Blog-list Malaysia |
- Kes Anwar - Penyakit Lembu Gila Semakin Menjadi-Jadi
- 50 Ekor Lembu Berkumpul Tuntut DNA Anwar
- Akhbar Malaysia Agungkan Pelakun Seks Jepun
- Hamidah Sg. Rapat Kepingin DNA Anwar
- Gempa Jepun: Radiasi loji nuklear lebihi tahap keselamatan
- Mamak Mengaku Melayu Berjuang Untuk Selamat Diri Sendiri
- Satu Lagi Tindakan Tak Bertamadun Umno
- Kesan Tsunami Jepun Telah Sampai Di Pantai Batu Burok
- Himpunan Kebangkitan Rakyat - Tawan T'ganu Untuk Kali Ke-2
- Demi Keadilan Untuk Saiful Bukhari...
- PAS ucap takziah kepada rakyat Jepun
- Muhammad Ali dakwa JCorp mahu jual Kulim Berhad
- Bekas pesuruhjaya Suhakam tubuh Proham
- Anwar : Pilih Pemimpin Berkebolehan Untuk Manfaat Rakyat
- Keadaan loji nuklear Jepun kian membimbangkan
Kes Anwar - Penyakit Lembu Gila Semakin Menjadi-Jadi Posted: 13 Mar 2011 12:08 AM PST Kes Anwar : Politik Murahan Semakin Liar Di Malaysia Esok perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hari ini PERKASA dan satu lagi pertubuhan tajaan UMNO yang mengenali diri sebagai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mengadakan tunjuk perasaan hambar di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat. Lima puluh orang mendesak supaya Hakim Mohamad Zaibidin Mohd Diah tunduk kepada tuntutan pendakwaraya untuk mengarahkan Anwar memberi sampel DNA berhubung tuduhan liwat terhadapnya. Mingguan Malaysia turut mendesak Anwar memberikan sampel DNA itu. Sekaligus, akhbar kawalan UMNO itu menyertai PERKASA dan GAPS untuk membuka lembaran baru dalam politik murahan lagi menghinakan. Tindakan mereka bukan sahaja membelakangkan sistem keadilan yang kononnya mereka mendokong, tetapi lidah pengarang Utusan dan tunjuk perasaan itu jelas bertujuan mempengaruhi hakim perbicaraan. Anehnya, baik Utusan, PERKASA atau pun GAPS serta blogger- blogger upahan UMNO tidak sekali pun memberi komen, apatah lagi menganjurkan tunjuk perasaan terhadap polis kerana mendapatkan sampel DNA secara haram daripada Anwar. Tidak pula mereka akur dengan keputusan itu yang dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin minggu lalu. Tidak pula mereka mendesak supaya tindakan diambil terhadap pegawai- pegawai polis yang mempunyai niat jahat memperolehi tuala, berus gigi dan botol air mineral dari Anwar secara tipu helah. Berhubung dengan tuntutan pendakwaraya berhubung sampel DNA itu, beberapa persoalan perlu diajukaN kepada Pejabat Peguam Negara : 1. Kenapa perintah mahkamah sedemikian tidak diperolehi sebelum perbicaraan bermula, lalu kenapa sampel DNA itu diperolehi secara "bersembunyi." 2. Bukankah Hakim Zaibidin membuat keputusan bahawa sampel DNA itu diperolehi secara tipu helah SELEPAS menimbang semua bukti dan hujah pendakwaraya dan peguam bela 3. Adakah lojik secara tiba-tiba pendakwaraya mahu keputusan hakim itu di tarik balik bersandarkan fakta-fakta yang SAMA. Antara persoalan penting esok ialah sama ada wujud peruntukan undang- undang untuk mahkamah memaksa Anwar menyerahkan sampel DNAnya. Selepas menjadi mangsa bukti dan keterangan yang direka cipta pada perbicaraannya tahun 1998, Anwar dihumban enam tahun ke penjara, bagi membolehkan Tun Mahathir Mohamad terus memegang tampuk pemerintahan. Justeru, Anwar tidak boleh dipersalahkan jika beliau AMAT meragui kewibawaan polis dan pihak berkuasa hospital kerajaan. Seperti perbicaraan pertama, kes kali ini sekali lagi menyaksikan perlakuan pihak polis dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak hospital serta Jabatan Kimia amat mencurigakan. Peguam Negara Gani Patil harus menuntut penjelasan daripada Ketua Polis Negara Ismail Omar (atau mantan KPN Musa Hassan) bagaimana seorang pegawai polis kanan yang diperakui oleh SUHAKAM sebagai "berbohong" pada inkues badan itu boleh dipilih untuk mengetuai siasatan terhadap Anwar. Segala persoalan ini menuntut jawapan, tidak kira sama ada menerusi lidah pengarang Utusan mahupun pengamal- pengamal politik murahan upahan UMNO di PERKASA Adan GAPS. - tvs |
50 Ekor Lembu Berkumpul Tuntut DNA Anwar Posted: 13 Mar 2011 12:03 AM PST Kira-kira 50 orang berkumpul di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini untuk membantah keengganan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi DNA kepada polis. Diketuai oleh pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, mereka menuntut supaya Anwar tidak diberi layanan istimewa oleh mahkamah. Katanya, keadilan bukan sahaja mesti diberikan kepada Anawr tetapi juga kepada Mohd Saiful Bukhari Bukhari Azlan yang mendakwa menjadi mangsa liwat. Turut hadir ialah 10 wakil PERKASA. - mkini |
Akhbar Malaysia Agungkan Pelakun Seks Jepun Posted: 12 Mar 2011 10:13 PM PST Ratu porno selamat dalam gempa bumi JAKARTA - Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin. Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut. Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat. "Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun. Ikuti berita tersebut di sini |
Hamidah Sg. Rapat Kepingin DNA Anwar Posted: 12 Mar 2011 09:48 PM PST Cabaran itu disuarakan lebih 1000 Wanita Umno cawangan Gopeng yang diketuai Adun Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman dengan membuat memorandum untuk dihantar kepada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. Menurut Hamidah desakan itu dibuat bagi menyelesaikan kecelaruan dikalangan rakyat berhubung identiti Lelaki Y yang sehingga kini masih belum dikenalpasti. Klik di sini |
Gempa Jepun: Radiasi loji nuklear lebihi tahap keselamatan Posted: 12 Mar 2011 08:05 PM PST Seorang pegawai dari jabatan nuklear becakap dengan penghuni Fukushima Daini yang berdekatan dengan loji nuklear Koriyama. — Foto Reuters Pun begitu kata syarikat itu, keadaan itu tidak membawa ancaman ke atas kesihatan, petik laporan Reuters. Awal pagi tadi, Tepco berkata, ia telah mengambil langkah untuk melepaskan stim radioaktif daripada reaktor di loji Fukushima Daiichi. Langkah itu diambil ekoran masalah baru di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi di mana satu lagi reaktor disahkan mengalami kerosakan pada sistem pendinginan kecemasan. Lebih 140,000 orang telah dipindahkan dari kawasan sekitar loji itu manakala 160 disahkan alami kesan radiasi. Kelmarin kawasan timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi pada skala 8.9 dan disusuli dengan tsunami setinggi 10 meter. Laporan msnbc.com pula berkata, operator loji tenaga nuklear tersebut sedang bertungkus-lumus untuk mencuba dan mengelakkan teras radioaktif daripada mencair manakala pakar-pakar kesihatan berpandangan situasi itu sungguh membimbangkan tetapi tidak memberi ancaman kepada keselamatan. Akhbar Jepun Asahi Shimbum melaporkan, tahap radiasi setiap sejam di kawasan pintu masuk utama Unit Satu loji Fukushima Diichi telah mencapai paras 0.59 micro Sievert, yang mana ia lapan kali lebih tinggi daripada paras normal. Bagaimanapun kadar radiasi di pusat kawalan pusat reaktor telah mencapai paras 1,000 kali ganda berbanding paras normal, yang bersamaan dengan 70 micro Sievert sejam atau 7 milirem, demikian menurut laporan msnbc.com. Sebelum letupan dilaporkan lewat semalam, kadar radiasi setiap jam telah mencapai paras 1,015 micro Sievert atau 102 milirem iaitu jumlah yang dibenarkan ke atas seseorang individu dalam setahun, lapor Kyodo memetik kerajaan tempatan Fukushima. Lazimnya keputusan sinar-X setiap filem membawa kepada pendedahan 8 hingga 10 milirem. Kerosakan pada loji itu akan ekoran gempa bumi kuat pada magnitud 8.9 tengah hari kelmarin, menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda kawasan timur laut Jepun dan mengakibatkan kira-kira 1,300 orang terbunuh dan 10,000 masih hilang. |
Mamak Mengaku Melayu Berjuang Untuk Selamat Diri Sendiri Posted: 12 Mar 2011 07:43 PM PST Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Komtar Mohamed Ghani Abd Jiman semalam cuba menghantar hadiah berupa sebuah keranda kepada ADUN Komtar, Ng Wei Aik. Bagaimanapun, cubaan Ghani untuk menghantar keranda itu ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong, gagal. Lori yang dipandunya dan dinaiki beberapa rakannya, dari Penang Road ke Happy Valley, telah dihalang oleh polis selepas dibantah penduduk. "Saya membuat protes ini kerana Ng merancang untuk mengeluarkan saya dari Komtar sebaik kerja-kerja pengubahsuaian siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tunjuk perasaan secara aman yang disertai beberapa anggota dari 11 badan bukan kerajaan di Georgetown, hari ini. "Kami tidak mahu pemimpin yang suka bertindak kasar di Pulau Pinang dan akan terus menunjukkan penentangan sehingga dia meletak jawatan," katanya merujuk tindakan kasar Ng terhadap seorang pemilik restoran nasi kandar awal tahun ini. Sebelum itu, sekumpulan lebih daripada 200 orang yang mendakwa anggota NGO Melayu Islam mengadakan tunjuk perasaan di Komtar berhubung isu tanah Melayu dan usaha meminggirkan orang Melayu di negeri ini. Pengerusi kumpulan itu Anuar Khan Ali Azqar Khan berkata mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di Georgetown. "Kami tidak mahu orang Melayu di negeri ini terus merana disebabkan sikap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah orang Melayu dengan baik," katanya. - Bernama |
Satu Lagi Tindakan Tak Bertamadun Umno Posted: 12 Mar 2011 07:14 PM PST Video : Takut Dengan Buku Jingga Bekalan Elektrik Diganggu..!! |
Kesan Tsunami Jepun Telah Sampai Di Pantai Batu Burok Posted: 12 Mar 2011 05:37 PM PST KUALA TERENGGANU - Air laut telah melimpah sehingga membanjiri jalan di pantai Batu Burok disini semalam selepas beberapa jam berlaku bencana Tsunami terburuk yang melanda Jepun ekoran gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter Sumber memaklumkan orang ramai yang melihat kejadian tersebut mengaitkan kejadian itu adalah berkait dengan apa yang berlaku di negeri matahari terbit itu. Kejadian tersebut jelas kelihatan pada rakaman video yang telah dimuat naik lewat malam semalam. Sekitar 10,000 orang yang tinggal di sebuah bandar pelabuhan di timur laut Jepun dikhuatiri hilang akibat gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun lalu dan tsunami setinggi 10 meter. Situasi itu dikhuatiri akan menaikkan angka kematian yang setakat ini disahkan sekitar 1,300 orang. Kesan Tsunami dijangka lebih buruk apabila letupan berlaku di loji tenaga nuklear Fukushima Dain. Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut. Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun. Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah. Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan.BO |
Himpunan Kebangkitan Rakyat - Tawan T'ganu Untuk Kali Ke-2 Posted: 12 Mar 2011 04:37 PM PST 'Angin perubahan yang bertiup' bersama kebangkitan rakyat akan membawa program 'PAS Ganti Umno' ke sempadan negeri Kelantan setelah diadakan dengan jayanya di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu. PAS Terengganu akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kali Kedua yang akan di adakan di bandar Jerteh, dalam kawasan Parlimen Besut pada 18 dan 19 Mac ini. Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, ia adalah antara usaha PAS yang berhasrat untuk kembali memerintah negeri Terengganu sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-11 tahun 2004. Dato' Ustaz Harun Taib berkata, bagi tujuan itu, PAS Terengganu terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat. ''Kita berhasrat dan memang berniat untuk merampas semula negeri Terengganu, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang dijalankan sejak tahun 2004 hingga 2008 , dan 2008 hingga sekarang, "jadi oleh itu kita memikirkan sesuatu yang boleh menggerak dan menggempur (menawan) hati pengundi, kita nampak mengikut program PAS Pusat ada satu program yang amat menarik iaitu "PAS Ganti Umno","katanya pada sidang media selepas mesyuarat politik di Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu, Khamis 10 Mac. Menurutnya, kejayaan Himpunan PGU kali pertama menyebabkan Umno 'tergamam' dan tidak dapat berkata-kata apabila melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun menyokong PAS. "Setelah kita buat ini (PGU Kali Pertama) kita gempur Umno untuk kita lihat reaksi dia, tetapi dia senyap (tergamam) tidak (dapat) berkata apa-apa, tak ada jawapan dari Umno, sebab itu kita kena buat ke sempadan Kelantan, kita rasa disini kita boleh gempur (Umno) sekali lagi,"katanya Justeru, katanya, PAS akan melengkapkan pusingan membawa kebangkitan rakyat ke seluruh negeri Terengganu dengan menamatkan program PGU sebelum pilihanraya umum yang ke 13. "Saya lihat ada kebenaran (tentang kebangkitan rakyat) dalam keadaan politik negara yang tidak menentu, (dulu di Selatan) kita akan buat di Utara termasuk Besut dan Setiu, kita bercita-cita untuk buat (Himpunan PGU) diperingkat Tengah pula, sebagai penyudah atau penamat yang mungkin akan sampai kepada garis (tarikh) pilihanraya (umum) yang akan datang,"tegasnya Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Dato' Ustaz Abu bakar Chik dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut serta Setiausaha Perhubungan PAS, haji Yahaya Ali |
Demi Keadilan Untuk Saiful Bukhari... Posted: 12 Mar 2011 10:01 AM PST Sesapa yang sudi mendermakan DNA khas buat Saiful Bukhari Azlan demi secebis keadilan buatnya yang hampir kelemasan dimakan sumpah sendiri bolehlah berbuat demikian dengan menghantar DNA tersebut kepada mangkuk dua alam ini melalui papagomo.. kehkehkeh... |
PAS ucap takziah kepada rakyat Jepun Posted: 12 Mar 2011 06:55 AM PST PAS merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun ekoran gempa bumi paling kuat berukuran 8.9 skala Richter yang mengakibatkan ombak tsunami setinggi 10 meter menghentam timur laut Jepun semalam. Difahamkan, tragedi paling buruk dalam tempoh 140 tahun itu mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang yang mati akibat lemas. "Saya merakamkan takziah dan simpati kepada rakyat Jepun di atas musibah tsunami yang menimpa. "Semoga mereka dapat bersabar dan menghadapinya dengan tabah," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sehubungan itu juga beliu menyeru masyarakat seluruh duni khususnya rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan bagi membantu rakyat Jepun yang terlibat dalam tragedi itu. "Harapan saya agar seluruh masyarakat dunia dapat menghulurkan bantuan dan bersama-sama rakyat Jepun menghadapi musibah ini," gesanya. Sementara itu, pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas gempa semalam. Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu. Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu. |
Muhammad Ali dakwa JCorp mahu jual Kulim Berhad Posted: 12 Mar 2011 06:51 AM PST Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim mendakwa ada mendengar ura-ura bahawa pihak pengurusan JCorp merancang untuk menjual anak syarikatnya, Kulim (M) Bhd (Kulim). Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Formulasi Dana Wakaf' pada Persidangan Kebangsaan Mengenai Program Transformasi Melayu Muslim (MTP) di sini hari ini, beliau berkata maklumat itu diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Menurutnya sama ada dakwaan itu benar atau tidak, beliau berharap keputusan untuk menjual Kulim difikir sedalam-dalamnya memandangkan ia merupakan asset utama JCorp dan orang Melayu. Beliau yang pernah bersama Jcorp selama 30 tahun, turut melahirkan rasa sedih dan kecewa sekiranya perkara itu benar-benar berlaku. "Saya juga percaya rancangan itu akan mendapat tentangan hebat daripad pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang mahu melihat Kulim kekal di bawah JCorp untuk membantu bangsa Melayu," katanya. Muhammad Ali berkata Kulim kini adalah satu daripada penjana pulangan wang utama kepada JCorp kerana ia merupakan badan induk kepada QSR Brands Bhd, KFC Holdings (M) Bhd dan turut memegang hak 38,000 hektar ladang sawit di seluruh negara. Bagaimanapun, jika JCorp benar-benar berhasrat untuk untuk menjual Kulim, ia boleh dijual kepada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang menjamin kepentingan orang Melayu, katanya yang juga Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM). Persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dihadiri kira-kira 300 peserta mewakili kelompok cendekiawan Melayu Islam dalam pelbagai bidang. – Bernama |
Bekas pesuruhjaya Suhakam tubuh Proham Posted: 12 Mar 2011 06:48 AM PST Bekas Pesuruhjaya-pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah menubuhkan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) yang dipengerusikan Tan Sri Simon Sipaun. Proham juga melantik Prof Datuk Hamdan Adnan sebagai timbalan pengerusi, Datuk Michael Yeoh (setiausaha), Datuk N Siva Subramaniam (penolong setiausaha), Datuk Dr Chiam Heng Keng (bendahari) manakala Datuk Karam Chand Vohrah dan Datuk Dr Denison Jayasooria sebagai anggota jawatankuasa. Menurut kenyataan daripada Pproham, persatuan itu akan dilancarkan pada 21 Mac diikuti satu perbincangan meja bulat mengenai Konvensyen Bangsa Bersatu mengenai penghapusan diskrimasi kaum sempena dengan Hari Antarabangsa mengenai penghapusan diskriminasi kaum. Moderator bagi panel meja bulat ini ialah Yeoh dan anggota panel terdiri daripada Prof Hamdan, Dr Chiam and Dr Denison. |
Anwar : Pilih Pemimpin Berkebolehan Untuk Manfaat Rakyat Posted: 12 Mar 2011 04:32 AM PST Pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman tetapi aspek yang penting perlu diambil kira adalah daripada segi kebolehan memimpin negara dan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat jelata. Demikian kata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Konvensyen PKR di Sarawak, hari ini. "Isunya bukan Cina, India, Melayu, Melanau, Iban atau Bidayuh, isu dia, melantik orang yang berwibawa yang tidak curi wang rakyat," katanya. Tambahnya lagi, tugas seorang pemimpin bukan hanya pandai mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja dengan cara membolot duit rakyat dengan rakus yang pentinag adalah melaksanakan agenda membela rakyat. "Jadi isunya bukan isu kaum, isunya adalah mempastikan wakil tersebut pegang prinsip yang sama iaitu pegang amanah, bukan untuk memperkayakan diri, isteri dan anak-anak tapi untuk bela nasib rakyat semua kaum di negeri ini," katanya. Anwar berkata Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berjaya meletakkan negeri itu salah satu penyumbang pelaburan tertinggi di Malaysia membuktikan keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat membela rakyat. "Sebab itu masih dia (Lim Guan Eng) ambil alih Pulau Pinang itu defisit, kerugian negeri tu dari segi pendapatan sejumlah RM1 billion , dua tahun dia urus Pulau Pinang, pendapatan hasil Pulau Pinang ada lebihan RM2 billion ringgit," katanya. Tambahnya lagi, sebuah lagi negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, kira-kira RM 700 juta telah diperuntukkan kepada rakyat negeri terbabit dalam program-program yang telah disediakan, tetapi masih lagi mempunyai lebihan pendapatan. "Di Selangor macam mana boleh buat? dan pendapatan bertambah, jumlah yang curah pada rakyat ni ratus juta ringgit, setakat sekarang ini kira-kira berjumlah RM 700 juta (dalam program TAWAS, SMUE, MES, dan lain-lain) tapi pendapatan bertambah, lebihan masih ada, pelaburan asing unggul di Malaysia masih Pulau Pinang dan Selangor," katanya. Konvensyen itu mensasarkan kurang 300 anggota, tetapi mengagumkan apabila dihadiri melebihi 500 orang. Turut serta dalam konvensyen itu, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan puluhan pimpinan pakatan negeri dan pusat. |
Keadaan loji nuklear Jepun kian membimbangkan Posted: 12 Mar 2011 04:16 AM PST Satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar. Kebakaran tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 waktu tempatan. Bagaimanapun menurut Tokyo Power Electric Co yang menguruskan Loji Fukushima Dai-ichi di Sendai menyatakan tidak pasti letupan di loji berkenaan yang menyebabkan satu dindingnya runtuh, mengandungi reaktor nuklear. Bagaimanapun mereka mengesahkan empat pekerja tercedera akibat kejadian itu. Paparan TV Jepun menunjukkan salah satu dinding bangunan terbakar hangus dengan hanya meninggalkan rangka besinya. Jurucakap kerajaan, Yukio Edano menyatakan semua penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari loji berkenaan patut dipindahkan. Walaupun berdepan dengan kemusnahan, wakil Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Jepun Ryohei Shiomi berkata ia tidak akan merebak dari lingkungan 10 km dan kebanyakan 51 ribu penduduk di sekitar telahpun dipindahkan. Pasukan keselamatan Jepun termasuk lebih 50 ribu tentera dikerah membantu bagi memastikan kemalangan dan kebakaran dapat diatasi serta menyelamatkan mangsa akibat bencana alam paling teruk dalam tempoh 140 tahun ini. Kadar rasmi kematian setakat jam 5 petang waktu tempatan ialah 413 dengan 784 disahkan hilang dan 1,128 tercedera. Bagaimanapun media tempatan melaporkan lebih dari 1,300 terbunuh. 200 hingga 300 mayat dijumpai di pantai Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa bumi semalam. Lebih 215 ribu rakyat kini berlindung di 1,350 pusat pemindahan di lima wilayah berbeza. Impak sebenar masih tidak dapat dikenal pasti. Kemusnahan teruk dilaporkan di wilayah Miyagi kerana gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter semalam dan tsunami yang memusnahkan pelbagai kawasan terutamanya di bandar Sendai dan kawasan timur Jepun. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan