Rabu, 16 Mac 2011

.

.


Ulasan Pertemuan

Posted: 15 Mar 2011 05:48 PM PDT

Macam Mana Terengganu, Boleh Menang Ke?

AGAK lama tidak berjumpa dengan Ustaz Abu Bakar Chik, bekas ketua Pemuda Pas dan juga bekas Exco Terengganu dan kini salah seorang ahli jawatan kuasa Pas pusat. Paling akhir berjumpa dengannya sewaktu muktamar Pas dua tahun lepas.

Hari Ahad lalu tanpa disangka-sangka terserempak dengan beliau di Kangar Perlis. Ketika saya melangkah masuk ke hotel penginapan tiba-tiba dia mengangkat tangan menguit-nguit ke arah saya. Pemandangan Ustaz ini masih jelas, dalam jarak 40 meter dia masih dapat mengecami saya.

Biasalah kalau berjumpa dengan beliau, akan berbual panjanglah kami. Tajuknya pula tentulah perkembangan politik semasa terkhusus mengenai masa depan negara, agama dan ummah.

Belum sendik molek saya duduk di ruang tamu itu dia sudah bangun meminta seteko tea. Bak ini saya puji Ustaz Bakar, dia agak lain dengan orang Terengganu lain yang jarang untuk bertanya kawan makan atau pun belum.

Saya tidak tahu apakah ini budaya atau sifat orang politik Terengganu atau hanya segelintir sahaja. Ramai juga saya kenal orang politik Terengganu, tetapi mereka berbeza dengan pembawaan dan budi Ustaz Bakar yang suka belanja makan. Kalau ke Terengganu dia akan bawa ke mana ada gerai colek sedap ataupun nasi dagang sedap untuk makan.

Mustapa Ali saya kena lebih 30 tahun lalu, sehingga kini tidak pernah pun minum setengah cawan tea yang dibelanjanya. Kalau berjumpa dengannya di hostelnya di pejabatnya di Harakah, barulah merasa tea, itu tidak boleh dikira belanjanya kerana tea itu tea pejabat. He he..


Bukan itu saja Ustaz Bakar dalam kaca mata saya dia seorang yang bersungguh dan rajin membuat kerja dakwah dan perjuangan partinya. Beliau boleh pusing seluruh Malaysia untuk mendapat maklumat atau mencari resolusi berhubung sesuatu perkara yang membelenggu parti. Kalau parti ditimpa masalah dia nampak gelabah dan cemas. Tanpa dia sedar saya menggelarnya sebagai Ibnu Batutah, kerana dia kuat berjalan dan mengembara mencari maklumat dan membawa risalah parti.

Dia akan turun rumah pada Subuh hari dan akan berada di luar beberapa hari. Dia akan pusing seluruh Malaysia. Tidak pula saya tahu apakah dia juga ada 'cawangan' atau 'ranting' lain di negeri selain Terengganu seperti kebanyakan wakil rakyat Pas yang suka membuka cawangan baru.

Tengah hari itu beberapa perkara sempat kami singgung. Diawal perbulan dia sudah menanyani saya mengenai Presiden Pas. Apakah persepsi saya kepada Abdul Hadi Awang selama menjadi presiden Pas. Saya faham kenapa itu yang ditanyakan kerana baru ini saya mengkritik bekas MB Terengganu itu.

Ustaz bakar merupakan penyokong Abdul Hadi nombor wahid. Dia sangat menghormati Abdul Hadi sebagai tok guru, presiden parti dan kawan. "Enta ni nak kritik orang besar saja, orang kecil macam ana tak nak kritik langsung," begitulah kata Ustaz Bakar dia menyindir apa yang saya lakukan ke atas Abdul Hadi.

Saya berterus terang kepada beliau hari itu kenapa saya kritikan Abdul Hadi ialah kerana beberapa perkara. Saya menghormati ilmu beliau sebagai seorang ulama. Tetapi sebagai presiden Pas ada perkara yang boleh meragukan atau tidak memuaskan hati saya sebagai pemerhati.

"Macam mana kita nak bulatkan sokong beliau, beliau kena sokong barulah dia dapat berbuat apa yang sepatutnya," tiba-toba beliau melontarkan cadangan itu.

"Suruhlah naib-naib presiden menyokong dan membantunya," kata saya.

Dia lantas meminta saya supaya jangan perlakukan begitu, mengkritik Abdul Hadil keras sangat. Katanya Abdul Hadi seorang yang baik, dia orang jujur. Tetapi saya persoalkan presiden memerlukan kepada sifat itu, tetapi ia juga memerlukan kepada ketegasan. Dalam pemerhatian saya dalam isu-isu tertentu Abdul Hadi tidak tegas dan ia gagal untuk merealisasikan keputusan atau ideanya.

"Dia tegas, tak betuk kalau ana kata dia tak tegas..." tegas Ustaz Bakar. Lantas saya menyebut beberapa keadaan di mana dia akur kepada Mursyidul Am Pas, melupai kuasa eksekutif parti yang ada kepadanya. Hal ini diakui Ustaz Bakar dengan berkata; memanglah dengan Tok Guru Kelantan dia tidak boleh buat apa, dia kena kalah.

"Tapi biarlah, cuba fikirkan macam mana nak perkuatkan kedudukan dia, dia kena sokong," tukasnya lagi.

Selain bertanya soal presiden beliau juga bertanya mengenai timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, mengenai wibawa dan keupayaannya. "Saya nak tanya enta ikhlas dari hati ke hati macam mana pandangan enta kepada Ustaz Nasha?" tanya beliau.

Saya jelaskan dalam beberapa hal status Nasharudin sebagai timbalan tidak menyerlah. Ia semacam tidak diberi peluang oleh presiden sendiri. Dalam perhatian saya juga Abdul Hadi seperti tidak sedia memberi peluang kepada Nasharudin kalau terjadi apa-apa ke atasnya.

"Beitu enta tengok, salah. Tidak betul tu..." tukas Ustaz Bakar.

"Itu yang saya tengok," tambah saya.

"Jadi adakah tokoh lain yang lebih layak. Macam mana dengan Tuan Ibrahim Tuan Man? Enta tengok macam mana?" Ustaz Baka beralih kepada tokoh lain.

Saya tidak faham apakah maksud beliau bertanya demikian. Cuma apa yang saya katakan penilaian awal dan dari luar terhadap Tuan Ibrahim beliau masih belum teruji. Kalau untuk dijadikan calon presiden bukan orangnya. Perlancaran tabung buluh bagi saya menjadi ukur sejauh mana tinggi dan rendah minda politiknya. Maaflah.

Persoalan lain diajukan Bakar Chik ialah tentang harapan Pas di terengganu. "Macam mana anta fikir Terengganu, boleh ke Pas ambil..?' tanya beliau.

Kerana soalan ini juga dari hati ke hati maka saya menjawab dari hati ke hati. Buat masa ini belum ada modal besar untuk Pas Terengganu merampas negeri berkenaan. Perbalahan dalam Umno tidak boleh dijadikan aset kepada Pas. Apa yang penting Pas kena cipta pmbak di Terengganu untuk menghayutkan bahtera UBN. "Kalau ada ombak Pas Terengganu ada harapan, tetapi kalau tidak ada, susah."

Ombak itu pula tambah saya mestilah bergabung dengan gelombang dari Kuala Lumpur. Jika berlaku gelombang (wave) dan ia bergabung dengan ombak ciptaan Pas di Terengganu barulah bahtra UBN akan hayut dan tenggelam. Ombak di Terengganu menghanyut, wave dari KL akan menenggelamkan.

"Ombak kecil dah ada di Terengganu," kata Ustaz Bakar tanpa menghuraikan bagaimana ia tercetus. Tetapi saya menekan yang ombak itu tidak akan memberi impak besar. Kerana dia bertanya dari hati ke hati maka saya jawab dari hati ke hati. Salah satu untuk mencetuskan ombak ialah pas Terengganu kena tukar pemimpin usang mereka dan ganti dengan pemimpin muda yang dinamik.

Pemimpin tua termasuk dirinya sendiri, Mustapa Ali dan lain-lain. Mereka boleh berperanan dalam parti sebagai penasihat tetapi bukan duduk di barisan utama semasa dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya mereka jangan bertanding lagi.

Nampaknya Ustaz Bakar bersetuju dengan pandangan itu tetapi saya faham ianya sukar untuk dilaksanakan. "Pemimpin muda telah ada, tetapi mereka tidak turun ke bawah, tidak mahu dekarti rakyat," katanya.

Memang itulah masalah. Ada beberapa nama disebut yang terdiri dari pemuda lulusan peringkat doktor, berpotensi menjadi pemimpin tetapi masalahnya mereka hanya berkokok di dalam bilik hawa dingin saja tidak sudi atau rajin untuk mendekari rakyat. Dalam politik kelulusan akademi atau kepakaran dalam sesuatu bidang tidak menjamin kita akan diterima rakyat. Selain itu rakyat juga ada penilaian lain, yang sering diambil kira ialah keramahan dan kekerapan pemimpin menemui mereka.

Baik Ustaz Bakar maupun saya tidak puas berbual hari itu. Kerana masing-masing dikejar waktu Zohor yang sudah lanjut kami permisi dulu. Ustaz bakar untuk bawa saya pusing ke seluruh Ternegganu bagi menilai ombak yang sudah mulai menguak di Terengganu sejak ke belakangan ini. Ayuh kita ke negeri penyu menangis. [wm.kl. 10:00 am 16/03/11]

Malam Menyambung

Posted: 15 Mar 2011 08:11 AM PDT

Mahathir Diktator Demokrasi II

CERITA ini boleh dijadikan renungan dan bukti sejauh mana Mahathir Mohamad seorang yang ikhlas dalam politik? Ternyata cerita ini menunjukkan kelicitan dan munafik Mahathir sebagai seorang politik. Moral cerita ini saya tidak salahkan Mahathir, kerana inilah politik sepenuhnya. Mahathir seorang pure politician dan seorang diktator demokrasi yang tertakluk kepada prinsip 4C. Dengarlah cerita ini.

Dari moral cerita ini semoga para peminat dan pengkagum Mahathir akan tahu idola mereka itu siapa sebenarnya. Apakah ianya manis dari konteks Melayu dan Islam. Sesekali kita jangan mudah terpana dengan kehebatan pembangunan yang dibawa olehnya. Pembangunan material hanya boleh melindungi kebusukan hanya seketika saja. Tanpa banyak kita soal berapa risiko yang kita terpaksa memikulnya.

Fikir dengan akal yang sihat, selama 22 tahun kalau Mahathir dan anak beranaknya tidak mengumpul harta, 'bundak' sangatlah. Dari mana Mirzan mendapat wang untuk meletakkan beliau di antara 'laksawan' Melayu di negara ini? Apakah kekayaan itu kerana bakat semula jadi? Sejauh manakah kebolehan beliau. Semua orang tahu sejauh mana jaguhnya beliau.

Jadi kekayaan yang dikaut itu tidak lain dan tidak bukan kerana dia anak perdana menteri dan bekas perdana menteri. Iya... ada anak perdana menteri yang miskin, tetapi perdana menteri yang benar-benar berjuang untuk rakyat dan tidak memanipulasikan harta rakyat tidak akan menjelamakan laksawanan seperti itu. Kenapa Tomy Suharto kaya kerana bapanya presiden Indonesia. Kenapa anak-anak Gaddafi kaya raya kerana bapanya presiden Libya.

Berbalik kepada cerita tadi; satu petang saya mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di rumahnya di Langgak Golf, Ampang. Kunjungan itu dalam rangka untuk mengadakan interviu deanngannya.

Sebelum sampai ke tujuannya, menjadi kebiasaan Tengku Razaleigh akan membuka senario politik dan membuat flsh back kepada kisah lampau untuk dihubungkaitkan dengan suasana semasa. Sebab sejarah politik dan kekejian manusia sering berulang. Dia mahukan saya faham gerak genta politiknya.

Entah macam mana cerita punya cerita tersentuhlah fasal kejadian Pas ditendang keluar dari Barisan Nasaional semasa Hussein Onn jadi presiden Umno dan Perdana Menteri.

Banyak orang beranggapan penendangan keluar BN itu adalah kerja jahat Hussein Onn dan pecah amanah terhadap usaha Tun Razak untuk menyatu padukan Melayu. Saya sendiri mempercayai akan tragedi itu disebabkan Hussein Onn, berdasarkan maklumat waktu itu.

Walaupun semasa membentangkan akta darurat untuk Kelantan di Parlimen tahun 1978 Hussein bersumpah - Demi Allah - dia tidak bermain politik di Kelantan, namun sumpah itu tidak boleh dipercayai.

Kata Hussein "demi Allah saya tidak main politik di Kelantan." Demikianlah lancar dan lancangnya mulut Hussein Onn menggunakan nama Allah untuk melindungi kesalahan di Kelantan.

Samalah dengan tindakan orang politik hari ini akan bersumpah wallahi, wabilahi dan watalahi...untuk menafikan kesalahan yang mereka lalukan. Walhal seluruh dunia tahu yang dikahbarkan Allah dengan berbagai sumber bahawa kejahatan itu dilakukan. Pada saya dari segi ilmu kejiwaannya mereka yang menggunakan nama Allah untuk menegakkan kebenaran jelas mereka itu bersalah.

Untuk apa berjanji kalau bukan untuk dimungkiri? Pada saya perjanjian dibuat adalah untuk saling memungkiri bukan untuk saling menjaga amanah. Sebab kalau kedua pihak suci hati, amanah, tidak perlu kepada perjanjian lagi... Hukum Allah hanya tertakluk kepada orang beriman saja. Apakah dinamakan beriman kalau kita menahan pantak untuk dicatuk oleh orang lain?

Orang Pas juga percaya sungguh mereka di tendang Umno itu disebabkan oleh Hussein Onn. Ternyata setelah lebih 30 tahun kemudian baru tahu di mana dan siapa angkara kejadian itu - sebab Pas ditendang keluar dri BN sehinggakan sampai kini ia memeritkan Nik Aziz. Peristiwa itulah menyebabkan Nik Aziz perit sampai ke liang lahad bila disebut BN atau kalau diajak untuk berbaik dengan BN.

Nik Aziz pun satu hal dalam hal ini.

Saya secara peribadi tidak akan mengetahui akar umbi sebenar tragedi itu kalau bukan Tengku Razaleigh Hamzah yang menceritakannya. Cerita Tengku Razaleigh adalah benar dan betul bagi saya sebab Tengku seorang yang tidak sejahat yang Mahathir sangkakan menggunakan RM20 juta untuk mengalahkannya. Apakah Mahathir tidak menggunakan wang dalam agenda politiknya. Tanya Ibrahim Ali si anak tirinya itu?

Dalam urusan perdagangan politik Mahathir tidak mengotori tangan sendiri. Dia bijak tetapi dapat dikesan juga akhirnya. Sebab bila bangkai sudah busuk dia akan terhidup juga ke hindung anjing.

Tetapi orang yang menjadi lanun atau mencari wang untuk kepentingan Umno dan Mahathir ialah para menterinya. Dua daripada sudah pun dipanggil Allah mungkin sedang disoal berhubung aktiviti rasuah dan aktitivi ala along yang dilakukan untuk tuannya bernama Mahathir.

Cerita punya cerita akhirnya sampai ke kemuncaknya. Kata Tengku Razaleigh, banyak orang tidak tahu kejadian di sebalik itu (terkeluarnya Pas dari BN), apakah puncanya dan sebab musababnya.

"Semua orang kata Allahyarham Hussein Onn, tidak. dia melakukan, dia hanya bertindak atas desakan seseorang," kata dan tegas Tengku Razaleigh. Sambung Razaleigh lagi yang bertanggungjawab dan desak Hussein bertindak sehingga Pas ditendang keluar dari BN ialah Mahathir. Bersambung bila rajin dan ada masa. [wm.kl.9:15 am 11/03/11]

Tiada ulasan: