Blog-list Malaysia |
- MB tamat kontrak Timb. Pengurus Besar Yayasan S’gor 24 jam
- Habis Modal Punca Isu DNA Anwar Diperbesarkan
- Lembu Gila Mengamuk Di Hadapan Bangunan PAS Perak
- Laporan Audit Yayasan Selangor Sahkan Berlaku Pembaziran
- Dah Tua Dah.. Nyanyuk Le Tu..
- Perh... RM600 Ribu Hasil Jualan Rock Melon
- Strategi Terbaru UMNO: Pecah Undi
- Ingat umnoapco, Ingat Dangdut, Ingat Zina, Ingat Rasuah, Ingat Judi, Ingat Arak..
- Tsunami Jepun - Nazri Bela Rosmah
- Zul Kulim Offer Bulunya Untuk Tujuan DNA
- Saman RM100 Juta Lagi.. Peh..
MB tamat kontrak Timb. Pengurus Besar Yayasan S’gor 24 jam Posted: 18 Mar 2011 01:17 AM PDT SHAH ALAM: Akibat salah urus tadbir kewangan dan tidak prihatin dengan prosedur, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor ditamatkan kontraknya 24 jam yang berkuat kuasa serta merta. Perkara itu diputuskan sebulat suara oleh Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor pada 17 Februari lalu terhadap Mohd Sharifuddin Sulaiman. Manakala satu surat yang mengarahkan agar Sharifuddin ditamatkan kontraknya ditandatangani oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada tarikh yang sama dengan penamatan kontrak Sharifuddin. Sebelum ini, Bahagian Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah melaksanakan audit terhadap Yayasan Selangor pada 29 November sehingga 1 Disember 2010. Laporan audit itu siap dan diserahkan kepada kerajaan Selangor seterusnya diserahkan kepada Khalid yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor bersama laporan anak syarikatnya yang lain, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 17 Disember tahun lalu. Yayasan Selangor disiasat selepas menerima aduan berhubung perbelanjaan majlis makan ulang tahunnya ke-40 yang mencecah sehingga RM300,000. Berikutan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya. - FMT |
Habis Modal Punca Isu DNA Anwar Diperbesarkan Posted: 17 Mar 2011 11:31 PM PDT SHAH ALAM 18 MAC : Dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat di negeri ini, Umno-Barisan Nasional dilihat semakin terdesak sehingga menggunakan pelbagai taktik tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anggerik, Yaakob sapari. Buntu untuk mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menebal kepada Pakatan Rakyat, isu penyerahan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimp pula dijadikan modal politik murahan Umno. "Mana ada prosedur mahkamah, dah habis perbicaraan baru cari bukti, bila cukup bukti baru prosiding mahkamah diteruskan, dah habis mahkamah baru nak cari bukti, ini mahkamah mana? Mahkamah serba boleh Barisan Nasional. "Pakar yang mengatakan, doktor mengesahkan, dalam dubur Saiful itu ada DNA sendiri, perkara ini dah jadi lawak dalam mahkamah, Umno kehilangan idea,"katanya. Beliau berkata demikian pada ceramah Mega "Ubah Sekarang, Tolak BN" di Dewan Beringin Seksyen 24, di sini, malam tadi. Bukan itu sahaja katanya, Umno-BN sekali lagi menggunakan strategi jahat mereka dengan memberikan kad pengenalan (IC) kepada golongan bukan warganegara Malaysia untuk memenangkan mereka pada pilihanraya. Jelas Yaakob, taktik sama pernah digunapakai oleh Umno-BN di Sabah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah disebabkan projek IC ini apabila sebanyak 1.5 juta IC palsu dilepaskan. "Hari ini dia (BN) nak tawan Selangor, maka projek IC berlaku sekali lagi, Indonesia, Pakistan dapat IC. "Jadi mereka (BN) dah hilang punca, negara sanggup digadai yang penting pertahankan nak tawan Selangor,"katanya lagi. Turut hadir ceramah berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad, Bob Lokman, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. |
Lembu Gila Mengamuk Di Hadapan Bangunan PAS Perak Posted: 17 Mar 2011 09:45 PM PDT |
Laporan Audit Yayasan Selangor Sahkan Berlaku Pembaziran Posted: 17 Mar 2011 09:34 PM PDT SHAH ALAM 18 MAC : Laporan Audit Yayasan Selangor yang akan dibentangkan Kerajaan Negeri bulan ini mengesahkan berlakunya perbelanjaan berlebihan oleh yayasan itu menerusi dua individu penting dalam organisasi tersebut. Sinar Harian yang memetik sumber melaporkan, setakat November 2010, Yayasan Selangor telah mengalami defisit RM7.41 juta dan pasukan audit telah menyarankan kepada Lembaga Amanah Yayasan Selangor supaya membuat pertimbangan untuk menamatkan kontrak bagi dua individu terbabit. Menurutnya, laporan audit tersebut, berlaku perbelanjaan secara 'bidan terjun' dilakukan oleh seorang individu yang disokong oleh individu yang lain (dua individu penting Yayasan Selangor) telah memberikan impak negatif kepada aliran tunai Yayasan Selangor. Sementara itu, pasukan audit yayasan yang enggan didedahkan identitinya mengesahkan dakwaan sumber Sinar Harian berhubung isi kandungan Laporan Audit Yayasan Selangor adalah benar dan tepat. " Benar, itulah yang terkandung dalam laporan audit tersebut,"katanya ketika dihubungi semalam. Sumber sama memberitahu, cadangan untuk menamatkan kontrak kedua-dua individu terbabit adalah disebabkan mereka tidak dapat menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan membuat keputusan tertentu untuk kepentingan diri sendiri. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan membentangkan laporan audit Yayasan Selangor sebelum berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan ini. Sebelum ini, Bahagian Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah melaksanakan audit terhadap Yayasan Selangor pada 29 November 2010 sehingga 1 Disember 2010. Laporan audit kemudiannya diserahkan kepada Abdul Khalid, selaku Pemegang Amanah Yayasan Selangor pada 17 Disember 2010. - TVS |
Posted: 17 Mar 2011 07:06 PM PDT Mahathir Kantoi Lagii..Jumpa Dengan "Hantu" Orang Dah Mati..?? Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui. "Saya berjumpa dengan Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya ketika saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya," katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing. Wartawan dari The Straits Times Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan pada masa itu, Sheares sudah meninggal dunia dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan presiden lain iaitu Devan Nair pada satu majlis makan tengah hari. Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilancarkan minggu lalu dan mendapat sambutan hangat. "Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama. "Yang pasti, saya bertemu Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak," kata Dr Mahathir. Sumber - JURAGAN |
Perh... RM600 Ribu Hasil Jualan Rock Melon Posted: 17 Mar 2011 07:00 PM PDT Rosmah sumbang RM600,000 hasil jual 'rock melon' Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM600,000 kepada Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal 1Malaysia, yang merupakan pendapatan sulung hasil projek tanaman 'rock melon' di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya. Diusahakan oleh syarikat Iris Corporation Berhad, projek itu pada mulanya memperuntukkan kawasan seluas dua hektar di Seri Perdana, namun hanya 0.4 hektar sahaja yang sesuai digunakan untuk projek tersebut. Rosmah berkata idea untuk menjadikan kawasan lapang di Seri Perdana sebagai kawasan tanaman itu datang apabila beliau banyak mendengar kisah golongan ibu tunggal yang penuh cabaran dalam meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak setelah ketiadaan suami seperti yang sering dipaparkan media. "Saya amat tersentuh dengan situasi seperti ini, dari itu datanglah idea untuk melaksanakan satu projek di mana hasilnya kelak akan diagih-agihkan kepada mana-mana persatuan yang memerlukan. "Ekoran dari itu saya telah meminta syarikat Iris Corporation Berhad untuk menanam 'rock melon' di kawasan Seri Perdana. Projek ini telah dimulakan tahun lalu dan alhamdulillah kini ia membuahkan hasil dengan pendapatan pertama berjumlah RM600,000," katanya pada majlis penyampaian sumbangan itu di Seri Perdana di Putrajaya. Rosmah berkata projek itu akan diteruskan pada masa akan datang, namun hasilnya akan disumbangkan kepada persatuan-persatuan lain. Dalam pada itu Rosmah berkata hak ibu tunggal di negara ini perlu diberi perhatian serius, dan mereka harus dapat menikmati hak asasi yang sewajarnya agar haknya dapat dicapai dan dilindungi secara menyeluruh dan bersistematik. Beliau berkata setiap persatuan ibu tunggal juga perlu bergiat lebih aktif dan proaktif dengan menganjurkan program-program yang membantu mereka menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran. "Hakikatnya ibu tunggal kini tidak lagi boleh dipinggir dan terpinggir atau hanya menjadi penerima manfaat daripada hasil pembangunan, sebaliknya mereka harus turut terlibat dengan lebih aktif sebagai ejen perubahan kerana saya percaya mereka adalah kaum wanita yang merupakan tiang utama kepada pembangunan dan perubahan. "Bagi memastikan golongan ini terus relevan dalam arus pembangunan, saya menyeru supaya para ibu sekalian supaya tidak berhenti berusaha meningkatkan kemampuan diri agar menjadi golongan yang lebih berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif," katanya. Rosmah turut menyeru semua pihak dan agensi yang berkaitan serta sektor swasta supaya mengambil inisiatif serta langkah-langkah yang lebih pantas dalam meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan seperti memperkenalkan konsep bekerja dari rumah dan menubuhkan lebih banyak pusat asuhan kanak-kanak di setiap organisasi. - Bernama |
Strategi Terbaru UMNO: Pecah Undi Posted: 17 Mar 2011 07:09 AM PDT Pengumuman SNAP dan KITA mahu meletakkan calon di 40 kerusi Sarawak dan 56 kerusi selangor adalah strategi terbaru UMNO di dalam menjamin kemenangan UMNO pada pilihanraya umum yang akan datang. KITA yang kononnya mahu memperjuangkan keadilan memilih untuk mengacau kawasan milik pembangkang dengan meletakkan calon di Selangor. Soalan saya kepada Zaid: mengapa tidak letak calon di kesemua DUN di JOHOR ataupun di Melaka? Terbaru juga adalah sebuah NGO bernama MLCM tajaan Haris Ibrahim dan Raja Petra. Mengikut maklumat yang saya dapat ada kemungkinan Haris dan Raja Petra juga telah dibeli UMNO memandangkan mereka adalah rakan karib Zaid Ibrahim. Maka, strategi UMNO ini bakal membantu UMNO merampas balik Selangor kerana sekiranya mereka gagal merampas kembali Selangor, maka hayat UMNO habis di Malaysia pada PRU 14. Tulang Besi |
Ingat umnoapco, Ingat Dangdut, Ingat Zina, Ingat Rasuah, Ingat Judi, Ingat Arak.. Posted: 17 Mar 2011 05:48 AM PDT |
Tsunami Jepun - Nazri Bela Rosmah Posted: 17 Mar 2011 05:41 AM PDT KUALA LUMPUR 17 MAC : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini mendakwa kenyataan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor bersabit malapetaka gempa bumi dan tsunami di Jepun kononnya diputarbelitkan oleh pembangkang. Bagaimanapun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditemui tetap menyifatkan Rosmah bertindak keterlaluan apabila mengaitkan bencana itu kepada isu teknoloji hijau dan pemanasan global. TV Selangor menyiarkan Rosmah sebagai di petik berkata bahawa gempa bumi dan tsunami di Jepun harus memberi pengajaran kepada seluruh dunia. "Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan "climate change" dan green technology," Rosmah di petik sebagai berkata oleh stesen telivisyen Awani Ahad lalu. Kenyataan itu mengejutkan kerana Rosmah seolah-olah membayangkan malapetaka itu berpunca atas kelalaian Tokyo menguruskan pembangunan yang mesra alam. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata tidak timbul soal komen Rosmah itu diputarbelitkan. "Dalam keadaan orang sedang bersedih apabila berhadapan dengan bencana, selalunya kita memberikan ucapan atau kata-kata semangat. Kenapa isteri Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian? Ini mengundang masalah, " kata beliau. "Negara ini ditadbir oleh mereka yang diberikan kuasa untuk mentadbir. Isteri Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa. Jadi mengapa dia sibuk untuk membuat komen-komen yang memberikan kesan kepada kita," tambah beliau. Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Naib Presiden PAS Salahuddin turut melahirkan rasa kesal atas kenyataan Rosmah itu kerana mempertikaikan kewibawaan kerajaan Jepun menguruskan negaranya. "Ia merupakan satu insiden yang tidak sepatutnya berlaku di saat negara Jepun mengalami kesedihan dan malapetaka yang dashyat, tiba-tiba datang satu komen yang mempertikaikan tentang keselamatan dan persediaannya dari segi tsunami dan gempa bumi itu sendiri," kata Sallehuddin. "Di saat kesedihan melanda masyarakat Jepun, kita harus bersifat lebih menunjukkan lebih simpati dan kebersamaan kita dalam perkara ini," tambah beliau. Di dalam Dewan Rakyat, Nazri di minta memberi penjelasan kenapa Rosmah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Nazri bagaimanapun mendakwa kenyataan Rosmah di putarbelitkan dan tidak diambil "dalam konteks yang penuh." "Ayat itu mesti dibacakan dalam kandungan yang penuh" kata Nazri, tanpa merujuk lanjut kepada wawancara Rosmah yang disiarkan oleh Awani itu. Klip yang mengandungi komen Rosmah itu menarik lebih 240,000 "hits" dalam Youtube dan turut dimuatkan oleh dalam laman web stesen telivisyen antarabangsa CNN. - TVS |
Zul Kulim Offer Bulunya Untuk Tujuan DNA Posted: 17 Mar 2011 04:19 AM PDT Zul Kulim Mahu Serah Bulunya Jika Anwar Tidak Berbuat Demikian Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, jalan singkat berkenaan ialah dengan memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) milik beliau berhubung kes liwat yang dihadapinya bagi mencari kebenaran dan keadilan bagi kedua-dua pihak. Macam pelik pula apabila beliau mengajar orang mengenai kejujuran dan kebenaran sedangkan beliau sendiri telah mengkhianati rakyat dengan melompat dari Parti Keadilan Rakyat ke Bebas. Beliau berbicara mngenai Saifuddin Nasution melompat dalam isu N. Gobalakrishnan. "Bukan soal Mahkamah. Sepatutnya Anwar melompat ambil peluang sebagaimana Saifuddin Nasution melompat tunjuk cek dalam isu N Gobalakrishnan dan sebagainya. Nampak "double standard". Beranilah..tunjukkan keberanian, kejujuran dan berdepan dengan kebenaran," katanya memetik portal UMNO Online, semalam. Zul Kulim terlebih ke depan dalam menimbulkan isu DNA ini. Adakah beliau seakan-akan mahu jadi Perdana Menteri dengan membodek pimpinan BN. Adakah suara beliau akan didengari Anwar untuk meyerahkan DNA atau DNA beliau akn dijadikan sampel? Sumber di sini |
Posted: 17 Mar 2011 03:43 AM PDT Ummi fail saman fitnah terhadap Baginda, M'kini Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini. Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya. Ummi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakini daripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya. Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya. Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri. Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya. Dalam pernyataan tuntutan 18 halaman, usahawan wanita itu mendakwa bahawa kenyataan Baginda dan artikel tersebut membawa maksud: [Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan, Ummi Hafilda dalam saman pemula tersebut mendakwa defendan dalam satu temuramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi. Dia mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat. Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar. Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu. Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan