Sabtu, 12 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pantun Saya Untuk Rakyat Malaysia

Posted: 12 Mar 2011 01:36 AM PST

SAMAN EKOR BERULANG LAGI
KERAJAAN UNTUNG RAKYAT RUGI
DAPAT WANG BERGUNI-GUNI
BOLEH DIGUNA MEMBELI UNDI

KUPON TUISYEN DIBAHAGI-BAHAGI
DEKAT PILIHANRAYA DUIT DIBERI
JUDI DILESEN DULU LAGI
ISLAM HADHARI KINI TAK BERBUNYI

PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI
TANAH LUAS BERNILAI TINGGI
UNTUK KRONI DIBERI FREE
KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI


BUKAN RAKYAT SENANG HATI
HARGA BARANG NAIK SETIAP HARI
BAWANG MINYAK TAMBANG LORI
SURATKHABAR PUSING JADI LALI

KAPAL SELAM MAHAL SANGGUP DIBELI
500 JUTA BARU DUIT KOPI
SIAPA TERIMA JADI MISTERI
HANYA TERBONGKAR KALAU BN CABUT LARI

KAWAN DAP, MUFTI TAK BERI
JUAL MELAYU, JUAL NEGERI
BERTAUKEHKAN MCA SAMPAI MATI
ITULAH AJARAN, ISLAM SEJATI

RAKYAT DITEMBAK ADA YANG MATI
MAHKAMAH KITA LUCU DAN NGERI
HAKIM LENA/MENGGIGIL DALAM POKET MENTERI
ALTANTUYA KUGAN BENG HOCK AMINURASYID BIARLAH/TERUS DIINGATI

TOK GURU DIHINA DICACI MAKI
ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI
SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI
ASAL UMNO BERKUASA LAGI

PERDANA MENTERI DITIPU MENTERI SENDIRI
ISTERI PERDANA MENTERI LAGI DIGERUNI
SILAP HARIBULAN TERJUAL NEGERI BELAKANG TABIR SENDIRI
MENGAKU FIRST LADY

PEMIMPIN MEWAH HARTA LUAR NEGERI
ISYTIHAR HARTA SUDAH DICABARI
SEMUA MEMBISU BUAT TAK RETI
KERETA BERSUSUN HARTA BERPETI

SAMPAI KIAMAT TAK NAK BN DIGANTI
UNDILAH BN UNDILAH DACING
HIDUPLAH HIPOKRIRASI SUKANYA HATI
HAMBA DUNIA ATAU HAMBA ILAHI?
HIDUP DI DUNIA DITUKAR GANTI
HIDUP AKHIRAT KEKAL ABADI
KALAU INSAF BANGUNLAH BERDIRI
MENJUNJUNG ISLAM SELAMATKAN NEGERI

ADIL MAJU - PALING PENTING DIRIDHAI
RABBUL JALIL DI AKHIRAT NANTI

sumber - Husam Musa -

Bukti Negeri Sarawak Taib Mahmud Yang Punya

Posted: 12 Mar 2011 12:23 AM PST

MP Sivarasa dilarang masuk Sarawak

Ahli parlimen Subang R Sivarasa telah dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.

Sivarasa memberitahu Malaysiakini beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Xavier Jayakumar.

Kedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.

"Saya ditahan di kaunter imigresyen dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah," katanya.

Buat masa ini, Sivarasa ditahan di bilik pemeriksaan imigresyen di Lapangan Terbang Kucing dan dijangka akan dikenakan perintah halangan masuk.


"Mereka akan hantar saya balik ke Kuala Lumpur pada penerbangan seterusnya yang mempunyai tempat," katanya.

Xavier, diiringi oleh isterinya, Sheila Devaraj dan seorang pembantu, Abdul Razak Ismail. Kedua-dua mereka dan Jayakumar bagaimanapun dibenarkan masuk.

"Saya dilarang masuk ke Sarawak, dan sekarang sedang dieskot balik ke pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurut beliau, tiada alasan kukuh yang diberikan berhubung larangan itu.

"Tiada alasan apa-apa, hanya mereka katakan arahan telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri untuk melarang saya dari masuk," katanya.

Sivarasa tidak menolak larangan itu berkemungkinan kerana kegusaran kerajaan dengan kehadiran beliau di Sarawak, serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dan melanggar hak asasi.

"Saya pun tak tahu apa yang mereka takutkan terhadap saya dan saya anggap ini sebagai satu salah guna kuasa dan melanggar hak asasi saya sebagai seorang wakil rakyat dan ahli parlimen dan tindakan ini adalah tidak patut," katanya.

Ini adalah kali kedua Sivarasa dilarang memasuki Sarawak.

Pada 2009, pihak imigresyen Sarawak menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur manakala dua bulan sebelum ini, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan juga dihantar pulang.

Jika Ziad Masih Dalam PKR, Siang Malam PR Kena Serang

Posted: 12 Mar 2011 12:15 AM PST

Zaid: BM tidak kira agama, mahu KDN benarkan kitab Injil

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Datuk Zaid Ibrahim melahirkan sokongan kepada masyarakat Kristian dengan menggesa Kementerian Dalam Negeri segera membenarkan kitab-kitab Injil yang dirampas sejak 2009 atas alasan Bahasa Malaysia adalah milik semua rakyat tanpa kira agama.

Justeru Presiden parti Kita itu merayu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan kesemua 35,000 naskhah kita Injil yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching dibenarkan dibawa masuk.

Selain itu beliau juga mahu kerajaan membenarkan supaya kitab Injil dapat dicetak di Malaysia.

"Bahasa bukan lagi milik orang Melayu dan Muslim sahaja. Ia milik semua kaum.

"Jika kita kekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan, maka kita harus mengatakan bahawa kitab Injil mestilah dalam Bahasa Inggeris," katanya.


"Tetapi kita menekankan bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa perantaraan tunggal, jadi tidak munasabah untuk mengharapkan orang Kristian untuk memahami kitab Injil dalam bahasa-bahasa lain," kata beliau dalam respons menerusi e-mel kepada The Malaysian Insider hari ini.

Justeru kata Zaid, umat Islam negara ini tiada sebab untuk bimbang dengan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kitab Injil kononnya langkah itu akan menyebabkan mereka akan menganut Kristian memandangkan negara ini sudah pun mempunyai undang-undang menghalang perkara sedemikian.

"Sudah ada undang-undang yang menghalang Muslim keluar Islam. Sebagaimana dalam kes seperti Lina Joy, mustahil seorang yang beragama Islam boleh jadi Kristian memandangkan tindakan keluar agama memerlukan kelulusan majlis agama," katanya lagi.

Malah kata beliau, sudah ada kelas agama dan begitu juga program-program agama dalam televisyen dan radio bagi memastikan akidah umat Islam tidak tergugat.

"Umat Islam di Malaysia dilindungi daripada pengaruh-pengaruh luar, jadi mengapa menafikan rakyat (yang berlainan agama) daripada menggunakan buku suci ini mengikut bahasa mereka, Bahasa (Malaysia)?" kata beliau.

Zaid juga berkata penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sudah lama diamalkan di Sabah dan Sarawak tanpa sebarang bantahan masyarakat Islam tempatan.

"Birokrasi Muslim di Semenanjung yang menyebabkan isu itu dianggap sebagai sensitif... mengenakan larangan dan halangan ke atas kitab Injil.

"Saya bersetuju dengan syor oleh (Presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa kitab Injil harus dicetak dalam Bahasa Malaysia di negara ini, maka pihak berkuasa boleh memantau pengedarannya," katanya lagi.

Zaid juga berkata, Najib seharusnya menggunakan peluang ini untuk mendapatkan "pengiktirafan" dengan membenarkan naskhah yang dirampas Jabatan Kastam dibawa masuk.

Oleh itu Zaid meramalkan tindakan seumpama juga tidak akan menjejaskan undi orang Melayu sebaliknya akan memperoleh lebih banyak undi dari kawasan bandar.

"Tetapi lebih penting berbanding undi, beliau akan melakukan perkara yang betul," katanya lagi.

Dalam satu kenyataan Rabu lalu, Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan sebuah persatuan penganut Kristian bahawa kementerian itu telah merampas dan menahan 5,000 kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia.

Katanya, kitab Injil berkenaan sebenarnya dilarang dibawa masuk ke Malaysia kerana gagal memenuhi syarat-syarat kementerian itu.

Satu surat penolakan bertarikh 26 Jun, 2010 telah dihantar kepada pengimport tetapi sehingga kini pengimport masih belum menuntut kargo berkenaan.

Oleh itu, dakwaan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bahawa kementerian telah merampas dan menahan kitab Injil adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Setiausaha Agung NECF Sam Ang mendakwa bahawa Kementerian Dalam Negeri telah merampas dan menahan kitab Injil berkenaan di Pelabuhan Klang sejak tahun lepas dan enggan mengeluarkan meskipun Kabinet telah meluluskan pengeluarannya.

Ekoran kenyataan kementerian itu, pertubuhan The Bible Society of Malaysia (BSM) pula berkata sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Kementerian Dalam Negeri kerana merampas kargo kitab itu.

Kitab-kitab Injil itu menjadi punca kontroversi kerana mempunyai perkataan "Allah" di mana masyarakat majoriti Melayu Islam percayai kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam untuk merujuk kepada Allah.

BSM telah secara formal memohon untuk dibenarkan membawa keluar kital Injil itu yang dirampas pada Mac 2009.

Dalam pada itu Persekutuan Kristian Malaysia juga menggesa agar kerajaan dengan segera melepaskan kesemua kitab Injil yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Pengerusinya Biskop Ng Moon Hing meminta kerajaan bertindak sekarang dan membuktikan keikhlasan dalam berurusan dengan komuniti Kristian di negara ini dalam isu tersebut dan kesemua isu lain yang dibangkitkan sejak persekutuan tersebut ditubuhkan pada 1985.

 Kerajaan sedia korban nyawa demi keuntungan?

Posted: 11 Mar 2011 07:50 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat khuatir dengan keputusan Kerajaan Negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang itu hanya menanti bencana untuk berlaku.

Menurut SM Mohamed Idris (gambar), pada 2007, SAM dijemput oleh Kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi dan pengalaman SAM dalam menanganinya dengan pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.

Berikutan itu, beliau yang juga Presiden CAP dan SAM berkata, projek itu telah ditolak oleh Kerajaan Terengganu.


Dalam tempoh tiga tahun lepas, katanya CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya.

"Tidak terdapat sebarang pengumuman awam sepenuhnya berhubung projek yang dicadangkan ini. Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Oleh itu, ujarnya tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.

Syarikat itu, tambahnya menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi.

"Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan," jelasnya.

Jangka panjang, katanya pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan.

Beliau menambah, pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.

Jelasnya, kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.

Tambahnya lagi, terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga.

Beliau berkata, isu lain yang dikhuatirkan ialah tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.

"Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan?

"Mengambil kira betapa seriusnya risiko yang terlibat dalam menjalankan kilang itu, kami menggesa Kerajaan supaya membatalkan dengan segera projek ini," tegasnya.

Lebih 1,000 mati gempa bumi, tsunami Jepun

Posted: 11 Mar 2011 07:45 PM PST

Angka kematian akibat gempa bumi di Jepun petang semalam dan kejadian tsunami yang menyusul telah melebihi 1,000 orang, demikian menurut laporan Kyodo hari ini.

Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.

Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.

Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.


Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.

"Saya ingat saya akan mati," kata pekerja pemasaran di sini Koto Fujikawa, 28.

"Saya dapat merasakan seolah-olah keseluruhan struktur runtuh," katanya.

Di salah satu kawasan penempatan yang dilanda teruk, penduduk tertimbus di bawah runtuhan dan ada kedengaran jeritan "tolong" dan "bila kami akan diselamatkan," lapor Kyodo lagi.

Kerajaan memberi amaran kebocoran radiasi pada skala kecil ekoran kegagalan sistem pendinginan.

Sementara Jepun masuk hari kedua selepas tragedi semalam, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara.

Menurut laporan agensi berita Jiji, di bandar timur laut Jepun, Kesennuma yang mempunyai 74,000 penduduk, berhadapan dengan kebakaran dan dua pertiga kawasannya dinaiki air.

Lapangan terbang bandar raya Sendai, kawasan bagi sejuta penduduk, juga berhadapan dengan kebakaran.

Media-media tempatan juga melaporkan kadar kematian akan melebihi 1,000 orang yang kebanyakannya mati kerana lemas. — Reuters

Ku Li nafi semua dakwaan Mahathir

Posted: 11 Mar 2011 08:45 AM PST

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.

Ketika itu Tengku Razaleigh (gambar) mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.

"Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.


Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.

"Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.

"Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang," kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, "saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu."

Dalam buku berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.

Tengku Razaleigh Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak "Team B" yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai "Ku Li", membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.

"Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri," tulis Dr Mahathir.

"Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya," katanya lagi.

PAS dakwa polis, tentera diberi MyKad semasa PRK

Posted: 11 Mar 2011 02:53 AM PST

PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing.

Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, walaupun MyKad-MyKad itu sememangnya kepunyaan anggota polis dan tentera itu sendiri, tetapi tindakan tersebut jelas di luar kebiasaan dan menyalahi undang-undang.


Menurut beliau, setiap anggota polis dan tentera sepatutnya tidak lagi dibenarkan menyimpan MyKad masing-masing, sebaliknya dipegang oleh unit tertentu sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan, disebabkan mereka telah mempunyai kad polis dan tentera yang lengkap dengan nombor masing-masing.

"Tetapi semasa pilihanraya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, polis dan tentera turut diberikan MyKad masing-masing. Ini menjadikan mereka mempunyai dua kad pengenalan diri dalam suatu masa.

"Kenapa Kerajaan BN bertindak begitu? Apakah tujuannya? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita dan perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Setiap anggota tentera terutamanya, menurut beliau, lazimnya mengundi secara pos, tetapi dengan memberikan MyKad kepada mereka yang terbabit, mereka juga boleh mengundi seperti orang awam.

Jadi dengan tindakan itu, anggota polis dan tentera terbabit sememangnya berpeluang mengundi dua kali. Satunya dengan mengundi secara pos (undi pos) dengan menggunakan kad polis dan tentera masing-masing dan satu lagi mengundi seperti orang ramai dengan menggunakan MyKad masing-masing.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan BN menjelaskan matlamat sebenar penyerahan MyKad-Mykad tersebut kepada anggota polis dan tentera terbabit kerana ia amat menghairankan pelbagai pihak.

Beliau juga mendesak SPR memberikan jawapan yang benar sama ada pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis dan tentera terbabit sememangnya mengundi dua kali pada PRK Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu.

Terdahulu dari itu, beliau menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis dan SPR yang membenarkan ceramah dari pihak Umno BN dan PAS diadakan di tempat berhampiran, semasa kempen kedua-dua PRK itu.

"Semua itu jelas mengganggu program Pakatan Rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - Hrkh

Pengalaman Ngeri Gempa Bumi Dan Tsunami Ketua Pengarang Bernama

Posted: 11 Mar 2011 02:23 AM PST

Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berdepan saat-saat getir apabila gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun pada Jumaat, menggegarkan bangunan-bangunan di Tokyo. "Saya berada dalam sebuah kedai di daerah Aoyama apabila bangunan bergegar. Saya mengejar masa sebelum temu bual saya dengan Duta Besar Malaysia pada pukul 4 petang.

"Saya berlari keluar bangunan. Pada masa itu, saya berada di tingkat satu. Satu lagi selepas gegaran melanda sebelum 3.30petang," katanya dalam mesej melalui SMS beliau kepada Bernama hari ini.

Yong yang berada di Tokyo untuk tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) berkata gempa bumi itu melanda pusat bandar Tokyo pada kira-kira 2.50 petang.


"Ramai orang bergegas keluar bangunan. Kren-kren pembinaan kelihatan bergoyang-goyang di udara dan beberapa kanak-kanak kelihatan menangis di jalanan," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan keretapi terhenti selama beberapa jam di Tokyo dengan barisan panjang pengguna di hentian teksi berikutan bekalan elektrik terputus di sesetengah wilayah seperti Chiba dan Ibraki.

Dalam pada itu Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala Richter yang berlaku di pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Laporan media asing berkata gegaran gempa bumi yang kuat melanda Jepun dan menggoncang bangunan-bangunan di Tokyo selama beberapa minit dan memaksa orang ramai meninggalkan kediaman mereka.

Laporan awal melaporkan satu gegaran dengan magnitud 7.9 tetapi telah ditingkatkan kepada magnitud 8.8, yang melanda negara itu kira-kira 400km dari Tokyo.

Amaran tsunami telah dikeluarkan.

— Bernama

Jepun digegar gempa kuat, tsunami badai pantai timur

Posted: 11 Mar 2011 01:46 AM PST



Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.


Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

NONEGempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Berikut ringkasan perkembangan itu:

Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.

Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

- Reuters

Tiada ulasan: