskan dalam autobiografinya, yang dipasarkan sejak kelmarin. Dr Mahathir (gambar) menulis bahawa Anwar dibekalkan dengan empat wanita untuk tujuan seks dan pada masa yang sama bekas timbalan perdana menteri itu tidak pernah menafikan aktiviti liwatnya sebelum dipecat pada September 1998. Kelmarin, Anwar membidas pelbagai dakwaan dibuat oleh Dr Mahathir dalam bukunya sambil berkata: "Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif." Kata Anwar, dakwaan-dakwaan yang digariskan Dr Mahathir dalam bukunya bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten telah menjawab perkara tersebut sejak sebelum dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri. "Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997. "Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan," katanya. Masih diselubungi dengan kekalahan dalam dua pilihan raya kecil serentak di Kerdau dan Merlimau Ahad lalu dengan peningkatan majoriti kepada BN, Pakatan Rakyat kini mempunyai tugas baru iaitu perlu berhadapan dengan tamparan terbaru daripada Dr Mahathir ke atas perikatan berusia tiga tahun ini. "Itu sebabnya beliau lakukan ini. Hanya mahu menambah dakwaan terhadap Anwar, cuba memasukkan satu lagi paku ke atas keranda," kata anggota biro politik PAS Khalid Samad. "Dr Mahathir tahu bahawa Anwar adalah pengikat dalam Pakatan Rakyat. Dengan menyerang Anwar dan memusnahkan beliau, ia serupa dengan tindakan memusnahkan Pakatan Rakyat," kata Ketua Pemuda DAP Anthony Loke. Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua manakala BN pula menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai sudah tidak relevan lagi selepas kekalahan berganda di Kerdau dan Merlimau. "Dr Mahathir sangat berpengaruh dan apa yang dikatakan oleh beliau sangat berpengaruh. Kita telah menyaksikan bagaimana beliau telah menyerang penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kesannya ke atas BN. "Cerita-cerita beliau hari ini akan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat dan membawa imej negatif mengenai Anwar tidak lama lagi, kami dalam perang persepsi sekarang," kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah. "Beliau cuba untuk memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin Islam dengan dakwaan mengenai salah laku seks. Memang jelas ini adalah isu-isu sensitif bagi orang Melayu," kata Khalid. Kedua-dua Loke dan Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, walaupun kekurangan bukti, ramai akan menelan kata-kata Dr Mahathir. "Oleh kerana ia datang daripada beliau, ia sudah pasti akan mencetuskan satu persepsi, sama ada benar atau tidak. Persepsi sangat penting dalam politik," kata Loke. "Sesetengah akan berfikir oleh kerana Dr Mahathir yang mengatakan begitu, ia pastinya benar," kata Khalid merujuk kepada dakwaan bekas presiden Umno itu dalam bukunya bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad". Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan-dakwaan Dr Mahathir akan membawa kesan ke atas pengundi dan penyokong atas pagar yang masih belum membuat keputusan sama ada Anwar ada melakukan perbuatan sedemikian. Ahli Parlimen Machang itu berkata sasaran utama adalah mereka yang berusia antara 21 dan 25 tahun, yang masih muda apabila Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998. Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa dari PAS juga bersetuju pengaruh politik Dr Mahathir dan "perkataan-perkataan tajamnya" kemungkinan akan memberi impak ke atas pembaca meskipun kekurangan bukti. "Biasanya, orang ramai akan terima isu-isu sensasi," katanya lagi. "Ramai tidak kisah sama ada cerita-cerita itu benar atau tidak dan penulis-penulis seperti Dr Mahathir mempunyai impak ke atas pembaca," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Katanya, Pakatan Rakyat perlu menerimanya sebagai "perang persepsi" menghadapi BN meskipun ia pertarungan yang tidak adil ketika kerajaan terus mengawal akses kepada media. |
Mahfuz: Jangan bayar kompaun saman ekor! Posted: 09 Mar 2011 08:48 PM PST Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini,. NONEHarakahdaily memetik pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah berkenaan di mahkamah. "Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa. "Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam. Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan. Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007. Dalam kes itu hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. "Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist. police parliament blockade traffic jams in city area 140708 05"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya. 2 Mac lalu kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula 1 Mac sehingga 10 Mac ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran. Namun mengikut perangkaan, hanya kira-kira empat peratus atau 700,000 daripada kira-kira 17.3 juta saman telah dibayar. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan