Isnin, 28 Mac 2011

.

.


Susupan Petang

Posted: 28 Mar 2011 02:45 AM PDT

Dah Ada Pemimpin Pas Tonton Vudeo Lucah? Katanya sudah ada pemimpin Pas yang saksikan video lucah membabitkan Anwar Ibrahim. Kalaulah maklumat ini benar sukar untuk dibayangkan apakah jadi lepas ini. Mungkin pemimpin Pas berkenaan sedia tonton kerana ingin kepastian. Dan sudah tentu pihak producer memilih hanya pemimpin tertentu saja. Rasnaya tidak semua pemimpin diundang untuk menyaksikan video berkenaan. Pemimpin yang sebelum ini tidak senang dengan tindak tanduk Anwar tentu akan berlarian untuk menyaksikannya bila dipelawa. Tetapi mereka yang taksub kepada Anwar akan menolak. Apa lagi mereka sama sekali tidak akan ditawar. Apakah wajar dalam keadaan sekarang untuk mana-mana pemimpin Pas menyaksikan video berkenaan. Sama ada untuk mengesahkan atau sebaliknya rasanya tidak wajar. Atas semangat setia kawan tidak elok kalau ada yang berlari untuk menyaksikan video berkenaan. Bila ada yang pergi tengok sudah pasti kesetiaan kawan mereka boleh dipertikaikan. Walaupun hak mereka tetapi dari sisi lain ia boleh dipersoalkan. Dalam keadaan sekarang apa juga boleh berlaku. Begitu juga dalam pihak-pihak musuh berusaha untuk memburukkan Anwar mereka boleh melakukan apa saja. Tindakan pemimpin Pas itu tentulah atas sifat peribadi. Ia tidak akan melibatkan Pas seluruhnya. Cuma apa yang hendak ditanya apakah keperluan mereka menonton video berkenaan. Kesimpulan mudah yang dapat saya katakan di sini kerana mereka meragui Anar. Nah kalau sudah meragu untuk apa mereka dalam keadana tertentu mendamping Anwar? Wajar mereka membuat keputusan menjauh saja Anwar. Tetapi nampaknya dalam keadaan tertentu mereka cuba merapatkan diri dan menunjukkan sokongan kepada Anwar dan dalam masa lain pula memaku hamun Anwar. Apakah sikap dan tindakan demikian lebih munafik daripada apa yang dikatakan kepada Anwar. Saya sangat berharap pemimpin Pas yang menyaksikan video berkenaan selepas ini menjelaskan kepada Pas. Mereka kena jelaskan apa video berkenaan palsu atau original. Tidak ada gunanya kalau mereka menyaksikan tetapi tidak membuat sebarang penjelasan. Apanya untung dan rugi buat Pas. [wm.kl. 6:01 pm 28/03/11]

Tiada ulasan: