BRIGED MP SEGAMBUT |
- AMARAN MUHYIDDIN PADA PAKATAN RAKYAT
- MUNGKINKAH PEMIMPIN PAKATAN AKAN DITANGKAP?
- P.RAMLI DAH RAMAL UMNO PULUHAN TAHUN YG LALU...DASAR BADUT
- ANSIB KAU LA SAMY...
AMARAN MUHYIDDIN PADA PAKATAN RAKYAT Posted: 04 Mar 2011 07:12 AM PST Muhyiddin: Jangan hasut rakyat guling kerajaan ikut Timur Tengah March 04, 2011 TEMERLOH, 4 Mac — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini member amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab. "Ini provokasi pembangkang...tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis beramah mesra dengan penduduk Kampung Badok di sini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemimpin pembangkang dalam siri ceramah pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau di Pahang dan pilihan raya kecil bagi kerui DUN Melaka kawasan Merlimau, yang seolah-olah mengajak rakyat berdemonstrasi menggulingkan kerajaan. Muhyiddin (gambar) berkata pembangkang seharusnya jujur jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang sedang dilanda krisis politik itu. "Dia boleh buat perbandingan tapi sebenarnya bukan satu perbandingan (yang) betul, apa lagi membuat provokasi, macam bermain dengan api, memprovokasi rakyat bangkit dan menentang kerajaan," katanya. Muhyiddin berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan dasar yang membolehkan rakyat segenap lapisan menyampaikan apa sahaja pandangan atau perkara yang diperlukan untuk perhatian kerajaan menerusi pelbagai saluran. "Kita mengamalkan sistem demokrasi yang segar di mana setiap lima tahun sekali ada pilihan raya...dia (pembangkang) menang juga, kita pun ada menang dalam pilihan raya kecil, dia kalah, kita pun ada ada kalah. "Dari segi amalan demokrasi, itu sudah cukup membuktikan negara ini sebuah negara demokratik, negara yang tidak dijalankan atas dasar autokrasi, diktatorial, kalau dibandingkan presiden sebuah negara (lain) dengan Malaysia, (sebenarnya) tidak boleh buat perbandingan," katanya. Ditanya apa tindakan kerajaan untuk menangani perkara berkenaan, Muhyiddin berkata negara ini mempunyai sistem undang-undang keselamatan bagi memastikan perkara seperti itu tidak menjurus kepada keadaan yang semakin buruk. "Kita beri amaran jangan bermain dengan api, kita ada sistem dan pihak berkuasa tentang (mengenai) keamanan dan keselamatan negara. Walaupun begitu, kita memperingatkan rakyat, jangan hancurkan negara ini kerana diprovokasi pembangkang. "Tujuan (pembangkang) lain tidak ada, hanya nak timbulkan porak-peranda. (Mereka) lebih seronok negara ini hancur, ada pertembungan antara kaum, (mereka) buat provokasi, satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab," katanya. Muhyiddin sebelum itu bersolat Jumaat di Masjid Kampung Badok yang terletak di kawasan DUN Kerdau. Pilihan raya kecil itu melibatkan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim. Pengundian ialah pada Ahad ini. — Bernama |
MUNGKINKAH PEMIMPIN PAKATAN AKAN DITANGKAP? Posted: 04 Mar 2011 06:35 AM PST . kenyataan menteri dalam negeri sangat bias dan mengundang tuduhan secara tak langsung kepada pakatan rakyat seolah olah pemimpin pakatan rakyat itu jahat dan kejam dan anti kedamaian. menuduh pakatan ingin menghuru harakan negara sangat berat,mungkinkah kenyataan hisamuddin ini untuk mewajarkan tangkapan terhadap pimpinan pakatan rakyat seperti dalam operasi lalang tempo dulu dalam menghadapi pru 13 nanti? sementara dalam nada yg sama timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membei amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah. mengapakah kerajaan begitu takut kepada kesedaran anak muda dengan facebook nya.. jika memang kerajaan membela rakyat dengan betul siapakah yg akan menentang mereka.. dikala segala harapan rakyat berada dalam tangan pemerintah. kalau demo hindraf belum demo pemimpinnya dah kena tangkap.. ni lagi kesedaran rakyat dikatanya menghasut piiiiiiiiraaaaaaaaaaah |
P.RAMLI DAH RAMAL UMNO PULUHAN TAHUN YG LALU...DASAR BADUT Posted: 04 Mar 2011 01:09 AM PST Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, negara tidak memerlukan pemimpin yang jahat dan bodoh tetapi mahukan individu yang baik akhlak, amanah dan bijaksana dalam mengatur peluang untuk memajukan negara. Tambahnya lagi, kepimpinan yang ego, rakus dan gilakan kuasa pastinya merugikan pembangunan negara kerana bertindak bukan berdasarkan kehendak rakyat sebaliknya mengikut kepala atau arahan pihak ketiga walaupun tahu setiap arahan itu rakyat yang menanggungnya. "Negara tidak memerlukan seorang pemimpin yang jahat dan bodoh kerana sikap tersebut tidak menguntungkan pentadbiran negara. Bertambah parah kalau individu itu tidak berakhlak, melakukan penyelewengan dan bersikap ego," ujarnya ketika berucap pada majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi. Kerakusan dan kezaliman ketika memerintah, tegasnya, bukan sahaja dirasai oleh rakyat bahkan pelabur juga terasa bimbang untuk meneruskan usaha menaman modal di negara ini. Sebab itu, hari ini ekonomi Malaysia semakin mengucup setelah kebanyakan pelabur lari. Bagaimanapun, katanya sejak kebelakangan ini apabila empat negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor menunjukan prestasi ekonomi membanggakan berbanding negeri di bawah Barisan Nasional (BN). Katanya, untuk mencapai tahap negara maju, rakyat harus menolak pemimpin jahat yang merampas harta rakyat dan gagal merencanakan pembangunan mengikut acuan sebenar, bukannya program 'mi segera' yang akhirnya menguntungkan kroni. Sekarang ini, ujarnya kepimpinan negara seakan filem 'Ali Baba dan 40 orang penyamun' kerana menipu dan ditipu. "Apa tidaknya, di era kepimpinan Tun Dr Mahathir, beliau yang dianggap pandai merampas hak rakyat akhirnya ditipu pula oleh Menteri Pengangkutan ketika itu," katanya. Begitu juga dengan Perdana Menteri kelima, Tun Abddulah Ahmad Badawi juga menjadi mangsa penipuan Menteri Pengangkutan. "Apa lagi nak harapkan BN memerintah nanti semua harta rakyat dikebas satu persatu. Melainkan rakyat bangkit jadi 'Marjinah' hasil lakonan Seniwati Negara, Sarimah yang mengajak rakannya menuang air panas ke dalam tong yang ada penyamun," katanya disambut gelak ketawa hadirin. Turun berceramah pada malam tadi ialah Ketua Wanita DAP, Choong Eng dan penulis lirik, Bob Lokman. |
Posted: 03 Mar 2011 10:32 PM PST MIED: Samy Vellu hadapi tekanan baru, ahli gesa berundur March 04, 2011 KUALA LUMPUR, 4 Mac — Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED), sayap pendidikan MIC yang berhadapan dengan tindakan mahkamah tahun lalu, dikejutkan dengan isu terbaru — tiga orang ahlinya menggesa Datuk Seri S. Samy Vellu supaya melepaskan jawatan pengerusi lembaga pemegang amanahnya. Turut diminta berundur ialah seorang pemegang amanahnya Tan Sri Dr T. Marimuthu. Malah perkara ini muncul dua hari selepas Samy Vellu menafikan beliau bertindak mahu "melarikan" MIED daripada genggaman MIC. Notis agar langkah itu diambil dengan mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) telah dihantar kepada sekretariat MIED kelmarin. Notis rekuisisi itu ditandatangani oleh bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam, bekas Ketua Pemuda MIC A. Vigneswaran dan bekas Adun Kedah Datuk S. Ganesan, yang juga ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC. "Ya, notis untuk meminta Datuk Seri Samy Vellu dan Tan Sri Marimuthu melepaskan jawatan masing-masing sehingga kes ke atas mereka dan defendan-defendan lain selesai... saya tidak kisah mereka memegang jawatan mereka selepas kes ini selesai," kata kata Subramaniam ketika dihubungi The Malaysian Insider. "Ini adalah kes (yang dibawa Vigneswaran) serius, di mana Samy Vellu dan pihak-pihak yang terbabit harus berhenti menjadi pemegang amanah buat sementara," katanya. Sehubungan itu, Subramaniam berkata beliau memutuskan untuk menyertai usaha membawa notis rekuisisi demi bagi memastikan MIED kekal sebagai entiti MIC. "Saya bersetuju untuk menandatangani atas hasrat saya juga mahu menyelamatkan MIED, di mana MIED mesti kekal dalam MIC," kata Subramaniam yang melahirkan pendirian yang sama dua tahun lalu. MIED lazimnya mengadakan mesyuarat agung tahunan pada April atau Mei. The Malaysian Insider difahamkan dua lagi pemegang amanahnya Tan Sri M. Mahalingam dan Tan Sri K. Kumaran sudah tidak lagi menganggotai MIED Capital selepas isu pengurusan MIED muncul, tetapi Samy Vellu dan Marimuthu masih meneruskan perkhidmatan di MIED. Samy Vellu, yang akan genap 75 tahun Rabu depan, memanggil mesyuarat lembaga pemegang amanahnya Isnin ini, yang antara lain akan menambah keahlian baru seramai 10 orang. MIED kini mempunyai 30 ahli dan ada yang mendakwa Samy Vellu mahu menambah 10 ahli baru bagi memantapkan kedudukan beliau dalam MIED. Atas faktor usia dan peruntukan di bawah Akta Syarikat, Samy Vellu juga memerlukan sokongan 75 peratus ahlinya untuk kekal sebagai pengerusinya. Justeru dakwaan mengatakan beliau berbuat demikian untuk mendapatkan lebih ramai sokongan ahli-ahlinya. Kelmarin, bekas menteri Kabinet pusat itu dan kini duta khas ke rantau Asia Selatan mengakui agenda itu sambil memberi jaminan bahawa MIED, yang mempunyai aset sekitar RM1 bilion, akan kekal sebagai entiti milik MIC sambil menafikan dakwaan bahawa ada usaha di pihaknya untuk "melarikan" sayap pendidikan itu. Malah kata beliau, dakwaan itu juga bertujuan merosakkan hubungan beliau dengan penggantinya Datuk G. Palanivel. Samy Vellu berkata MIED, yang ditubuhkan pada 1984 ketika era kepimpinannya, akan kekal sebagai sebahagian MIC dan aktiviti harian akan diuruskan oleh MIED sebagaimana diamalkan sebelum ini. Sehubungan itu kata Samy Vellu, beliau sentiasa berhubungan dengan Palanivel dan "kami sentiasa mendapatkan nasihat satu sama lain berkenaan urusan MIED." Sejak penubuhannnya, Samy Vellu bertindak sebagai pengerusi lembaga pemegang amanahnya. Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi tempoh 30 hari kepada Samy Vellu, selaku pengerusi MIED dan tujuh pemegang amanahnya membekalkan beberapa dokumen dalam saman RM100 juta terhadap mereka oleh MIED. Hakim Mahkamah Dagang Datuk Abdul Aziz Rahim memerintahkan mereka membekalkan dokumen berkenaan termasuk yang berkaitan dengan pembinaan Institut Sains Perubatan dan Teknologi Asian (AIMST), yang didakwa telah menyebabkan kerugian besar kepada cabang pendidikan MIC itu. Vigneswaran memohon supaya para defendan membekalkan salinan surat pelantikan bekas ketua pegawai eksekutifnya P. Chitirakala dan skop tugasnya. MIED memohon sebanyak 12 dokumen selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mah Weng Kwai pada 14 Jun membenarkan permohonan untuk menamakan MIED sebagai plaintif dalam cadangan saman terhadap para pemegang amanah MIED. Selain bekas presiden MIC Samy Vellu, Palanivel, Mahalingam, Marimuthu, Tan Sri Dr S.K. Ampikaipakam, Tan Sri Dr K.S. Nijhar, K. Kumaran dan Tan Sri G. Vadiveloo dinamakan sebagai defendan. Dalam saman yang difailkan pada 5 Julai lalu, MIED mendakwa kesemua defendan telah melakukan kecuaian, kesalahan aturan kewangan, kemungkiran tanggungjawab sebagai pemegang amanah, juruaudit, dan fidusiari, yang telah membawa kerugian besar kapada MIED. Ia juga memohon perintah injunksi bagi menghalang dan menyekat Samy Vellu daripada terus berkhidmat sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah, mahu Samy Vellu dilucutkan keahlian beliau dari MIED dan perintah supaya Samy Vellu mengembalikan kesemua wang dan atau apa keuntungan dan kepentingan dari dana MIED yang telah diterima olehnya (Samy Vellu) sama ada secara langsung atau melalui ahli keluarga beliau atau kawan rapat beliau. MIED mahu perintah mahkamah bahawa Samy Vellu membayar balik kesemua kerugian yang telah dialami oleh MIED dalam tempoh masa di mana beliau telah mentadbir sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah. Vigneswaran, yang merupakan seorang anggota MIED, memohon kebenaran mengikut ketetapan Seksyen 181A, Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan pihak-pihak yang mahu dinamakan bagi pihak syarikat sebagai plaintif dalam saman itu, perlu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk berbuat demikian. Dalam pada itu, Ganesan juga mengesahkan penghantaran notis rekuisisi agar Samy Vellu dan Marimuthu berundur memandangkan sudah ada kes ke atas mereka. "Lagipun selama ini beliau menjadi pengerusi, ahli-ahli MIC tidak kisah kerana ketika itu beliau merupakan presiden MIC. "Tetapi, sekarang beliau harus menyerahkan kedudukan itu kepada presiden baru (Palanivel)," kata Ganesan, seorang peguam, yang membangkitkan isu MIED akan "dilarikan" pada mesyuarat CWC MIC akhir 2009. "Saya sudah pun membangkitkan perkara ini, dua tahun lalu . . . Datuk Seri Samy pernah tanya pandangan saya ketika mesyuarat CWC (2009) dan saya berkata MIED harus kekal bersama MIC," katanya sambil menegaskan, beliau masih kekal dengan pendirian seumpama itu. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan